Saturday, June 2, 2018
Apa Akan Dijawab Oleh Rosmah Kepada Soalan SPRM?
Wednesday, August 17, 2016
Rasuah: SPRM 'Hairan' Kenyataan, Sikap Tengku Adnan
Thursday, June 30, 2016
Biar Saya Mati Berdiri Daripada Hidup Melutut
Friday, April 22, 2016
Alkisah pukat tunda ajaib Malaysia di Cayman
Tuesday, July 6, 2010
Huru-Hara Laksana Sistem Daftar Pengundi Automatik - SPR
menimbulkan huru-hara dan mengganggu kelancaran proses pilihan raya pada hari pengundian?Setidak-tidaknya itulah pandanganPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam.

mStar yang memetik Abdul Aziz sebagai berkata, adalah mustahil kerana maklumat yang dibekalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada suruhanjaya berkenaan tidak dikemaskini.
“Kita ada masalah untuk dapatkan maklumat terkini daripada JPN, kerana waris si mati tidak mengambi sijil kematian daripada JPN.
“Ini menyebabkan maklumat mengenai orang yang telah meninggal dunia tidak dapat dikemaskini dan dibersihkan daripada daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR. Jadi kami tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang
dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggesa SPR melaksanakan sistem daftar pemilih automatik bagi menggalakkan lebih ramai orang muda mendaftar sebagai pengundi pada PRU13.
Abdul Hadi berkata masalah tersebut dapat mengatasi masalah pengundi yang tidak seimbang mengikut pecahan kaum.
Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, SPR turut menghadapi kekangan untuk melaksakan sistem berkenaan kerana pihaknya menggunakan kad pengenalan sebagai dokumen rasmi untuk menentukan kawasan mana seorang pengundi itu layak mengundi.
“Jika pengundi tidak mengemaskini alamat tempat tinggal semasa mereka, bagaimana SPR hendak tentukan daerah mengundi yang sesuai.
“Apabila mereka tidak dapat mengundi kerana pusat mengundi jauh daripada tempat tinggal mereka ini sudah pasti akan menyalahkan SPR, sedangkan setiap kali kita bertukar alamat mereka perlu memaklumkan kepada JPN mengenainya,” katanya.
Oleh itu, beliau menyeru agar pengundi baru mendaftar awal dan mengemaskini alamat semasa mereka bagi mengelakkan keadaan huru-hara pada hari pengundian.
“Pihak kami sentiasa memberi peringatan melalui media elektronik, cetak mahupun secara atas talian untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai perlunya mereka mengemaskini alamat mereka.
"Namun masalah ini tetap berlaku, orang ramai masih lagi dengan sikap endah-tak endah dengan perkara ini. Jadi untuk mengatasi masalah ini SPR turut mendapatkan maklumat terkini pengundi daripada pihak polis, hospital dan pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, Abdul Aziz berkata masih terlalu awal untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk melaksanannya.
“Kita ada lebih kurang tiga tahun lagi sebelum Parlimen boleh dibubarkan. Masih terlalu awal untuk membuat ramalan mengenainya.
“SPR juga akan membuat pengumuman rasmi mengenai urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya bermula pada 21 Mac tahun hadapan,” katanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa pilihan raya umum akan datang akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013.
Tuesday, July 28, 2009
'SPRM TIDAK GUNA KEKERASAN FIZIKAL'
Pegawai-pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan kekerasan fizikal semasa
sesi soal siasat terhadap saksi.Perkara itu diakui bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) BPR, Mohd. Nordin Ahmad, 66, yang bertugas di agensi itu selama 30 tahun sebelum bersara pada 1998.
Beliau yakin amalan berdasarkan kepada keluhuran undang-undang BPR itu masih lagi diamalkan sehingga kini walaupun telah melalui beberapa pindaan tertentu.
''Saya telah berada kira-kira 30 tahun dalam BPR termasuk mengetuai pelbagai unit seperti siasatan dan pendakwaan. Kami langsung tidak mengamalkan sebarang kekerasan fizikal, saya juga tidak pernah dengar pegawai-pegawai lain yang berbuat demikian.
''Jika ada sekali pun, pasti tindakan salah itu akan segera dilaporkan mangsa kepada polis atau unit siasatan dalaman BPR untuk tindakan lanjut.
''Secara keseluruhan, kes-kes rasuah berkait rapat dengan jenayah kolar putih, kaedah yang diguna lebih menjurus kepada peperangan minda dan bukannya fizikal,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.
Beliau yang menyertai BPR pada tahun 1968, diminta mengulas prosedur siasatan yang dijalankan oleh agensi itu semasa menyoal siasat saksi berdasarkan kepada pengalaman luasnya sebelum ini.
Mohd. Nordin juga berkata, pihaknya juga walaupun mempunyai kuasa mengikut undang-undang untuk memastikan kehadiran saksi memberi keterangan, tetapi tetap memilih kaedah diplomasi mengikut kesesuaian masa dan tempat seperti yang dikehendaki oleh pihak terbabit.
Bagaimanapun katanya, terdapat dua kategori saksi iaitu yang memberikan kerjasama baik dan agak liat untuk menghadirkan diri.
''Bagi yang degil ini, kita mempunyai kuasa mengikut peruntukan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah mengeluarkan perintah bertulis mengarahkan saksi tersebut hadir memberi keterangan. Jika masih enggan, barulah BPR merujuk kepada majistret untuk mengeluarkan waran,'' katanya.
Mengulas mengenai sesi temu bual pula, Mohd. Nordin menjelaskan, setiap kali sebelum sesi dijalankan, pegawai penyiasat BPR akan terlebih dahulu menerangkan secara jelas dan terperinci hak-hak saksi mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau berkata, pihaknya juga memberikan kebenaran kepada saksi untuk berehat atau menyambung temu bual kepada hari lain, sekiranya mereka terlalu penat atau mempunyai alasan kukuh.
''Kita amat berperikemanusiaan kerana mereka adalah saksi kita yang akan membantu siasatan.
''Bagi saksi yang liat iaitu cakap separuh betul, BPR seboleh-bolehnya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keterangan, bukti dan maklumat lengkap daripada mereka tetapi masih tetap tidak menggunakan kekerasan fizikal,'' katanya.
Beliau juga ditanya mengenai kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.
Mohd. Nordin berkata: ''Saya amat sedih dengan kejadian itu kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu, iaitu saksi BPR mati dalam kawasan premis kita.''
Beliau berharap semua pihak tidak menyalahkan pihak-pihak tertentu termasuk mempolitikkan kejadian itu sebaliknya memberi peluang kepada proses perundangan dijalankan sebaik mungkin.
Monday, June 22, 2009
DUA KABILAH PAS VS DUA KABILAH UMNO TERENGGANU –BENARKAH?
Joong(Mendung) kadang-kadang akan melanda pentas politik tanah air, ADUN Ajil iaitu Dato Haji Rosol Wahid turut bercakap mengenai "joong mendung politik" di dalam blognya.Di pihak PAS ada dua kabilah, satu kabilah yang menyokong idea "Kerajaan Perpaduan" yang diketuai oleh TG Hj. Abdul Hadi Awang, manakala satu lagi kabilah ialah yang membanteras keras idea "Kerajaan Perpaduan" sampai tergamak menghalau keluar Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari PAS.
Di pihak UMNO Terengganu pula dikatakan berpecah dua kabilah juga iaitu Blok Terengganu Utara dan Blok Terengganu Selatan. Wah banyak betul 'joong politik' sejak akhir-akhir ini, tetapi tak apa anggaplah ini adalah ujian Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya.
Khabarnya juga dua orang telah terkait dengan kes SPRM, namun belum dapat disahkan lagi kebenaran khabar ini. Jika khabar ini benar-benar berlaku, adakah ia benar-benar bersalah ataupun 'senjata Ahmad Said' untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai MB Terengganu dan terus membuncitkan perutnya yang sedia buncit dengan wang rakyat yang diterima melalui pembayaran Royalti oleh Kerajaan Pusat dan siapa lawan SPRM akan jadi senjata.
Jika itu yang Ahmad Said lakukan, hentikanlah segera kerana tindakan itu benar-benar menyusahkan SPRM dan dalam masa yang sama mengaibkan mereka yang tidak salah tetapi dihadapkan ke SPRM, Ingatlah "Politik bukan pentas untuk main-main, ini bukan main pondok-pondok tetapi politik" .
Ahmad Said kini diberi gelaran baru berdasarkan apa yang telinga penulis dengari dari perbualan kedai-kedai kopi yang penulis singgah. Gelaran tersebut ialah MBKU (Bukan OKU), apa yang mereka maksudkan dengan MBKU ialah Menteri Besar Kurang Upaya berdasarkan prestasi yang agak lemah yang ditunjukkan oleh Ahmad Said sejak menjadi Menteri Besar Terengganu.
Sunday, June 14, 2009
SPRM SELESAI SIASAT DUA DATUK
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata SPRM melakukan siasatan secara adil dan bebas tanpa mengira individu itu menganggotai parti tertentu.
"Saya dimaklumkan siasatan sudah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa kedua-dua pihak yang terbabit. Pada masa sama saya memberi jaminan kepada SPRM bahawa mereka hendaklah bertindak adil dan bebas tanpa mengira pihak yang didakwa datang daripada parti tertentu.
"Kalau cukup bukti dan siasatan sudah dibuat sepenuhnya serta ada keperluan untuk mendakwa, itu adalah keputusan yang bebas dibuat SPRM, malah baik kerajaan atau Umno tidak akan campur tangan dengan keputusan itu," katanya selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengulas desakan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, kelmarin yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.
Kelmarin, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull mengesahkan siasatan ke atas dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan sudah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Siasatan mengenai penyelewengan projek tersebut dijalankan selepas media pada Ogos 2004 mendedahkan mengenai keretakan MRR2 yang tidak selamat digunakan.
Isu ini dikaitkan dengan persepsi orang ramai terhadap UMNO, khususnya dalam konteks imej parti berkenaan.
Menurut blog hambali1.blogspot.com semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, imej UMNO boleh dibersihkan jika tindakan dikenakan ke atas mereka yang melakukan rasuah politik dan rasuah membabitkan projek.
Menurut penulis blog berkenaan, baik dicadangkan, mana-mana ahli atau pemimpin yang pernah kena siasat kerana rasuah atau salah laku atau apa jugalah kesalahannya membabitkan awam, jangan diberikan kepercayaan memegang jawatan penting parti.
Takut nanti dipalitkan atau sedikit sebanyak akan tercemar atau tercalar imej mereka dan ini boleh menjejaskan imej parti.
Ini kerana Tengku Adnan sendiri berdepan dengan beberapa kes yang membabitkan kepentingan awam, malah penggendalian ibu pejabat UMNO olehnya turut dipersoalkan oleh beberapa bahagian yang bermasalah.
Hakikatnya bukan Tengku Adnan seorang sahaja pemimpin UMNO yang pernah berdepan dengan pelbagai tuduhan, ramai lagi yang berkedudukan serupa.
Tengku Adnan yang turut mengesahkan siasatan ke atas kedua-dua ahli parti UMNO bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu, mahu imej UMNO dibersihkan.
‘‘Kita tak nak ahli yang memburukkan imej parti. Kalau mereka kena dakwa, kita ikut prosedur biasanya kita akan gantung jawatan yang mereka pegang, itu kita akan lakukan.
‘‘Tapi SPRM kena ambil tindakan (terlebih dahulu), parti juga akan ambil langkah serupa seperti dilakukan ke atas Datuk Norza Zakaria dan Datuk Suhaili Abdul Rahman serta dua lagi pemimpin UMNO dari Seremban dan Perlis,” katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.
Beliau lantas mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan ke atas dua ahli UMNO bergelar Datuk yang disyaki itu.
Mengulas lanjut pembabitan kedua-dua ahli UMNO itu dengan kes rasuah, beliau berkata, UMNO tidak wajar dipersalahkan jika perbuatan itu dilakukan oleh mana-mana ahlinya.
‘‘Macam kita buka satu tin jus atau susu, apa ada dalam tin kita tak tau tapi dari luar kita tahulah ia tin susu, mungkin kandungannya itu busuk atau tak baik, kita tak tau,” katanya.
Mengenai tanggapan persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih 'mensasarkan' pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak benar sama sekali.
"Persepsi itu tidak betul. Apa lebih penting, melawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah. Saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu."
Malah, katanya, usaha SPRM melakukan siasatan membabitkan rasuah disambut baik kerana apa yang dilakukan agensi itu adalah semata-mata untuk membersihkan parti.
"Saya kira ia tidak mendatangkan malu kepada kita (Umno) sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap mereka (ahli) yang melakukan rasuah.
"Saya rasa Umno akan dibersihkan daripada gejala rasuah dan sampai masanya esok kalau dapat kita membanteras rasuah dalam Umno ia akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti," katanya.
Sinar Harian melaporkan kelmarin, tiga pemimpin UMNO akan didakwa minggu depan berhubung suapan bernilai RM3 juta bagi projek Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas keterangan pertuduhan ke atas mereka diambil dua hari lalu.
Difahamkan selain dakwaan di atas penyelewengan projek MRR2, Bendahari UMNO, Datuk Roslan Awang Chik dan Ketua UMNO Bahagian Dungun yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun, Datuk Rosli Md Hassan akan didakwa dengan empat pertuduhan lain manakala tiga pertuduhan lain terhadap Ketua UMNO salah sebuah bahagian di Terengganu.
Konsortium Bumi Hijau kontraktor dikatakan memberi suapan kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan atas dasar sumbangan politik UMNO.





