Friday, December 18, 2009

TUKANG SCREW, TOLONGLAH, DAH TAK SABAR

Sejak Tukang Screw mendedahkan wujudnya skandal pemimpin PAS mulai 8 Disember lalu – saya tidak tahan lagi mahu mengetahui siapa dia. Tolonglah percepatkan....tak sabar.

Tukang Screw pula pandai tarik-tarik bagi saya syok membacanya. Janganlah terlalu suspen nanti kantoi pula akibat tunggu lama sangat. Tolonglah.

Apapun, baca lima bahagian yang Tukang Screw sudah lakukan dientri blognya.

Saya perturunkan semuanya:

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS...
Thursday, December 3, 2009

Berita gempar lagi panas!!!!! Tukang Screw akan dedahkan satu skandal seks terlarang melibatkan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang pastinya meletup-letup sampai ke Parlimen nanti. Kalau dulu Chua Soi Lek, sekarang kita tengok plak siapa yang kena!

Tukang Screw agak terkejut mendengar pendedahan skandal paling panas tahun ini. Masya Allah! Tak terfikir Tukang Screw bahawa si polan ini mempunyai skandal seks sebab di pentas-pentas ceramah cukup bagus cerita pasal agama, hentam keburukan pemimpin UMNO yang kononnya menggalakkan maksiat. Tapi si polan tu terlupa bahawa dia juga manusia dan punya nafsu serakah.

Apapun Tukang Screw akan dedahkan dalam masa terdekat sebab kena juga buat siasatan terperinci (macam CSI pulak). Kepada yang berkenaan ingatlah, jangan selalu buka keaiban orang lain sebab Allah akan buka keaiban kita walau di dalam perut unta sekalipun kita menyorok! Moralnya tiada Islamnya PAS kalau sendiri pun sebok nak buat maksiat!

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART II

Tukang Screw mendapat kunjungan yang 'agak ramai' dan komen-komen yang cukup baik berhubung isu skandal seks terlarang pemimpin PAS ini. Apa yang Tukang Screw cuba beritahu ialah satu skandal yang bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian.

Ada yang mahukan rakaman video atau gambar semasa 'projek' itu sedang dijalankan. Itu memanglah nampak sangat 'mala fide' nya dalam isu ini. Janganlah buka keaiban orang sampai macam tu sekali dan Tukang Screw tidak berniat untuk mendedahkan secara terus personaliti yang umpama 'rock star' PAS itu. Banyak klu yang akan diberi supaya blogger lain berfikir dan meneka siapakah 'rock star' itu.

Selama ini PAS dan PKR mengajar kita untuk mendedahkan keaiban orang lain seperti kes calon BN/UMNO PRK DUN Permatang Pasir, si Rohaizad. Dahlah kalah pilihanraya, rumahtangga pulak kacau-bilau. Itu sebenarnya yang PAS mahukan supaya mereka menang pilihanraya iaitu dengan mengambil pendekatan 'character assassination'.

Nasharudin Hassan Tantawi sanggup ke Kuantan untuk membuat pendedahan demi pendedahan supaya pengundi Permatang Pasir menolak calon tidak bermoral kerana pada mereka hanya PAS sahaja yang layak memerintah sebab pemimpin PAS adalah maksum dan pelbagai fatwa sesat akan dikeluarkan Nik Aziz bagi menyokong tindakan mereka.

Lupakanlah soal tanggungjawab sosial sebagai saudara sesama Islam bagi memelihara nama baik dan keluarga sebab yang penting mereka mahukan pengundi atau rakyat melihat BN/UMNO sebagai pelaku maksiat yang total tanpa ada usaha dakwah untuk menarik mereka semula (kecuali UMNO masuk PAS).

Berbalik kepada calon-calon yang akan didedahkan skandal seksnya itu, apa yang Tukang Screw dapat beri bayangan atau klunya ialah si polan tersebut adalah wakil rakyat dari Negeri Serambi Mekah yang kononnya kuat pegangan agamanya dan bakal masuk syurga dengan menafikan hak orang lain masuk syurga. Si polan ini juga merupakan antara tulang belakang PAS Pusat kerana tanpa dia tiadalah kegemparan di Malaya ini!

Mengapa Tukang Screw hanya memberi sedikit klu? Jawapannya mudah, kalau didedahkan sepenuhnya ianya umpama satu fitnah yang besar dan orang akan menjawab bahawa Tukang Screw hanya mencari publisiti murahan di sebalik gelora yang sedang melanda PAS sekarang.

Tukang Screw sanggup bertanggungjawab di dunia dan akhirat tentang tuduhan ini! Apapun, Tukang Screw hanya mahukan si polan ini kembali ke pangkal jalan, bertaubat sebab anak bini menanti di rumah dengan setia dan redha dengan pengorbanan suaminya terhadap parti (pasal tak tau lagi skandal suaminya) sebelum Tukang Screw telanjangkan skandal si polan ini.

Mungkin waktu sekarang bukan masa yang sesuai untuk dibuat pendedahan, kerana impaknya agak kurang. Ditakdirkan PRK Kota Siputeh dijalankan, sama-samalah kita berkampung di sana dan Tukang Screw akan dedahkan di sana biar banjir Kota Siputeh dengan skandal seks terlarang pemimpin utama PAS Pusat!

Mungkin si polan tidak akan mengenali Tukang Screw tapi kita jumpalah di Padang Mahsyar nanti (macam Isa Samadlah pulak). Bagi penyokong-penyokong PAS, terimalah dengan redha bahawa manusia ini tidak sempurna dan ingatlah janji Allah jika kita selalu membuka keaiban manusia di muka bumi ini dengan caci maki, mengeji dan mengumpat, Allah akan buka keaiban kita!

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART III

Hujung minggu yang agak sibuk bagi Tukang Screw. Apa tidaknya, hampir 8 tahun Tukang Screw tidak menjenguk ke Hentian Puduraya yang nampak makin canggih dengan suasana yang masih lagi sibuk tetapi lebih teratur sesibuk Tukang Screw.

Dalam 3 posting tentang skandal seks pemimpin PAS ini ada komen yang meminta Tukang Screw segera menelanjang atau mendedahkan pemimpin berkenaan.

Tukang Screw berasakan tidak perlu berbuat sebegitu atas alasan perkara-perkara yang melibatkan seksualiti tidak perlu didedahkan secara terus. Lebih elok dibuka sedikit demi sedikit baru akan terasa lebih nikmat dan makin panjang 'horny'nya. Serupa juga kalau kita menonton filem-filem lucah, kalau permulaan dah berbogel maka hilanglah umpphhhnya dan rasanya sekejap ajelah kita akan tukar ke cerita seterusnya. Nexttttt!

Berbalik ke Hentian Puduraya tadi, Tukang Screw diberitahu bahawa teman wanita yang menjadi mempunyai skandal dengan si polan ini bertugas di kaunter penjualan tiket di sana iaitu di kaunter bernombor 15 (Sutera Liner) dan 59 (Ekspress Maharani).

Untuk makluman sahabat blogger, dua kaunter ini di bawah pengurusan wanita tersebut. Semasa Tukang Screw menjalankan siasatan lanjut, sempatlah Tukang Screw bertanya kepada petugas di kaunter-kaunter berkenaan tentang seorang wanita berumur lingkungan 40-an, bersuami (berpengaruh di kalangan pemilik bas ekspress), bertudung pendek dan mempunyai beberapa orang anak yang antaranya sedang menuntut di luar negara.

Jawapan yang diberikan petugas di kaunter ialah... "Oh, itu Kak ******, dia tengah bercuti ni bang, hari Selasa atau Rabu baru balik." "Abang ni siapa? Oh, saya Pegawai Khas YB". Jawab Tukang Screw. "YB sihat? Mana dia sekarang?" solal petugas kaunter tersebut. "YB tengah seboklah, ke sana ke mari. Maklumlah berkhidmat untuk rakyat." Jawab Tukang Screw selamba karipap.

Jawapan itu mengesahkan persoalan-persoalan dan misteri yang baru 1/4 terjawab. Apa yang Tukang Screw cuba nak ketengahkan bahawa kewujudan YB tersebut turut dikesan oleh staf-staf wanita berkenaan. Maksudnya memang wujud satu hubungan yang belum dapat diklasifikasikan lagi dan cuba dibongkar dalam episod-episod akan datang. Esok kita akan didedahkan dengan pembongkaran selanjutnya.

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART IV
Tuesday, December 8, 2009

Cukup menjelekkan Tukang Screw apabila berkesempatan mendengar ceramah PAS di Rantau Panjang, Klang semalam. PAS Kawasan Kapar menjemput Mahfuz Omar dan Ghani Rahman sebagai penceramah pada malam tu.

Apa yang menarik halwa telinga Tukang Screw dalam ucapan yang disampaikan oleh Mahfuz Omar ialah tuduhan bahawa banyak tindakan pemimpin UMNO telah memberi gambaran buruk tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam hingga menyebabkan banyak berlakunya kebejatan moral di kalangan remaja.

Yang paling menarik apabila penceramah-penceramah PAS ini menekankan bahawa perjuangan parti tersebut adalah berlandaskan Islam. Apa lagi kalau bukan disambut dengan laungan takbir!

Tukang Screw begitu terpanggil untuk mendedahkan selanjutnya skandal seks melibatkan pemimpin utama PAS ini dan kalau boleh biarlah terdedah hujung minggu ini sahaja. Tak perlu untuk menunggu mana-mana pilihanraya sebab ucapan-ucapan pemimpin PAS ini makin mencabar Tukang Screw kononnya hanya PAS itu sahaja yang Islam dan PAS sahaja yang baik dunia akhirat.

Berbalik kepada teman wanita si polan ini. Hasil siasatan dan maklumat daripada beberapa rakan Tukang Screw termasuk staf-staf wanita tersebut yang dah tak larat nak tanggung dosa sama-sama, wanita ini tinggal di Batu 16 Rawang (alamat lengkap tak perlu didedahkan takut diserang paparazzi) dan memang berasal dari kawasan tersebut.

Selain di situ, suami wanita tersebut mempunyai sebuah lagi rumah di Bandar Country Homes Rawang yang siap sedia untuk diisi oleh seorang lagi isteri! Kerana wanita tersebut agak tidak betah tinggal di Country Homes, suaminya mempunyai alasan untuk mencari suri penyeri rumah tersebut. Dikatakan hubungan wanita tersebut dengan suaminya agak dingin, maklumlah umur pun makin meningkat sehingga memaksa wanita tersebut mengamalkan makan jamu dan pasang badan maklumlah orang Jawa katakan. Maaf!
Agak keterlaluan, buah dadanya yang besar itulah yang menjadi daya penarik kepada si polan ini untuk menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut yang sememangnya hauskan kasih sayang dan belaian daripada seorang lelaki. Yang peliknya, walaupun hubungan wanita tersebut agak dingin, servis tetap diberikan (nafkah zahir batin jangan lupa bang).

Dikatakan si polan tersebut kerap menelefon wanita tersebut baik di pejabat mahupun di mana sahaja untuk melepaskan rindu dendam, cukuplah sekadar mendengar suara dan bermanja-manja di talian sebelum menunggu masa yang sesuai untuk bercengkerama.

Tak boleh nak dibayangkan imaginasi seks melalui talian kedua-dua pihak. Staf wanita tersebut turut mengenali si polan tersebut tetapi tidak mengetahui sejauhmana hubungan mereka. Wanita tersebut pergi dan balik bersama suaminya jadi masalah pasangan haram ini ialah untuk berjumpa di luar waktu pejabat kerana sebarang kelakuan yang mencurigakan pasti akan dihidu suami wanita tersebut. Jadi bagaimana mereka berjumpa melepaskan rindu pastinya dilakukan di waktu pejabat dan di kawasan berdekatan dengan kaunter tiket bagi memudahkan wanita tersebut kembali ke pejabatnya.

Terima kasih Garamanis kerana mempunyai imaginasi 'terlampau' dengan membayangkan perlakuan sumbang tersebut berlaku di Hotel Puduraya sebab murah, mudah diakses dan dekat (Garamanis macam selalu aje projek kat situ). Tukang Screw bersetuju dengan imaginasi Garamanis sebab telah menjawab lebih awal lokasi hubungan haram tersebut. Jadi di Hotel Puduraya lah mereka bercengkerama melepaskan rindu dendam masing-masing! Jangan pulak lepas ni korang pulak bercengkerama kat sana, hahahahahaha!

Kalau dah berdua-duaan dengan bukan muhrim dalam bilik hotel tu apa lagi yang nak dibuat, takkan baca akhbar atau tengok TV kot. Itu Tukang Screw serahkan kepada pembaca untuk menilai, menjawab dan membayangkan apakah perlakuan di dalam bilik hotel tersebut. Masa yang dipilih untuk pertemuan di hotel pastinya pada sebelah siang sebab JAWI jarang raid siang-siang. Bijak sungguh pasangan ini memilih masa dan tempat yang sesuai sepandai si polan ini memilih masa dan tempat yang sesuai untuk berdemonstrasi secara besar-besaran di KL ini!

Jadi itulah sahaja klu dari tukang Screw untuk hari ini. Kita jumpa lagi. Jangan risau, Tukang Screw akan dedahkan semuanya pada hujung minggu ini. Itupun kalau blog ini tidak digropyok! Ok, jumpa lagi. Ma'as Salamah wa Ilal Liqa'.

PREVIEW: SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART IV
Monday, December 7, 2009

Penat juga jadi J Bond ni, tapi tak mengapa sebab PAS dan PKR juga yang ajar Tukang Screw bagaimana menyiasat dan mendedahkan keburukan orang lain sampai terlondeh. Banyak klu baru yang Tukang Screw dapat kumpulkan termasuk gambar! Tapi jangan fikir lain pulak, bukannya gambar sedang berasmara atau gambar bogel. Tak sampai hati nak buat hingga ke tahap itu. Mungkin bagi memuaskan hati ahli dan penyokong PAS kita perlukan gambar-gambar sebegitu.

Sanggupkah mereka melihat keburukan tersebut atau terus menafikannya dengan seribu satu penafian?Tukang Screw juga ada meminta pertolongan daripada rakan blogger lain untuk mengumpulkan evidence agar tambah menarik kisah penyiasatan ini. Ibarat kita sedang bermain jigsaw puzzle, main besar dan menarik gambarnya makin banyaklah kepingan yang perlu kita kumpul dan pasang.

Kita jumpa esok, itupun kalau dipanjangkan umur dan dibei kesihatan oleh Allah Rabbul Jalil.

SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART V
Saturday, December 12, 2009

Terlebih dahulu Tukang Screw minta maaf sebab 3-4 hari tak dapat bersama rakan-rakan blogger lain. Almaklumlah, Tukang Screw bekas tahanan ISA jadi sebulan sekali perlu mengadap pegawai-pegawai SB yang datang meninjau perkembangan Tukang Screw sejak dibebaskan.

Jadi kita sambung klu-klu berikutnya mengenai skandal seks pemimpin PAS yang masih menjadi tanda tanya. Mengulas komen-komen yang diberikan, ramai yang agak tidak sabar menantikan jawapannya. Ada juga yang menyatakan Tukang Screw sengaja menebar fitnah untuk mengglamorkan diri dan suka-suka untuk mengaibkan orang.

Tiada angin masakan pokok bergoyang. Adakah perlu dibawa ke mahkamah perkara ini? Atau perlu ditunjukkan gambar-gambar aksi perselingkuhan pasangan ini? Apa saja yang ditunjukkan pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak dan tidak akan berlaku adil. Kita sendiri tidak dapat berlaku adil kepada diri sendiri inikan pula hendak berlaku adil kepada orang lain!

Tukang Screw ada nyatakan bahawa si polan ini mempunyai hubungan yang intim (bukan secara fizikal yang kerap) melalui pelbagai cara perhubungan dengan seorang wanita berumur 40-an yang tinggal di Batu 16 Rawang. Wanita tersebut juga sudah bersuami dan mempunyai beberapa orang anak danbekerja di Puduraya. Wanita tersebut dipanggil INTAN oleh si polan tersebut yang selalu menjadikan Puduraya sebagai transit untuk bergerak ke kampung halamannya.

Maklumlah, tugas seorang YB PAS yang agak sibuk ke sana ke mari. Tambahan pula YB ini tidak mempunyai pemandu khas kerana bajet yang tidak mengizinkan. Lagipun dengan menaiki bas, YB tersebut mempunyai banyak masa untuk berehat (tidur gamaknya) sebelum menjalankan khidmatnya di pentas-pentas ceramah dan melayan keluarga tercinta.

Buat pengetahuan semua, isteri YB ini telah menjalani pembedahan di jantung dan pastinya 'mengurangkan' ummmppphhh semasa 'bersama'. Jadi ada sebab sebagai seorang lelaki untuk menjalinkan hubungan dengan wanita lain kerana tuntutan batin dan nafsu yang perlu dipenuhi kalau tidak meroyanlah di pentas-pentas ceramah PAS!

Apapun nama sebenar wanita tersebut bukanlah INTAN yang hanya nama timangannya sahaja. Nama sebenar wanita tersebut akan Tukang Screw dedahkan dalam masa terdekat. Sebagai klu, salah satu tajuk lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang terkenal adalah nama sebenar wanita tersebut. Jadi tidak hairanlah kalau YB tersebut sering menyanyikan lagu tersebut untuk mengubati kerinduannya...hehehehehehe. Tapi Tukang Screw tak pernah lagi dengar YB tersebut menyanyi lagu tersebut di pentas ceramah. Mat Sabu pernah menyanyikan lagu tersebut semasa sibuk mengutuk Anwar Ibrahim di pentas ceramah PAS!

Jadi cukuplah untuk setakat ini takut terlondeh segala-galanya pulak. Kepada YB tersebut bawalah bertaubat dan insaflah bahawa anda memperjuangkan Islam dengan melabelkan orang lain yang bukan di bawah bendera anda sebagai tidak Islam. Cukup-cukuplah daripada menceritakan keburukan orang lain. Allah akan balas perbuatan anda di dunia ini secara tunai!

Daripada: http://screwkuat69.blogspot.com

No comments: