Wednesday, October 27, 2010

IDRIS JUSOH TERBABIT DENGAN PENGHANTARAN SMS UGUT BUNUH?

Hari ini penulis seronok baca kes SMS Ugutan Bunuh yang menjadi prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu bermula semalam hingga esok.

Apa yang menarik ada empat laporan iaitu Bernama (klik sini), teganukini, teganuku dan hambali yang ditulis cara berlainan tetapi menyebut seorang tokoh penting, iaitu Datuk Seri Idris Jusoh - bekas Menteri Besar Terengganu.

Walapun Idris belum disahkan terlibat tetapi dengan saksi terbaru mengatakan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir (gambar kiri) yang menyuruh beliau menggendalikan aplikasi penghantaran SMS Ugut Bunuh berkenaan, kita boleh membaca siapa Dr Ramzi dan hubungannya dengan Idris.

Apapun elok jika dibaca apa yang ditulis oleh hambali ini:

Selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said...selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.


Ketika siri runtuhan bangunan di Terengganu berlaku, sukar untuk rakyat menuding jari –salah siapa. Bekas Menteri Besarkah? Kontraktorkah? Jabatan Kerja Rayakah? Siapa dan siapa?

Yang pasti ia kuasa Allah dan Allah mahu menunjukkan bahawa jika kerja dijalankan mungkin niatnya baik tetapi pelaksanaannya tidak baik maka hasilnya pun tidak baik.

Namun banyak tangan yang menuding kepada Ahmad Said kerananya kerana lambat membaiki dan macam-macam lagi seolah-olah keruntuhan itu diakibatkan oleh Ahmad Said.

Lainnya kes di mahkamah yang membicarakan “SMS Ugut Bunuh’ yang kini berlangsung mulai semalam hingga esok (26 hingga 28 Oktober 2010).

Salah seorang saksi utama, Datuk Wan Ahamad Wan Muda tidak perlu hadir pun di mahkamah kini kerana perbicaraan memasuki fasa pertanyaan untuk kumpulan yang bertanggungjawab menghantar SMS berkenaan.

Semalam ketika perbicaraan disambung, Wan Ahamad berada di London dan dijangka pulang hari ini. Dia mengikuti lawatan kerja yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Lagipun amat terserlah kini, Wan Ahamad tiada kena mengena dengan SMS dan penghantaran SMS berkenaan.

Dengan ini amat benar dan tempat sekali komen Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada 15 April 2009 dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan bahawa Wan Ahamad ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar tidak melakukan kerja ‘gila’ itu.

Berita Harian Online (15 April 2009) melaporkan komen Najib berikut: – "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

Sinar Harian (23 April 2009) pula melaporkan: "Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini."

Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah selepas siri keruntuhan yang menunjukkan Ahmad Said tidak ada kena mengena dengannya, perbicaraan kes SMS Ugut Bunuh ini juga tiada kaitan dengan Ahmad Said.

Yang menarik, selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’.

Pendedahan di mahkamah mengenai penggunaan sms blast menunjukkan Idris bijak menggunakan teknologi mutakhir – blast sms – untuk kempennya.

Namun menyedihkan sedikit jika kemudahan itu jika terserlah digunakan untuk ‘menyerang Ahmad Said’ melalui SMS Ugut Bunuh.

Saya tidak mengatakan Idris melakukannya tetapi penjenguk dan pengunjung boleh menilai sendiri daripada perbicaraan semalam bagaimana “Idris’ mungkin (saya katakana mungkin) terpalit dalam isu SMS Ugut Bunuh ini.

Baca apa yang dimuatkan dalam entri Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu mengenai prosiding di mahkamah semalam:

Perbicaraan kes ugutan bunuh menerusi SMS

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Dalam pembicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Mohd.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.

Mohd Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.

Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.

Prosiding pagi ini berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Mohd.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.

“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.

Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.

Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi

Mohd.Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.

Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?

Mohd.Irwan
: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?

Mohd.Irwan
: Didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?

Mohd.Irwan
: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.

Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?

Mohd.Irwan
: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.

Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?

Mohd.Irwan
: 6 Mac 2009.

Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?

Mohd.Irwan
: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.

Pendakwa: Apa password baru?

Mohd.Irwan
: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.

Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?

Mohd.Irwan
: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.

Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?

Mohd.Irwan
: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.

Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?

Mohd.Irwan
: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.

Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.

Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?

Mohd.Irwan
: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.

Mohd.Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.

Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .

Mohd.Irwan
: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.

Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?

Mohd.Irwan
: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.

Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan

Mohd.Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.

Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?

Mohd.Irwan
: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’

Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak

Mohd.Irwan
: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perbicaraan seterusnya bersambung di sebelah petang.

Apabila prosiding bersambung di sebelah petang saksi (Mohd Irwa) memberitahu beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, Bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.

Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.

Saksi memberitahu dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Idris dengan mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.

Pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.

Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes semalam dan akan disambung hari ini ( 27 Oktober 2010) jam 10.00 pagi.

Thursday, October 21, 2010

MUDAHNYA – TAWAN BANGUNAN ZAID IBRAHIM SEPERTI TAWAN PUTRAJAYA?

"Kalau ukuran logik diambil kira, sepatutnya yang hilang maruah ialah Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu kerana pemimpin atasan PKR seperti Zaid menyerahkan bangunan tersebut kepada pemuda PAS untuk digunakan. Dengan reputasi sebagai bakal Timbalan Presiden PKR, justifikasi Zaid menyerahkan bangunan tersebut untuk dioperasikan oleh pemuda PAS perlu dipersoalkan AMK Kota Bharu."


Tawanlah apa sahaja milik Datuk Zaid Ibrahim. Kalau mahu pejabat peguamnya di Bandar Damansara pun tidak apa.

Kenapa? Ia bukan milik UMNO atau sebagainya. Ia milik peribadi Datuk Zahid.
Cuma kadangkala termenung juga kita kerana mungkin Zaid menggunakan peluang melalui UMNO untuk membeli ‘harta’ sedemikian.

Ramai yang tahu Zaid memang menggunakan peluang ketika dalam UMNO untuk mendapatkan bisnes, termasuk menjadi peguam kepada projek perumahan mega dan sebagainya.

Tetapi jika kini Zaid merasakan dia mahu jual hartanya, itu haknya. Tidak mengapa dan jika Zaid merasakan nak bagi free pun tidak apa!

Mengejutkan juga semalam (20 Oktober 2010) apabila ada laporan mengatakan dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.

Apa simbolik sangat dengan bangunan UMNO berkenaan?

Agak dangkal pemikiran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,pada perkara ini apabila mengatakan sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi semalam. Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Nik Aziz diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.


Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi. “Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya.


Menurut sebuah blog, Pemuda PAS ini bagaikan beruk mendapat cincin, mereka bersorak gembira bila Zaid menyerahkan bangunan miliknya yang pernah menjadi pejabat UMNO Kota Bharu satu ketika dulu kepada mereka. Kita tidak hairan kenapa mereka bersorak gembira, biarlah kerana itu hak mereka.

Tapi bila mereka menyifatkan maruah UMNO tergadai kerana bangunan itu, maka tentu kita perlu bertanya kembali, apa maruah yang tergadai?

Bangunan yang diserahkan kepada Pemuda PAS semalam adalah bangunan milik Zaid, bukan milik UMNO. Kebetulan ketika Zaid memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu dan Ahli Parlimennya dalam masa yang sama, dia menggunakan kelebihan harta benda yang ada padanya untuk membaik pulih bangunan tersebut dan menggunakannya sebagai pejabat operasi UMNO.

Anehnya, yang pernah mempertikaikan kelebihan harta benda Zaid ini dulu bukan orang lain, PAS jugak.

Hanya kerana bangunan tersebut pernah menjadi bangunan UMNO Kota Bharu dibawah pimpinan Zaid, kenapa pula maruah UMNO perlu tergadai apabila Zaid sebagai pemilik bangunan menyerahkan kepada Pemuda PAS?

Kalau ukuran logik diambil kira, sepatutnya yang hilang maruah ialah Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu kerana pemimpin atasan PKR seperti Zaid menyerahkan bangunan tersebut kepada pemuda PAS untuk digunakan.

Dengan reputasi sebagai bakal Timbalan Presiden PKR, justifikasi Zaid menyerahkan bangunan tersebut untuk dioperasikan oleh pemuda PAS perlu dipersoalkan AMK Kota Bharu.

Jika Pemuda PAS boleh mengandaikan maruah UMNO tergadai hanya kerana Zaid sebagai pemilik bangunan tersebut menyerahkannya untuk digunakan mereka sedangkan justifikasi penyerahan tersebut adalah jelas (Zaid bukan lagi ahli UMNO), maka kami juga boleh mengandaikan yang sama kepada AMK Kota Bharu tapi atas fakta yang lebih berisi dibandingkan Pemuda PAS sekarang.

UMNO sebagai sebuah parti yang dikuatkan oleh lebih dari 3 juta ahli kini tidak meletakkan maruah parti kepada satu bangunan.

Perjuangan dan maruah adalah jauh lebih besar dan berharga daripada bangunan tersebut. Lagipun, bangunan yang sering dikaitkan dengan UMNO ialah bangunan PWTC di Kuala Lumpur.

UMNO bukan ditubuhkan di Kota Bharu dan bangunan tersebut yang maruah kami nak tercalar bila pemilik bangunan serah pada pemuda PAS untuk digunakan.

Lagipun Zaid bukan menyerahkan bangunan tersebut secara percuma. RM 4.5 juta yang dibelanjakan pemuda PAS untuk membeli bangunan tersebut bukanlah sesuatu yang murah.

Belum lagi dipertikaikan dari mana pemuda PAS memperolehi wang sebanyak itu? Kita tahu pemuda PAS apatah lagi pemuda PAS Kelantan tidak mempunyai elemen perniagaan yang mampu menampung pembelian tersebut. Apakah hasil kutipan melalui ceramah semata-mata mampu mengumpulkan wang sebanyak itu?

Kesimpulannya, maruah UMNO tidak terletak di bangunan yang dimiliki Zaid, oleh itu tiada apa yang tergadai seperti mana yang cuba ditunjukkan pemuda PAS.

Sunday, October 17, 2010

SERONOK DENGAR UMNO TERENGGANU SUDAH BERSATU

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata semalam UMNO negeri itu sudah kembali bertaut.

Lega mendengarnya dan diharapkan UMNO kembali kukuh dan dapat mengekalkan kuasa di negeri berkenaan.

Baca apa yang dilaporkan oleh teganuku.

AHMAD - SAID UMNO TERENGGANU KINI BERSATU

Ahmad Said bercakap kepada wakil media selepas majlis penutup konvensyen di Kuala Terengganu semalam.

"Saya harap masalah dulu dapat dilupakan. Bak kata orang, biduk lalu, kiambang bertaut. Kita sebagai pemimpin dan orang politik, perlu berjiwa besar. Jangan mudah berkecil hati, berasa hati atau berjauh hati, dan dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati," - Ahmad Said

Umpama "biduk lalu, kiambang bertaut," itulah ungkapan yang digunakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi menggambarkan hubungan pemimpin Umno di negeri itu ketika ini.

Beliau berkata semangat perpaduan di kalangan golongan terbabit semakin pulih dan dirasai, termasuk wakil rakyat dan pemimpin parti apabila terdapat kesungguhan untuk bersatu, walaupun hubungan di antara mereka sebelum ini agak tegang.

"Saya harap masalah dulu dapat dilupakan. Bak kata orang, biduk lalu, kiambang bertaut. Kita sebagai pemimpin dan orang politik, perlu berjiwa besar.

"Jangan mudah berkecil hati, berasa hati atau berjauh hati, dan dalam masa yang sama, kita perlu berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Terengganu 2010 semalam.

Konvensyen yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pagi tadi, disertai 1,200 peserta yang terdiri daripada pemimpin sayap parti serta jemputan khas.

Ahmad Said berkata konvensyen yang pertama kali diadakan di Terengganu sejak Pilihan Raya Umum 2008 itu, boleh dijadikan sebagai persediaan Umno negeri bagi mengikuti pemilihan parti di Kuala Lumpur Selasa depan, dan bekalan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya amat berpuas hati dengan persiapan dan resolusi yang dikemukakan perwakilan dari bahagian-bahagian yang bertujuan untuk mengukuhkan perjalanan dan kepimpinan Umno di Terengganu.

"Saya harap pemimpin di Terengganu, khususnya wakil rakyat, menjadikan harapan perwakilan ini sebagai, dan peluang untuk, muhasabah diri dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Sementara itu, sebanyak 19 resolusi dicapai dalam konvensyen yang bertujuan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Selain itu, satu deklarasi, dinamakan Deklarasi Primula 2010, turut diputuskan serta diserahkan kepada Ahmad dan Hishammuddin, yang merupakan pengerusi badan perhubungan UMNO Terengganu.

Friday, October 15, 2010

JOM SERTAI DEMO BANTAH MAJLIS PEGUAM!


MARI SERTAI PERHIMPUNAN

Perhimpunan menghantar nota bantahan terhadap Majlis Peguam (Bar Council) di hadapan Pejabat Bar Council, Kuala Lumpur hari ini selepas solat jumaat
- ANJURAN PERKASA

TUJUAN
Membantah kegagalan Bar Council mengawal selia dan membenteras kegiatan ahli mereka yang menipu anak-anak guam dan melakukan kegiatan jenayah.

SEMUA DUJEMPUT HADIR.

MARI KITA SEMUA CAM... INILAH MUKA PRESIDEN BAR COUNCIL AKA MAJLIS PEGUAM YANG HARUS DIAJAR KERANA KURANG AJAR DAN BODOH - K. Ragunath Varughese

LAMBANG YANG BOLEH DILUDAH & DIPIJAK KERANA BERSEKONGKOL DENGAN PEMBANGKANG HURU HARAKAN NEGARA DAN TIDAK TERLUS DALAM MENGAMALKAN KEADILAN UNDANG-UNDANG


KECELAKAAN BAR COUNCIL AKA MAJLIS PEGUAM


1. Senyap sunyi dan tak ambil tindakan langsung ahli menipu - Kes Akuan Bersumpah Rahimi

2. Senyap sunyi dan tak ambil tindakan terhadap ahli terlibat kes bunuh Melayu - Alahyarham sosilawati dan rakan-rakan yang dibunuh kejam di banting.

3. Kes Tan Beng Hock menyalak-nyalak tuduh kerajaan macam-macam kenapa kalau kes libat melayu senyap??? diskriminasi kaum oleh Bar Council!

4. Bersubahat secara tidak langsung dengan pembangakang dengan mempersoal hal berkaitan perundangan dengan kerajaan bagi menampakkan konon undang-undang di malaysia tidak terlus dan membuka ruang pembangkang menimbulkan isu serta mempelawa campurtangan kuasa asing.

5. Mencabar dengan terbuka Melayu dan Islam dengan secara terbuka.

6. Memberikan sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Kristian

7. Acap kali mempersoal hak keistimewaan melayu terutama perkara 153

8. Berusaha berterusan mencabar Islam terutama usaha menubuhkan Majlis Perundingan Agama yang meletakkan Islam setaraf dengan agama lain.

9. Pendirian yang menyokong murtad dan mencabar kerajaan berkaitan hak menukar agama Islam.

10. Banyak peguam - BAR Council aktif dalam persatuan dan organisasi yang berjuang menjahanamkan perlembagaan negara dan Islam. Contoh organisasi menyesatkan penganut Islam seperti "sister in Islam" dan HINDRAF sebuah organisasi pelampau Hindu parya.


BANGSAT TAK? KALAU MAJLIS PEGUAM SENDIRI TAK PATUHI PERLEMBAGAAN, CABAR UNDANG-UNDANG, HURU HARAKAN NEGARA, TERLIBAT DALAM POLITIK TIDAK SIHAT DAN KES JENAYAH...

LANCAU LAH BAR COUNCIL!

Sumber - Idealis Malaysia

Tuesday, October 5, 2010

RAJA PETRA BERANG KERANA DUIT, BUKAN JANJI PKR

Ini cerita sedap...

Padanlah Raja Petra Kamaruddin marah gila kat Anwar Ibrahim.

Beria-ia dia beri amaran kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kononnya tidak tunai janji kepada rakyat dan sebagainya.

Di sebalik itu, ada cerita sedap kenapa Raja Petra berang.

Menurut entri AIDC, Raja Petra marah bukan kerana mahu menegakkan PKR tetapi fulus untuknya semakin kurang.

Pada entri berkenaan, AIDC menyebut dalam hubungan politik, mahupun hubungan antara seorang 'pembayar' dan 'pembunuh politik upahan' seperti RPK - apa yang paling penting adalah nilai RM.

RPK tidak mampu hidup senang di London, jika 'wang' yang dimasukkan ke dalam akaun seorang individu lain akan berkurangan setiap bulan. Bermula dengan GBP10,000 untuk tempoh dua minggu; gaji RPK dikurangkan sebanyak hampir separuh.

Memang deal awal, RPK tidak perlu bertanyakan 'siapa' sebenarnya yang membayar gajinya yang sedemikian tinggi. Sebulan GBP20,000 kali 6 dah berapa? Kira sendiri. Inilah jumlah yang memungkinkan RPK hidup mewah dalam buangan dirinya sendiri.

Ramai juga yang terkejut dan terperanjat - kerana dalam satu sesi forum khas yang diadakan di sana; RPK sudah mula berani mempersoalkan kemampuan Pakatan Rakyat melakukan 'reform' yang dikehendaki.

Sudah hampir 3 tahun; tidak ada sebarang perubahan 'ketara' yang boleh dibanggakan oleh kita, tegas RPK. Apakah dengan kemenangan 5 negeri; masih gagal PR melakukan reform yang diinginkan. Apa lagi yang PR tunggu?

Ramai hadirin yang tak tahu, sebelum forum berlangsung - Anwar sudah minum dengan RPK.

Intipati; Anwar ingin mengurangkan gaji RPK. Terus mamat itu naik angin. Dia dah membantu banyak; malahan Malaysia Today adalah alat politik Anwar. Apatah lagi nak berlawan dengan Free Malaysia Today yang ditaja oleh Zaid Ibrahim.

Anwar menggunakan alasan 'funding streams' yang semakin merosot banyak. Anwar tidak mampu lagi maintain 'high societe' lifestyle yang RPK nikmati sekarang.

Kepada RPK; kejayaan PR dalam pilihanraya yang lalu mempunyai buah tangannya juga. Bukan sikit. Banyak. Banyak isu yang membuatkan dia mendedahkan kepincangan Pak Lah dan kaum keluarga.

Anwar mesti mengotakan janji bahawa dia dibenarkan hidup secara 'high societe' selama 5 tahun. Ini janji dan perjanjian syaitan mereka berdua.

Disebabkan itu, RPK sudah mula menggunakan platform bebas untuk mengutuk Pakatan Rakyat dan kepimpinan Anwar.

Sesungguhnya Anwar naik risau juga. Mahukan tidak, banyak rahsia Anwar yang diletakkan di dalam poket RPK. Tersilap langkah; Anwar akan tersungkur.

Anwar kena hati-hati kerana melukakan hati dan merosakkan 'poket' RPK. Kena usaha juga untuk cari dana tambahan bagi menentukan RPK tidak menjadi senjata makan tuan. Kalau tidak - mampus.

Anwar menyedari perkara ini dan banyak 'deal' baru diuruskan bagi mendapatkan data tambahan buat RPK. Kalau tidak - Anwar terpaksa berhadapan dengan 'nafsu amarah' abang RPK yang akan memberontak.

Monday, October 4, 2010

KU LI SETUJU JADI PENGARAH PILIHAN RAYA - TENGKU ADNAN

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata sepanjang pengetahuan pengurusan BN, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata surat pelantikan itu telahpun ditandatangani oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, dan akan diserahkan kepada Anggota Parlimen Gua Musang itu sekembalinya beliau ke tanahair dijangka Jumaat ini.

"Bagi kita, pada masa ini, beliau (Tengku Razaleigh) telah bersetuju menjadi pengarah pilihan raya bagi DUN Galas.

"Beliau merupakan orang yang tepat memandangkan beliau adalah Ketua Bahagian, beliau tahu kawasan itu dengan lebih baik daripada orang lain. Jadi kita berharap beliau dapat membantu kita untuk mendapat balik Galas kepada BN," katanya selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya 2010, di sini.

Tengku Adnan berkata tindakan pengurusan untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kawasan itu turut mendapat restu dan sokongan badan perhubungan negeri Kelantan.

Jumaat lalu, Tengku Razaleigh membuat kenyataan dalam laman sosial Twitternya bahawa beliau tidak menyatakan ya atau tidak apabila dilantik ke jawatan itu, dan akan menjelaskannya apabila beliau kembali ke Malaysia.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai calon BN bagi kawasan DUN itu, Tengku Adnan berkata pihak pengurusan akan mendengar apa sahaja cadangan daripada Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Ditanya sama ada Umno selesa sekiranya Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon, Tengku Adnan berkata Umno akan selesa dengan sesiapa sahaja yang dapat memenangi kerusi tersebut, dan dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat di kawasan itu.

Mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan cadangan untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai calon adalah tidak wajar, Tengku Adnan berkata kenyataan seumpama itu dikeluarkan kerana mereka bimbang BN akan dapat merampas semula Galas.

Di PETALING JAYA, Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN yakin untuk merampas semula kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan melawat kawasan itu minggu depan bagi menilai keadaan dan usaha bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti akan diserahkan kepada Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lalu.