Monday, May 14, 2018

Tolak, Lupakan Raja Bahrin Demi Selamatkan HARAPAN Terengganu


Sungguh pelik dan ajaib apabila tanpa berunding dengan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain di Terengganu, tiba-tiba Ketua HARAPAN Terengganu ketika ini – Datuk Raja Bahrin Shah Raja Ahmad – mengatakan AMANAH boleh jadi jambatan antara Kerajaan Persekutuan dan Terengganu.

Bagaimana beliau boleh mempromosikan diri dan parti yang dipimpinnya – AMANAH – sedemikian?

Tidakkah beliau dengan angkuhnya memberikan gambaran seolah-olah pemimpin parti anggota HARAPAN lain tidak berkemampuan selain beliau.

Apakah benar beliau berkemampuan?

Jelas TIDAK SAMA SEKALI. Beliau adalah pemimpin gagal seperti yang disebut oleh sebuah blog.

Namun, blog ini bukan mahu mengulas kelemahan dan kegagalannya tetapi mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal dan maruahnya yang ‘TERCEMAR’ akibat gagal membawa HARAPAN Terengganu beraksi dalam pililihan raya umum ke-14 lalu dengan bergaya.

Jenis pengurus pasukan apa Raja Bahrin ini?

Yang pasti dia berusaha mempromosikan dirinya dan partinya sahaja seperti yang diperkatakan oleh salah seorang pemimpin HARAPAN Terengganu, Hambali Abdul Latiff sebelum ini.

Raja Bahrin sering menggunakan ‘pintu belakang’, termasuk dalam usaha mendapatkan kedudukanya sebagai Ketua, selain mendapatkan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Tetapi apakah cara kotor beliau mentadbir HARAPAN Terengganu berjaya?

TIDAK SAMA SEKALI!

Azan Ismail
AMANAH yang diuar-uarkan tersangat kuat dan parti pembangkang nombor wahid dalam HARAPAN kecundang di tiga kerusi Parlimen dan 11 DUN.

Malah, Raja Bahrin sendiri kalah di dua kerusi yang disertainya di DUN dan Parlimen. Sepatutnya dia malu dan menutup mulut.
'
Namun dia masih berkata-kata bagaikan hero – dia dan AMANAH  boleh menjadi penghubung antara Putrajaya dan Terengganu.

Hanya yang TOLOL dan NAIF sahaja akan mengikut  cakapnya.

Razali Idris
Difahamkan, kenyataan peribadinya itu dibuat tanpa merujuk Ketua PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris dan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Inilah cara berpolitik dan pentadbiran parti yang dilakukan oleh Raja Bahrin sebelum ini dan kerika ini.

Dia seolah-olah boleh lepas tangan kekalahan teruk HARAPAN (menggunakan logo PKR) tetapi tidakkah caranya itu perbuatan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

Usahlah mahu mencuci kekotoran yang sudah beliau lakukan melalui HARAPAN Terengganu untuk mendapatkan simpati dan perhatian Putrajaya.

Kegagalannya mentadbir HARAPAN Terengganu sama ada sebelum atau ketika pilihan raya lalu menceritakan segala-galanya.

Semuga Putrajaya dan Majlis Presiden HARAPAN meneliti dengan bijak punca kekalahan teruk HARAPAN Terengganu diakibatkan kelemahan dan kegagalan cara Raja Bahrin mentadbir HARAPAN.

Berikanlah kepercayaan kepada orang lain untuk membina semula HARAPAN Terengganu dan ‘jambatan sebenar Putrajaya dan Terengganu’ hendaklah diserahkan tugas untuk membinanya kepada pemimpin lain selain Raja Bahrin.

Ingatlah kepada pepatah ‘once beaten twice shy’  untuk menolak Raja Bahrin jika HARAPAN mahu berkembang dengan gah di Terengganu bagi menghadapi PRU15.

TOLAK RAJA BAHRIN, SELAMATLAH HARAPAN TERENGGANU.