Terang lagi bersuluh. Politik Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kini dipenghujung.
Kerancakan dan terserlahnya sokongan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap calon Timbalan Presiden, Azmin Ali membuktikan Anwar tidak menghiraukan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Malah Anwar sanggup membelakangkan isterinya sendiri yang banyak berkorban untuk diri dan PKR sendiri hanya kerana Azmin.
Ternyata bagi Anwar, Azmin adalah segala-galanya.
Tidak ada tolak bandingnya Azmin kepada Anwar. Biar ribut melanda dan taufan membadai, Anwar akan menyokong dan menjamin Azmin berada di tangga kedua kepimpinan PKR selepas Datuk Syed Husin Ali tidak mahu lagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.
Percaturan Anwar ialah apabila Azmin menang, dia akan melangkah lebih jauh dan dengan kedudukan Wan Azizah tidak ‘menyokong’ Azmin – tetapi menyokong Zaid – jika Azmin langgar isteri Anwar itu untuk jawatan no. 1, ia dilihat tindakan wajar.
Dengan kata lain, bak kata Melayu Pasir Gudang: “Sokongan terbuka Anwar Ibrahim terhadap Azmin Ali akan mengakibatkan PKR tidak akan mempunyai Presiden untuk sekurang-kurangnya pemilihan Agong berikutnya. Inilah taktik dan strategi Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan ISTERI SAHNYA Wan Azizah sebagai Presiden PKR.
Tersuratnya, rata-rata maklum bahawa pada pemilihan kali ini Jawatan Presiden PKR nampaknya tiada sesiapa yang berminat lebih-lebih lagi bila Anwar Ibrahim membuat announcement supaya tidak mencalonkan beliau untuk apa-apa jawatan dalam PKR., maknanya secara atas kertas Wan Azizah akan menang tanpa bertanding, taktik ini akan menyebabkan perwakilan wanita dan ahli wanita dalam PKR akan melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang sanggup berkorban untuk memberi jawatan utama kepada wanita kononnya inilah perjuangan untuk keadilan dan kesamarataan bagi wanita dalam politik tanahair.
Tersiratnya, sokongan terbuka terhadap Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Wan Azizah, kerana semua maklum bahawa jika Azmin Ali memenangi kerusi Ttimbalan Presiden sudah tentu Presiden Parti Wan Azizah tidak dapat berkerjasama dengan baik, sudah tentunya mereka tidak senang untuk duduk semeja bertentang mata menyelesaikan permasalahan dalam parti kerana permasalahan peribadi dan keluarga sebelum ini akan menganggu proses perbincangan tersebut, jika hal ini berlaku berterusan dan menganggu urusan parti sudah tentunya Anwar Ibrahim akan mengunakan segala pujuk rayunya terhadap Wan Azizah meminta Wan Azizah melapaskan jawatan Presiden dan Azmin Ali akan memangku hingga pemilihan akan datang. Inilah yang di idamkan oleh Azmin Ali, berkuasa dalam semua hal, sudah di pilih jadi ADUN,jadi Ahli parlimen dan seterusnya ingin jadi Presiden Parti inilah cita-cita dan kerakusan kuasa Azmin Ali.”
Anwar sendiri sedar perlembagaan PKR ada menyatakan sesiapa ahli PKR yang memegang sebarang jawatan dalam parti apabila pihak mahkamah mensabitkan sesuatu kesalahan maka dengan sendirinya jawatan itu akan terlucut, itu. Kerana itulah Anwar tidak mahu menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam Parti.
Sebaliknya, Anwar tidak mampu melihat Azmin hanya berada di sebalik bayang Wan Azizah, Anwar mahu Azmin ke hadapan.
Tidak ada kompromi untuk ini.
Yang nyata, tidak ada lagi keadilan dalam PKR. Kini Zaid merasainya sendiri. Dalam pemilihan UMNO, hanya cakap-cakap sahaja mengatakan pemimpin tertinggi sokong orang itu dan orang ini. Tetapi dalam PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas berpihak dalam pemilihan parti untuk jawatan Timbalan Presiden.
Kini segala teka-teki kini sudah terjawab.
Walaupun Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR sepatutnya berkecuali tetapi syarat itu mungkin tidak terpalit kepada beliau.
Penyokong-penyokong Anwar dan Azmin berhujah, ia disebabkan yang menjadi Presiden PKR bukan Anwar tetapi isterinya, justeru Wan Azizahlah yang patut berkecuali, namun semua orang tahu Wan Azizah tidak ada kuasa apa-apa! Semuanya diuruskan oleh Anwar.
Kenapakah Anwar begitu beria-ia mahukan Azmin?
Apa perkiraan mereka berdua? Apakah kerana faktor peribadi antara mereka yang menyebabkan Wan Azizah dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) pun tidak turut senang dengan Azmin?