Sunday, February 26, 2017

Pengkhianat Kepada Bumiputera Di Johor...UMNO/BNkah Itu?

 

Pengkhianatan terhadap Bumiputera Johor dilakukan oleh siapa?
Tidakkah mereka ada kaitan dengan pembangkang atau dengan UMNO/Barisan Nasional (BN)?

Perbuatan dan aktiviti penukaran status tanah dari Bumputera kepada bukan Bumiputera yang dipercayai dibuat di Johor sejak tahun 2013 dan didedahkan sejak semalam, menyebabkan Bumiputera tidak berdaya memiliki rumah.

Perbuatan kejam sebegini tidak dilakukan oleh orang biasa. Juga bukan oleh mereka yang berkuasa dalam parti lawan atau pembangkang.

BH Online denga taJuk ‘Tipu kuota Bumiputera sejak 2013’dengan jelas melaporkansemua suspek yang ditahan berkaitan rasuah dan penyelewengan hartanah di Johor semalam, dipercayai terbabit dalam penipuan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera sejak tahun 2013."


DAP, PAS, PKR atau Parti Pribumi Bersatu (PBBM) yang baru muncul di Johorkah yang melakukan perbuatan seperti ini?

Tidak sekali-kali!

Ia dilakukan oleh mereka yang ada kaitan dengan parti pemerintah dan kerajaan negeri yang memerintah.

Mereka yang tahu mengenai selok-belok menukar status tanah sahaja yang berupaya melakukan perbuatan keji ini.

Kenapa ia boleh berlaku di ketika parti pemerintah, iaitu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melaung-laungkan kononnya ‘mereka pelindung Melayu dan Bumiputera’ tetapi hakikatnya tidak?

Malah, siapa sebenarnya pengkhianat dan menganinya orang Melayu sendiri?

Laporan Bernama hari ini menyebut, perbuatan menyelewengkan tanah Bumiputera yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan mereka yang layak untuk mendapat rumah status bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah, adalah perbuatan hina dan menjengelkan.

Laporan Bernama yang disiarkan mStar Online bertajuk “SelewengHartanah: Suspek Disyaki Tukar Status Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera” sangat  dikesalkan.

Kata laporan itu: “Penukaran status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar kepada bukan bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri.”

Laporan menyebut enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor yang ditahan semalam (25 Fabruari 2017)  kerana disyaki terlibat rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu, dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah-rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.

Dalam satu operasi serentak, SPRM menahan enam lelaki berusia antara 25 dan 50 tahun berkenaan di beberapa lokasi di Johor Bahru. 

Turut ditahan dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal itu.


SPRM turut merampas 21 kereta mewah, lima motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen-dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan. 

Selain itu, sebanyak 45 akaun bank milik kesemua suspek melibatkan lebih kurang RM15.5 juta juga dibekukan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak tahun 2013 yang melibatkan beberapa pemaju di Johor sehingga menyebabkan mereka yang layak untuk mendapat rumah status bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

Sumber itu memberitahu Bernama hari ini melaporkan penukaran status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus bumiputera ditukar kepada bukan bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekaligus akan menguntungkan pihak pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya.

Tidakkah perbuatan ini ‘menikam belakang’ Bumiputera sendiri kerana apabila penukaran status diluluskan dan dilaksanakan, mereka yang berstatus bumiputera dan masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Menurut sumber, modus operandi pemaju terbabit untuk menukar status berkenaan adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status bumiputera.

Katanya, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar rumah-rumah berstatus bumiputera kepada bukan bumiputera dengan alasan rumah-rumah itu tidak berjaya dijual.

"Walhal apabila ditanya pembeli, pemaju akan memberi alasan rumah-rumah berstatus bumiputera telah habis dijual.

Terima kasih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendedahkan isu ‘kejahatan pihak tertentu yang  ada kaitan dengan UMNO/BN’ yang menyebabkan Bumiputera di Johor mendapatkan rumah sendiri.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status bumiputera kepada bukan bumiputera.

Siasatlah terhadap mereka yang melakukan perbuatan kejam seperti ini dan rakyat teraninya akan sentiasa mendoakan SPRM agar berjaya mendakwa dan mendedahkan ‘petualang yang menghancurkan masa depan Bumiputera ini.

"Menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu dan (wang denda) sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan-kemudahan di kawasan perumahan," katanya.

Sumber itu berkata, hanya sebahagian daripada keseluruhan jumlah wang denda itu dimasukkan ke dalam tabung khusus itu manakala bakinya disyaki diselewengkan.

"Ketika ini SPRM masih dalam proses menggeledah pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen-dokumen bagi membantu pasukan siasatan mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan tersebut.

"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.

UMNO dan BN tidak boleh berdalih lagi dalam kes ini kerana pasti ada pihak yang membantu kumpulan penyeleweng ini dalam jabatan kerajaan di Johor yang bersubahat.

Ia tidak boleh dilakukan dengan mudah dan orang yang rapat dengan pentadbiran sahaja yang boleh melakukan kegiatan sebegini.

Apakah SPRM nanti akan berdepan dengan kesukaran mendedahkan identiti ‘perompak dan penyamun terhadap hak Bumiputera’ ini?

Atau apakah pihak tertentu dalam UMNO dan BN akan berusaha menyelamatkan diri mereka dengan menjadikan pihak siasatan dan pendakwaan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kes ini?


Sedangkan ia adalah kes jelas ‘menipu dan menganinaya Bumiputera’ dalam mendapatkan hak mereka di negeri yang menjadi antara ‘deposit tetap UMNO dan BN’ selama ini? 

Monday, February 13, 2017

Hadi Jangan Melalut, Nyatakan Mahu Saman Husam Atau Tidak?


Bijak dan matangkah ulasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Datuk Husam Musa sengaja tidak mahu bertanding dalam PRU14 apabila Husam  mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta?

Kenapa Hadi perlu berbelit-belit cakap sedangkan perkataan mudah untuk menyanggah kenyataan Husam ialah ‘mahu saman’ atau ‘tidak'?

Hadi tidak payah meramalkan Husam akan kalah di mahkamah dan tidak layak untuk bertanding pilihan raya.

Tergelak jika baca kenyataan apabila Hadi seolah-olah merasakan mahkamah akan berpihak kepadanya.

Kenapa ‘Tok Guru’ semakin melalut dan begitu bimbang dengan Husam?

Juga, jika ke  mahkamah, apa yang menyebabkan Hadi begitu yakin akan menang?

Akan mendapat bantuan guaman daripada UMNOkah dalam kes ini?

Apakah Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri} sudah dapat yakinkan Hadi bahawa pihaknya akan memberikan pertolongan daripada beliau agar Hadi menang kes ini?

(Untuk rekod, Najib dikaitkan dengan dana RM90 juta kepada PAS).

Hadi semalam membuat ulasan yang memang kelakar dan tidak masuk akal.

Seseorang  berpengalaman seperti Hadi, presiden parti yang mendakwa mereka perjuangkan Islam tidak wajar berpusing-pusing dan bermain perasaan sendiri dalam ulasannya terhadap Husam.

Husam ketika berucap di Selising, Pasir Puteh.
Apakah Hadi bimbang atau ‘tidak rasional’ lagi untuk memberikan jawapan terhadap kenyataan Husam?

Hadi berkata sekiranya isu RM90 juta dibawa ke mahkamah dan Husam dijatuhkan hukuman, kelayakannya untuk bertanding akan hilang.

“Saya merasakan beliau (Husam) tidak mahu bertanding PRU akan datang. Jadi, beliau buat begitulah (bangkitkan isu RM90 juta). Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, apabila kalah sudah tidak boleh bertanding dalam PRU.

“Kalau tidak mahu bertanding, beritahulah supaya senang,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), semalam.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor menyifatkan kenyataan Presiden PAS sebagai melucukan.

Berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakan jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih daripada RM2,000 oleh mahkamah, demikian menurut Hadi.

Husam berkata semalam, beliau belum pernah mendengar mana-mana pihak yang kalah dalam saman sivil tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU).

“Kenyataan Hadi sangat melucukan. Saya tak pernah dengar orang yang kalah dalam sivil kes di mahkamah tidak dapat bertanding pilihan raya,” katanya kepada Malaysiakini.

Malah, kata Husam lagi, Hadi seolah-olah membuat kesimpulan beliau telah kalah dalam kes tersebut.

“Oleh kerana kes ini tidak dibawa ke mahkamah atau belum dibawa ke mahkamah, kita tidak tahu siapa yang akan menang atau kalah, jadi macam mana dia boleh boleh buat kesimpulan saya yang akan kalah kes,” katanya.

Sebaliknya, Hadi seolah-olah dapat meramalkan apa akan jadi kepada Husam jika didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

Malah Hadi membuat tuduhan bahawa “sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah dan mendapati Husam kalah, akibat berbohong boleh menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding dalam PRU14.

Husam berbohong? Itu kata Hadi.


Hadi memang berkeyakinan penuh apabila mengatakan “Kalau bawa mahkamah (jadi) benda bohong, (bila) kalah tak boleh tanding dalam PRU. (Kalau) tak nak tanding beritahu senanglah.”

Bagaimanapun ada pihak mengatakan undang-undang menyebut bahawa seseorang hanya hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya jika disabitkan dengan kes jenayah dan dihukum denda lebih daripada RM2,000 atau penjara dua tahun.

Ia tidak termasuk saman fitnah yang diperkatakan Hadi, melainkan jika anggota parlimen Marang itu mengandaikan Husam diisytihar muflis jika kalah saman itu.

Undang-undang juga menyatakan bahawa individu yang diisytiharkan muflis tidak boleh bertanding pilihan raya.

Membidas kenyataan Hadi, Husam mengatakan seharusnya Presiden PAS itu hanya menggunakan satu perkataan sahaja dalam isu ini kerana kenyataannya sebelum ini sukar difahami.

Husam turut meminta Hadi menyatakan pendiriannya untuk meneruskan saman tersebut atau tidak.

“Pemimpin besar macam Ustaz Hadi sebagai Presiden PAS sepatutnya guna satu perkataan sahaja atau dalam bahasa Arab, kalam wahid bukan dua perkataan yang tidak dapat dibaca maksud sebenar.

“Oleh kerana itu dia perlu tegaskan nak teruskan saman ataupun langsung tidak menyaman saya,” katanya.

Sebelum ini, Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) di Selising, Pasir Puteh, mendakwa mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Husam yang dipecat daripada PAS pada Mei 2016 atas dakwaan melanggar disiplin,  membayangkan akan menjelaskan mengenai butiran dana itu menjelang PRU akan datang.

Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.


PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Husam itu.

Friday, February 3, 2017

'Rundingan Bangsar' - PAS Sifatkan Remeh, Memalukan PPBM, Mukhriz...


Apakah usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berunding dengan PAS kelmarin (1 Februari 2017), hanya  sebagai pertemuan membuang masa/

Apakah ia peluang PAS mempermain atau memperlekehkan PPBM dan pemimpinnya?

Hasrat PPBM ialah mencari kesepakatan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, namun kesannya jelas sekali sebaliknya.

Sudah nyata kebimbangan banyak pihak bahawa usaha PPBM itu tidak lebih membuang masa memandangkan sikap PAS yang mahu menjadi "king maker" dalam politik negara, kini terang lagi bersuluh.

Bahkan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.

Presiden PAS itu semalam menegaskan, ‘Rundingan Bangsar’  itu belum membawa ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.

Sebaik-baiknya  Hadi menunggu laporan hasil mesyuarat berkenaan atau keputusan Majlis Ulamak sebelum membuat ulasan.

Namun beliau nampaknya tidak sabar menyatakan pendirian walaupun pakatan pem­bangkang me­nyam­but baik perkemba­ngan terbaharu itu yang dilihat memberi harapan baharu.

Mengakui belum menerima laporan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Hadi menyifatkan  pertemuan semalam adalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM, bukan suatu perundi­ngan khusus.

“Semalam ada pertemuan. PPBM minta jumpa dengan PAS. Jumpa sahaja. Belum ada apa-apa keputusan kerana perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.


“Kita sudah buat garis panduan dan sempadan yang PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubu­ngan dengan DAP dan PAN. Setakat ini, hasil pertemuan belum dilapor lagi kepada saya,” ujarnya.

PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama tersebut disahkan sendiri Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diteruskan.

Jadi tidak hairanlah apabila rakan pembangkang PPBM, seperti PKR, DAP dan AMANAH menunggu dengan penuh minat mengenai ‘Rundingan Bangsar’ itu.

Ini dibuktikan apabila  setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir, berkata AMANAH berharap PPBM  melaporkan segera kepada PH mengenai keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS kelmarin.

Parti itu mengambil maklum laporan media pertemuan antara PPBM dan PAS itu sambil menegaskan, AMANAH secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman ditandatangani antara PH dan PPBM sebelum ini.

Yang penting, sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.

“Sehubungan itu, Amanah mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam PH berhubung keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS itu,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menilai kenyataan Hadi dan Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim bahawa perjumpaan PAS-PPBM kelmarin hanya  sembang-sembang, menimbulkan banyak pertanyaan emngenai sikap PAS terhadap pertemuan itu.

Apakah rundingan yang dianggap ‘sembang-sembang’ oleh PAS menggambarkan sikap berbeza dua parti berkenaan?

Pada PPBM, IA melihatnya sebagai ‘serius’ untuk mewujudkan pakatan, PAS anggap ia sebagai suatu perbualan semata-mata.

Lebih teruk,  apakah ia suatu perbualan kosong?

Apakah ini cara PAS melayan PPBM dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir?

Sungguh menjijikkan jika PAS melihatnya sebagai suatu ‘sembang-sembang’ sedangkan harapan penyokong parti, khususnya PPBM yang mengharapkan ia sesuatu yang serius daripada PAS.

Selain sebang-sembang, delegasi PAS yang diketuai Tuan Ibrahim pada pertemuan itu hanya bertindak sebagai jawatankuasa perunding.

Malah ia tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Di pihak PPBM pula difahamkan, sekiranya PAS semalam bersetuju untuk bekerjasama, Mukhriz bersedia menandatangan perjanjian untuk mempercepatkan kerjasama.

Apakah ini menggambarkan bahawa PAS tidak serius dan sengaja melambat-lambat atau menangguh-nangguhkan keputusan sambil menunggu kerjasama yang ‘sebenar’ dengan UMNO.

Mungkin kerana tiada keputusan yang boleh dibuat dan sengaja ditangguh-tangguhkan Tuan Ibrahim mengatakan dalam kenyataannya semalam bahawa tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan PAS dan PPBM.

Menurutnya, segala cadangan hasil perbincangan itu akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama seterusnya dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk diputuskan.

"Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, PAS akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS," ujarnya dipetik daripada kenyataan beliau semalam.

Menurut Tuan Ibrahim,  badan tertinggi yang memandu parti itu akan membuat keputusan berhubung kerjasama politik bersama PPBM dengan meneliti aspek syarak sama ada boleh diteruskan atau sebaliknya.

Malah kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki (kanan) yang menyifatkan kerjasama PAS dan PPBM 'masih jauh' untuk terlaksana sebagai sesuatu yang tidak enak untuk didengar dan diterima oleh PPBM.
.
Katanya, semua cadangan kerjasama daripada PPBM perlu terlebih dahulu diteliti oleh Jawatankuasa PAS Pusat sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak (MSU).

"MSU adalah badan yang mempunyai kata akhir untuk membenarkan kerjasama itu atau tidak," ujarnya.

Jelas dan nyata pada ketika PPBM sudah begitu yakin ‘Rundingan Bangsar’ akan membawa harapan besar, PAS melihatnya sebagai pertemuan biasa yang belum membawa makna apa-apa.

Kesian kepada PPBM dan Mukhriz yang meletakkan harapan begitu tinggi kepada rundingan di Bangsar pada hari Wilayah itu!