Showing posts with label Wan Hakim. Show all posts
Showing posts with label Wan Hakim. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

‘Bodo’ & Kelakar – Usul Batuk Kokol Lebih Penting Daripada Usul LPT2...


Apakah Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) Terengganu sekarang tempat ‘kera dan beruk main sarkas’?

Taraf persidangan DUN ‘dijatuhkan’ tarafnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Yang DiPertua (YDP) Dewan  Datuk Mohd Zubir Embong sendiri apabila usul tergempar (segera) diterima untuk kemukakan berupa usul ‘pelik’.

Ia juga bukan menjadi sesuatu yang penting untuk dibahaskan dengan segera. Malah usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan ADUN Air Putih kelmarin itu disifatkan sebagai ‘pengacau’ sahaja.

Jelas semua ADUN UMNO, termasuk Menteri Besar dan YDP sangat bimbang akan ada usul ‘tidak percaya kepada Menteri Besar’ hinggakan usul bodoh’ daripada Barisan Nasional (BN) pun terpaksa diterima oleh YDP.

Ia memang dirancang agar pembangkang dan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan membawa sebarang usul pada persidangan itu.

Takut dan bodoh tidak bertempat. Ahmad Said relaks dan ceria di luar dan di dalam dewan DUN.

Kelmarin, persidangan gamat  apabila ADUN Air Putih,  Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (BN)  yang sering mendakwa dia ADUN yang ‘cerdik’ bangun mengemukakan usul berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol.

Simptom Hipettitis B  dan batut kokol langsung bukan wabak atau jangkitan di Terengganu dalam masa terdekat ini untuk dijadikan isu.


ADUN Air Putih itu diberikan peluang apabila ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik (PAS) bangun cuba mengemukakan usul tergempar daripada PAS tetapi disuruh duduk oleh Yang DiPertua Dewan  untuk menghabiskan ucapannya.

Kemudian bangun pula ADUN Air Putih mengemukakan usul beliau tetapi  diterima oleh YDP Dewan dengan alasan, beliau melihat Air Putih dahulu,  sekaligus menolak cubaan ADUN Sura untuk mengemukakan usul.

Zubir pada mula nya seperti teragak-agak bagi menyebut tajuk usul itu dengan memberikan alasan usul itu panjang, tetapi apabila didesak oleh ADUN  Alur Limbat,  Ariffin Deraman (PAS), beliau pun menyebut sedikit tajuk usul berkenaan.

Akibatnya dewan menjadi riuh dengan ketawa ADUN, ketua jabatan dan pemerhati kerana usul yang dianggap kelakar itu.

 “Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas YDP Dewan. Selepas didesak YDP mengatakan ia berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.

Dewan gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua ADUN. YDP kemudian tangguhkan persidangan sehingga jam 11.20 pagi.

Sebaliknya, jika dirujuk kepada apa yang mahu diusulkan oleh ADUN PAS, isu LPT2 memang memerlukan tindakan segera kerana membabitkan rakyat dan diperkatakan dengan hangat ketika ini.

Walaupun ditolak atas alasan tidak mempunyai kepentingan kepada orang ramai dan tidak perlu disegerakan, ternyata usul DUN Air Puteh, langsung tidak relevan.

Kerana itu amat wajar jika PAS melahirkan rasa  terkilan kerana  usul yang ada kepentingan bagi rakyat tidak sempat di bawa ke persidangan DUN.

Pembawa usul itu, ADUN Sura , Wan Hapandi Wan Nik berkata beliau tidak terpilih bagi membawa usul tergempar itu kerana pihak YDP  memilih usul yang dibawa oleh wakil kerajaan.

 “Saya mewakili PAS Terengganu (ADUN Sura) telah cuba membawa satu usul kepada dewan agar persidangan DUN dapat membincangkannya,”

“Itu usul yang saya hendak bawa ke dewan (tadi) tetapi pihak kerajaan (YDP) sendiri telah mendahulukan wakil kerajaan untuk mengemukakan usul lain,” ujarnya.

Zubir...beri laluan kepada Wan Hakim
Beliau berkata demikian kepada wakil media ketika Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13, berhenti rehat di lobi U2 Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Malah, katanya pihak pembangkang tidaklah membangkang secara melulu melain demi kepentingan serta keselesaan rakyat.

Wan Hapandi mendesak agar pihak kerajaan segera menyempurnakan segala kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan di LPT2 tersebut.

 “Jadi kita (PAS) harap supaya pihak kerajaan dapat menyempurnakan infrastruktur yang masih belum sempurna termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak kekal dan pelbagai kemudahan yang sepatutnya.

“Kita tidak membangkang secara melulu kutipan tol ini, tetapi kita mahu segala kemudahan dan infranya sempurna. Kita juga mahu harga tol itu juga diturunkan dengan harga yang lebih ‘mesra’ kepada penggunanya. Harga 12 sen untuk setiap satu kilometer itu agak tinggi dan membebankan pengguna LPT2 itu.

“Apatah lagi, pembinaan LPT2 itu turut menggunakan duit kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM1.8 bilion secara tidak adil oleh kerajaan pusat,” tegasnya.

Baca dan teliti cadangan usul oleh ADUN PAS ini:


Usul ADUN Sura Pohon Dewan Membincangkan Kutipan Tol LPT2

Usul Di Bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Adalah saya Wan Hapandi Wan Nik, Ahli Dewan Undangan Negeri Sura mohon mencadangkan,

“Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu pelaksanaan kutipan tol pada Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan pada 15hb Julai, 2016.”

Tuan Yang Di-Pertua,

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana kutipan tol tersebut telah memberikan tekanan kewangan kepada rakyat negeri Terengganu dalam keadaan ekonomi negara yang yang lembab, serta himpitan perbelanjaan isi rumah peningkatan harga berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Kutipan tol di LPT2 akan memberikan impak rantaian ekonomi apabila kos pengangkutan meningkat, yang akan dialihkan oleh para peniaga kepada para pengguna.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kerajaan negeri sepatutnya menyelesaikan isu tuntutan semula kos pembinaan yang telah menggunakan kewangan negeri sebanyak RM1.8 bilion terlebih dahulu, sebelum bersetuju dengan kerajaan pusat untuk sebarang kutipan tol pada LPT2 atau sudah ada perjanjian konsesi yang sebahagian kutipan tol tersebut akan dibahagikan juga untuk negeri Terengganu?

Dalam suasana bajet negeri Terengganu yang kini tinggal RM1.4billion setelah dipotong 630 juta daripada bajet 2016 sebanyak 2.1billion. Pengembalian wang 1.8 billion itu cukup besar jumlahnya untuk dimanfaatkan dengan memberikan kemudahan perbelanjaan kepada rakyat, terutamanya kepada sektor pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kembali wang tersebut merupakan satu kerugian dan pengkhianatan kepada amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Tuan Yang Di-Pertua,

Bahkan pelaksanaan kutipan tol kepada pengguna di kalangan rakyat negeri Terengganu yang membiayai pembinaan LPT2, merupakan ‘penderaan’ yang bakal menambahkan beban kewangan kepada setiap keluarga.

Dengan kadar 12 sen sekilometer bagi setiap kenderaan yang melalui LPT2 dari Gemuruh ke Cheneh akan meningkatkan kos perjalanan ke Kuala Lumpur sekitar 70 peratus.

Kenaikan harga minyak pada awal Julai lalu akan menambahkan lagi beban kewangan yang sedia ada kepada warga Terengganu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana apabila pelaksanaan kutipan tol LPT2 yang digelar sebagai ‘Lebuh Raya Maut’ yang telah mencatatkan sebanyak 1,657 kes kemalangan sejak mula beroperasi sejak Ogos 2011.

Sewajarnya tidak dikuatkuasakan dan ditangguh sehingga segala kemudahan dilengkapkan serta lebuhraya tersebut diperelokkan.

Keadaan permukaan jalan yang menjadi sungutan ramai, papan tanda dan tunjuk arah keselamatan yang tidak cukup, ketiadaan stesen minyak kekal, kompleks hentian‘Rehat dan Rawat’ yang tidak sempurna, binatang ternakan lembu dan kerbau yang berkeliaran, perlu diberi pertimbangan sebelum kerajaan memikirkan ‘keuntungan dan laba’ yang diseluk dari saku rakyat! Kenapa lebuh raya di negeri Sarawak dikecualikan tol? Tetapi LPT2 telah dikenakan tol?

Perkara ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan ia sudah melibatkan kepentingan lebih satu juta rakyat negeri Terengganu, beratus ribu kenderaan warga di Pantai Timur dan mengelakkan Terengganu menjadi negeri yang terus ’dianak tirikan’ oleh kerajaan Persekutuan.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

Yang Mengusulkan,

YB Wan Hapandi Wan Nik
Ahli Dewan Undangan Negeri Sura
Terengganu
08hb Ogos, 2016.

Thursday, August 4, 2016

Kalau Kamu Letak Jawatan, Aku Boleh Jadi EXCO...Semudah Itu?


Dah mula haru-biru jadinya. Kenyataan kebudak-budakan pun mula keluarlah. Bukan sahaja ‘bodo’ tetapi tidak cerdik. Sama ker tu???

Yakin ker boleh dilantik jadi Exco kalau ada yang letak jawatan.

Kenyataan ini bukan daripada mulut budak-budak UMNO tetapi Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu sendiri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Wan Hakim hari ini  menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib supaya meletakkan jawatannya sebagai exco negeri.

Kan betul ada teori mengatakan bahawa kedudukan Ghazali akan ‘dikacau’.

Kini terserlah. Pemimpin UMNO Terengganu boleh beca siapa ‘master-mind’ di belakang Wan Hakim untuk membuat kenyataan itu. Tidak semestinya daripada Menteri Besar.


Orang itu ialah yang baru dapat kedudukan selepas lama menyepikan diri akibat tindak-tanduknya sendiri dalam krisis istana melibatkan penolakan Datuk Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar selepas pilihan raya umum 2008.

Dia ini pun bercita-cita menjadi Menteri Besar sebelum ini tapi pintu sudah tertutup. Pagar istana pun tertutup untuknya.

Wan Hakim pun memang bercita-cita mahu menjadi Menteri Besarpun. Di Kuala Lumpur, dia bercerita dialah hebat, boleh gantikan Ahmad Razif Abdul Rahman. Dulu ceritanya, boleh ganti Datuk Seri Ahmad Said.

Malah dia naik tocang apabila pada 7 Mei 2014 ada laporan mengatakan Putrajaya telah meminta dua ADUN Terengganu bersiap-sedia untuk menggantikan Menteri Besar Terengganu.

Menurut akhbar The Star itu, Datuk Seri Ahmad Said dijangka berundur antara 15 hingga 18 Mei 2014. Berikutan itu, dua nama yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri besar yang baru ialah ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Abdul Razif ialah Exco Kerajaaan Negeri Terengganu manakala Wan Hakim ialah Pengerusi Backbencher Terengganu.

Berbalik kepada tugasnya sebagai Ketua Penerangan, Wan Hakim septutnya tidak menghangatkan suasana.Wan Hakim sepatutnya menjadi pendamai dan dalam situasi sekarang jangan hangatkan suasana.

Kalaupun bercita-cita tinggi, sifir yang tepat kena pakai. Jangan gelojoh nanti hilang semuanya.

Bagaimana kalau Ahmad Said dan Ghazali buat keputusan tinggalkan UMNO, tidak terlopong kamu. Kerajaan negeri pun gugur.

Usahkan jawatan Menteri Besar, jawatan EXCO pun ranap. “Bodo mikir gitu’.

Sepatutnya Wan Hakim menjadi orang tengah. Ketua dalam UMNO Bahagian dia ialah Ahmad Said tetapi kerana dia berpihak kepada Ahmad Razif, sambil-sambil itu berusaha untuk ‘menangguk di air keruh’.

Mungkin dia nampak inilah peluang untuknya menonjolkan diri.

Dia lupa siapa meletakkannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Puteh, iaitu kerusi yang sebelumnya dipegang oleh Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid.

Dia tidak tahu bahawa Ahmad Said berterima kasih kepada ayahnya dan untuk balas budi dan bagi kerusi ‘selamat’ untuknya di mana Wan Ahmad Nizam diminta tidak bertanding di kerusi itu pada 2008.

Wan Ahmad Nizam kemudian dilantik Setiausaha Politik kepada Menteri Besar.

Memang Idris memilih calon tetapi kalau Ketua Bahagian membantah pencalonannya di Dewan Undangan Air Puteh, bagaimana?. Kerana kawasan selamat, dia memang lagi pada pilihan raya umum 2013.

Mungkin marah kerana selepas dua penggal dia tidak jadi EXCO tetapi sebaliknya Ahmad Said pilihan jurutera muda, Ir Rosli Othman, ADUN Kemasik yang terpilih dari Bahagian UMNO Kemaman. Sebelum itu Datuk Mohamed Awang Tera, ADUN Cukai menjadi EXCO.

Hari ini dengan megah dan sombongnya menasihat (siapa kamu?) ADUN Ajil Letak Jawatan Exco.

Apakah kamu yang melantik Ghazali melalui persetujuan istana yang dengan begitu mudah meminta Ghazali meletakkan jawatan EXCO.

Tidak tahulah kalau Ahmad Razif main ‘baling batu sembunyi tangan’. Kalau begitu pengecut dan penakutlah Ahmad Razif dengan Ghazali.

Wan Hakim mengakui tindakannya akan menjadi langkah drastik di pihak Ghazali.

Tetapi bagi Wan Hakim, ia merupakan jalan terbaik bagi memastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan lancar.

Berjalan lancer? Betulkah? Tanya kawan2 ADIN Terengganu tu, berapa ramai yang ketika ini berpihak kepada Ahmad Razif?

"Ghazali merupakan exco kerajaan negeri, dalam kumpulan utama bagi pembuat dan pelaksana dasar. Mengapa kritik kerajaan di bawah kepimpinan Ahmad Razif sebagai tidak berfungsi sedangkan beliau sendiri di dalam kerajaan?

"Ia bermakna beliau juga gagal. Beliau perlu menjelaskan apakah ia, yang tidak berfungsi kerana beliau berkata secara umum yang memang mengelirukan," katanya kepada pemberita malam semalam.

Pada Rabu, Ghazali memang membuat kenyataan mengkritik kerajaan negeri dan kepimpinan Ahmad Razif menerusi media sambil mendedahkan terdapat dakwaan krisis dalaman kerajaan negeri.

Kalau benar Ketua Penerangan UMNO itu ‘anak jantan’ kenapa tidak tanya Ghazali secara berdepan tetapi menggunakan media.

Lebih baik Wan Hakim bertanyakan semua 14 ADUN lain  dan buat kenyataan berapa ramai yang sokong Ahmad Razif.

Juga usahakan mereka berdamai serta menyatukan mereka daripada berperang sesama sendiri.

Jika berjaya beliau dilihat sebagai penyelemat dan barulah ada ‘ummph’ untuk difikirkan sebagai ketua untuk pemimpin UMNO di Terengganu. Itupun kalau mereka nak ikut. Wan Hakim bukan ketua atau timbalan ketua Bahagian UMNO ponggg!

Selain itu Wan Hakim ADUN biasa dan yang diminta letak jawatan itu EXCO.


‘Besar kepala’ sungguh Ketua Penerangan UMNO negeri Terengganu  ini.