Jika Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) tiada urusan
dengan pengaturcara komputer separuh masa Azharuddin Othman @ Abdullah yang
menjual data peribadi, SIAPA DIA SEBENARNYA?
Dia ini ‘pecacai atau hantu raya’ siapa?
‘Budak dari Terengganu’ ini dalam kawalan radar orang
politik atau siapa?
Setiausaha Sekretariat GSM, Kamarudin Jaffar semalam turut
menafikan mempunyai hubungan atau urusan dengan Syarul Ema Rena Abu Samah atau
Ratu Naga.
Apakah Azharuddin ini MENDAPAT DEDAK atau menjadi ‘askar
upahan’ kepada seseorang atau sekumpulan untuk merendah-rendahkan keyakinan
rakyat terhadap Deklarasi Rakyat?
Yang nyata ‘pengorbanan Azharuddin’ ini bertujuan
mempelekehkan Tun Dr Mahathir Mohamad, penggerak Deklarasi Rakyat.
Tindakan Azharuddin pada Khamis lalu (26 Mei 2016) yang
tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi seorang wanita bernama Ratu
Naga yang ingin membeli pangkalan data mengandungi 900,000 nama pada harga
RM5,000, mengundang dirinya untuk menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan.
Pertama pertuduhan memiliki data atau peribadi individu dan
juga membuat ‘tuduhan palsu’ mengenai tandatangan yang dikumpul GSM.
Hakikatnya, bagi mana-mana individu yang didapati menyebar
dan menjual maklumat yang terkandung pangkalan data penduduk negara, tindakan
undang-undang boleh dikenakan.
Ini kerana maklumat yang terkandung dalam data berkenaan
adalah maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya orang yang berhak
sahaja mempunyai capaian akses kepada maklumat itu.
Maklumat atau data peribadi adalah sulit dan ia tidak
berhak untuk disebarkan kepada mana-mana pihak dan boleh didakwa melakukan
kesalahan serta melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Rahsia
Rasmi (OSA).
Azharuddin mendakwa beliau dihubungi oleh Ratu Naga pada
26 April 2016, untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan
mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat yang disokong oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Azharuddin juga mendakwa memiliki data itu berdasarkan
kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik
bagi tujuan pilihan raya.
Dalam akuan bersumpah itu, Azharuddin berkata ‘Ema’
memerlukan pangkalan data tersebut untuk keperluan bekas Perdana Menteri itu
bagi Deklarasi Mahathir yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.
Di Kuala Terengganu hari ini, polis mengatakan akan
memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai
terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan
tandatangan dalam ‘Deklarasi Mahathir’.
Azharuddin dan rakan-takan termasuk CikguBard |
“Kami akan memanggil individu itu dalam masa dua atau
tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut dan siasatan
menyeluruh akan dilaksanakan. Selain itu, kami juga akan meneliti terlebih
dahulu jenis maklumat yang disebarkan sebelum tindakan lanjut dilakukan,”
katanya di Wisma Darul Iman hari ini.
Apa yang diharapkan siasatan polis ini boleh dilakukan pada kadar yang segera dan mendedahkan kepada umum benarkah data itu palsu atau sebaliknya. Jika ada kes pendakwaan perlu dilakukan segera.
Selepas ini jangan ada pula yang lari ke luar negara, mengelak tindakan pihak berkuasa.
Azharuddin ketika membuat kenyataan itu, bukan secara
individu tetapi secara berkumpulan. Beliau membuat dakwaan dihadiri aktivis PKR
yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).
Azharuddin turut menunjukkan salinan akuan berkanun yang mendakwa didatangi
seorang wanita yang menggunakan nama samaran “Ratu Naga” di Facebook.
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menyelar tindakan
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin
(Chegubard) yang mendakwa sejuta tandatangan dalam Deklarasi Rakyat adalah
palsu.
Presiden GKCM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata,
Badrul Hisham kini lebih bersifat sebagai seorang ‘askar upahan’ yang sedang
mencari makan, dan tidak mempunyai hujah berkualiti.
“Kini beliau menjual fitnah bersama seorang rakan dengan
mengatakan bahawa terdapat unsur tandatangan palsu dalam Deklarasi Rakyat,”
katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Kamarul turut mendakwa Badrul Hisham atau Chegubard sudah
‘dibeli’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ratu Naga pada 27 Mei 2016 menafikan sekeras-kerasnya
pernah berhubung dengan Azharuddin Othman @ Abdullah, apatah lagi membeli
pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi
Rakyat.
“Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini
fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya,” kata Ratu
Naga.
Bagi GSM, Kamarudin berkata, pihaknya menekankan semua
usaha telah diambil untuk mengeluarkan tandatangan mencurigakan daripada
Deklarasi Rakyat.
Jumlah tandatangan atas talian yang diterima dan disahkan
setakat ini ialah 1,071,997 dengan 253,505 tandatangan ditolak atas faktor
pertindihan dan tidak lengkap manakala sebanyak 200,000 adalah tandatangan yang
diterima secara bercetak.
“Kami sedar usaha untuk memperkecilkan sokongan rakyat
kepada deklarasi ini dan juga penentangan terhadap usaha-usaha agenda
reformasi. Audit terhadap tandatangan yang diterima dilakukan secara berterusan
untuk memastikan integriti dan kesahihan,” katanya.
Bagi GSM, ia yakin tandatangan yang akhirnya diserahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ini adalah yang
selayaknya dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh mereka yang
menandatangani deklarasi kepada GSM.
Kita tunggu apakah GSM dapat membersihkan diri dan
menafikan tuduhan Raja Petra Kamarudin bahawa kejadian kononnya ‘tanda tangan
palsu’ ini akibat Dr Mahathir percaya kepada seorang ‘moron’ (bahlul? dungu?
sasau?mambar? tersangat bodoh?).
Kata Raja Petra:
“It seems the de facto Opposition Leader, Tun Dr
Mahathir Mohamad, is pissed off big-time with his so-called political
strategist, Syed Akbar Ali, on bungling the 1 million Citizens’
Declaration signatures. Syed Akbar has just proven that he qualifies to be
honoured with a place in the hall of fame as the perfect moron.”
jika terbukti GSM di pihak yang benar, kita pun boleh
dengan sendirinya mengatakan siapa sebenarnya yang ‘moron’.