Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Rampas Aset Berkaitan 1MDB - Pembangkang Sokong Tindakan DoJ


Pembangkang menyokong dan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan untuk merampas aset dikaitkan dengan penyalahgunaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai wajar.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail menuntut sidang tergempar parlimen diadakan segera. Ini susulan saman sivil pelucuthakan terbaru DoJ Amerika Syarikat (AS) bagi merampas aset-aset berkaitan 1MDB.

Beliau mengingatkan bahawa Malaysia pernah mengadakan sidang tergempar pada Julai 2014 bagi membincangkan insiden pesawat MH17 yang ditembak di Ukraine serta sidang khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Januari 2016.

Beliau menggesa perdana menteri mengemukakan usul itu kerana hanay Datuk Seri Najib Razak boleh berbuat demikian, berdasarkan peraturan dewan.

“Tambah memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh 'pegawai tertinggi negara' untuk membiayai kehidupan serba mewah,” katanya.


Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berlaku di Amerika Syarikat dan tindakan DoJ selaras perlembagaan negara itu demi keadilan dan melindungi kepentingan kepentingan umum.

“Ia di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat, maka untuk kepentingan umum, sepatutnya perkara itu dilakukan bila Malaysia mengambil sikap buat tak tahu,” katanya ketika dihubungi FMT semalam.

DoJ dalam saman sivil terbaru lebih 200 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di California pada Khamis, mahu menyita pelbagai aset dan hartanah mewah, dalam usaha mendapatkan kembali AS$540 juta wang yang dikaitkan dengan dana dicuri daripada 1MDB.

Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.

DoJ dalam siasatannya turut mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam reaksinya berkata, pejabatnya “belum diberikan bukti” mengenai dakwaan kecurian dana daripada 1MDB dan mengulangi kenyataannya tahun lalu yang mendapati tiada jenayah dilakukan dalam siasatan beberapa agensi tempatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

“Mana boleh peguam negara membiarkan perkara itu berlaku depan mata mereka, tapi mereka tak ambil apa-apa tindakan. Apa istimewa sangat 1MDB itu?” soal Salahuddin.


Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor pula menyifatkan peguam negara sebagai “memalukan”.

“Jabatan Peguam Negara apabila diminta bekerjasama tak nak. DoJ minta pun dia tak nak bagi kerjasama. Switzerland minta (kerjasama) pun dia tak bagi kerjasama.

“Kemudian dia ‘menyalak’ kata tak ada bukti. Orang nak bagi bukti dia tak nak terima. Tak tahulah apa ‘class’ peguam negara kita ini. Bikin malu sahaja,” kata Kamaruddin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menyifatkan tindakan DoJ menunjukkan AS tidak boleh dipengaruhi dan berharap mereka akan terus bertindak secara profesional dalam perkara itu walaupun Malaysia langsung tidak mempedulikan isu 1MDB.

Beliau yang mengetuai Biro Pelaburan PKR berkata, tindakan DoJ itu turut memberikan implikasi mendalam dari segi ekonomi dan pelaburan asing di negara ini.

“Ramai pelabur apabila dengar nama Malaysia, mereka ingat 1MDB, maka mereka tidak mahu melabur lagi di Malaysia,” katanya.

Sumber - Malaysiakini & FMT


Monday, October 3, 2016

Tindakan Lajim & Co, Shafie Lenyapkan UMNO/BN Dari Bumi Sabah?


Pakatan pembangkang berada di ambang kejatuhannya di Sabah?

Ini dikatakan  berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan kepimpinan PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti semalam.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah., Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang mengatakan "PKR dan DAP adalah parti tidak berguna."

Benarkah demikian?

Pasti ada perkara dan strategi  menarik bagi pemimpin pembangkang di Sabah keluar parti.

Walaupun PKR dan DAP mungkin berkubur di Sabah tetapi semangat pembangkang di negeri itu akan semakin subur apabila parti baru akan digerakkan tidak lama lagi.

Malah 'jiwa dan roh PKR dan DAP' tidak hilang semudah itu. Semangat dan perjuangan rakyat Sabah untuk berjuang demi Sabahan dijangka akan lebih mantap.

Usaha ini tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya sudah memikir dan merancangnya beberapa bulan sebelum

Laporan media menyebut, kesemua mereka yang melepaskan jawatan itu bakal mengambil alih sebuah parti tempatan Sabah.

Rahman..."PKR dan DAP adalah parti tidak berguna."
Ia bagi menjamin  pembangkang lebih dominasi di negeri itu dalam PRU akan datang.

Malah mereka sudah memaklumkan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 22 September lalu melalui  surat letak jawatan bersama 18 lagi cabang PKR negeri itu.

Ini bermakna perancangan sudah dibuat dan menunggu masa untuk bergerak cergas mencabar UMNO dan BN.

Rahman bebas mempersoalkan apa sahaja, termasuk mengatakan sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat rakyat Sabah, namun hakikatnya mereka kini berjuang untuk tujuan yang sama, cumanya bukan melalui PKR dan DAP.

Salahkah mereka? 

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud boleh spin dan  cuba mengelirukan rakyat Sabah dengan kenyataannya tetapi apakah mereka boleh terima pendapat itu?

Apakah Rahman membuat kenyataan itu sebagai ‘menenangkan diri sendiri’ selepas melihat ancaman yang akan menimpa UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah jika pembangkang bersatu.

Mereka yang meninggalkan parti, sama ada UMNO, PKR atau juga DAP sedang bersiap sedia untuk membentuk pembangkang baharu yang dilihat lebih berjiwa ‘Sabahan’.

PKR, UMNO dan DAP dilihat parti Semenanjung dan dengan membentuk parti sendiri, sudah pasti mereka akan merasa lebih bersemangat ‘kenegerian’ dalam perjuangan.

Lajim berucap di hadapan 300 penyokongnya.
Pada PRU13 lalu, BN memenangi 48 kerusi DUN daripada 60 yang dipertandingkan, PKR 7, DAP 4 dan satu kerusi STAR.

Bagi Parlimen, BN memenangi 21 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan, DAP 2 dan satu kerusi masing-masing dimenangi PKR dan Bebas.

Semalam sebagai menyahut seruan rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan untuk menjuarai isu mereka, beberapa pemimpin Sabah keluar daripada parti masing-masing untuk menyertai gerakan baru.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin isytihar keluar parti berkenaan berkutkuasa serta dan begitu juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Moyog Terrence Siambun daripada PKR dan Likas Junz Wong daripada DAP.

Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew.

Mereka  mengikut jejak Lajim yang juga ADUN Klias itu, malah Lajim sendiri  menegaskan, tidak akan keseorangan. “Saya akan disertai beberapa pemimpin dan belia berbakat dan juga ahli pembangkang lain,” kata Lajim menurut laporan media.

Apa yang menarik, dalam ucapannya, Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.

"Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu. Kita juga berkuasa sendiri, tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada orang lain. Itulah suara rakyat Sabah sekarang," katanya semasa menyampaikan ucapan dan mengumumkan pengundurannya daripada PKR sebentar tadi.

Malah, menurutnya,  Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia. 


Walaupun setakat ini Lajim belum  umumkan parti yang akan disertainya, Terrence berkata beliau akan sertai Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dalam parti baharu Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie baru-baru ini mengumumkan Darell akan dilantik sebagai timbalan pengerusi parti baharunya, manakala 2 daripada 3 jawatan naib pengerusi menjadi milik Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Presiden Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony.

Baki satu lagi kerusi naib pengerusi akan diisi seorang wakil rakyat, namun calonnya belum diumumkan.

Sebelum ini, 22 September 2016 lalu Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO mengisytiharkan diri keluar UMNO  juga melakukan tindakan sama iaitu mengambil alih parti yang sedia.

Shafie  berkata, pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada hari berkenaan adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.

Shafie yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak 28 Julai lalu bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah digantung keahliannya.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata lagi, parti politik yang akan diambil-alihnya adalah yang berkonsepkan pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013.


Bulan lepas, Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking isytihar keluar PKR untuk menyertai parti baharu Shafie. Beliau merupakan Naib Presiden dalam parti itu.

Dalam suratnya kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Darell menegaskan tindakan keluar parti bukan kerana masalah dengan PKR atau dengan Azizah.

Pada 6 September lalu Lajim menafi dakwaan keluar parti untuk bersama Shafie.

Beliau bagaimanapun akui ada berbincang  dengan Shafie sebelum ini. Namun pertemuan mereka cuma membincangkan kerjasama antara PKR Sabah dan Shafie dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Junz pula mengakui keputusan yang diambil bukan mudah, yang dipertimbangkannya sejak beberapa bulan lalu.

” Kita orang ‘Sabah’ perlu bermuafakat dan merebut peluang untuk singkir Umno daripada Sabah. Kita masih mahu bekerjasama dengan parti dari Semenanjung untuk menggulingkan Umno,” kata Junz.

 “Sudah tiba masanya untuk kita tuntut hak kita melalui parti tempatan, melalui usaha ‘anak Sabah,’ tegasnya.

Lajim ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokongnya di Kota Kinabalu, semalam menegaskan, tindakan itu dibuat kerana beliau sudah hilang keyakinan dengan kemampuan PKR untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami sudah bekerja keras untuk memimpin PKR di Sabah, bagaimanapun suara rakyat Sabah sendiri yang mahukan parti-parti Sabah bergabung untuk menjaga kepentingan mereka.

 “Kami harap keputusan ini diterima secara terbuka,” katanya.

Malah dipercayai akan lebih ramai pemimpin dan aktivis politik bersama kumpulan itu tidak lama lagi.

“Yang penting bagi Lajim, “Kami mahu menjadi alat kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan kepentingan mereka.”

Apakah perkembangan ini sebagai isyarat bahawa UMNO dan BN akan berdepan saingan sengit pada pilihan raya akan datang?

Rahman dan pemimpin BN Sabah sudah tahu perkara ini tetapi perang psikologi terpaksa dilakukan.

Lagipun sekiranya UMNO dan BN kalah akibat tindakan ‘Lajim & CO’ pada PRU14,  kemungkinan akan lenyap juga masa depan politik pemimpin mereka yang berkuasa sekarang  bukan sahaja di Sabah tetapi juga di bumi Malaysia!

Sunday, April 4, 2010

PELAN 16 SEPT : PENGAKUAN ANWAR DI DEWAN RAKYAT JERAT DIRI

Oleh: ROSLAN BIAN (Agendadaily.com)

Pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Khamis malam mengenai pelan 16 September 2008 akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Ketika Ketua Pembangkang itu beria-ria mahu tebus malu ekoran pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini beliau gunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima ATM, tanpa disedarinya pekongnya sendiri terlondeh.

Antaranya, Anwar mengaku ada menulis surat kepada yang Dipertuan Agong , mempelawa Ahli-ahli parlimen BN menyertai pembangkang dan berbual telefon dengan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu nyata ‘ sangkut’ bila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempertikai kenapa beliau hanya menghantar surat mohon untuk menghadap yang Dipertuan Agong tanpa menyertakan senarai Ahli parlimen BN yang kononnya mencukupi bagi membolehkan pembangkang ambil alih kerajaan.

Semua ini bermula apabila Nazri yang menggulung perbahasan menjunjungi kasih titah Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat menyentuh soal pelan 16 September Anwar menggunakan nama Agong dan ATM seperti didedahkan Zahrain.

Pengulungan menteri itu selama sejam telah mencuri tumpuan para Ahli Parlimen dan pemerhati yang hadir.

Menurut Nazri, dakwaan Ahli Parlimen BN beramai-ramai ingin melompat parti adalah tidak benar.

Beliau juga bertanya bilakah masanya kerajaan merampas dan mencuri Ahli Parlimen pembangkang sedangkan Ahli Parlimen PKR yang keluar menjadi Bebas dan tiada yang menyertai BN.

Katanya, tuduhan bahawa BN memberi imbuhan atau sogokan kepada mereka juga tidak berasas dan rakyat boleh menilai sendiri pembohongan itu selepas Ahli Parlimen PKR yang keluar parti membuat pendedahan.

Katanya, dengan pendedahan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru dan beberapa orang lain yang keluar PKR serta Menteri Besar Perak semalam akhirnya terbongkarlah bahawa pembangkang sendiri yang mahu mencuri Ahli Parlimen BN.

“Ini termasuk usaha rombongan pembangkang ke Taiwan memburu ahli parlimen BN babitkan (ahli parlimen) Batu (Tian Chua), (ADUN) Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) dan Machang (Saifuddin Nasution Ismail),” katanya.

Ketika ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bangun mencelah mempersoalkan kenapa Dr Zambry membuat pendedahan itu selepas dua tahun sedangkan ada wakil rakyat BN pernah mengaku dihubungi Ketua Pembangkang tetapi mengatakan tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan.

Menjawab perkara itu, Nazri berkata, beliau membangkitkan soal itu kerana hanya dikatakan sekarang.

Mengenai tawaran yang dimaksudkan, Nazri berkias mengatakan ada perkara-perkara yang beliau tahu dan pernah bercakap dengan Anwar tetapi tidak perlu disebut kerana menghormatinya sebagai kawan.

Jawapan beliau mengundang rasa tidak puashati Khalid yang mendakwa kononnya Nazri takut bercakap benar apabila memberi jawapan sedemikian.

Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tengku Jaafar terpaksa mententeramkan keadaan.

Apabila keadaan Dewan tenang, Nazri memberi laluan kepada Anwar mencelah.

Kata Anwar “merujuk kepada kenyataan Menteri Besar (Dr Zambry), saya buat pelawaan terbuka, bukan rahsia, Saya kata memandangkan apa yang ada pada pakatan rakyat (jumlah ahli parlimen) , saya pohon kerjasama rakan-rakan termasuk teman-teman saya (dalam BN) untuk bersama (Pakatan Rakyat).”

“Saya buat secara terbuka. Bukannya rahsia atau janji wang.” .

Beliau cuba mengungkit kisah dua ADUN PKR Perak (Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi) serta Adun BN Bota (Datuk Nasaruddin Hashim) yang didakwanya ‘hilang’ dan menimbulkan misteri .

Anwar juga mendakwa tiada pertemuan antaranya dengan Zambry.

Katanya yang ada hanyalah perbualan telefon beberapa minit bertanya khabar.

“Saya tidak bincang hal-hal sedemikian (tawar jawatan Menteri Besar). Apabila beliau (Zambry) sedia berbicara di telefon, saya tak umumkan apa yang dikatakan (tawar jawatan), tegasnya.

Ketika ini Dewan Rakyat diam tanpa sesiapa bangun mencelah kerana kedua-dua barisan Ahli Parlimen sama ada BN dan pembangkang mahu mendengar jawapan Anwar.

Menurut Anwar, Zambry tidak tuntut jawatan atau wang daripadanya mahupun apa-apa perbincangan.

Nazri yang menyambung hujah berkata, yang dimaksudkan (pujuk Zambry) bukan Anwar dan minta jangan bersikap ‘siapa makan cili berasa pedas’.

“Saya tak kata Yang Berhormat. Ini kerja-kerja Little Napoleons dalam PKR,” katanya.

Zahrain kemudian turut bangun mencelah membidas Anwar kerana buat pembohongan dan cerita-cerita dongeng 16 Sptember termasuk menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong dan ATM.

“Sekarang (pembangkang) tuduh kita ambil duit, imbuhan. Kalau ada buktilah. Kita hilang kepercayaan sebab tindak tanduk Ketua Pembangkang,” tegasnya.

Nazri kemudian menyokong kenyataan Zahrain dengan mengatakan, mereka yang sudah keluar (PKR) adalah kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin parti itu.

Anwar sekali lagi meminta laluan menjawab dakwaan Zahrain dan menjelaskan mengenai pelan 16 Septembernya.

Beliau mengaku ada menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Sept 2008 untuk memohon menghadap bagi memaklumkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadap pakatan pembangkang bagi membentuk kerajaan.

Katanya, adalah mustahil beliau berani menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong jika tidak cukup bilangan ahli parlimen untuk ambil alih kerajaan.

"Pada 18 September, saya mendapat persetujuan pimpinan tiga parti pembangkang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang untuk menulis kepada Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) supaya diadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul dewan sudah hilang kepercayaan terhadapnya dan kepimpinan beliau.

"Mustahil jika saya berani menulis surat itu jika saya tidak mendapat perakuan Ahli Parlimen lain dan selepas surat itu ditolak, saya menulis pula kepada Speaker tetapi turut ditolak dan kemudian kepada Tuanku Mizan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak pula menyebut nama-nama Ahli Parlimen BN yang didakwanya telah membuat perakuan untuk menyokong pakatan pembangkang ketika itu.

Pengakuan Anwar itu menyebabkan Dewan Rakyat riuh seketika dan beberapa Ahli Parlimen menyifatkannya sebagai satu pembohongan.

Nazri yang meneruskan penggulungan mempertikaikan kebenaran dakwaan Anwar beliau sudah ada cukup bilangan Ahli Parlimen BN yang nak melompat itu.

Nazri berkata Anwar sudah pasti akan menghantar surat tersebut terus kepada yang Dipertuan Agong jika beliau berjaya "menarik" antara 20 hingga 30 anggota Parlimen BN tanpa perlu bersusah-payah mengikut saluran pertama ( Perdana Menteri) dan kedua (Speaker Dewan Rakyat) itu.

"Sepatutnya Anwar membawa tandatangan 20 atau 30 orang yang berjaya ditariknya dari BN kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi dia tidak ada. Pembangkang ada 82 dan BN ada 140, bagaimana nak buat undi tak percaya itu," katanya.