Showing posts with label Azmin. Show all posts
Showing posts with label Azmin. Show all posts

Friday, May 20, 2016

Rafizikah Yang “Jijik”, “Jahat”, “Semberono” & Merancang Serangan Terhadap Azmin?


Permainan apa dalam PKR sekarang?

Ada pihak tidak berpuashati dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kelihatan rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Deklarasi Rakyat?

Tuduhan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan negeri'  Selangor bagaikan isu yang sengaja dilemparkan ke muka Azmin.

Dakwaan meegejutkan itu disebut dalam perbualan Whatsapp yang bocor, apabila Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli didakwa berkata beliau menerima aduan mengenai perkara itu.

Ia berlaku selepas surat dari penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir. Ada melihat surat itu sebagai kebimbangan Anwar bahawa pengaruhnya semakin merosot.

Azmin hari ini (20 Mei 2015)menganggap  dakwaan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan negeri' itu satu tuduhan jijik dan kempen fitnah terancang.
"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," tegasnya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.

Rafizi menyatakan dalam perbualan itu bahawa beliau lebih mengambil berat tentang dosa berbanding strategi politik.

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.

Isu terbaru itu berlaku ketika kemunculan warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat.

Ini mencetuskan spekulasi mengenai keretakan dalam PKR.

Bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim juga mengaitkan surat itu dengan perebutan yang dikatakan antara isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin.


Pada Azmin, dalam mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan bebas rasuah, pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat tetapi ia perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 'sekelumit bukti'.

"Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekali pun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

Azmin sebagai ketua pentadbir negeri berkata semua pihak bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.

Rafizi sebelum ini dikatakan membuat dakwaan melalui mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya. Rafizi didakwa berkata demikian dalam kumpulan perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.

Rafizi berkata ada 'orang bona fide' datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.

Rafizi mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR yang mempunyai potensi untuk memusnahkan parti tetapi enggan mengulas lanjut.

Hari ini Rafizi   mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan.

Bagi Razifi sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), beliau menerima ribuan maklumat dan aduan setiap tahun berkaitan salah laku dan penyelewengan di pelbagai institusi awam dan swasta.

"Hanya sebahagian kecil dari maklumat atau aduan ini yang akhirnya akan sampai kepada rakyat kerana sebahagian besar dari aduan ini tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan oleh Now sebelum dibawa kepada rakyat," ujar ahli parlimen Pandan itu.

Amat nyata, kini wujud pertelingkahan di kalangan kepimpinan tertinggi PKR, malah kemarahan Azmin tidak dapat dibendung lagi.

Kenyataan Menteri Besar Selangor yang  menyifatkan dakwaan yang menyebabkan pentadbirannya berdepan fitnah “jijik”, “jahat”, “semberono” dan terancang bagi melemahkan semangat penjawat awam negeri pastinya akan berlanjutan.

Azmin bengang kerana jelas Rafizi sudah menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak yang diaggap tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, menyerlahkan pertelingkahan puak-puak dalam PKR.

Nyata sekali  dalam PKR kini wujud kumpulan meempertahankan Anwar dan yang mahu membebaskan diri daripada pengaruh Anwar ketika suasana politik ngara semakin berubah kepada kekuatan dan keberkesanan Deklarasi Rakyat.

Wednesday, May 2, 2012

Itu Azmin Ali - Ummi Hafilda Yakin 99.9 Peratus


Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
 
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di KualaLumpur.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Sunday, September 19, 2010

FAKTOR AZMIN - ANWAR SANGGUP SINGKIR AZIZAH, ZAID

Terang lagi bersuluh. Politik Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini dipenghujung.

Kerancakan dan terserlahnya sokongan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap calon Timbalan Presiden, Azmin Ali membuktikan Anwar tidak menghiraukan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Malah Anwar sanggup membelakangkan isterinya sendiri yang banyak berkorban untuk diri dan PKR sendiri hanya kerana Azmin.

Ternyata bagi Anwar, Azmin adalah segala-galanya.

Tidak ada tolak bandingnya Azmin kepada Anwar. Biar ribut melanda dan taufan membadai, Anwar akan menyokong dan menjamin Azmin berada di tangga kedua kepimpinan PKR selepas Datuk Syed Husin Ali tidak mahu lagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Percaturan Anwar ialah apabila Azmin menang, dia akan melangkah lebih jauh dan dengan kedudukan Wan Azizah tidak ‘menyokong’ Azmin – tetapi menyokong Zaid – jika Azmin langgar isteri Anwar itu untuk jawatan no. 1, ia dilihat tindakan wajar.

Dengan kata lain, bak kata Melayu Pasir Gudang: “Sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali akan mengakibatkan PKR tidak akan mempunyai Presiden untuk sekurang-kurangnya pemilihan Agong berikutnya. Inilah taktik dan strategi Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan ISTERI SAHNYA Wan Azizah sebagai Presiden PKR.

Tersuratnya, rata-rata maklum bahawa pada pemilihan kali ini Jawatan Presiden PKR nampaknya tiada sesiapa yang berminat lebih-lebih lagi bila Anwar Ibrahim membuat announcement supaya tidak mencalonkan beliau untuk apa-apa jawatan dalam PKR., maknanya secara atas kertas Wan Azizah akan menang tanpa bertanding, taktik ini akan menyebabkan perwakilan wanita dan ahli wanita dalam PKR akan melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban untuk memberi jawatan utama kepada wanita kononnya inilah perjuangan untuk keadilan dan kesamarataan bagi wanita dalam politik tanahair.

Tersiratnya, sokongan terbuka terhadap Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Wan Azizah, kerana semua maklum bahawa jika Azmin Ali memenangi kerusi Ttimbalan Presiden sudah tentu Presiden Parti Wan Azizah tidak dapat berkerjasama dengan baik, sudah tentunya mereka tidak senang untuk duduk semeja bertentang mata menyelesaikan permasalahan dalam parti kerana permasalahan peribadi dan keluarga sebelum ini akan menganggu proses perbincangan tersebut, jika hal ini berlaku berterusan dan menganggu urusan parti sudah tentunya Anwar Ibrahim akan mengunakan segala pujuk rayunya terhadap Wan Azizah meminta Wan Azizah melapaskan jawatan Presiden dan Azmin Ali akan memangku hingga pemilihan akan datang. Inilah yang di idamkan oleh Azmin Ali, berkuasa dalam semua hal, sudah di pilih jadi ADUN,jadi Ahli parlimen dan seterusnya ingin jadi Presiden Parti inilah cita-cita dan kerakusan kuasa Azmin Ali
.”

Anwar sendiri sedar perlembagaan PKR ada menyatakan sesiapa ahli PKR yang memegang sebarang jawatan dalam parti apabila pihak mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan maka dengan sendirinya jawatan itu akan terlucut, itu. Kerana itulah Anwar tidak mahu menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam Parti.

Sebaliknya, Anwar tidak mampu melihat Azmin hanya berada di sebalik bayang Wan Azizah, Anwar mahu Azmin ke hadapan.

Tidak ada kompromi untuk ini.

Yang nyata, tidak ada lagi keadilan dalam PKR. Kini Zaid merasainya sendiri. Dalam pemilihan UMNO, hanya cakap-cakap sahaja mengatakan pemimpin tertinggi sokong orang itu dan orang ini. Tetapi dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas berpihak dalam pemilihan parti untuk jawatan Timbalan Presiden.

Kini segala teka-teki kini sudah terjawab.

Walaupun Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sepatutnya berkecuali tetapi syarat itu mungkin tidak terpalit kepada beliau.

Penyokong-penyokong Anwar dan Azmin berhujah, ia disebabkan yang menjadi Presiden PKR bukan Anwar tetapi isterinya, justeru Wan Azizahlah yang patut berkecuali, namun semua orang tahu Wan Azizah tidak ada kuasa apa-apa! Semuanya diuruskan oleh Anwar.

Kenapakah Anwar begitu beria-ia mahukan Azmin?

Apa perkiraan mereka berdua? Apakah kerana faktor peribadi antara mereka yang menyebabkan Wan Azizah dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) pun tidak turut senang dengan Azmin?