Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Dr M Berikrar Tindakan Membersih Maruah Malaysia Menjadi Lebih Keras


"...tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib."

Pada ketika ramai pemimpin UMNO menyerangnya, selain bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad turut menyelarnya,  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menegaskan pendiriannya tidak berubah.

Beliau tidak heran dengan pelbagai cemuhan dan kritikan terhadapnya. Kekalahan parti yang disokong dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu,  bukan penamat segal-galanya untuk beliau.

Malah beliau berikrar untuk membersih dan menggembalikan Kerajaan Malaysia melalui apa cara sekalipun.

"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut mencontohi  yang ditunjuk oleh pemimpin,’ katanya.

Malah beliau menegaskan, selepas ini pendirian dan perjuangannya akan menjadi lebih keras.

Demikian  reaksi beliau dalam menegaskan  pendiriannya selepas Barisan Nasional (BN)  menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lalu.

Abdul Hamid mendakwa bekas perdana menteri itu merosakkan integriti dan pencapaian beliau dengan menyokong pembangkang pada PRK ini.


“Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau. Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya,” katanya seperti di petik oleh FMT kelmarin.

Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kalangan beberapa menteri ‘belasah’ Dr Mahathir hasil kemenangan BN di dua PRK itu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh turut berpendapat Deklarasi Rakyat tidak relevan dan ditolak rakyat.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikanya.

Rakyat sebaliknya lebih yakin dengan deklarasi yang dibawa BN dan menterjemahkannya dalam undi mereka yang membawa kemenangan besar pada BN.

"Masa telah berubah. Apa yang dibuat oleh Tun (Mahathir) sebenarnya mencerminkan bahawa rakyat sekarang tidak lagi berada pada landasan politik seperti masa yang dibawa oleh kepimpinan DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong Tun.

"Deklarasi Rakyat yang dibawa Tun tidak relevan kerana ia merupakan satu deklarasi yang mengaburkan mata rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau merupakan pemimpin yang masih lagi mendapat sokongan pada PRK di dua negeri itu," katanya.

Amat nyata bagi pemimpin UMNO, Deklarasi Rakyat bertujuan ‘menjatuhkan Najib’ sebaliknya bagi Dr Mahathir, apa yang diperjuangkannya bukan sekadar itu sahaja.

Beliau tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King” - Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.


 Dalam entri terkini diblognya bertajak 'PENDIRIAN SAYA', Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib.

Ia berkaitan duit 1MDB di mana  institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik kerajaan Qatar di Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM20 billion lebih.

Kerana itu tidak mungkin baginya untuk menyokong perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri apabila dakwanya menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana yang rugi berbillion-billion ringgit selain beberapa perbuatan lain, termasuk:


     1.      pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai RM3000 pada harga RM60 sekaki persegi; penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB;

2.      pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low;

3.      pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak RM2.6 billion ada dalam akaun peribadinya;

4.      kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini serta

5.      kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

"Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iaitu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang Penguam Negara supaya dapat diganti dengan Peguam Negara yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA, ‘ katanya.

Mengulas kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Dr Mahathir berpendapat ia jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi.

"Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contohi yang ditunjuk oleh pemimpin,’ katanya.

Bagi Dr Mahathir, bagi mereka yang bertanya akan pendirian dirinya, mereka  perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara?


Beliau berikrar untuk membersih Kerajaan Malaysia dan akan diteruskan olehnya dengan apa cara sekalipun.

Thursday, June 16, 2016

Surat Tun Dr M – Ajak Rakyat Marah Najib, Tolak ‘Cash Is King’


Kekalahan kedua calon BN akan memberi mesej yang jelas bahawa rakyat tidak boleh diperbodohkan berkenaan penipuan serta kehilangan berbilion ringgit wang 1MDB dan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Datuk Najib, selain enggan menanggung beban hutang 1MDB yang kini berjumlah RM50 bilion..."

MALAYSIA DATELINE
(Tajuk asal - Tun Mahathir utus surat terbuka minta pengundi tolak BN dan PAS)
16 Jun 2016

Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki hanya dua hari lagi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghangatkan lagi suasana kempen dengan mengutus surat terbuka kepada pengundi dua kawasan parlimen itu agar menolak Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Dalam surat 14 perenggan bertarikh 13 Jun 2016,  Dr Mahathir menyeru pengundi agar menolak BN bagi memberi isyarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat tidak menyokong terma "cash is king" (duit adalah raja) yang didakwa selalu diungkapkan Presiden UMNO itu.

Malah tambah beliau, calon-calon PAS juga perlu ditolak kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menjadi 'ayam sabung' Najib.

"PAS berkata mereka tidak mahu bersama di dalam gerakan menjatuhkan Datuk Najib kerana mereka lebih fokus untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Jikalau PAS menang pun UMNO dan BN tidak akan jatuh.

"Pendirian PAS dan Haji Hadi menyokong Datuk Najib adalah bagi menghalalkan rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh Datuk Najib melalui 1MDB," kandungan surat itu dipetik.

Terdahulu dalam suratnya, Dr Mahathir menyifatkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar memberi peluang kepada para pengundi untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kepada Najib.

Menurutnya, walaupun keputusan PRK tidak akan mengubah kerajaan, namun jika calon-calon BN tewas, ia mampu membuka mata pemimpin UMNO-BN bahawa dasar-dasar pentadbiran Najib ditolak rakyat.

Surat Dr Mahathir kepada penduduk Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang disiarkan oleh akhbar Amanah.

"Kekalahan kepada kedua-dua calon Datuk Najib akan memberi mesej yang jelas bahawa rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi berkenaan penipuan seta kehilangan berbilion ringgit wang 1MDB dan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Datuk Najib," ujar Dr Mahathir.

Kekalahan calon BN juga, tambah beliau menjadi mesej yang jelas bahawa rakyat enggan menanggung beban hutang 1MDB yang kini berjumlah RM50 bilion seperti dilapor Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC).

Ia juga, tambah beliau menjadi saksi penolakan rakyat terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kos sara hidup yang begitu tinggi, kenaikan tol dan tarif elektrik juga pemotongan subsidi yang semata-mata untuk menampung gaya hidup mewah Najib dan ahli keluarganya.

Dr Mahathir turut menyeru para pengundi di dua PRK itu untuk menyokong Deklarasi Rakyat bagi menyelamatkan Malaysia dengan menyatakan penolakan terhadap Perdana Menteri yang terbabit dengan skandal rasuah.

"Mereka berpeluang menyatakan rasa malu mereka mempunyai Datuk Najib sebagai Perdana Menteri yang telah menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia dengan skandal rasuahnya.

"Datuk Najib dan calon-calonnya perlu ditolak supaya dia tidak boleh dakwa rakyat sokong 'cash is king' rasuah amalannya," tegas perdana menteri paling lama berkuasa dalam sejarah negara itu.

Beliau juga mengingatkan ahli dan penyokong UMNO bahawa kekalahan calon-calon BN akan memperlihatkan betapa Najib telah merosakkan UMNO dan BN.

"Jika masih sayang UMNO kalahkan calon Najib. Penolakan Najib akan menjadi amaran kepada pemimpin selepasnya, sama ada dari UMNO/BN atau parti-parti lain, bahawa jika mereka berperangai seperti Najib, mereka akan menghadapi kemarahan rakyat dan akan menerima nasib yang sama," tegas beliau.

Surat terbuka Dr Mahathir itu disiarkan akhbar rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) dan diedarkan kepada para pengundi di kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

Friday, May 30, 2014

Gara-Gara Perempuan Simpanan, Ada ADUN Di Terengganu Letak Jawatan?


Apakah isu perempuan simpanan Menteri Besar yang pastinya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semakin panas?

Laporan Free Malaysia Today (FMT) semalam  menyebut akan ada ‘Pilihan Raya kecil di Terengganu?’

Benarkah? Kenapa mesti ada pilihan raya kecil?

Menurut portal berita berkenaan seorang Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Terengganu dijangka akan melepaskan jawatan.

Kenapa?

Menurut laporan FMT yang memetik sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.

FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji. Ini kes mana pula?

Kes perempuan simpanan Menteri Besar (MB) atau kes baru perempuan simpanan ADUN. ADUN mana?

Apakah MB dan ADUN itu orang yang sama? Apakah dari UMNO atau pembangkang?

FMT yang membongkar berita mengenai perempuan simpanan MB pada 8 Aril 2014 lalu, menyebut bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata, jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Baki RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak menerima sebarang wang dijanjikan itu.

Selain mematuhi syarat Menteri Besar, iaitu menunggu selepas pilihan raya, bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB. 

FMT difahamkan ahli perniagaan itu sudah banyak kali menghubungi MB untuk mendapatkan ‘haknya’ seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi panggilan dan sms tiak dilayan

Menurut FMT, pihak yang rapat dengan istana ketika dihubungi menjelaskan setakat ini ahli perniagaan tersebut belum lagi membuat temujanji dengan istana.

Semalam pula FMT berkata kini heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.

Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.

Jika benar khabar-khabar angin ini, maka pilihanraya kecil (PRK) tidak dapat dielakkan di negeri penyu itu. Kini BN mempunyai 17 kerusi manakala PAS dan PKR mempunyai 15 kerusi.

Jika PAS menang dalam PRK itu , ia menyebabkan BN dan PAS akan mempunyai bilangan kerusi ytang sama (16 kerusi). FMT berusaha menghubungi ADUN berkenaan tetapi gagal.


Pada 3 Mei lalu, blog ini  mengatakan wanita simpanan seorang MB yang dipercayai dikaitkan dengan satu negeri di Pantai Timur, sanggup ke istana untuk mengadu perilaku MB berkenaan yang gagal memenuhi janji kepadanya.

Wanita berkenaan dikatakan sedang menguruskan pertemuannya dengan pihak istana dengan harapan, janji MB tersebut ditunaikan kepadanya.

Beliau sudah tidak boleh sabar dan jika perlu akan menghebahkannya ke akhbar.

Dikatakan, wanita itu sudahpun menghubungi seorang pemberita sebuah akhbar tabloid harian di negeri berkenaan untuk mendedahkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan dinasihatkan oleh pemberita berkenaan supaya bersabar sementara menunggu reaksi selanjutnya daripada MB berkenaan.

Pemberita berkenaan dikatakan meminta perempuan berkenaan supaya memujuk MB melunaskan janji-janjinya agar perkara ini tidak terdedah dan menjatuhkan reputasi MB berkenaan.

Menurut sumber, wanita itu senelum ini dinasihati jangan melakukan sesuatu yang ‘terdesak’ kerana MB berkenaan ada disebut sedang berdepan dengan kemelut pertukaran MB gara-gara digembar-gemburkan oleh Awang Selamat melalui Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Blog ini turut  melaporkan pihaknya menerima beberapa gambar yang dikirim oleh pihak tertentu mengenai ‘wajah’ perempuan simpanan berkenaan namun cukup untuk menyiarkan sekeping sahaja sebagai permulaan.

Blog ini bagaimanapun tidak pasti apakah itu wajah sebenar perempuan simpanan MB berkenaan atau gambar orang lain yang sengaja disebarkan untuk ‘memanaskan lagi’ berita ini.