Thursday, December 29, 2016

Siapa ‘Jantan’ Yang DiAnggap ‘Sampah Yang Bertaburan’ Oleh Anina?

 

Apakah Anina Saadudin menjadi mangsa 'lelaki' yang mengkhianatinya?

Daripada kenyataan amaran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) itu, ia jelas melibatkan pertelingkahannya dengan seseorang.

Namun sayang seribu kali sayang, kini ia dikaitkan dengan kedudukannya dalam parti yang sekalgus menyulitkan kedudukan dan hubungan beliau dengan beberapa pemimpin dalam parti yang dianggotainya.

Lebih memburukkan keadaan, ada pula yang kononnya membela Anina selepas beliau diumumkan tidak dipilih oleh Majlis Presiden untuk menjadi Ketua Srikandi (Wanita), sayap penting PPBM.

Dengan nada keras, Anina yang minggu lalu dipalitkan  dengan dakwaan ‘skandal mesej seks’ apabila 'screenshot' perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki yang tidak dinamakan, seakan menjelaskan pendiriannya bahawa jika benar beliau mahu mencari kebahagian, beliau akan memilih lelaki budiman, bukan 'jantan sampah'.

Mesej seks yang tersebar itu menyebabkan beliau menjadi tumpuan ramai, sebaliknya Anina menegaskan jika benar beliau mahu kebahagiaan, beliau akan pilih lelaki budiman, bukan ‘jantan sampah yang bertaburan' apabila tidak dapat apa yang dihajati.

"Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah tangan.

"Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu bukan manusia yang baik. Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya. Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan," ujarnya.

Kenyataanya itu jelas seperti ditujukan kepada seseorang, sama ada kepada orang yang ‘bertukar mesej seks’ dengannya atau orang lain dalam kepimpinan PPBM.

Beliau  dijangka akan mengadakan sidang media minggu hadapan untuk menjelaskan krisis yang melanda dirinya mengenai dakwaan skandal seks dan jawatan Ketua Srikandi.

Menurut Anina,  beliau bersikap mendiamkan diri terhadap tomahan itu tidak bererti beliau kalah. Malah, menurutnya, “diam tidak bererti saya kalah. Kalah juga tidak bererti saya hilang semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak bererti saya dapat semuanya.”

Menurutnya, jika sebelum ini beliau berdiri di hadapan Presiden kepada sebuah parti yang berkuasa tanpa gentar, beliau juga akan berdiri di hadapan sesiapa sahaja yang kencing kepada perjuangan beliau.

Menarik untuk mengetahui siapa yang Anina maksudkan kerana jika ada individu tertentu yang berminat dengannya, apa lagi menjadi antara pemimpin PPBM, ini akan mengucar-kacirkan lagi parti baru itu.

Apalagi Anina sudah memberi amaran bahawa "jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk daripada  apa yang ada di sebelah sinun”.

Tegasnya: “Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya tekan butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua.”

Katanya beliau sudah cukup baik selama ini. Beliau tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat.

"Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua," ujar ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata ini di laman facebooknya petang semalam.

Malah, daripada kata-katanya, "jika anda tidak tahu erti keadilan, pembelaan dan sifat keperimanusiaan, anda tidak layak duduk di sebelah saya," membayangkan seseorang yang ditujukan itu adalah ‘orang penting’.

Kelmarin, penganalisis politik dari Universiti Malaya Prof Madya Azman Awang Pawi berkata jika “skandal mesej seks” benar-benar punca di sebalik penyingkiran Anina daripada jawatan ketua wanita PPBM, beliau mungkin boleh kehilangan kedudukan sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Azman berkata masyarakat umum tidak sepatutnya terlalu menghakimi, kerana ahli politik tempatan biasa dilempar dengan tuduhan fitnah di kedua-dua bahagian pembangkang dan Barisan Nasional.

Sejauh ini, Setiausaha Agung PPBM sudah pun memberi penjelasan yang jawatan ketua wanita parti itu masih belum diwujudkan lagi, jadi tindakan ini mungkin hanya sementara.


Menurut  Datuk Shahruddin Md Salleh kelmarin, isu ketua Srikandi parti itu tidak seharusnya wujud kerana majlis pimpinan tertingginya belumpun menubuhkan sayap berkenaan.

Justeru, kata beliau, kedudukan Anina Saadudin yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi BERSATU tidak timbul sama sekali.

"Menurut Perkara 21 Perlembagaan BERSATU, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.

"Justeru, kedudukan Anina yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul," ujar beliau dalam kenyataannya.

Anina mendakwa  dirinya dipecat daripada jawatan ketua wanita PPBM namun dakwaan itu dipertikaikan ketua penerangan, Datuk Kamarudin Md Nor.

Anina berkata, beliau sudah tanya Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang mengesahkan keputusan menyingkirkan beliau daripada jawatan itu.


Kamarudin sebelum ini  berkata, Anina tidak pernah dilantik dan angkat sumpah beliau merupakan “kesilapan teknikal”.

Saturday, December 24, 2016

FELDA – Saham FGV, Isa Samad, Hutang & Perumahan Ancam Peneroka


Membaca pendapat Naraza Muda - Pengerusi Hal Ehwal FELDA PAS dan Mazlan Aiman mendekatkan kita kepada masalah dan perkembangan sebebenar dalam agensi itu mutakhir ini.

Walaupun kedua-duanya berada dalam dua gerakan berlainan – Naraza dalam PAS dan Mazlan, iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pula berjuang melalui AMANAH, namun mereka menuju ke satu arah – memperbaiki dan menjamin masa depan FELDA yang lebih baik.

Nazara menyentuh isu berkitan perkembangan perkembangan terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melupuskan semua pegangan saham FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang menurut beliau menambahkan lagi keluh resah terhadap kedudukan saham syarikat itu yang mula diniagakan sejak 2012 .

ANAK pula  menuntut  lima perkara kepada kerajaan  untuk diberikan perhatian yang dikatakan menyumbang kepada berlakunya kepincangan, salah urus dan penyelewengan membabitkan projek FELDA seperti terkandung dalam Laporan Jabatan Audit Negara.

KWSP kini dilaporkan terpaksa melupuskan pemilikan saham dalam FGV berdasarkan prinsip mereka mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan peruntukan aset strategik.

Walaupun peneroka FELDA memiliki hanya sekitar 2.5 peratus kedudukan dalam keseluruhan saham FGV, ia  sudah pasti akan memberi kerugian dan kebimbangan masa depan saham mereka berikutan langkah itu.

Prestasi saham FGV sejak dilancarkan
Peneroka FELDA hanya ditawarkan 800 unit saham dengan terpaksa membuat pinjaman daripada intitusi kewangan.

Kini  masuk empat tahun di mana mereka masih membayar pinjaman setiap bulan secara potongan daripada hasil pendapatan jualan buah sawit atau getah mereka gara-gara saham ini.

Mana janji Perdana Menteri untuk menjadikan peneroka FELDA menjadi sebahagian golongan yang berpendapatan tinggi setanding dengan negara maju setelah penyenaraian FGV?

Pertanyaan dikemukakan Naraza juga ialah, apakah  durian runtuh RM15,000 setiap peneroka FELDA sebelum penyenaraian FGV dulu satu langkah mengunci peneroka FELDA untuk membiarkan FELDA dibuat sesuka hati oleh pemimpin negara?

Naraza...RM15,000 untuk kunci peneroka?
Berikutan KWSP terpaksa menjual semua ekuiti FGV yang mereka miliki secara beransur-ansur sehingga tidak memilikinya lagi, kesannya sudah pasti amat besar kepada mereka yang memiliki saham berkenaan.

KWSP sudah mengesahkan bahawa ia tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam FGV, malah kenyataan Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP -  dana persaraan - itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.

Datuk Seri Najib Razak yang menjaga FELDA walaupun tugas itu seperti diuruskan  oleh Datuk Razali Ibrahim, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, persoalannya ialah ialah jika KWSP sudah hilang kepercayaan kepada FGV, bagaimana pula nasib peneroka FELDA?

Tidakkah masalah yang berlaku sekarang turut mengaitkan Najib?

Hakikatnya, kesemua mereka bimbang bimbang mengenai kedudukan keseluruhan FGV, tanah seluas 360,000 hektar milik FELDA sebelum ini yang sudah diserahkan kepada FGV.

Sedangkan sebelum ini peneroka FELDA banyak mendapat faedah daripada hasil tanah ini, antaranya peruntukan pembangunan sosial berjumlah RM60 juta setahun.

Tanah ini juga mendatangkan hasil kepada kumpulan RM1.2 hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Namun selepas  diserahkan kepada FGV, FELDA dan peneroka sudah hilang satu aset yang bernilai buat mereka.

Apakah kerajaan peduli? Apakah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) peduli?

Naraza berbepndapat, kesannya kepada kumpulan sangat ketara, juga kepada peneroka, menyebabkan ada kumpulan mereka terpaksa berdemonstrasi di hadapan pejabat pengurusan kerana menuntut bayaran hasil jualan sawit mereka.

Sebelum ini mereka merasai bayaran itu secara tunai dan tidak tertangguh, tetapi kini pengurusan terpaksa meminta penangguhan dua minggu sehingga sebulan untuk melunaskan bayaran.

Isa Samad...Pengerusi FELDA.
Urus tadbir pengurusan tanam semula banyak juga menghadapi masalah. FELDA sebelum ini mengaku 60 peratus pokok sawit mereka sudah tua dan perlu urusan penanaman semula segera bagi mengekalkan pengeluaran hasil sawit dan getah. 

Mazlan menyentuh pengumuman kerajaan mengenai Pelan Memperkasa FELDA yang bakal di umum Perdana Menteri hujung bulan ini,
Menurutnya, ANAK menggesa dan merayu ketegasan Perdana Menteri khususnya mengenai langkah langkah segera ekoran Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan isu-isu kepincangan, salah urus dan dakwaan penyelewengan dalam projek FELDA seperti dibangkitkan.
Berikutan itu, ANAK menuntut perkara berikut:
1.    Agar kontrak Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA yang akan berakhir 31 Dis 2016 ini tidak di sambung lagi. Juga siasatan terhadap Isa sepanjang menjadi Pengerusi FELDA, Pengerusi FGV, Pengerusi FELDA Holding dan pengerusi anak-anak syarikat seperti yang dilaporkan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti diteruskan dan tindakan undang-undang dilaksanakan.
2.   Perlu ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai kedudukan FELDA dan FELDA Global Venture Holding selain audit bebas di wujud dan menjalankan pemeriksaan rapi kepada perjalanan FELDA, FGV dan semua anak syarikatnya. Suruhanjaya ini diminta mengumumkan hasil siasatan mereka setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong. Ia bagi memudahkan pihak berotoriti untuk melakukan pendakwaan dan mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan. 
3.    Kerajaan mesti mengotakan janji menyiapkan 11,000 unit perumahan Gen erasi Kedua FELDA yang terbengkalai. Ini  selaras dengan janji Perdana Menteri ketika membentangkan bajet beberapa tahun lalu untuk projek 20,000 unit rumah Gen 2. 
Selain itu, ANAK mahu diwujudkan tender terbuka untuk menyiapkan rumah terbengkalai, bukan runding terus kepada 'kroni' yang membuka ruang kepada amalan rasuah dan penyelewengan. Malah, ANAK sedia mendedahkan maklumat dalaman ada syarikat diberi projek ini secara runding terus.


Apakah laporan polis dan SPRM diambil tindakan?
4.  Amalan membayar pendapatan hasil sama ada peneroka yang bersama FELDA atau mengusahakan kebun secara persendirian tapi masih menjual hasil di Kilang FELDA, di buat segera atau seperti dahulu. Pada ketika ini, ujarnya lagi, pembayaran bukan sahaja lambat tetapi memberi kesan teruk terhadap kehidupan seharian peneroka.
5.    Kerajaan perlu mengkaji dengan serius isu Hutang Peneroka dan Kos Tanam Semula yang mencecah RM100,000 ke atas. Perkara ini menjadi pertanyaan serta menimbulkan rasa tidak puas hati di kalaangaan penerika. Persoalannya, bagaimana angka hutang begitu tinggi? 
Berikutan itu, suatu panel khas dan bebas mesti dibentuk untuk membuat siasatan dan mengemukakan mekanisme terbaik menangani hutang peneroka. 
Pada ketika ANAK mengalu-alaukan Pelan Memberkasakan FELDA hasil pembentangan interim makmal pemantapaan FELDA Oktober lalu yang sudah memasuki memasuki fasa kedua kepada aspek pengurusan dan perladangan, ANAK berharap masalah yang membelenggu agensi ini dapat dimatasi dengan baik.
Apapun, seperti kata Naraza, apakah jaminan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang melanda FELDA, FGV dan peneroka?
Apakah pelan yang diumumkan itu akan berjaya mengatasi masalah agensi dan peneroka FELDA?
Apakah kerajaan akan bertegas untuk mengekalkan Isa selama beberapa tahun lagi menerajui FELDA? Apakah dengan mengekalkan beliau UMNO dan kerajaan berkeyakinn Isa boleh menyelesaikan semua masalah yang sedang melanda?
Bagaimana dengan laporan Polis dan SPRM terhadap Isa? Apakah akan diumum dan diadakan tindakan undang-undang?
“Peneroka FELDA yang kebanyakannya sudah berumur hanya mampu melihat pemimpin mereka menguruskan FELDA. Dulu dengan harapan agar pemimpin mereka mampu mengekalkan kecemerlangan FELDA tetapi kini harapan itu sudah terhakis, “ tegas  Naraza.

Siapa pemimpin yang menguruskan FELDA kalau bukan Perdana Menteri dan orang yang dipercayainya?

Ternyata mereka sejauh ini mengecewakan, malah ada yang mengatakan mereka ini pengkhianat kepada hasrat dan nasib peneroka. 

Sunday, December 18, 2016

Annuar Pemimpin Yang Gagal, Namun Tetap Punya Keinginan – Tunku Ismail

 

Selama ini banyak pihak memuji dan memberikan penghormatan tinggi kepada Tan Sri Annuar Musa dalam konteks pengurusan bolasepak, khususnya Persatuan Bolasepak Kelantan (KFA).

Namun tidak di mata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika ini.

Menurutnya, bekas Presiden Persatuan KAFA itu adalah pemimpin yang lemah dan gagal kerana menyebabkan kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui oleh Annuar.

"Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut.

"Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.

"Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan.

Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka," kata Tunku Ismail.

Bagi Tengku Mahkota Johor, keutamaan sepatutnya diberikan kepada pemain tempatan dan bukannya pemain import.

"Ia jelas menunjukkan bahawa anda terlebih membayar pemain import dan hasilnya, anda tidak mampu untuk mengekalkan kelab.
 
"Perkara itu tidak berakhir di sini, kita dapat lihat prestasi Kelantan mulai merosot dan cukup jelas bahawa kapal tersebut mulai karam.

Lebih memburukkan lagi keadaan, menurut Tunku Ismail, sebagai nakhoda kapal, beliau memilih untuk meninggalkan kapal tersebut, dan membiarkan anak-anak kapal menderita. “Dan dengan situasi tersebut, anda masih ada keinginan untuk menjadi Presiden FAM," kata Tunku Ismail.

Malah Tunku Ismail turut menegaskan beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi.

"Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut (selaku Presiden FAM) atau tidak.

"Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.

"Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin," katanya dalam cacatan di Facebook.

Kenyataan Tunku Ismail itu jelas merujuk kepada  Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Annuar berkata, cadangan MUSA bagi melantik Tan Sri Aseh Che Mat sebagai presiden badan induk itu untuk membolehkan Tunku Ismail terbabit dalam FAM adalah sama sekali tidak boleh diterima kerana melanggar statut badan induk berkenaan.

"Apakah yang cuba dilakukan? Apakah FAM mahu ditadbir secara proksi? Di mana letak duduk statut FAM sehingga MUSA boleh mencadangkan struktur jawatan yang tidak wujud dalam statut FAM," kata Annuar seperti dilapor Berita Harian.

MUSA menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi dalam satu laporan akhbar berkata pihaknya bersedia untuk memberi sokongan kepada Aseh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM asalkan ia dapat menarik pembabitan Tunku Ismail dalam badan induk bola sepak negara itu.

MUSA berpendapat Tunku Ismail lebih selesa berada dalam FAM sebagai penaung atau penasihat diraja berbanding menjadi presiden, tetapi ahli gabungan perlu memilih Aseh bagi menerajui FAM.

Sementara itu, kemelut yang melanda bolasepak Kelantan bukan sekadar isu gaji pemain dan perletakan jawatan Annuar, malah Berita Harian melaporkan 9 Disember lalu,  KAFA memutuskan untuk menarik diri daripada beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim depan kerana tidak mampu menyediakan dana mencukupi bagi menguruskan skuad The Red Warriors (TRW).

Semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bersedia berjumpa dengan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah bagi membincangkan masalah yang membelenggu organisasi berkenaan.

Beliau memberi jaminan, pihaknya sedia mendengar pandangan mereka selain berbincang bagi membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ahmad Yakob turut mencadangkan supaya pengurusan tertinggi KAFA mengadakan satu perancangan jangka masa pendek dan panjang dalam menyelesaikan isu pembiayaan pasukan.

 "KAFA seharusnya membuat satu unjuran bagaimana mereka boleh menghadapi masalah kewangan secara baik dan mengemukakan kepada orang ramai. Saya yakin dari situ, KAFA akan mendapat tajaan daripada pihak luar.

"Menjelang kongres KAFA pada 29 Disember ini, sewajarnya ia dimanfaatkan bagi mengambil kira idea serta pandangan ahli dalam membantu menyelesaikan kemelut yang melanda pasukan berkenaan," katanya.

Ahmad Yakob berkata, walaupun kerajaan negeri tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan tertinggi KAFA, namun ia tidak bermakna ia tidak peduli langsung terhadap nasib yang menimpa skuad Kelantan.

 "Saya juga selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan sudah pun mengurangkan bayaran levi yang dikenakan kepada KAFA iaitu daripada 17 peratus kepada 10 peratus.

"Malah kerajaan negeri juga tidak mengenakan sebarang cukai hiburan terhadap pasukan berkenaan. Ini secara tidak langsung sebagai salah satu daripada tindakan kami dalam membantu KAFA," katanya.

Monday, December 12, 2016

Kerajaan Malaysia Membisu Mengenai ‘Harta Jho Low’, Tetapi Tidak AS...

Antara harta yang dikatakan dibeli oleh Jho Low hasil dana 1MDB.
"Harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib."

Hari ini Isnin 12 Disember 2016 adalah tarikh menarik untuk semua rakyat Malaysia ikuti perkembangan tuntutan keluarga hartawan Malaysia,  Low Taek Jho dikenali sebagai Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka, termasuk bapanya,  menuntut semula aset yang ‘dimiliki Jho Low’ yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Seorang hakim Persekutuan di negara Uncle Sam itu sudah menolak usul yang menuntut mereka diberikan masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil RM4,000 juta)  yang didakwa dari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Dana itu dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.

Bayangkan apa boleh dibuat dengan RM4,000 juta untuk pembangunan rakyat di negara ini. Pedulikah kita?


Keluarga Jho Low  itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka mendapatkan harta-harta berkenaan.

Keputusan untuk meneruskan perbicaraan hari ini  boleh menggagalkan rancangan itu. Peguam mereka ialah Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim.

Mereka berusaha memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran hari ini (12 Disember 2016) kepada 23 Januari 2017 bagi  membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Kes-kes terbabit yang diusul keluarga Jho Low di sebuah Mahkamah Daerah Pusat California (Los Angeles) ialah: 16-cv-05364, 16-cv-05367, 16-cv-05368, 16-cv-05369, 16-cv-05370, 16-cv-05374, 16-cv-05374, 16-cv-05375 dan 16-cv-05378. 

Tujuannya mencuba dan mendapatkan hartanah serta aset lain yang dipindahkan kepada pemegang amanah baru.

Kenyataan pada Rabu lalu menyebut Hakim Daerah AS itu,  Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran dan permohonan berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir memfailkan tuntutan.

Tiada sebab diberikan dalam kenyataan pada Rabu lalu.


Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak DOJ memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz dalam saman sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang mengeluarkan filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.

Tuntutan keluarga Jho Low ini jika dilihat daripada berbagai perspektif akan membawa kepada pertanyaan dan hakikat bahawa:

1.      Benarlah dakwaan DOJ bahawa Jho Low memiliki harta-harta seperti disebut dalam saman terhadapnya. Ini kerana jika Jho Low tidak ada harta berkenaan, bagaimana keluarga beliau boleh menuntut bagi pihaknya. Bagaimana kesudahannya?

2.      Wajarkah harta yang dicuri daripada dana 1MDB dipindah milik kepada keluarga sedangkan ia masih dalam siasatan DOJ?

3.      Walaupun tahu ia bukan harta yang dikumpul secara ‘bersih’ tetapi kenapa keluarga Jho Low bimbang semua harta berkenaan dirampas dan mahu dijadikan n milik mereka?

4.      Apa usaha keluarga Jho Low selanjutnya  jika terus gagal untuk dibawa kes ini ke New Zealand dan Kepulauan Cayman?

5.      Persoalan asas yang belum terjawab ialah kenapa pemimpin dan kerajaan Malaysia tidak sama menuntut harta yang dikumpul oleh Jho Low itu untuk dibawa ulang ke negara ini?

6.      Apakah harta yang dimiliki Jho Low itu bukan harta rakyat negara ini?

Persoalan kelima ini menarik kerana Jho Low kini dilihat seperti ‘manusia kebal’ di Malaysia sedangkan di Singapura, lain pula kedudukannya.

Bukan sahaja pemimpin negara, parti utama yang memerintah iaitu UMNO dan pihak berkuasa lain tetapi rakyat juga kebanyakannya bagaikan tidak menghiraukan wang sebanyak AS1,000 Juta (RM4,000 juta) dicuri oleh Jho Low.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan tidak berminat dengan  ‘perbuatan Jho Low’ ini, walaupun rakyat mempersoalkan hubungan rapat antara mereka.

Sedangkan di Sigapura, pada 10 November 2016 lalu, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang itu dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

The Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang menyatakan  pendirian CAD itu kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.

Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Laporan akhbar utama Singapura  itu menyebut ketiga-tiga lelaki itu juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.

Mereka juga dinamakan dalam saman sivil DOJ AS setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

Diharapkan ada suatu keputusan menarik daripada perbicaraan hari ini yang akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan kembali harta milik mereka yang dicuri.

Juga harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh

Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Jika keluarga Jho Low berharap mendapatkan harta berkenaan, rakyat Malaysia pula pastinya  berdoa dan berharap yang benar akan tetap muncul akhirnya.

Biarlah harta yang dicuri itu dijaga sementara oleh pihak berkuasa AS daripada ia jatuh ke tangan Jho Low dan konco-konconya  yang  mendapatkannya secara jahat dan haram melalui penyelewengan dana 1MDB yang kini dibicarakan oleh banyak negara dunia.

Wednesday, December 7, 2016

Usul Di Mahkamah - Memang Jho Low Ada Harta Hasil Curian Dana 1MDB


Kenyataan dan butiran bahawa usahawan terkenal di seluruh dunia yang dikaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho memang ada harta di luar negara benar belaka.

Laporan Reuters hari ini mengesahkan bahawa melalui usul di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles, selepas keluarga beliau menuntut supaya harta itu ditukar kepada pemegang amanah baru.

Kini sah sudah ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), memiliki harta berkenaan hasil penipuan liciknya mendapatkan dana dan harta 1MDB.

Dia didakwa menyalahgunakan lebih AS$3.5 bilion daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi sedang diusahakan oleh DOJ.

Hotel Park Lane di New York yang dimiliki Jho Low.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Najib menafikan sebarang kaitan dengan Jho Low dan salah laku selain menegaskan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa.

Kenapa  semuanya benar bahawa Jho Low memiliki harta berkenaan?

Ini kerana tindakan keluarga Jh Low yang  bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1MDB yang sedang disiasat, menyerlahkan segala-gakanya.
  
Laporan Reuters yang dipetik hingga ke Kanada, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain menyebut, kini empat  keluarga terdekat Jho Low akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru.



Pendedahan itu berdasarkan usul pada Isnin lalu di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu. Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23 Januari.

Pada 31 Oktober lalu, Bloomberg menyebut, keluarga Jho Low melakukan tindakan untuk menyekat DOJ merampas aset yang dibeli oleh usahawan Pulau Pinang itu melalui dana yang didapati secara ‘haram; dari  1MDB.

Pada ketika Jho Low sendiri nampaknya ‘menyembunyikan diri; namun keluarga – bapa, adik beradik dan dua lagi ahli keluarganya – berada di AS untuk memindahkan aset itu kepada mereka.

Menurut Bloomberg: “Relatives of the financier accused by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5 billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize assets acquired with misappropriated funds.

Four family members of Low Taek Jho, also known as Jho Low, have initiated claims for properties the U.S. said he bought with money from the 1MDB fund, including a $100-million interest in EMI Music Publishing Group, a $35 million Bombardier jet, and a $200-million stake in the Park Lane Hotel in New York.

The family members, including Low’s brother and father, say they are beneficiaries of the family-owned trust that controls the assets and were forced to file claims themselves because the Swiss trustees have refused to take any action in the forfeiture lawsuits, according to filings Monday in Los Angeles federal court.”

Laporan dalam akhbar Metro Amerika Syarikat
Straits Times Singapura hari ini memetik laporan Bloomberg pula menyebut: “The Low family members, who reside in Malaysia, disclosed their intent to try to replace the trustees while seeking to postpone a hearing set for Dec. 12 in Los Angeles on whether they have the right to intervene in the U.S. cases. The family members say they are the beneficiaries of the trusts that hold the assets, and if they or a replacement trustee aren't allowed to bring a claim, their possessions will go to the U.S. by default.

Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan kawalan aset.

Selain Jho Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.