Friday, January 14, 2011

INILAH MAHFUZ OMAR YANG BERLAGAK PANDAI...

Inilah sebenarnya wajah dan diri Mahfuz Omar yang digelar Mr Bean dan sebagainya.

Dia ni nak tunjuk cerdik tetapi kebodohannya yang terserlah.

Baca apa yang ditulis oleh Zulkifli Nordin dan surat terbuka seorang insan bernama Buluhmadu.

DONALD DUCK: POLITIK GHANIMAH
05 January 2011
Salam 2 all.

Teman terkejut membaca surat terbuka yang ditulis oleh seorang pemimpin akar umbi PAS Negeri Kedah mengguna nama pena Buluhmadu yang disiarkan oleh media pro-Anwar MalaysiaKini yang menegur Mahfuz Omar dalam isu syarikat Kedah Sato Sdn. Bhd.

Teman tidak mahu mengulas panjang walaupun teman tersenyum baru mengetahui bahawa Mahfuz asalnya ialah "Ketua Pegawai Eksekutif" setor Lapangan Terbang Bayan Lepas.

Tapi itu bukan isunya, walaupun teman percaya sikap dan perangai seseorang itu kekadang mencerminkan latarbelakang pendidikan beliau.

Teman selalu dok bayang kepimpinan tinggi PAS sepatutnya atau sekurang-kurangnya memiliki pendidikan dan kelayakan bidang agama, macam Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ataupun paling-paling koman mangkuk pun lepasan empat senawi Pondok Lanai pun jadilah.

Kurang-kurang teman ada lah jugak sikit kelayakan syariah sebagai peguam syarie Mahkamah Tinggi Syariah, selain berkelayakan sebagai peguam sivil Mahkamah Tinggi Sivil! Tapi takdelah pulak teman berangan nak jadi pemimpin, walaupun pernah menjawat jawatan AJK Lujnah Kebajikan PAS Pusat, AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, Yang DiPertua PAS Kawasan dan lain-lain. Tu pun bukan teman mintak, dema nak bagi yop!

Apapun, teman sentuh isu kelayakan ini kerana ada diantara mereka kalau orang lain bercakap mengenai Islam habis dimaki hamun sebagai tak layak. Macam sorang dua pak jangoat yang mempertikai Datuk Ahmad Khusrin sebagai tidak layak menjadi Pengarah JAIS kerana tiada kelayakan agama.

Yang dema alip-ba-ta pun dok terketar lagi tapi beriya-iya mendabik dada sebagai pemimpin gerakan Islam walaupun hanya setakat hapal dua-tiga ayat Quran. Malah ada yang ahli akar umbi dah bakulsampahkan pun tapi terhegeh-hegeh jugak nak jadi pemimpin ikut "pintu jalan belakang!!".

Apa nak buat yop, akhir zaman ni macam-macam boleh jadi. Nabi sendiri pernah bersabda yang mafhumnya "akan datang nanti suatu zaman badui padang pasir pun akan berlumba membina bangunan pencakar langit".

Tapi isu yang lebih penting yang perlu dijawab ialah apakah dakwaan saperti yang terkandung didalam surat terbuka itu betul?!

Jika tidak betul, ianya adalah satu fitnah yang perlu dinafikan dengan fakta dan diambil tindakan tegas, dan bukan dengan maki hamun serta label melabel, walaupun ada diantara mereka cukup kuat bab label-melabel orang. Teman tidak akan terkejut kalau ada dikalangan penyokong totok dan kelabu asap yang akan membalas hujah penulis Buluhmadu ini dengan dilabel sebagai pencacai UMNO, barua BN, munafik, mungkin juga talibarut kapir. Sebab itu sahajalah level mental dema yop!

Macam dahulu terdapat beberapa pak jangoat yang melabel seorang bekas pemimpin kanan UMNO sebagai Al-Juburi, tetapi kini habis pemimpin itu dibontoti dan dijilati walaupun sudah terang lagi bersuluh warna sebenar pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan itu!

Tetapi sekiranya dakwaan yang dibuat didalam surat terbuka itu benar, ianya adalah satu kes yang serius yang perlu disiasat oleh bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga oleh kepimpinan PAS. Kerana ianya mempunyai elemen-elemen khianat terhadap Kerajaan PAS Kedah pimpinan YAB Dato' Seri Ustadz Azizan Abdul Razak.

Apa pun, teman serahkan kepada kebijaksanaan dan kewibawaan para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS untuk menentukan apa yang perlu mereka lakukan. Cuma ingatan teman Rasulullah saw pernah bersabda, "akan datang suatu zaman nanti kamu akan terkena suatu penyakit yang terkena kepada umat terdahulu, hubbud dunya, wakaro hiyatul maut - kamu terlalu sayangkan dunia dan takutkan mati". Dalam keadaan itu, ALLAH akan mencabut perasaan takut musuh kepada Islam dan mencampakkan perasaan wahan kepada umat Islam.

Hari ini kita perlu bertanya mengapakah umat Islam kini dihina dimana-mana. Walaupun kita umat yang begitu ramai (melebihi satu billion jumlahnya), walaupun kita punya segala hasil kekayaan bumi (minyak dan lain-lain), walaupun kita ada senjata nuklear (saperti Pakistan), walaupun kita antara yang mempunyai kelengkapan ketenteraan yang hebat (saperti Saudi, Kuwait dll), walaupun kita punya jumlah tentera yang hebat dan ramai (Iraq sahaja ada lebih 1 juta tentera regular), tetapi mengapa kita mudah diperkotak-katik dan ditendang-terajang macam bola lisut sahaja oleh musuh-musuh ALLAH. Jawapannya terletak kepada kita kelemahan dan kerakusan kita sendiri - kerana ALLAH tidak membantu kita. Kerana kita tidak membantu agama ALLAH.

Moga ALLAH memberikan hidayah dan petunjuk kepada kita, dan memberikan kekuatan istiqomah dan keampunan kepada kita dalam mengahrungi sa'at getir dan mencabar yang dihadapi oleh umat Islam.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat
30 Muharram 1432
05 Januari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Disiarkan oleh media pro-Anwar MalaysiaKini pada 02 Januari 2010)

SURAT TERBUKA UNTUK MAHFUZ SI 'POLIGAME'
Buluhmadu - 02.02.2011

Buat Saudara Mahfuz Omar, bekas pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd dam ahli parlimen Pokok Sena yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi ahli parlimen dan naib presiden PAS.

Ramai yang kagum atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.

Saudara berjaya spin momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” – politik + gambar + media.

Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.

Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri.

Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah kerajaan negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah.

Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.

Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara 'sandarkan' pada kalimah 'prinsip' yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai hero membakar 'rumah tangga' saudara sendiri.

Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar membutakan mata hati saudara untuk memandang kerajaan negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara.

Keutamaan Kedah

Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan memporakperandakan 'rumah tangga' saudara.

Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan 'prinsip' yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang real dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.

Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah.

KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB.

Dalam isu yang saudara poligamekan kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi aulawiyat (keutamaan) dalam kerajaan Kedah.

Aulawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai timbalan peserujaya PAS Kedah.

1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/ berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini.

Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan 'tong kosong'. Kedah perlukan rakyat dan pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah.

Kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ustaz Azizan Razak meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah.

Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.

2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.

3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.

4. Pembinaan kampus ini adalah 'bayi' kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013.

Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Ustaz Azizan.

5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih RM30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.

6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato sebagai sub-konttaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.

7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya dua tahun dari sekarang.

Tidak hadir

Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010.

Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.

Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.

Saudara,
BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/ bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.

Saudara,
Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato sendiri.

Diberitakan bahawa semua lembaga pengarah Kedah Sato yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.

Muncul di gerai pulut udang

Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain.

Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara.

Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah.

Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn Bhd yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.

Saudara,
Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena.

Saudara tidak peduli tentang politik negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah timbalan Pesuruhjaya.

Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ.

Bakar kelambu

Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.

Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya, exco kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah.

Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS.

Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.

Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun.

Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.

Sungai Petani Kedah.

Thursday, December 23, 2010

ZUL SETUJU ZAID GELAR KARPAL SEBAGAI 'ULAR CELAKA'

Zulkifli Nordin
21 December 2010

Teman kesian tengok Zaid Ibrahim yang kian hari kian dimaki hamun oleh "kawan-kawan Pakatan Syaitan" dulu. Baru beberapa bulan lepas Zaid Ibrahim adalah hero dan "calun anugerah tuhan" bagi Pakatan pembangkang di PRK Hulu Selangor. Sehinggakan beberapa "masalah peribadi" Zaid Ibrahim pun dihalalkan pemimpin anugerah tuhan dan para pak jangoat penyembahnya. Tau-tau sekarang, "from hero to zero"; "dulu dikompang kini dilempang".

Terkini Karpal Singh, mursyidul am DAP dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Pembangkang Ahad lepas mendakwa bahawa "Zaid adalah seorang bekas Menteri UMNO dan seorang yang tidak boleh dipercayai kerana menjadi budak suruhan UMNO dan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman tahun 1988!!". Dan Zaid membalas balik dengan melabelkan Karpal Singh sebagai "ular celaka!!". Satu deskripsi yang teman tak boleh tidak terpaksa bersetuju dengan Zaid Ibrahim.

Macam mana Zaid Ibrahim tak label dia "ular". Karpal Singh yang dok maki Zaid ni jugalah pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan meliwat staf beliau sendiri (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya siasat Anwar Ibrahim! Karpal Singh ni jugaklah yang mendedahkan di Hotel Federal beliau punya bukti Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat.

Karpal Singh ni jugalah yang memberitahu beberapa pemimpin PAS yang Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat, menyebabkan mereka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi". Karpal Singh ni jugalah yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

DAN KARPAL SINGH NI JUGALAH MENJADI LOYAR MEMBELA ANWAR SEKARANG DENGAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP STAFNYA SAIFUL, perbicaraan yang dipenuhi dengan adengan tangguh menangguh sehingga hari ini melebehi 2 tahun!!

Pada teman, deskripsi Zaid Ibrahim bahawa Karpal Singh ini bukan sahaja celaka besar, tetapi "ular" yang sangat merbahaya kepada negara, rakyat, bangsa Melayu, dan kepada umat Islam sangatlah tepat. Kecuali segelintir pak jangoat yang sudah buta, umat Islam dinegara ini tidak lupa bahawa Karpal Singh ini jugalah orang yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini, langkah mayat dia dahulu (over my dead body)".

Adakah Zaid yang akan menjadi orang pertama nanti melangkah mayat mendiang Karpal kalau dia mati nanti? Wallahua'lam, kita tengoklah nanti!

Cuma teman nak peringatkan para pak jangoat dan yang sewaktu dengannya, kalau Karpal Singh boleh maki Zaid "celaka sebab dia bekas Menteri UMNO", bagaimana pula dengan Anwar yang dia bela sekarang, bukankah "Anwar bekas Timbalan Presiden UMNO!". Kalau Karpal Singh kata Zaid tidak boleh dipercayai "kerana dia budak suruhan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman 1988", bagaimana dengan "Anwar yang pada masa krisis kehakiman adalah anggota kabinet kanan Tun Mahathir yang menyokong tindakan pemecatan Tun Salleh!".

Apakah Karpal Singh juga lupa "Anwar adalah Menteri kanan UMNO semasa Karpal Singh dikenakan tindakan tahanan ISA semasa Ops Lalang". Dan tentu Karpal tidak lupa "Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO semasa Anak Laki Kitsiang dipenjarakan dalam isu Rahim Thamby Chik!".

Dan Karpal Singh juga seolah-olah lupa Anwar Ibrahim itu jugalah "Timbalan Presiden UMNO semasa YB Wee Choo Keong, Ketua Penerangan DAP dihukum penjara setelah memenangi pilhanraya kerusi Bukit Bintang". Apakah Karpal Singh terlupa "Anwar Ibrahim jugalah juara penswastaan semasa isu pemberiaan konsesi lebuhraya Utara-Selatan-PLUS" yang menyebabkan manusia cauvinis Kitsiang memfailkan saman terhadap Kerajaan Tun Mahathir.

Takkan Karpal lupa, dia loyer Kitsiang, Anak Lakinya dan YB Wee Choo Keong pada masa tu!

Sebenarnya, sebagaimana Karpal tahu tentang Zaid dan kini memaki-hamun Zaid, macam itulah Karpal tahu tentang Anwar tetapi mendokongnya. Kerana apa? Kerana itulah teman setuju dengan deskripsi Zaid Ibrahim mengenai Karpal Singh sebagai "ular paling celaka" sangatlah tepat lagi mampat!!

Dan teman tidak akan terkejut kelak nanti Karpal Singh akan memaki Anwar sebagai manusia "paling celaka" dan "tidak boleh dipercayai". Kalau dia boleh buat begitu kepada Zaid sekarang, apa yang nak halang Karpal daripada berbuat sedemikian kepada Anwar nanti!

Tetapi dek kerana Anwar terlalu ghairah dan bernafsu untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, maka Anwar juga lupa "ular-ular celaka" ini jugalah yang sedang menunggu sa'at jatuhnya pemimpin anugerah tuhan ini yang akan berlaku tidak berapa lama lagi. "Wait and see" kata orang di bulan!!

Kepada rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, bukalah mata dan jiwa anda. Apa lagi fakta dan bukti yang perlu didedahkan untuk membuktikan tentang politik sempit, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan Pakatan pembangkang ini. Apakah kita boleh dibutakan dengan gula-gula dan habuan "100 hari memerintah" Pakatan Syatan ini? Apakah begitu murah harga diri dan maruah kita?

Jangan di ulang kesilapan pengikut Fira'un, jangan diulang kesalahan pengikut Namrud, jangan diulang ketaksuban pengikut Kamal Attarturk. Stand up and be counted! Enough is enough! Stand for your right, stand for your dignity. Tolaklak politik perkauman, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan ini. May ALLAH bless this beloved country of ours.

Tuesday, December 7, 2010

ROSMAH MERIMASKAN NAJIB?

Ahmad Lutfi Othman (Harakahdaily Online)

Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh 23 tahun pemerintahannya, sering dikritik kerana kerap menghalang penyertaan rakyat dalam proses-proses penting pembinaan negara. Malah, bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan sikap autoritariannya itu, dikatakan jarang mempedulikan pandangan pihak lain, meskipun daripada rakan-rakan dalam Kabinetnya.

Penguasaan Mahathir begitu mencengkam, sama ada dalam partinya, Umno mahupun kerajaaan. Personalitinya begitu mempengaruhi proses politik. Fenomena ini tidak jauh berbeda dengan watak Lee Kuan Yew di Singapura atau Suharto di Indonesia ketika mereka menerajui negara masing-masing.

Ada yang melihatnya sebagai "diktator yang dipilih melalui sistem demokrasi". Bekas timbalannya (Mahathir mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri yang tidak sempat mewarisinya), Musa Hitam pernah mendakwa beliau lebih banyak "bermonolog dalam mesyuarat". Tidak kurang yang mengusik, hobi Mahathir pun boleh dijadikan projek negara. Maknanya, apa jua keinginan Mahathir akan dilaksanakan biar menelan berapa banyak kos sekalipun.

Pandangan Mahathir lantang, pedas, terbuka dan terus-terang. Apa yang terbuku di hatinya itulah yang diluahkan. Kita tidak perlu mencari makna tersirat di sebalik kata-katanya. Ramai pemimpin yang cuba bersilat kata-kata, mahu menyedapkan hati banyak pihak walaupun hakikatnya jauh berbeda, tetapi berbeda dengan Mahathir. Misalnya kritikan beliau terhadap ulama dan hukum Islam dilontarkan tanpa berselindung sekali gus menjelaskan kejahilannya.

Beliau memang pernah dikritik kerana mengutamakan beberapa kerat "kitchen kabinetnya", yang dikenali dengan jolokan AIDS, iaitu Anwar Ibrahim, Daim (Zainuddin) dan Sanusi (Junid) terutama menjelang pemilihan Umno, April 1987, yang menyaksikan penentangan paling serius dalaman parti daripada Team B, yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai meletakkan Mahathir pada kedudukan yang lemah, sehingga segala keputusan penting kerajaan diputuskan oleh AIDS. Beliau tetap berkuku dan selalu dilihat memerintah secara solo. Tiada watak lain yang dirasakan memainkan peranan tersembunyi di sebalik tabir.

Berbeda sekali dengan penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi, yang dikatakan tidak mempunyai "strong personality" walaupun lebih bersikap terbuka dan cuba menunjukkan beberapa pembaharuan dalam kerajaan. Perlantikan Abdullah sebagai PM begitu dialu-alukan terutama oleh sebahagian besar rakyat yang merasa tertekan di bawah regim Mahathir.

Saya sendiri menyifatkan Abdullah bakal memulangkan balik Malaysia kepada rakyatnya. Diharapkan partisipasi rakyat lebih dialu-alukan dan ruang awam yang disempitkan di zaman Mahathir kembali luas. Persaingan politik pula dijangka menjadi lebih adil, amalan rasuah dibanteras, pentadbiran yang lebih telus.

Abdullah memulakannya dengan langkah kanan. Pilihan raya umum 2004 mencatat sejarah. Penguasaan kerusi Parlimen BN melebihi 90 peratus. Rakyat terpesona dengan janjinya dan terpukau dengan potensi beliau sebagai tokoh pembaharu.

Malang sekali, harapan rakyat dikecewakan begitu cepat. Timbul pelbagai label negatif seperti dakwaan Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat dan tidak memahami isu-isu besar negara terutama hal-hal ekonomi.

Lebih parah lagi apabila Abdullah dilihat menyerahkan amanah besar rakyat - yang sepatutnya dipikul beliau dengan penuh tangungjawab - kepada pihak lain. Amalan kronisme Mahathir yang dikritik hebat pada era reformasi berjangkit dengan wajah yang lebih parah.

Abdullah dituduh bukan saja mengagihkan projek mega kepada teman karibnya, malah segala keputusan penting negara seolah-olah diputuskan sekumpulan penasihatnya, yang bukanlah hebat sangat kemampuan mereka. Golongan muda di Tingkat 4 JPM yang melingkungi Abdullah ini begitu berambisi tinggi, tetapi menarik Abdullah jatuh merudum terutama selepas dikecam hebat Mahathir.

Tambah memburukkan Abdullah apabila kumpulan yang muda-mentah itu diketuai menantunya sendiri, Khairy Jamaluddin selain anaknya, Kamaluddin. Sehebat mana pun seseorang tokoh itu, ia masih memerlukan pasukan penasihat. Namun bagi Abdullah, beliau seolah-olah menyerahkan segala urusan negara kepada pihak lain.

Wibawa Abdullah sebagai pemimpin tersungkur. Keyakinan rakyat kepadanya menjunam. Beliau dilihat ragu-ragu dan tidak jelas arah tujuannya. Tidak pernah seorang perdana menteri dijadikan bahan senda-gurau yang mengaibkan seperti Abdullah. Dalam pilihan raya Mac 2008, tsunami politik menghukumnya!

Najib Razak sejak awal digemari Mahathir. Mungkin ketegasan dan kecerdasan (juga kelicikan) Mahathir tidak sepenuhnya diwarisi Najib. Namun, penampilannya nampak lebih "genuine", tidak seperti pemaparan imej Abdullah yang dilakukan tukang "spin". Najib kelihatan lebih tangkas dan cekap berbanding Abdullah.

Paling penting, ia tidak lagi terkurung dengan penguasaan penasihat seperti dideritai Abdullah. Apa pun, ramai pemerhati merumuskan, "malang" Najib terletak pada isterinya, Rosmah Mansor.

Rosmah seolah-olah menteri tak berpotfolio yang tidak bergaji tetapi didakwa berbelanja boros! Pembabitan beliau dalam Sidang Kemuncak Wanita Pertama sudah cukup untuk melambangkan keghairahannya. Hampir setiap malam, melalui berita TV, wajahnya menonjol mengalahkan tokoh politik lain. Ramai bercerita peranan Rosmah menentukan penganugerahan projek besar kerajaan.

Wataknya bertentangan sama sekali dengan isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali. Saya tertarik dengan ulasan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tentang Hasmah. Untuk mengetahui karenah Rosmah, saya cuba membayangkan personaliti yang bertentangan dengan Hasmah, seperti diungkapkan Dr Asri:

"Begitu lama Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

"Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Siti. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya."

Seorang rakan mengusik, "untuk memahami watak Rosmah, cuba terbalikkan apa yang digambarkan Dr Asri dengan personaliti Siti Hasmah itu."