Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

TMJ Ingatkan Annuar - Jangan Jadi Liabiliti, Khianti Amanah UMNO...


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam catatan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers secara berterus terang mendedahkan bahawa Tan Sri  Annuar Musa tidak menjalankan amanahnya ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Tunku Ismail yang turut dikenali sebagai TMJ melondehkan ‘perkara yang banyak orang tahu’ tetapi mahu atau berani bercakap mengenainya.

Namun pendedahan Tunku Ismail itu memberikan pukulan hebat kepada Annuar yang sebelum ini sudah beberapa kali bertelagah dengan beliau dalam banyak perkara.

Pada 17 Disember lalu,  Tunku Ismail berkata beliau tidak perlu terimanasihat pemimpin gagal (merujuk kepada Annuar).

Kenyataan Tunku Ismail itu merujuk bekas Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Annuar berkata, cadangan MUSA bagi melantik Tan Sri Aseh Che Mat sebagai presiden badan induk itu untuk membolehkan Tunku Ismail terbabit dalam FAM adalah sama sekali tidak boleh diterima kerana melanggar statut badan induk berkenaan.

Pada entri Facebook Johor Southern Tigers kelmarin (bertarikh 1 Januari 2017) itu,  Tunku Ismail mendakwa Dr Mahathir menyediakan peruntukan yang banyak ( bagi awak duit yang banyak)  untuk menangkan kembali Kelantan, demi kebajikan rakyat tetapi sebaliknya yang berlaku.

Tunku Ismail juga mendakwa Annuar yang pernah menjadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan ketika Dr Mahathir menjadi Ketua Perhubungan UMNO telah menyalahgunakan peruntukan, termasuk menggunakan wang tersebut dengan  membeli sebuah kereta Porsche Panamera.

Mungkin juga Tuanku Ismail mengetahui lebih banyak perkara mengenai Annuar tetapi sekadar memberikan satu contoh bagaimana ‘kepercayaan Dr Mahathir’ dikhianti oleh Annuar.

Malah Annuar turut digambarkan telah mengkhianati harapan dan hak  rakyat Kelantan kerana ‘penyalahgunaan peruntukan itu.

Kata Tunku Ismail: “Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera.”
.
Teguran Tunku Ismail  itu rentetan daripada tindakan Anuar yang mempertikaikan mengenai fasiliti milik  Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Tunku Ismail turut mengingatkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bahawa pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir supaya tidak menjadi liabiliti kepada parti pemerintah.

Ahli Parlimen Ketereh  itu diingatkan bahawa Johor adalah sebuah kubu kuat Umno dan olrh kerana tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir, jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya.

"Kepada Tan Sri, jangan jadi liabiliti kepada parti anda. Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti. Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada rakyat," kata Tunku Ismail .

Mengenai bolasepak, Tunku Ismail menegaskan ramai sedia maklum bahawa Annuar telah membina KAFA sejak awal lagi. Oleh itu, Annuar perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini. 


Merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar, Tunku Ismail measihatkan bekas Presiden KAFA itu sepatutnya melupakan hasrat untuk menerajui bola sepak Malaysia, apabila beliau menjadi orang pertama meninggalkan pasukannya apabila berdepan masalah.

"Janganlah Tan Sri bagaikan nakhoda bertempiaran lari meninggalkan bahtera bila berhadapan ombak besar. Sedangkan KAFA pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara," katanya.

Mengenai komen Annuar bahawa JDT  telah merosakkan pasaran bola sepak Malaysia dengan membayar gaji pemain terlalu tinggi, beliau berkata perkara ini 'terpulang kepada JDT'.

"Sistem bola sepak negara kita kini sudah berdaya maju, dan tidak wujud mengenai pasukan lain tidak mampu untuk bersaing atau beraksi dalam liga.


"Ianya berkenaan dari kebijaksanaan mengurus wang. Ianya satu perkiraan yang mudah, JDT paling ramai boleh mendaftar dalam 27 hingga 30 orang pemain tempatan sahaja dalam satu masa.

"Berapa ribu pemain yang ada dalam negeri ni? Jikalau anda nak menandatangani pemain yang sama memanglah duit anda akan habis.

"Terpulang kepada JDT untuk membayar berapa tinggi sekalipun gaji pemain kami. Masih ada ramai lagi pemain lain yang boleh bermain dan tidak perlulah bersaing dengan JDT untuk mendapatkan pemain yang terbaik.

"Ikutlah kemampuan dan jangan sibuk bersaing dengan cara JDT," katanya.

Tunku Ismail juga berkata Annuar perlu memberi fokus kepada pengurusan KAFA terlebih dahulu sebelum memberi komen mengenai kelab dan negeri-negeri lain.

"Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain. Selesaikan dulu hutang piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.

Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati, tegas Tunku Ismail.

Friday, September 23, 2016

BERSATU Lesu, Kepimpinan Muhyiddin Longlai Harapkan Pengaruh Dr M?


Sebuah portal berita hari ini memetik seorang veteran UMNO mempersoalkan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau  mengatakan dua minggu selepas permohonan parti itu  diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, BERSATU dilihat masih lesu.

Berkikutan itu, kepimpinan parti itu  perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk bertapak di kalangan parti pembangkang lain yang lebih berpengalaman.

Juga, BERSATU masih belum menggariskan secara jelas program politiknya.

Kesunyian yang menyambut parti baharu ini berbeza dengan publisiti yang menyelubungi parti itu sebelum penubuhannya, dengan serangan daripada peringkat tertinggi kerajaan diketuai setiausaha akhbar perdana menteri.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilihat longlai dan  tidak menonjol seolah-olah parti itu tidak ada apa-apa jentera.

Seorang pemerhati politik veteran memberitahu FMT, tidak seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus mengeluarkan pelbagai kenyataannya mengulangi serangan ke atas pentadbiran Najib.

Beliau mendakwa ramai yang menganggap Muhyiddin masih berfikiran seperti Umno dan belum berubah.


Di pihak BERSATU, semalam diumumkan seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara menyertai parti itu.

Sepuluh daripadanya mengisytiharkan keluar Umno untuk menyertai BERSATU di majlis Malaysia Bersatu bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Shah Alam

Manakala seorang daripada mereka - ketua cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh - sebagai wakil turut menyerah 100 lagi borang keahlian dari ketiga-tiga bahagian berkenaan untuk menyertai BERSATU, sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.

Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.

Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama. Malah, Mohd Hamidi mendakwa beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu.

Apakah akan ada gelombang seterusnya?

Veteran UMNO itu mempunyai sebab mengatakan kelesuan BERSATU ini.

Pertama, kenapa tiadanya beberapa individu yang sebelum ini lantang dalam Deklarasi Rakyat, gerakan naungan Dr Mahathir, di dalam BERSATU. Mereka termasuk bekas naib ketua Umno Batu Kawan, DatuK Seri Khairuddin Abu Hassan, yang dilihat rapat dengan Dr Mahathir.

Khairuddin enggan mengulas kenapa kelibat beliau tidak kelihatan dengan pimpinan BERSATU.

Kedua, amat nyata BERSATU Amat bergantung pada populariti Tun Mahathir dan tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri.

Ketiga, apakah mampu Muhyiddin memimpin BERSATU, apalagi beliau kerap dilihat sebagai seorang yang tidak bekerja dalam pasukan.

Veteran UMNO berkenaan turut mempersoalkan ketiadaan sebarang pengumuman mengenai barisan pemimpin parti baharu itu.

Malah, menurutnya, kaitan Muhyiddin dalam sebuah kes perceraian, yang sudah diselesaikan di mahkamah, juga sedikit sebanyak menambahkan masalah imej yang dihadapinya, di samping menjadi fokus musuh politiknya dari Umno.

Secara umumnya bukan mudah untuk Muhyiddin untuk berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Veteran UMNO itu meramalkan, BERSATU di bawah kepimpinan Muhyiddin mungkin tidak mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Malah, katanya, bukan sahaja Muhyiddin banyak mewarisi perkara lampau, jelas beliau juga tidak sangat selesa dengan DAP. 

Friday, September 9, 2016

MCA Sudah Bosan Dengan Politik Perkauman, Agama UMNO?


"UMNO perlu beralih daripada taktik menakut-nakutkan kaum untuk mengelak daripada berlakunya kerenggangan pengundi tradisional BN...Sudah tiba masanya untuk UMNO menyemak dan menukar pelan permainan politiknya..."

Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah boleh mendaftar ahli dan borang akan mula diedar pada 14 September ini melalui wakil-wakil yang dilantik oleh parti.

Selain itu orang ramai juga boleh membuat pendaftaran ahli secara online mulai minggu ketiga September 2016 dan akan diumumkan selepas semuanya sudah bersedia.

Sekretariat parti itu mengucapkan terima kasih di atas segala sokongan dan dorongan dengan menganggap ia satu fasa baharu dalam menyelamatkan Malaysia dan membawa Malaysia kembali ke zaman kegemilangannya.

Kini BERSATU sudah boleh menyatakan wawasan perjuangannya secara rasmi dan kenapa ia berjuang menentang Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO.

Kebetulan, serentak dengan kelulusan penubuhan parti baru itu semalam, MCA memberi peringatan kepada UMNO bahawa politik perkauman dan agama sudah tidak lagi berkesan untuk mendapat sokongan rakyat.

Berikutan itu, UMNO perlu beralih daripada taktik menakut-nakutkan kaum untuk mengelak daripada berlakunya kerenggangan pengundi tradisional Barisan Nasional (BN).

"Sudah tiba masanya untuk UMNO menyemak dan menukar pelan permainan politiknya," kata Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker.

Peringatan ini sama ada bersifat nasihat atau sindiran terhadap UMNO yang berterusan meletakkan kepentingan bangsa dan agama sebagai strategi perjuangan, membuktikan parti komponen dalam BN kini merasakan perlu ada pendekatan baru.

Dalam kesibukan pemimpin UMNO menyerang bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri serta mereka yang dipecat daripada UMNO dan penubuhan parti baharu, MCA bagaikan tidak mengendahkan sama sekali perkembangan itu.


Lian Ker berkata jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berbaik semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini untuk satu perubahan, mengapa tidak UMNO?

Semalam Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tidak hairan dengan pertemuan antara Dr Mahathir dengan Ketua Umum PKR itu.

Malah, beliau berkata, apa yang lebih penting kini ialah UMNO meneruskan agenda untuk bertemu rakyat berbanding pertemuan antara dua bekas pemimpin berkenaan.

"Dia bertemu, bertemulah. Kita bertemu rakyat. Apa salahnya. Dia bertemu dia punya pasal lah.
"(UMNO) tak terjejas," katanya di Kuala Lumpur.

Selasa lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Keadaan itu yang jarang-jarang berlaku terutamanya selepas Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya 18 tahun lalu.

MCA juga mahukan supaya UMNO menghentikan 'strategi lamanya' kerana cara itu tidak lagi berkesan dalam menyatukan undi Melau.


Dalam satu kenyataan semalam Lian Ker menegaskan jika UMNO berterusan dengan strategi lamanya, ia akan gagal dalam menyatukan satu undi Melayu yang kini sudah berpecah-belah.

Undi Melayu kini dibahagikan kepada beberapa parti termasuk PAS, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu.

Selain itu, taktik menakut-nakutkan kaum boleh 'merenggangkan semua atau sebahagian besar pengundi tradisional kita di kalangan orang Cina, India, Kristian dan lain-lain'.

Beliau berkata zaman ketika UMNO boleh memilih golongan minoriti untuk memaparkan kekuatannya dan sebagai satu seruan untuk orang Melayu atau umat Islam bersatu telah lama berlalu.

Cara dan strategi itu sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Katanya orang Melayu kini tidak lagi akan 'termakan' dengan seruan itu.

Malah orang Melayu, menurut MCA, sudah melangkah keluar dari penghadang kaum atau agama untuk memerangkap mereka.

Walaupun ini suatu peringatan tetapi boleh dijadikan amaran.

Persoalannya apakah MCA juga kini turut bosan dengan perjuangan UMNO yang meletakkan kepentingan kaum dan agama mengatasi segala-galanya?

Thursday, September 8, 2016

Pakatan Dr M – Anwar : Pemimpin UMNO Panik, Tidak Boleh Tidur Malam?


Kenapa beria-ia meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendirian sama ada beliau sudah menerima bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rakan politik susulan pertemuan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas?

Juga untuk apa mempertikai kenyataan yang diberikan Dr Mahathir bahawa kehadirannya di mahkamah bertemu Anwar bagi memberi sokongan kepada Anwar yang mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara 2015?

Sedangkan, walaupun kedua-dua personaliti itu dilihat ‘bermusuhan’ sebelum ini, tindakan berdamai itu bukan perkara luar biasa,  memandangkan Islam menggalakkan umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim.

Pemimpin veteran UMNO Tan Sri Rais Yatim berpendapat, tiada salah bagi seorang bekas timbalan perdana menteri bersalaman semula dengan bekas ketuanya waima (walaupun) di mahkamah.

“Islam membenarkan silaturahim dan dalam jaringan ukhuwah islamiyah, kita beri ia pengiktirafan. Jadi kenapa kita persoal banyak sangat dalam hal ini," kata Rais.
 
Rais...tiada salah, Islam benarkan silaturahim.
Ramai pemimpin UMNO menganggap tindakan Dr Mahathir itu sebagai mainan politik murahan, namun hari ini seorang pemimpin tinggi UMNO memberi ingatan, jangan sesekali beranggapan pakatan mereka tidak menjejaskan parti, sebaliknya terus bersedia menghadapi segala kemungkinan.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Kadir berkata pertemuan Dr Mahathir dan Anwar tidak boleh dipandang ringan, oleh itu UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang menyifatkan pertemuan itu sebagai usaha baharu untuk menjatuhkan Perdana Menteri membuktikan bahawa Dr Mahathir mengamakan matlamat politik menghalalkan cara. be

"Saya tidak nampak dari segi pendekatan yang dilakukan sebagai perkara di luar daripada kebiasaan tetapi kemungkinan itu akan berlaku. Mungkin hari ini berlaku sebegini, esok berlaku pendekatan yang lain lagi sebab niatnya satu sahaja, ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Dr Zambry.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad melihat pertemuan itu akan menambahkan sokongan rakyat terhadap pembangkang.

"Kita harapkan suasana baru ini di mana Tun M dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka dan memberikan lonjakan baru kepada pembangkang serta membuatkan Najib tidak dapat tidur malam," katanya.

Azmin...UMNO kini gelisah.
Khalid berkata, rakyat negara ini tidak boleh menafikan ketokohan yang ada pada dua individu terbabit serta potensi gandingan ini sememangnya menjanjikan satu gabungan pembangkang yang berkesan.

Jadi benarlah tanggapan bahawa pemimpin UMNO kini begitu gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara n Dr Mahathir dan Anwar yang dianggap oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama ia mencetuskan suasana panik dalam kem UMNO. "Sebab itu, UMNO kini panik," kata Azmin kepada pemberita selepas satu menghadiri forum di  Shah Alam, hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed kelmarin,  mengulas mengenai pertemuan antara bekas perdana menteri dan ketua umum PKR itu yang boleh menyebabkan ahli-ahli PKR tidak berpuas hati dan keluar parti.

"Kenapa Nur Jazlan begitu sibuk tentang (pertemuan) ini? Ini adalah satu permulaan yang baik kerana kita mempunyai satu matlamat yang sama - selamatkan Malaysia dan memulihkan ekonomi," tambah Azmin.

Walaupun tidak dapat disahkan Dr Mahathir menghulurkan salam perdamaian dengan Anwar atau sama ada Anwar harus memaafkan Mahathir namun pertemuan yang dikatakan diatur oleh, Azmin itu menggambar akan wujudnya kemajuan pesat semasa bagi kerjasama dengan semua pihak dalam pembangkang.

Dr Afif...dibimbangi pemimpin UMNO.
Bagi Pemuda PKR pula,  ia mahu peristiwa berjabat tangan antara pemimpin de factonya dan bekas perdana menteri.

Timbalan ketuanya Dr Afif Bahardin berkata pemimpin-pemimpin UMNO yang memberikan pelbagai komen mengenai pertemuan itu kini bimbang apabila kedua-dua musuh ketat sejak 18 tahun lalu bertemu.

"Ini adalah peritiwa yang dibimbangi pemimpin UMNO, mereka tak tahu apa nak buat kerana sukar untuk cari peristiwa lain yang padan dengan apa yang berlaku pada 5 September," kata Afif.


"Jika semuanya berjalan lancar, UMNO malang," kata exco Pulau Pinang itu.

Tuesday, August 16, 2011

PAS Semakin Sesat...UMNO, Perkasa Yang Dipersalahkan

Beginilah kalau parti yang sudah tidak berpendirian. Lebih jauh SESAT...

Takut pada bayang-bayang dan bimbang perpecahan dalaman berlaku!

Semalam, PAS mengaitkan operasi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ada kaitan dengan UMNO.

Mengusutkan atau PAS memang sedang kusut.

Dah jelas PAS kini tersesat dan tidak fokus kepada isu sebenar yang diperkatakan oleh umat Islam negara ini, iaitu murtad.

Amat jelas PAS tertekan dan semakin tidak berani memperkatakan pendirian mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam kerana bimbang kemarahan DAP dan PKR terhadapnya.

Beginilah keadaannya apabila pemimpin Islam semakin melihat kuasa dan kedudukan penting daripada segala-galanya.

Orang Islam di Malaysia sewajarnya melihat bagaimana PAS bersandiwara dan menyalahkan pihak lain pada ketika mereka sebenarnya sedang berbuat salah dan berada di pihak yang salah.

Di Kuala Terengganu semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali “mendedahkan’ maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan UMNO dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Jadi apa yang dilakukan oleh EXCO Selangor, Datuk Dr Hassan Ali itu sebagai menyokong usaha UMNO? Dewan Pemuda PAS juga menyokong UMNO?

Atau Mustafa menganggap Nasrudin Hassan kini bersekongkol dengan UMNO?

Menurut Mustafa, matlamat UMNO bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi UMNO. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat agar tidak terpengaruh dengan “perangkap” UMNO dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan gereja.

Sedarlah wahai pemimpin PAS, jangan nak salahkan orang lain dalam isu murtad.
Kembalilah ke pangkal jalan dan jangan berterusan salahkan Dr Hassan dan hormatilah pendapat mereka yang tegas mengenai isu murtad ini seperti Dewan Pemuda PAS dan beberapa pemimpin lain.

Jangan kerana kepentingan politik dan kuasa, PAS cuba menyesatkan pengikut dan penyokong setianya.

Friday, August 5, 2011

Guan Eng Rasis Tak Apa...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang kempen melalui akhbar Cina kononnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman akan mnjadi Ketua Menteri sekiranya BN menang pilihan raya umum akan datang.

Sikap rasis Guan Eng terserlah tetapi diangap tidak apa kerana dia Cina.

Kalau Melayu yang buat kenyataan, umpamanya kalau BN Melaka kalah kepada pembangkang, Cina akan jadi Ketua Menteri, pastinya tidak boleh dan dianggap rasis.

Lihatlah betapa celakanya Cina seperti Guan Eng yang mainkan isu perkauman.

Herannya Melayu bodoh di Pulau Pinang ada yang sokong beliau.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng menerusi akhbar berbahasa Cina mempunyai maksud tersirat kerana bersifat politik jahat, cuba menimbulkan isu perkauman dan membangkitkan kemarahan segelintir rakyat sedangkan perkara terbabit tidak berlaku.

Jelas Guan Eng seorang yang rasis dan cuba memecahkan kesepakatan BN Pulau Pinang dan tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur rasis berkenaan sangat berbahaya.

Tuduhan Guan Eng bahawa Zainal Abidin mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tradisinya dipilih di kalangan masyarakat Cina, sekiranya BN menang pilihan raya umum akan datang hanya untuk mengekalkan kuasa Cina.

Saturday, September 11, 2010

UMNO NEKAD TOLAK PERKASA ?

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) - dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang mula disisihkan oleh pentadbiran Najib.

Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan ‘membisu’ dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa.

“Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya.“Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik.

“Perkasa bercanggah dengan dasar 1 Malaysia kami,” kata beliau ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana semalam. Nazri yang sejak dulu lagi lantang berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain apabila menyentuh topik berkaitan Perkasa menambah, kesemua ahli Perkasa dan penaungnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mereka yang berkepentingan “politik.”

“Siapa mereka?” kata Nazri sambil menambah, pihak berkenaan adalah mereka yang gagal memperoleh jawatan dalam parti, lalu menyertai Perkasa.

“Dan, Dr Mahathir?” kata beliau.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Perkasa “sangat berat sebelah”, dan Umno tidak pernah menerima pendirian pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Dalam Umno, apabila mempertahankan hak Melayu, kami cuba untuk berlaku adil.“Apa yang dilakukan oleh Perkasa adalah apabila mereka membawa sesuatu, ia dilihat mereka telah gagal untuk mengambil kira pertimbangan atau kepentingan kaum-kaum lain.

“Umno tidak menerima apa yang dilakukan oleh Perkasa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengingatkan Ibrahim bahawa negara diikat bersama oleh aspek kepelbagaian dan hidup dalam harmoni ekoran kefahaman dan aturan sosial yang sudah pun dipersetujui pada masa lalu.

“Jika kita kecewa dengan keseimbangan ini, sudah pasti ia akan membawa kepada kekecewaan.

“Itu sebab, dalam Umno, kami mempertahankan hak orang Melayu tetapi kami percaya bahawa adanya tempat bagi setiap rakyat Malaysia. Kami mahu kesemua kumpulan memahami perkara ini,” kata beliau lagi.

Dalam temu bual terbaru, Dr Mahathir secara terbuka terus menyatakan sokongan beliau kepada Perkasa ketika Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan itu.

Dr Mahathir, yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ Perkasa, telah merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Mac lalu.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa. Semalam, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

“Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik. “Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau.

Sehari sebelum itu bekas ahli Umno itu membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. Dr Mahathir merupakan penaung Perkasa yang dilihat mewakili pandangan kumpulan konservatif dalam Umno, yang menentang pendekatan Najib melakukan pembaharuan ekonomi atas alasan ia akan menghakis kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

“Ahli Perkasa adalah penyokong Umno. Tindakan mengetepikan mereka tidak akan membantu perjuangan Umno,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Dalam pada itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga melahirkan pendirian yang seiring dengan dua rakan sejawatannya itu. Naib Presiden Umno ini menekankan pendirian Perkasa sangat bersifat etnosentrik.

“Kita harus menolak pendirian bersifat etnosentrik di negara ini. Ia tidak harus digalakkan. “Saya khuatir kumpulan-kumpulan lain akan mula berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing,” kata beliau.

Kata Zahid, Umno kemungkinan adalah hak orang Melayu dam Bumiputera, tetapi masih berjuang bagi kepentingan bukan Melayu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyokong pandangan Zahid dengan menegaskan bahawa Perkasa hanya berjuang untuk kaum tunggal.

“Kami berjuang untuk semua,” kata Ketua Penerangan Umno ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Perkasa hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

“Kita seharusnya berupaya untuk bercakap antara sebuah parti politik dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Mereka harus bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan itu sahaja.

“Mereka boleh adakan majlis mereka dan menjalankan program-program sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor ini.

Nazri berkata Perkasa tidak akan membawa impak ke atas Umno dan BN.“Tiada siapa yang peduli mengenai Perkasa. Mereka hanya terkenal di media,” katanya lagi.Nazri juga meramalkan sekiranya Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas beliau akan kalah.

“Ini kerana beliau menipu PAS dan menang atas tiket PAS. Siapa yang akan menyokong beliau sebagai calon Bebas nanti?” katanya.Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan juga menyatakan pendirian dengan menolak Perkasa.

“MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.

Beberapa pemimpib MCA juga mengalu-alukan pendirian Tengku Adnan yang meminta BN menolak Perkasa.Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, Ibrahim bukan seorang yang penting dan oleh itu beliau harus diketepikan.

“Kita tidak harus menaikkan darjatnya dengan memberikan terlalu banyak reaksi dan jawapan,” katanya.Seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan sebagai pendirian yang sangat bijak daripada seorang pemimpin Umno dan BN setakat ini.

Bagaimanapun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan mengulas perkara ini.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Thursday, October 29, 2009

Muhyiddin semakin terpencil dalam UMNO?

TIMBALAN Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dilihat kemaruk publisiti sejak memegang jawatan nombor dua itu.

Di kalangan orang-orang UMNO, Muhyiddin digelar sebagai 'raja yang tiada rakyat' kerana dialah satu-satunya Timbalan Presiden UMNO yang menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa 'sesiapa di kiri dan di kanannya'.

Ketika semua orang sedang memperkukuhkan kedudukan dalam parti, Muhyiddin tetap keseorangan. Malahan, setiausaha-setiausahanya juga tidak tahu bergaul dengan orang ramai, hingga digelar 'angkuh' dan perasan.

Kini, terpancul dari mulutnya kononnya rundingan UMNO-PAS masih terbuka sedangkan kepimpinan PAS sudah memberitahu secara terbuka 'sudah tutup buku' hal tersebut.

Kenapa Muhyiddin bersikap demikian? Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Muhyiddin sebagai hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.

Ketika pemilihan UMNO Mac lalu, Muhyiddin secara jelas mahukan Mukhriz Tun Mahathir menang kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO tetapi apabila Mukhriz tewas, khabarnya Muhyiddin kini mahu berdamping dengan Khairy Jamaluddin yang dikatakan cuba dikalahkan oleh Muhyiddin suatu ketika dahulu.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh sendiri mencalonkan Mukhriz sebagai calon ketua Pemuda, membuktikan Khairy bukan pilihan Muhyiddin. Namun, kemenangan selesa Khairy merisaukan Muhyiddin kerana pengaruh Pemuda dalam UMNO sebenarnya tidak boleh dipandang sepi oleh calon Timbalan Presiden.

Membenarkan dakwaan beberapa pihak mengatakan Muhyiddin adalah 'raja yang tiada rakyat', hari ini pengaruh Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal merisaukan Muhyiddin.

Sejak sekian lama, Muhyiddin memang dikenali sebagai pemimpin UMNO yang keseorangan. Suatu ketika dia menang besar kerusi Naib Presiden (1993) tetapi kemudiannya dia kalah teruk (1996). Dia menang kembali kerusi Naib Presiden dalam tahun 2000 atas bantuan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, apabila bahagian tersebut memberi pencalonan kepadanya.

Empat tahun kemudian, Muhyiddin menang di tempat ketiga sebagai Naib Presiden menyebabkan dia 'mengamuk'. Kemenangannya itu disifatkannya sebagai 'tidak menang tetapi terselamat' kerana walaupun mendapat pertolongan dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin hampir-hampir tewas di tangan dua muka baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Menjelang 2008, Muhyiddin tampil membuat desakan supaya Abdullah berundur dengan kata-kata 'kaji balik pelan peralihan kuasa' kerana Muhyiddin nampak Najib tidak mempunyai regu jika Abdullah berundur tahun 2009 dan dialah orangnya yang boleh menawarkan diri.

Dengan bantuan Najib, Zahid yang kepingin menjadi Timbalan Perdana Menteri terpaksa menarik diri dari persaingan kerusi Timbalan Presiden UMNO, manakala Lembaga Disiplin UMNO membantu Muhyiddin dengan menghalang Ali Rustam dari layak menjadi calon Timbalan Presiden.

Persaingan Muhyiddin dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib berlaku secara tidak sihat kerana Muhyiddin mendapat sokongan Najib secara senyap-senyap manakala Muhammad dilabelkan sebagai penyokong Abdullah yang sudah berada dalam 'zon senajakala'.

Khabarnya, kemahuan Zahid menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden didesak oleh Abdullah yang tidak boleh menerima 'kehadiran' Muhyiddin tetapi disebabkan Zahid 'takut' dengan Najib, maka Zahid tidak meneruskan hajatnya itu kerana Najib memanggilnya ke pejabat sebelum Zahid mengumumkan hasratnya untuk menarik diri dan hanya menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden.

Bagi orang-orang UMNO, mereka tahu populariti Zahid, Hishammuddin dan Mohd Shafie. Contoh paling ketara, jika ketiga-tiga Naib Presiden ini menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri serentak dengan majlis anjuran Muhyiddin, dipercayai, kehadiran di rumah Muhyiddin yang paling kecil jumlahnya.

Itulah sebabnya, Muhyiddin terpaksa mengejar publisiti kebelakangan ini dengan menyebut perkara-perkara yang orang UMNO lain tidak mahu menyebutnya, 'rundingan UMNO-Pas masih terbuka' sedangkan ia sebenarnya hanyalah 'ibarat buih-buih di lautan'.

Muhyiddin tidak perasan kenapa Najib melantiknya sebagai Menteri Pelajaran sedangkan kelazimannya Timbalan Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan atau Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Bercakap dari sudut mana sekali pun, Najib sebenarnya 'menurun pangkat' Muhyiddin yang sebelum ini tidak pernah melalui Kementerian Pelajaran sedangkan semua Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, kecuali Tun Ghafar Baba (Allahyarham), pernah menjadi Menteri Pelajaran.

Hari ini, ketika Najib beria-ia mahu mengambarkan bahawa Muhyiddin adalah regunya yang terbaik tetapi tiada siapa percaya Muhyiddin boleh pergi lebih jauh dari kedudukan yang dia sudah capai sekarang.

Dengan barisan Setiausaha Politiknya yang 'putus darah', Muhyiddin seperti tersilap langkah menyediakan pasukannya untuk terus berlari dalam persaingan UMNO.

Malahan, mereka yang menyokong Muhammad dan Ali Rustam masih tidak dapat memaafkan Muhyiddin hingga ada yang sanggup 'meninggalkan' UMNO secara senyap-senyap.

Ada seorang ketua bahagian sudah melepaskan jawatannya secara diam-diam kerana 'meluat' dengan Najib-Muhyiddin.

Jika sekarang Muhyiddin mahu belajar untuk 'buat-buat mesra' dengan ketua-ketua bahagian, perbuatannya itu dilihat begitu janggal.

Malahan, ada yang mengatakan Muhyiddin mengada-ngada dan 'kesombongannya' selama ini nampaknya diwarisi oleh pegawai-pegawai yang mengelilinginya.

Kata mereka, bukan sahaja Muhyiddin tidak boleh didekati, pegawai-pegawainya juga menjadikan pejabat dan kementerian yang didiaminya sebagai 'kawasan larangan' dan hanya mereka yang tertentu sahaja boleh mendatanginya.

Sebagai bekas Menteri Besar Johor untuk dua penggal berturut-turut dan sudah menjadi Menteri di empat kementerian sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri - Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - masih ada empat bahagian di Johor enggan memberi pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Muhyiddin.

Bahagian-bahagian itu, Tenggara, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Air Hitam telah membuktikan bukan semua ahli UMNO Johor dapat menerima Muhyiddin.

Harakahdaily

Sunday, October 11, 2009

ISLAM PENYELAMAT UMNO

Rencana ini sudah seminggu dipaparkan dim Star Online, iaitu sejak Ahad Oktober 4, 2009. Bagi saya ia penting untuk dibaca oleh orang UMNO khususnya.

Pandangan ini wajar dinilai dan dijadi ‘butir perbincangan’ oleh penyelidik dan pemimpin UMNO.
Saya perturunkan untuk kita resapi apa yang ditonjolkan oleh bekas Mufti Perlis ini:


Islam tulen boleh selamatkan Umno


Oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

RAMAI tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!
Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.

Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.

Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan.

Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.

Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

Thursday, September 24, 2009

SOUR GRAPE DAN LEBIH KERAK DARIPADA NASI…

Ada pelakon tambahan yang bersikap sour grape dengan kembalinya enam ADUN ke arus perdana politik UMNO Terengganu.

Pelakon tambahan ini, kononnya mahu menjadi dalang tetapi ternyata kantoi dan terkejut dengan tindakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berjumpa Hishammuddin baru-baru ini.

Dia tidak percaya tujuh ADUN berkenaan boleh mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan hala tuju UMNO negeri itu.

Malah, pelakon tambahan ini menulis dalam blognya dengan mempertikaikan kenapa ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam yang mewakili kumpulan ADUN itu boleh membuat kenyataan yang mampu meredakan kemelut politik Terengganu.

Dia bagaikan terkejut dan hampir pengsan apabila pertemuan dengan Hishammuddin itu sebenarnya mahu memperkukuhkan UMNO Terengganu di bawah kepimpinan negeri.

Gelagat pelakon tambahan ini menjijikkan apabila mengucapkan selamat hari raya kepada Menteri Besar mengatakan “Selamat hari raya MB Mat Said. Maaf zahir sahaja deh…”
Hakikatnya, siapa dia ini? Besar sangatkah dia ini? Bijak sangatkah dia ini? Atau mulia dan berpengaruhkan dia ini?

Janganlah nak menjadi ‘lebih kerak daripada nasi…”.

Apabila dua pihak yang berselisih dan kini bercantum kembali, bersyukurlah. Jangan pula ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong…”

Kalaupun mahu membela beberapa orang, janganlah sampai mengherdik atau mencela pemimpin lain yang berusaha menegakkan UMNO demi menjamin Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di Terengganu.

Ingatlah, perpaduan UMNO adalah penting untuk rakyat Terengganu.

Bukan rakyat sahaja yang mahu melihat Terengganu tenang, Pemimpin pusat tenang dan pihak istana juga tenang.

Janganlah terus mahu menjadi pecacai yang cuba melagakan pihak yang sedang mahu berbaik-baik, nanti kita juga yang akan diketawakan.

Ini kerana ketika kita masih dibuai perasaan ingin melaga-lagakan orang, orang yang mahu dilaga-lagakan itu sudahpun duduk semeja dan mentertawakan kita yang bagai tidak bertempat dan beradab.

Selama mana mahu menjadi pelakon tambahan yang wataknya hanya kerja mencucuk jarum memfitnah dan memecahbelah…

Kesian, sudahlah melukut di tepi gantang, tidak tahu mengenang untung dan tidak sedar diri di mana kaki berpijak.

Sedar dan insaflah sedikit, kalau sudah pernah merasai kesenangan dan menerima habuan, berilah peluang orang lain pula merasai nikmat yang sama.

Janganlah kita menjadi jarang anak Melayu yang bersikap memporak-perandakan perpaduan dan persahabatan. Tetapi jadilah jarang anak Melayu yang ingin melihat stabilnya UMNO dan ikatan persahabatan yang semakin erat antara ADUN dan kepimpinan negeri.

Janganlah kita bersekongkol dengan mereka yang enggan tunduk kepada orang lain, termasuk istana, hanya kerana pernah ‘kenyang’ kerana seseorang.

Janganlah persoalkan tidak tentu hala sehinggakan keputusan Sultan melantik seseorang menjadi Menteri Besar pun mahu kita persenda. Tidak baik sebagai rakyat berbuat begitu.
Pihak yang melantik mempunyai sebab tertentu kenapa memilih seseorang. Apakah Baginda Sultan tidak mengambil kira banyak perkara sebelum memutuskan untuk memilih Menteri Besarnya?

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi”. Lebih-lebih lagi kita sebagai pengajar, kalaupun benar-benar berbisa, apa salahnya kerana ‘ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya’.

Namun nampak sangat pelakun tambahan ini terlalu bimbang apabila ADUN-ADUN seperti ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, , Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad selain Datuk Din Adam (Bukit Besi) kini sanggup melupakan ‘ribut secawan kopi’.

Pelakun tambahan ini terus khayal kononnya dialah hero dan berusaha untuk terus mengeruhkan suasana agar dirinya dipuja sebagai jarang anak Melayu yang sanggup mengetepikan segala perbezaan dan perselisihan.

Apapun apalah daya kita jika dia terus menjadi pelakun tambahan sedemikian rupa. Biarkan, biarkan….

Biarlah dia hanyut sebagai jarang anak Melayu yang tidak mahu berenang ke tepian atau berusaha mencari daratan.

Mungkin baginya kemelut dan perselisihan lebih mulia daripada bersalam-salaman, makan semeja dan ketawa-hilai bersama!

Jadi sesuai sangatlah jika dia menggelarkan dirinya jarang anak Melayu…kerana pada ketika orang lain sudah bertaut semula, dia masih terkapai-kapai dengan sikap dan falsafahnya selain sour grape dengan kumpulan yang kembali ke arus perdana.

Saturday, August 1, 2009

ALANGKAH RUGI MENJADI MELAYU

http://hamdantaha.blogspot.com

Saya masih ingin membicarakan isu Teoh Beng Hock kerana di Perak sekarang, isu inilah yang diguna-pakai untuk menarik minat orang ramai hadir ke ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh DAP, PAS dan PKR. Mereka jadikan isu ini dengan menuduh UMNO (bagi saya orang Melayu) sebagai pembunuh dan pihak yang bertanggungjawap. Sebenarnya ini sudah melampau, mereka sudah terlebih kurang ajar. Mereka cuba membangkitkan kebencian ke tahap bahaya kepada UMNO, POLIS, SPRM dan Kerajaan walaupun isu ini sedang dalam proses mahkamah dan masih dalam siasatan.

Saya juga bersimpati dengan kematian Teoh Beng Hock, tetapi tidak bolehkah kita tunggu sehingga kes ini diselesaikan? Saya hendak bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina, juga pada PAS dan PKR, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku dikalangan orang MELAYU? Berapa ramai yang akan tampil untuk membela? Apakah MCA, Gerakan, DAP dan PKR akan menjadi sebegini hebat membela dan berapa ramai yang akan tampil berdemonstrasi dan menyerah MEMO bantahan atau mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan? Adakah MCA, DAP dan Gerakan akan dilihat sebagai HERO?

Saya masih tidak lupa pada tahun 2005, dimana kononnya ada tahana warga Cina yang telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh anggota Polis wanita semasa didalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambar tersebut menjadi isu besar terutama dalam Parti Cina dan terpampang di dada akhbar-akhbar Cina, sehinggakan Menteri Dalam Negeri terpaksa ke negara China bagi menjelaskan isu tersebut walaupun siasatan belum dijalankan. Masihkah anda ingat? Semua itu berlaku kerana desakan melampau MCA, DAP dan Gerakan termasuklah suratkhabar Cina, Harakah dan Suara keADILan.

Semasa itu, macam hendak 'KIAMAT' Malaysia mereka lakukan. UMNO dan Polis menjadi mangsa dihina dan dimaki hamun, akan tetapi bila siasatan telah selesai dijalankan ternyata gadis yang terlibat bukan warga China atau gadis Cina tempatan, tetapi GADIS MELAYU! Saya ulang lagi TETAPI GADIS MELAYU! Tetapi malangnya menjadi MELAYU di negara MELAYU, kerana apabila MELAYU kes ini terus senyap! Mana perginya 'SIALAN' MCA, Gerakan, DAP, PKR, PAS, NGO serta akhbar-akhbar Cina? Terus senyap dan sunyi!! Semua 'SIALAN' ini berdiam diri kerana mangsanya adalah MELAYU. Maksud saya ialah kejadian yang menimpa MELAYU, tidak ramai yang berasa sensitif termasuk UMNO dan NGO MELAYU. Apatah lagi Anwar 'KEPARAT'! Tetapi bila kes orang Cina dan India, seolah-olah hari sudah mahu 'KIAMAT' mereka kerjakan.

Kita jarang mahu berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan nyatakan apa yang salah. Akan tetapi kita berpolitik untuk meraih undi dan kemenangan untuk kelompok kita sahaja. Isu hanya akan diambil dan dimainkan jika ianya menguntungkan dan senyap jika ianya merugikan kerana boleh menyebabkan kehilangan undi. Walaupun isu itu benar tapi merugikan, kita akan berdiam diri, senyap, tidak berani untuk tampil menjadi hero. Inilah politik 'HARAM JADAH' namanya.

Cuba kita tengok dan kaji berapa banyak surau-surau dan masjid-masjid yang telah dicerobohi demi pembangunan? Berapa ramai bukan ISLAM tampil untuk mempertahankannya? Mana DAP, PKR, MCA, Gerakan, MIC dan suratkhabar Cina? Tapi orang Islam akan tenang menerimanya. itulah sikap terpuji orang MELAYU.

Tetapi apabila ada kuil, tokong atau gereja hendak dirobohkan bagi tujuan yang sama, satu Malaysia malah sampai ke tahap satu dunia akan jadi kelam kabut. Huru-hara semua akan tampil untuk membuat kenyataan. Semua parti politik Cina dan India, juga PKR malah suratkhabar Cina akan memainkan isu itu seolah-olah Kerajaan Malaysia telah mengdiskriminasikan orang bukan Islam dalam negara ini.

Kerajaan Malaysia dituduh tidak mengamalkan kebebasan beragama dan UMNO lah yang akan menjadi mangsanya. Pelbagai tuduhan dilemparkan sehingga tidak cukup didalam negara, dijaja pula ke tahap antarabangsa semata-mata untuk meraih simpati. Tak ker 'SIALAN" kerja-kerja mereka ini? Sedangkan dibanci seluruh Malaysia, jumlah kuil (hindu kecil dan besar), tokong buddha dan gereja jika dicampurkan, sudah pasti akan melebihi jumlah Masjid dan Surau.

Jumlah kuil hindu sahaja sudah mengalahkan jumlah Surau dan Masjid berkali ganda. Dan yang malangnya, penduduk majoriti di Malaysia adalah orang MELAYU. Dari segi hukumnya, sudah tentu kita orang MELAYU mahukan jumlah Masjid dan Surau yang lebih berbanding kuil, tokong dan gereja jika kita mengambil kira faktor sejarah dan hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan tetapi ianya tidak begitu.

Beginilah nasib satu bangsa yang namanya MELAYU yang tinggal di bumi MELAYU. Kita terlalu berlembut untuk menjaga hati orang lain sehingga kita dipijak dan dikebumikan oleh bangsa lain dengan senang hati. Sehinggakan hati sendiri terguris, tidak siapa yang ambil peduli. SEDARLAH WAHAI MELAYU!! Bangkitlah kita dari tidur!! Jangan kita biarkan mereka memperbodohkan kita!! BERSATULAH!! Ingatlah wahai pemimpin UMNO, supaya jangan takut atau tunduk dengan MCA, Gerakan dan MIC. Ingatlah wahai pemimpin PAS serta MELAYU didalam parti PKR!! Janganlah kamu menjadi 'BARUA dan KUDA' pada DAP!! Ayuh bangkit kita BERSATU terutama golongan muda..

Wallahua'lam

Monday, July 20, 2009

UMNO :PELEMPANG PISAU,HOI BANGUNLAH!

(http://www.pisau.net)
Bangunlah UMNO

Masih ramai lagi pemimpin & penyokong Umno tidor, tak bangun bangun lagi,dengan perangai lama yang masih tak sedar diri.

Mereka ini tidak seiring dengan PM yang berkerja keras siang dan malam,masih di takuk lama,sekali ketuk sekali jalan.

Jika ada program PM atau TPM maka mereka mereka ini akan sibuk tunjuk muka,menandakan mereka ini buat kerja,jika tidak ada pimpinan atasan,ntah menghilang kemana, buat la kerja sepertimana Tok Pa & Ahmad Maslan, ada pemimpin yang benar benar berkerja keras,namun tidak disambut oleh mereka yang lain.Untuk KP Pisau ucapkan tahniah,secara jujurnya anda benar benar buat kerja.

Pisau perhatikan mereka ini langsung tidak ada semangat untuk berjuang,melainkan bersemangat jika ada habuan wang , jangan mendabik dada anda hebat,kerana mereka yang ada di pucuk pimpinan parti dari bawah peringkat cawangan hingga ke atas bahagian tidak ada langsung kesedaran(siapa yang makan cili dia terasa pedasnya),mereka ini tahu polar politik sudah berubah,namun ubat tidor dari mantan PM sebelum ini terlalu kuat sehingga susah untuk bangun.Kalau bangun pasti masih mamai,kerana terlalu lama tidornya

Malah perangai eletis masih susah dikikis, mereka sangka mempunyai pengaruh,tetapi atas dasar apa mereka ini dihormati atau mendapat sokongan? Pisau perhatikan rata2 mereka ini dihormati atas pengaruh wang.kadang kala pisau fikirkan lebih baik Umno kalah di PRU13 jika masih ada golongan perasuah berada didalam UMNO,biar pada waktu itu golongan opertunis keluar dari parti,yang hanya tinggal pejuang tulen.

Golongan veteran didalam Umno dengarlah suara dan pendapat orang orang muda, anda masih ditakuk lama, Buat pimpinan veteran,kerana anda semualah UMNO hampir lingkup,jangan mendabik dada anda tahu semua,anda buat semuanya betul,terimalah pendapat dan idea orang muda, jangan menolak perkara baru yang diketengahkan.Masaalah yang Pisau perhatikan,mereka ini akan menolak jika mereka tidak tahu apa yang diperkatakan oleh orang orang muda.Takut kepada benda dan perkara yang baru.

Umno terlalu tua? yang barangkali apa yang diperkatakan ada betul nya,tetapi harus ingat kereta yang sudah tua jika ditukar enjin dan di ubah modifikasi nya lebih baik dan tahan dari kereta yang baru.

Umno peringkat bahagian masih kuat dengan semangat berpuak,anda sepatutnya rapatkan saf,buanglah sifat pendendam dan menunding jari.Bagi mereka yang masih terasa akibat kekalahan semasa Perhimpunan Agung, buang lah jauh jauh perasaan tidak puas hati,anda harus bangun dan sertai perjuangan parti,orang sekarang nak tengok siapa yang boleh buat kerja,bukan siapa yang paling banyak duit.

Blogger seperti Pisau yang tidak punya apa apa kepentingan hanya mampu menegur,tetapi mereka yang memegang jawatan harus sendiri mempunyai kesedaran diri.jangan terlalu menjaga hal perut & kerusi sendiri.

Gerak kerja didalam Umno amat menyedihkan,10 kali mesyuarat 1 kerja pun tak jadi lagi,kenapa jadi begini? Ini tandanya mereka tidak tahu buat kerja,hanya lebih syok sendiri dah tidak mementingkan result. Cuba perhatikan gerak kerja PM dan beberapa menteri kabinet dan ahli MT,mereka sanggup turun ke padang,tetapi adakah disambut oleh pemimpin bawahan? Pisau berani katakan mereka langsung tidak tahu buat kerja, "pek ell" orang ada jawatan & duit ini lain macam sikit, orang begini rasa dia cakap semuanya betul,tambah tukang sorak dibelakang tolong tokok tambah.

Untuk YB YB BN di negeri PR, apa yang anda buat? tidak tahu menjadi pembangkang yang efektif,masih ramai yang tidak tahu buat kerja sebagai pembangkang, Pisau ambil contoh salah seorang YB di Pulau Pinang, katanya mahu memberi maklumat kepada blogger ,tetapi nak jumpa & jawap telefon pun susah, orang nak tolong pun dia tak peduli, last last blogger pulak lebih sudu dari kuah. Dengar la Yb,orang nak tolong selamatkan parti,beri lah masa sikit jangan terlalu sibuk mengalahkan PM.

Baru baru ini Pisau mendengar keluh kesah penyokong parti,mereka bertambah resah kerana masih belum ada gerak kerja dari peringkat bahagian & negeri. Semua nya dalam slow motion,takkan nak tunggu lagi 2-3 bulan PRU baru sibuk nak buat kerja?

Pisau menyeru semua ahli pelbagai peringkat,bangun dan buat kerja,jangan terlalu pentingkan diri,anda sepatutnya mengambil peluang atas kelemahan PR di tiap negeri anda. Jangan bertahan,sepatutnya anda menyerang,jangan jadi penakut,jadilah anak jantan.

Buat Umno Pulau Pinang,Selangor & Kedah ayuh bangkit! Kuatkan semangat,rapatkan saf.Buat kerja dengan ikhlas.Ubah cara gerak kerja anda,biar lebih agresif & mantap.Tinggalkan mereka yang masih enak dibuai mimpi,sanggah lah pemimpin yang tidak buat kerja dan tidak betul.Siapalah mereka jika tanpa penyokong bawahan seperti kita.tegurlah mereka,kalau tak berubah jugak desak suruh letak jawatan,beri kepada yang mahu buat kerja.

Pisau mengharapkan Perhimpunan Agung Khas Umno hujung tahun ini dapat merubah segala kepincangan didalam parti.
Buat pemimpin setiap peringkat hampirilah masyarakat,rakyatkanlah UMNO,jangan menghalau mereka yang mahu menghampiri parti.pentingkan semangat parti lebih dari sendiri.

Pisau kata "Kalau kena pelempang tak bangun jugak ,tandanya nak mampus dah"

Friday, July 17, 2009

GENG 10 TIDAK TERIMA PERLANTIKAN HISHAMMUDDIN?

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah (citra-bangsa@yahoo.com)

KETIKA semua orang ingat kemelut Umno Terengganu sudah semakin reda, tiba-tiba, dalam akhbar pembangkang, Harakah Bil 1455 di muka surat N27 tersiar satu laporan bertajuk Umno Terengganu terus bergolak.

Dakwaan akhbar itu, Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dikatakan cuba menyembunyikan kemelut politik dalam Umno negeri yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam laporan itu menyebut, pergolakan dalaman Umno negeri kembali mewarnai politik parti politik itu sebaik sahaja Hishammuddin selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mengumumkan perlantikan tiga jawatan penting.

Perlantikan Tengku Putera Tengku Awang disifatkan sekutu rapat Datuk Ahmad Said sebagai setiausaha, ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dilantik sebagai Bendahari manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sumber Harakah memaklumkan perlantikan ketiga-tiga pemimpin Umno ke jawatan penting itu tidak direstui oleh para penyokong mantan pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tulis Harakah lagi, Datuk Ahmad Said dipetik sebagai berkata beliau setakat ini tida merasakan apa-apa ‘gelora’ yang sedang berlaku dan menyifatkannya sebagai perkembangan biasa.

“Saya biasa…saya tak tahulah kalau awak (pemberita) ada apa-apa, awak tahulah. Saya tiada (masalah) apa-apa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis makan tengahari di Restoren Seri Wangsa, di Gong Badak, baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno negeri terhadap perlantikan tiga jawatan penting itu.

Katanya, kedudukan parti terletak di tangan Hishammuddin dan selepas perlantikan itu pelbagai pandangan timbul.

Menurutnya, dalam perlantikan tersebut wujud komen-komen serta pandangan yang mengatakan Hishammuddin berat sebelah.
“Beliau (Hishammuddin) buat endah tak endah kepada suara (desakan) ahli-ahli Yang Berhormat (YB Umno) ketika pertemuan di pejabatnya sebulan lalu.

“Sehingga menyebabkan ramai YB rasa kurang senang. Apakah Hishammuddin tidak memahami apa yang diperkatakan atau beliau mendapat tekanan pihak tertentu, wallahu alam,” jelas beliau dalam blognya.

Dari apa yang dilaporkan ini, jika ianya benar bermakna Rosol yang merupakan salah seorang anggota Geng 10 yang terlibat memboikot persidangan DUN Terengganu, 14 April 2009 lalu, masih tidak dapat menerima penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, melantik Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Apabila mereka tidak dapat menerima perlantikan Hishammuddin, sedangkan mereka (Geng 10) yang berhempas pulas membuat kerja-kerja menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said di Terengganu, bererti mereka masih mahukan salah seorang dari anggota Geng 10 dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengerusi.

Ketika Geng 10 merasakan mereka sahaja yang mampu dan boleh menerajui Umno Terengganu, dalam masa yang sama, tindak-tanduk mereka sebenarnya lebih banyak menyusahkan Umno yang terlalu banyak berjasa kepada diri mereka.

Geng 10 masih terus memboikot aktiviti Umno di peringkat bahagian, termasuk yang dianjurkan dalam DUN mereka sendiri. Mereka akan memberi alasan tidak dapat hadir kerana tidak dijemput atau tidak dimaklumkan.

Menteri Besar ketika berkunjung ke satu kawasan di mana berlaku kebakaran rumah penduduk, tidak disertai ADUN kawasan tersebut kerana ADUN itu adalah anggota Geng 10 yang berketuakan bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.

Hari ini, jika apa yang dikatakan oleh Rosol boleh diambik kira, mereka dalam Geng 10 bukan tidak dapat menerima Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dengan mempertikaikan kuasa dan hak Hishammuddin membuat perlantikan pegawai-pegawai di peringkat perhubungan.

Bagi mereka (Geng 10) pemimpin mereka hanyalah Idris Jusoh dan Rosol Wahid. Kalau lantik Idris jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, mereka setuju dan jika bukan Idris, barangkali mereka mahukan Rosol. Rosol pula, bercakap dengan media, dia tidak bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar tetapi hati kecil manusia, siapalah yang tahu?

Sebelum perlantikan Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, musuh Geng 10 hanyalah Datuk Ahmad Said tetapi apabila Hishammuddin dilantik dan Hishammuddin pula tidak mendengar desakan dari Geng 10 ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri itu, bermakna bermulalah permusuhan antara Geng 10 dengan Hishammuddin.

Percayalah! Geng 10 ini adalah geng gilakan kuasa. Mereka sentiasa mencipta isu bagi mengambarkan kepimpinan Datuk Ahmad Said tidak diterima di Terengganu. Mereka yang buat cerita itu dan mereka mahu mendesak Kuala Lumpur percaya cakap mereka.

Malangnya, Kuala Lumpur bukanlah dibarisi pemimpin-pemimpin yang cetek pemikiran mereka. Mereka juga ada ‘jaringan kerja’ yang mereka gunakan untuk menyiasat apa sebenarnya punca kemelut ini timbul.

Kuala Lumpur juga menyiasat apakah kaitan Geng 10 dengan runtuhan bumbung stadium yang memalukan negara di mata dunia.

Kuala Lumpur juga menyiasat apa lagi kaitan Geng 10 dengan pelbagai suasana tidak tenteram dalam Umno Terengganu bikinan mereka.

Yang pasti, isu SMS bernada ugutan bukannya datang dari Pejabat Menteri Besar Terengganu sebaliknya datang dari tempat lain yang terkait mereka yang pernah bekerja dengan Idris Jusoh.