Rashid lelaki misteri yang pernah menjadi tukang urut peribadi Anwar di penjara Sungai Buloh
Satu dokumentasi paling menarik yang pernah dilakukan oleh penulis politik tersohor, SH Alattas adalah merakamkan interbiu ekslusif dengan bekas Setiausaha Politik, Datuk Seri Anwar, Ezam Mohd Nor.
Interbiu itu dicatatkan dalam bab keenam buku terbaru SH Alattas bertajuk "Malaysia Without Malays", JB News Media Network, 2009.
Pendedahan ekslusif yang bertajuk " What Wan Azizah Told Ezam ..?" turut dijadikan fokus buku itu apabila penulisnya membuat sedutan petikan interbiu Ezam itu di muka belakang buku berkenaan.
Al Attas : "ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi 'siasat' Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?'
Ezam : "Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi.."
Menurut penulis itu, selepas mendengar jawapan Ezam, satu persoalan yang bermain di fikirannya, kenapa Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sentiasa curiga dengan aktiviti luar suaminya (Anwar)itu terutama apabila ketiadaannya dan berusaha untuk melindunginya terutamanya melalui orang-orang terdekat seperti Ezam.
Apa yang dirisaukan oleh Wan Azizah dan apakah isteri Anwar itu sudah mengetahui sesuatu mengenai aktiviti tidak sihat Anwar. Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh penulis buku politik yang lebih dikenali sebagai Pak Habib itu.
Ezam Mohd Nor sebelum ini merupakan salah seorang orang kepercayaan Anwar dan Azizah yang pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional dan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.
Tetapi dalam wawancara tersebut tidak menyebut secara spesifik siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Wan Azizah.
Blogger Cyber1Trooper pernah mendedahkan perkara ini di blognya pada awal tahun ini. Blogger itu menulis secara terperinci mengenai nama lelaki itu dan kejadian secara terperinci yang menjadi fokus buku Pak Habib itu.
"Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti", tulis blogger itu.
"Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti. Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.", tulis blogger itu lagi.
Blogger itu turut mendedahkan Ezam menerima SMS daripada Wan Azizah yang tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumahnya semasa ketiadaanya.
Blogger itu turut mendedahkan nama lelaki yang dimaksudkan Wan Azizah adalah "Rashid" yang muncul sebagai "pembancuh kopi" semasa Ezam bermesyuarat dengan Anwar. (Baca artikel di bawah bertajuk “Rashid, saksi liwat yang paling digeruni Anwar ?” di bawah untuk lebih lanjut).
Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.
Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.
Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.
Rashid, saksi liwat yang paling digeruni Anwar ?
By aidc editor on January 3, 2010 5:55 AM | 0 Comments | 0 TrackBacks
Rahimi Osman (kiri) kenal siapa Rashid yang menjadi tukang urut Anwar
Oleh Cyber1Trooper, AIDCclub
Siapa Rashid ? Kenapa nama Rashid tiba-tiba muncul ketika pendakwaan Anwar meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan ? nama Rashid mula 'meletup' sekitar Julai 2009, apabila Anwar dan pasukan peguam belanya meminta semua keterangan saksi sebelum perbicaraan termasuklah Mohd Saiful Bukhari Azlan, Rahimi Osman, Hasanuddin Abd. Hamid, Rashid Othman dan Jude Pereira.
Mohd Saiful sudah dikenali ramai, merupakan saksi utama yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar. Rahimi Osman pula bekas Setiausaha Sulit Anwar yang bertanggungjawab membawa Saiful bekerja bersama Anwar di pejabat PKR, Seksyen 16. Hassanuddin Abd. Hamid pula merupakan kawan Anwar yang merupakan pemilik kondominium Desa Damansara kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat didakwa berlakunya aktiviti liwat tersebut. Jude Pereira pula merupakan pengawai polis yang mengetuai siasatan kes liwat Anwar-Saiful.
Bermakna saksi-saksi ini penting kerana berkaitan dengan kes liwat Anwar. Dari saksi yang membawa masuk Saiful ke pejabat PKR (Rahimi), saksi pemilik kondominium (Hassanuddin) hingga saksi pengawai penyiasat Anwar (Jude Pereira). Tetapi siapakah Rashid ? Adakah dia juga saksi penting kes liwat Anwar ini ?
Siapa Rashid ?
Ramai tidak kenal siapa Rashid. Tetapi di kalangan inner circle Anwar yang bebas keluar masuk rumah Anwar kenal siapakah Rashid. Wan Azizah kenal. Ezam pun kenal. Rahimi juga kenal. Begitu juga Saiful Bukhari. Azmin kenal juga tetapi tidaklah begitu rapat kerana Rashid lebih dikenali di kalangan yang rapat dengan Wan Azizah. Azmin agak jauh dari Wan Azizah.
Wan Azizah mula kenal siapa Rashid selepas tahun 2004, apabila Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh. Anwar memperkenalkan kepada Wan Azizah seorang anak muda bernama Rashid yang akan diambil sebagai 'orang gaji' merangkap 'tukang urut' peribadi Anwar. Wan Azizah hanya diam sahaja, apabila Anwar beriya-iya mengambil Rashid tetapi dalam masa yang sama dia agak curiga kerana Rashid diberi bilik penginapan dan ditempatkan di rumah Wan Azizah, Bukit Damansara, Jalan Setiamurni 1 (rumah lama Wan Azizah).
Ini macam kes Sukma Darmawan, adik angkat Anwar, walaupun Sukma sudah besar panjang dan memiliki pendapatan sendiri, tetapi Anwar beriya-iya menyediakan bilik penginapan kepada adik angkatnya itu. Kes Sukma mula terbongkar pada tahun 1998, apabila dia sendiri mendedahkan bahawa dia bukan sahaja sekadar adik angkat, tetapi juga mangsa homoseksual Anwar dan merangkap bapa ayam yang turut membekalkan rakan-rakan seangkatan dengannya kepada Anwar.
Pelik juga. Sudah tua bangka, Anwar masih ada adik angkat. Lebih pelik lagi, adik angkat Anwar special, disimpan di rumahnya, walhal Anwar mempunyai keluarga sendiri, iaitu isteri dan anak-anaknya.
Kalau wanita lain, mereka tidak mahu kehadiran pihak ketiga di rumahnya. Cukup sekadar suami, anak-anak dan orang gaji. Tetapi Anwar mahukan adik angkatnya tinggal bersama. Wan Azizah terpaksa mengalah, kerana dominasi Anwar sangat tinggi, Anwar yang menentukan segala-galanya.
Sebenarnya Rashid merupakan kenalan baru Anwar. Mereka berkenalan sekitar tahun 1999 hingga 2004, ketika Anwar bergelar banduan di Penjara Sungai Buloh. Rashid juga merupakan salah seorang banduan di penjara yang sama. Mereka berkenalan di sana dan Rashid dikatakan sering mengujungi sel VIP Anwar untuk aktiviti urut mengurut. Memang hobi Anwar suka mengurut dan Rashid telah dilantik sebagai 'tukang urut' peribadi Anwar semasa di penjara Sungai Buloh.
Lelaki bernama Yoon, tukang urut Anwar dalam program "Cheepachorn Loke" di Channel 9, TV Thailand, jam 11.15 malam pada 16 April 2009. Kata Yoong kepada Anwar :Bagaimana dengan massage Thai ? Apa pendapat anda tentang tuduhan liwat terbaru ?
Sesiapa yang mempunyai kenalan dengan pegawal penjara, bolehlah bertanya kepada pengawal itu apakah aktiviti-aktiviti para banduan. Salah satu nasihat pengawal penjara yang sering disebut, pastikan anak muda tidak masuk penjara, kerana kalau sudah masuk penjara, mereka akan menjadi 'mangsa homoseksual', para banduan lain yang 'kehausan' dipisahkan dengan isteri dan wanita masing-masing. Ada di kalangan mereka sudah tiga atau empat tahun dipisahkan dari dunia luar. Ada yang 10 tahun, bagaimanakah mereka mahu melepaskan aktiviti seksual yang menjadi salah satu tabie manusia ?
Anwar bebas, Rashid pun bebas
Pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh apabila dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Anwar untuk mengenepikan tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandunya) yang telah dijatuh hukuman bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka pada 8 Ogos 2000.
Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah membuktikan Anwar melakukan aktiviti homoseksual.
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku.
Sebaik sahaja Anwar dibebaskan, dia memohon untuk merawat di Munich dan selepas itu berpindah ke luar negara menjadi pensyarah pelawat di UK dan Amerika Syarikat. Tetapi dalam masa yang sama, dia sering kali berulang-alik dari luar negara ke Malaysia untuk berceramah membantu partinya, PKR.
Dalam ceramah-ceramah Anwar ketika itu, dia sering bercerita pengalamannya di penjara. Dia sering menyebut semasa di penjara, ramai banduan yang takjub kepadanya. Mungkin salah seorangnya adalah Rashid.
Rashid juga bebas selepas tahun 2004. Dia mencari Anwar yang kebetulan telah pulang ke Malaysia. Rashid mengadu masalah sukarnya mendapat pekerjaan kerana bergelar banduan. Anwar bersedia menolongnya dan melantiknya sebagai 'orang gaji' aka 'tukang urut' peribadi dan diberi tempat penginapan di rumah Anwar.
Tetapi usaha menempatkan Rashid di rumahnya itu tidak disenangi Wan Azizah. Sudah cukup pengalaman berhadapan dengan Sukma Darmawan sebelum ini. Wan Azizah hanya menunggu Anwar berangkat semula ke Amerika Syarikat, tahulah dia bagaimanakah mahu dikerjakan lelaki bernama Rashid itu.
Rashid bebas keluar masuk rumah Anwar apabila Anwar pulang dari luar negara. Wan Azizah tidak berkata apa-apa kerana itu adalah kehendak suaminya. Tetapi apabila Anwar kembali semula ke luar negara, Wan Azizah telah halau Rashid dari rumahnya. Kenapa Wan Azizah menghalau Rashid dari rumahnya menjadi satu misteri sedangkan sebelum ini Anwar telah melantik Rashid sebagai salah seorang 'orang gaji' dan diberi tempat penginapan.
Kisah pengusiran Rashid dari rumah Wan Azizah diketahui oleh inner circle Anwar, termasuk Ezam Mohd Nor.
Kisah ini berlaku sekitar tahun 2005-2006. Selepas Wan Azizah halau Rashid, dia tidak tahu ke manakah lelaki itu berada. Selain Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Anwar juga menghantar anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke negara uncle Sam itu. Nurul Izzah juga melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Wan Azizah kirim SMS kepada Ezam
Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.
Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.
Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.
SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.
Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain
SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.
Ezam : Tidak ada
SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!
Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!
Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.
Petikan interbiu Pak Habib bersama Ezam Mohd Nor dari buku SH Alattas, "Malaysia without Malay". Buku ini bakal beredar di pasaran tidak lama lagi
Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh kepada Wan Azizah iaitu Rashid.
Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.
Kes Saiful meletup, Anwar-Azizah bergaduh besar
Apabila tersebar di kalangan inner circle Anwar bahawa pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis bahawa dirinya diliwat oleh Anwar pada sebelah malamnya berlaku pergaduhan besar antara Wan Azizah dan Anwar di Tropicana.
Di kalangan inner cirle Anwar tahu mengenai pergaduhan ini. Kes ini berlaku pada pertengahan tahun 2008. Ezam yang ketika itu telah keluar dari PKR juga tahu berkenaan itu kerana disampaikan oleh kawan-kawan terdekatnya yang masih berada dalam PKR.
Dalam pergaduhan itu, nama Rashid juga disebut. Ketika itu barulah Wan Azizah tahu, bahawa Anwar telah mengambil semula Rashid bekerja dengan Anwar secara diam-diam. Walaupun pada hakikatnya, Rashid telah dipecat dan dihalau dari rumah Azizah, tetapi Anwar tetap mengambilnya semula dan diletakkan di tempat lain yang tidak diketahui Azizah.
Pergaduhan itu menyebabkan Anwar mengambil keputusan untuk bersembunyi di kedutaan asing, manakala Azizah pula nekad untuk melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sebenarnya rahsia sebenar peranan Rashid ini bakal diketahui selepas 25 Januari ini, selepas Rashid dipanggil menjadi saksi bagi pihak pendakwa. Itu pun kalau kes itu dapat dijalankan mengikut jadual, tetapi berdasarkan reaksi terkini Anwar, dia tidak begitu gembira jika kes ini diteruskan dan tidak sesekali membenarkan Rashid masuk ke kandang saksi untuk bercerita secara terperinci peranan dan kisah-kisah di sebalik tabirnya, termasuk peranannya di penjara Sungai Buloh.
Itulah manusia yang digeruni Anwar dan Azizah. Lelaki bernama Rashid.