Sunday, April 4, 2010

PELAN 16 SEPT : PENGAKUAN ANWAR DI DEWAN RAKYAT JERAT DIRI

Oleh: ROSLAN BIAN (Agendadaily.com)

Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Khamis malam mengenai pelan 16 September 2008 akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Ketika Ketua Pembangkang itu beria-ria mahu tebus malu ekoran pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini beliau gunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima ATM, tanpa disedarinya pekongnya sendiri terlondeh.

Antaranya, Anwar mengaku ada menulis surat kepada yang Dipertuan Agong , mempelawa Ahli-ahli parlimen BN menyertai pembangkang dan berbual telefon dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu nyata ‘ sangkut’ bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempertikai kenapa beliau hanya menghantar surat mohon untuk menghadap yang Dipertuan Agong tanpa menyertakan senarai Ahli parlimen BN yang kononnya mencukupi bagi membolehkan pembangkang ambil alih kerajaan.

Semua ini bermula apabila Nazri yang menggulung perbahasan menjunjungi kasih titah Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat menyentuh soal pelan 16 September Anwar menggunakan nama Agong dan ATM seperti didedahkan Zahrain.

Pengulungan menteri itu selama sejam telah mencuri tumpuan para Ahli Parlimen dan pemerhati yang hadir.

Menurut Nazri, dakwaan Ahli Parlimen BN beramai-ramai ingin melompat parti adalah tidak benar.

Beliau juga bertanya bilakah masanya kerajaan merampas dan mencuri Ahli Parlimen pembangkang sedangkan Ahli Parlimen PKR yang keluar menjadi Bebas dan tiada yang menyertai BN.

Katanya, tuduhan bahawa BN memberi imbuhan atau sogokan kepada mereka juga tidak berasas dan rakyat boleh menilai sendiri pembohongan itu selepas Ahli Parlimen PKR yang keluar parti membuat pendedahan.

Katanya, dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru dan beberapa orang lain yang keluar PKR serta Menteri Besar Perak semalam akhirnya terbongkarlah bahawa pembangkang sendiri yang mahu mencuri Ahli Parlimen BN.

“Ini termasuk usaha rombongan pembangkang ke Taiwan memburu ahli parlimen BN babitkan (ahli parlimen) Batu (Tian Chua), (ADUN) Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) dan Machang (Saifuddin Nasution Ismail),” katanya.

Ketika ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bangun mencelah mempersoalkan kenapa Dr Zambry membuat pendedahan itu selepas dua tahun sedangkan ada wakil rakyat BN pernah mengaku dihubungi Ketua Pembangkang tetapi mengatakan tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

Menjawab perkara itu, Nazri berkata, beliau membangkitkan soal itu kerana hanya dikatakan sekarang.

Mengenai tawaran yang dimaksudkan, Nazri berkias mengatakan ada perkara-perkara yang beliau tahu dan pernah bercakap dengan Anwar tetapi tidak perlu disebut kerana menghormatinya sebagai kawan.

Jawapan beliau mengundang rasa tidak puashati Khalid yang mendakwa kononnya Nazri takut bercakap benar apabila memberi jawapan sedemikian.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tengku Jaafar terpaksa mententeramkan keadaan.

Apabila keadaan Dewan tenang, Nazri memberi laluan kepada Anwar mencelah.

Kata Anwar “merujuk kepada kenyataan Menteri Besar (Dr Zambry), saya buat pelawaan terbuka, bukan rahsia, Saya kata memandangkan apa yang ada pada pakatan rakyat (jumlah ahli parlimen) , saya pohon kerjasama rakan-rakan termasuk teman-teman saya (dalam BN) untuk bersama (Pakatan Rakyat).”

“Saya buat secara terbuka. Bukannya rahsia atau janji wang.” .

Beliau cuba mengungkit kisah dua ADUN PKR Perak (Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi) serta Adun BN Bota (Datuk Nasaruddin Hashim) yang didakwanya ‘hilang’ dan menimbulkan misteri .

Anwar juga mendakwa tiada pertemuan antaranya dengan Zambry.

Katanya yang ada hanyalah perbualan telefon beberapa minit bertanya khabar.

“Saya tidak bincang hal-hal sedemikian (tawar jawatan Menteri Besar). Apabila beliau (Zambry) sedia berbicara di telefon, saya tak umumkan apa yang dikatakan (tawar jawatan), tegasnya.

Ketika ini Dewan Rakyat diam tanpa sesiapa bangun mencelah kerana kedua-dua barisan Ahli Parlimen sama ada BN dan pembangkang mahu mendengar jawapan Anwar.

Menurut Anwar, Zambry tidak tuntut jawatan atau wang daripadanya mahupun apa-apa perbincangan.

Nazri yang menyambung hujah berkata, yang dimaksudkan (pujuk Zambry) bukan Anwar dan minta jangan bersikap ‘siapa makan cili berasa pedas’.

“Saya tak kata Yang Berhormat. Ini kerja-kerja Little Napoleons dalam PKR,” katanya.

Zahrain kemudian turut bangun mencelah membidas Anwar kerana buat pembohongan dan cerita-cerita dongeng 16 Sptember termasuk menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan ATM.

“Sekarang (pembangkang) tuduh kita ambil duit, imbuhan. Kalau ada buktilah. Kita hilang kepercayaan sebab tindak tanduk Ketua Pembangkang,” tegasnya.

Nazri kemudian menyokong kenyataan Zahrain dengan mengatakan, mereka yang sudah keluar (PKR) adalah kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin parti itu.

Anwar sekali lagi meminta laluan menjawab dakwaan Zahrain dan menjelaskan mengenai pelan 16 Septembernya.

Beliau mengaku ada menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Sept 2008 untuk memohon menghadap bagi memaklumkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadap pakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan.

Katanya, adalah mustahil beliau berani menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong jika tidak cukup bilangan ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan.

"Pada 18 September, saya mendapat persetujuan pimpinan tiga parti pembangkang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk menulis kepada Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) supaya diadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul dewan sudah hilang kepercayaan terhadapnya dan kepimpinan beliau.

"Mustahil jika saya berani menulis surat itu jika saya tidak mendapat perakuan Ahli Parlimen lain dan selepas surat itu ditolak, saya menulis pula kepada Speaker tetapi turut ditolak dan kemudian kepada Tuanku Mizan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menyebut nama-nama Ahli Parlimen BN yang didakwanya telah membuat perakuan untuk menyokong pakatan pembangkang ketika itu.

Pengakuan Anwar itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh seketika dan beberapa Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Nazri yang meneruskan penggulungan mempertikaikan kebenaran dakwaan Anwar beliau sudah ada cukup bilangan Ahli Parlimen BN yang nak melompat itu.

Nazri berkata Anwar sudah pasti akan menghantar surat tersebut terus kepada yang Dipertuan Agong jika beliau berjaya "menarik" antara 20 hingga 30 anggota Parlimen BN tanpa perlu bersusah-payah mengikut saluran pertama ( Perdana Menteri) dan kedua (Speaker Dewan Rakyat) itu.

"Sepatutnya Anwar membawa tandatangan 20 atau 30 orang yang berjaya ditariknya dari BN kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi dia tidak ada. Pembangkang ada 82 dan BN ada 140, bagaimana nak buat undi tak percaya itu," katanya.

Sunday, March 28, 2010

FITNAH DAN DIKTATOR

Mingguan Malaysia 28 Mac 2010

PENDEDAHAN seorang lagi Ahli Parlimen bebas, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat, baru-baru ini membuka lagi banyak persoalan tentang kewibawaan Anwar Ibrahim.

Bekas wakil rakyat PKR itu mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan sesiapa, desas-desus berlegar bahawa orang yang dikaitkan ialah Anwar. Bekas pemimpin muda PKR, Ezam Mohd. Noor dalam reaksinya mendakwa, beliau juga pernah diminta memfitnah Najib dan Rosmah dalam kes Altantuya.

Ezam tidak berselindung. Beliau menamakan Anwar sebagai orangnya. Menurut Ezam, beliau bertanyakan Anwar apa buktinya mengaitkan Najib tetapi pemimpin utama PKR itu berkata tiada dan sebaliknya meminta beliau ‘bedal’ (lempar tuduhan) sahaja terlebih dahulu. Tergamam Awang, sampai begitu sekali fitnah dijadikan senjata politik.

Pendedahan terbaru ini merupakan satu lagi tamparan kepada Anwar dan PKR. Belum pun reda, isu pembohongan beliau yang didakwa mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia dalam cubaan rampasan kuasa 16 September, terdedah satu lagi tembelang besar.

Kalau di kebanyakan negara, pemimpin yang melakukan pembohongan besar, dengan sendirinya melepaskan jawatan. Dengan imej sebagai pembohong, beliau tidak layak menjadi Ketua Pembangkang. Memalukan. Ia suatu penghinaan kepada pembangkang, rakyat dan negara. Pemimpin harus kelihatan bersih.

Setakat ini, penjelasan Anwar berkaitan pendedahan di Dewan Rakyat, tidak meyakinkan. Seperti biasa, beliau marah dan melenting apabila diajukan pertanyaan yang beliau tidak suka. Walaupun kononnya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan media, Anwar bersandiwara.

Beliau selalu emosional, meninggi suara dan memperlekehkan wartawan. Anwar menggambarkan beliau pemimpin hebat tetapi selalu gagal menangani soalan media.

Bukan itu sahaja Anwar bersama pemimpin DAP memboikot media yang tidak selari dengan aspirasi pembangkang. Bayangkan jika Anwar yang menghadapi krisis moral, integriti dan hipokrit dalam soal demokrasi, menjadi Perdana Menteri, Awang boleh gambarkan beliau akan menjadi seorang diktator dan zalim. Bibit- bibit itu semakin jelas sekarang.

Pada Awang, Anwar bukan setakat liabiliti kepada pembangkang malah kepada agama, bangsa dan negara. Makin banyak senario yang tidak memihak kepada beliau. Tetapi waspadalah, orang terdesak akan melakukan tindakan terdesak dan di luar jangkaan. Ketika ini, beliau memperhebatkan lagi kempen ke seluruh negara atas nama menyelamatkan Malaysia tetapi sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan diri.

Bukti pendakwaan kes liwat terhadap Saiful Azlan Bukhari cukup kukuh dan terus meresahkan Anwar. Beliau juga dikatakan khuatir jika Saiful ditemukan dengan ulama ternama Islam, Dr. Yusuf Qaradhawi. Selama ini, beliau dilihat memanipulasi ulama berkenaan tanpa Saiful diberi keadilan. Jika pertemuan itu berlaku Saiful boleh memberikan versi cerita beliau, yang boleh dinilai oleh ulama tersebut.

Keyakinan Saiful untuk melakukan sumpah muhabalah di masjid berbanding dengan keengganan Anwar, sudah boleh menjadi petunjuk. Melihat air muka Anwar yang kian keruh dan merenung wajah Saiful yang sentiasa tenang, dapat memberikan sedikit cahaya akal siapa sebenarnya yang menjadi mangsa.

Wednesday, March 24, 2010

SIAPA KATA SODOMI II ITU KONSPIRASI?

(http://musramrakunman.blogspot.com)

Kalau kerajaan nak kenakan Anwar melalui konspirasi, tidak payah dengan cara serumit sodomi.

Kerajaan boleh lakukan apa sahaja termasuk memalsukan dokumen yang berunsur salah guna kuasa semasa Anwar masih dalam kerajaan. Kerajaan boleh mencipta berbagai fakta yang to the point tanpa berbelit-belit untuk menjurumuskan Anwar dalam penjara agar karier politiknya berakhir.

Namun disebabkan kerajaan tidak terlibat langsung dengan kes liwat Anwar, maka kerajaan melalui proses perundangan memberi peluang kepada Anwar membela diri atas perbuatannya sendiri.

Sodomi II adalah hal peribadi Anwar. Malangnya, pihak mangsa liwat yakni Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil untuk meminta keadalian atas dirinya. Saiful bersumpah dengan nama ALLAH , bersumpah laknat dalam rumah Allah, hanya yang belum Saiful lakukan berjumpa Yusof Qaradawi Ulamak Mesir, yang kononnya menyokong Anwar dalam sodomi II.

Sodomi II adalah antara Anwar dan Saiful. Tiada yang suruh Anwar meliwat Saiful. Demikian juga tiada yang suruh Saiful meminta keadilan untuk dirinya. Saiful tampil membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi diliwat oleh Anwar.

Kalau lah benar seperti dakwaan Anwar dan penyokongnya bahawa sodomi II adalah konspirasi, tak kan kerajaan mahu melakukan kesilpan untuk kedua kalinya. Pada sodomi I, Anwar dibebaskan kerana masalah teknikal, kerana membuktikan sodomi adalah sesuatu yang amat rumit.

Kalau lah kerajaan mahukan konspirasi, kenapa melalui jalan rumit dan berliku-liku. Seperti yang diterangkan pada awal tulisan ini, kalau lah kerajaan melakukan konspirasi menjatukan Anwar, tidak pelrulah melalui kes liwat yang begitu rumit untuk dibuktikan. Kerajaan akan melakukan unsur rasuah seperti pemalsuan dokumen pemberian tender misalnya. Anwar tidak akan mampun menepis, kerana kerajaan boleh buat apa sahaja yang boleh untuk menjatuhkan Anwar.

Bodohnya kerajaan, melakukan konspirasi dengan cara berbelit-belit. Tak kan tiada seorang pun pemimpin kerajaan mampu berfikir melalui konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan cara mudah, berkesan dan sukar ditepis.Lupakan apa seluruh dunia kata, yang penting Anwar jatuh melalui konspirasi.

Ini lah logiknya, kalau ada yang percaya bahawa sodomi II adalah konspirasi kerajaan. Kerajaan tidak perlu berkonspirasi dengan cara yang rumit-rumit, kalau kerajaan melakukan konspirasi, pasti bentuk konspirasi yang mantap dan jitu.

Bagi penyokong Anwar, jangan lah berkhayal dan menjaja ke sana ke mari, bahawa sodomi II ada lah konspirasi. Tanamkan pada fikiran anda, sodomi II adalah konspirasi Anwar dan Saiful.

Perbicaraan kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Saiful Bukhari hebat dicanang para penyokongnya sebagai konspirasi kerajaan untuk membunuh karier politik Anwar.

Itulah modal zaman berzaman yang digunakan para penyokong Anwar.

Soalnya, kalau kerajaan hendak bunuh karier Anwar Ibrahim, sepatutnya Anwar tidak dibebaskan terus daripada penjara beberapa tahun yang lalu.

Tidak tahulah kalau Pak Lah dan Khairy Jamaluddin tersilap langkah atau terlebih bijak ketika itu.

Namun, yang hendak penulis katakan ialah, takkan kerajaan hendak menggunakan isu liwat sahaja sebagai modal konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar?

Kalau benar kerajaan terdesak untuk membunuh karier Anwar maka rasanya masih ada modal lain untuk digunakan.

Tindakan Anwar menjual nama Yang Dipertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kononnya menyokongnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 sudah boleh dijadikan modal terbaru yang amat baik.

Selain Zahrain yang merupakan rakan karib Anwar satu masa dahulu, rasanya ramai lagi bekas Ahli Parlimen PKR yang sanggup tampil menjadi saksi untuk mengesahkan perkara itu.

Tindakan Anwar lari keluar daripada Dewan Rakyat ketika Zahrain buat pendedahan boleh mengkukuhkan lagi hujah bahawa Anwar memang telah menipu dengan menggunakan nama Agong dan ATM.

Kalau Anwar kekal dalam Dewan Rakyat masa Zahrain buat kenyataan, maka kemungkinan dia akan diminta sahkan atau nafikan perkara itu ketika itu juga.

Silap jawab dalam Dewan Rakyat, lagi buruk padahnya.

Kalau hendak kenakan Anwar, ini adalah antara peluang terbaik sebab dia guna nama Agong dan ATM.

ISA, OSA dan berbagai lagi yang boleh kerajaan lakukan, sebab apa? kerajaan yang berkuasa, namanya juga konspirasi...boleh gunakan apa sahaja untuk mengenakan Anwar.

Tak perlu gunakan liwat lagi, gunakan kenyataan Zahrain itu sebaik mungkin.

Namun, rasanya kerajaan tidak akan bertindak melulu.

Setakat mahu mencari alasan untuk mengenakan Anwar, hakikatnya ialah banyak modal lain boleh digunakan.

Liwat antara Saiful dan Anwar adalah perkara peribadi seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri sudah beritahu banyak kali beliau tidak terbabit dalam hal itu.

Hakikatnya, Saiful yang mencari kebenaran dan keadilan untuk dirinya. Itu sahaja.

Memang adalah penyokong di pihak kerajaan bergembira dengan kemungkinan Anwar akan disabitkan meliwat Saiful ...itu memang ya. Tapi kalau hendak kata konspirasi zaman berzaman, semuanya disusun dan dirancang oleh kerajaan...bukanlah.

Yang sakitnya Anwar, dah keluar penjara pun masih tak bertaubat...masih juga meliwat anak orang lagi.

Apa pun, di sebalik semua ini, yang jelas ialah Anwar diberikan peluang untuk melalui satu perbicaraan yang sangat adil.

Kalau perbicaraan itu tidak adil seperti yang didakwa oleh Anwar dan penyokongnya, maka adakah mahkamah akan melayan begitu banyak karenah Anwar selama ini?

Kalau tidak adil atau satu konspirasi kerajaan, sudah lama perbicaraan ini dimulakan dan sudah lama Anwar disumbat dalam penjara.

Ini tidak, satu demi satu kehendak dan keinginan Anwar dinilai sehinggakan kes itu tertunda hampir 2 tahun daripada tarikh asal. Hanya beberapa perkara sahaja yang mahkamah tidak mampu layan kerana mahkamah juga terikat dengan hukum dan perundangan tersendiri yang perlu dipatuhi.

Bayangkan jika perbicaraan ini tidak adil atau konspirasi, adakah hakim terbabit akan sanggup mengadakan perbicaraan tertutup pada hari kedua semata-mata kerana bersetuju dengan Karpal Singh bahawa keterangan Saiful seperti bagaimana aksi liwat berlaku tidak perlu diketahui umum.

Macam penulis kata di atas tadi, kalau konspirasi peringkat kerajaan, ia tidak akan terlalu banyak komplikasi.

Ia akan bersifat cepat, pantas dan zalim serta membelakangkan apa satu dunia nak hendak cakap.

Kalau konspirasi kerajaan, sudah lama Anwar mereput dalam penjara, tidaklah dapat layanan 1st class macam sekarang.

Dan kalau benar ini konspirasi, maka ia adalah konspirasi yang paling alim dan paling baik kat dunia ini...semua yang suspek hendak, dilayan sampai ke saat terakhir.