Apa sudah jadi dengan kerajaan dan rakyat Terengganu?
Apakah kes penipuan yang dihadapi hampir 4,000 guru
akibat ‘skim umrah tipu’ yang diperkatakan mutakhir ini, akan menimpa pula kepada kerajaan negeri
pimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan rakyat negeri ini?
Sebuah syarikat dikatakan memainkan peranan untuk menarik
kedatangan pelancong China dan negara Asean sempena Visit Beautiful Terengganu
2017 (VBT 2017).
Kerajaan negeri dengan bangganya memberi kepercayaan
kepada individu dan syarikat berkenaan untuk membawa pelancong asing ke
Terengganu, sedangkan sayarikat itu penuh kontroversi.
Malah pada pelancaran VBT 2017, Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Monspace Multinasional Corp, Datuk Seri Jessy Lai turut memberi keyakinan kepada Ahmad Razif bahawa
pihaknya akan mengatur kedatangan pelancong
dari China, Asean, Asia Barat dan Afrika Utara.
Jessy Lai adalah pengasas Mon Space Group yang merupakan
bekas pembantu Zhang Jian yang mendakwa dirinya lelaki terkaya di dunia.
Jessy Lai adalah pengasas syarikat jualan langsung, YSLM,
yang dikatakan menjalankan perniagaan sekitar 2014 di Malaysia dan Thailand dan
disahkan tidak berdaftar dengan SSM.
Ia juga menjalankan
perniagaan tanpa lesen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan.
Jessy Lai kembali menjadi perhatian media tahun ini susulan
syarikat penerbangan baru, Suasa Airlines yang didakwa beroperasi secara
komersil tanpa permit disiasat oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Tidak diketahui bagaimana syarikat ini mendapat
kepercayaan yang sebegitu tinggi oleh kerajaan negeri sehinggakan ia turut diraikan
pada majlis makan malam Meraikan Pelancong ASEAN di Stadium Tertutup Gong
Badak, Kuala Nerus, malam 2 Januari lalu.
Lebih mengelirukan, pada Facebook syarikat itu, ia menyebut 'The MonSpace Visit Terengganu Year 2017', apakah ia penaja bersama?
Berapakah peruntukan disumbangkannya untuk menjayakan program negeri ini jika melabelkan tagline sedemikian?
Bukan mengkritik atau mahu merendahkan kerjasama ini
namun, apakah kerajaan negeri khususnya Ahmad Razif yang kini memegang
portfolio pelancongan sudah menapis syarikat berkenaan untuk dijalinkan
kerjasama?
Dengan memberikan tanggungjawab itu, syarikat negeri
sanggup menanggung risikonya?
Tidak pedulilah sama ada kesemua yang hadir pada majlis
makan malam itu pelancong luar negara atau yang dibawa dari Kuala Lumpur itu
sebahagian kecil sahaja pelancong asing. Matlamatnya walaupun yang lain dibayar
tujuannya adalah untuk menunjukkan ramainya pelancong Luar negara ke Terengganu.
Kebimbangan yang nyata ialah syarikat ini - Kumpulan Monspace Multinasional Corp, dan
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri
Jessy Lai, sebelum ini menimbulkan banyak kontroversi.
1.
Moonspace Airlines
Pada 24 Julai 2016 – Kementerian Pengangkutan mengatakan
pihaknya tidak tahu wujudnya sebuah syarikat penerbangan yang dikenali dengan MonSpace
Sky Airline, di sebalik pelancarannya yang gilang gemilang di Subang dua hari
sebelum itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan
kerajaan tidakpun meluluskan sebarang lesen untuk syarikat penerbangan baharu.
Selain itu syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen untuk
pesawatnya membuat penerbangan.
Monspace Sky Airlines tidak sepatutnya dibenarkan
terbang. "Ini adalah kesalahan yang sangat serius. Bagaimana anda boleh terbang tanpa lesen?," kata Tiong Lai
Monspace Sky Airlines, yang didakwa beroperasi di bawah
Suasa Airlines Sdn Bhd dikatakan melancarkan penerbangan sulungnya dari
Lapangan Terbang Subang ke Langkawi pada 22 Julai 2016 .
Bagaimanapun pada 10 August 2016, kerajaan mengatakan Suasa
Airlines tidak bersalah menggunakan pesawatnya bagi tujuan mengiklan MonSpace
Sky Airline bagi pihak Mon Space Sdn Bhd.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata
iklan itu sah dan penerbangan Kuala Lumpur ke Langkawi PADA 22 Julai itu diluluskan oleh
Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Sebuah pesawat dipunyai oleh Suasa Airline membawa logo
dan ikan Mon Space terbang sebagai pesawat bukan perniagaan dari Kuala Lumpur ke
Langkawi itu menimbulkan berbagai spekulasi kononnya wujud satu lagi syarikat
penerbangan baru tanah air.
Walaupun siasatan berhenti
setakat itu tetapi pertanyaan tetap wujud mengenai "Mon Space Sky
Airlines" kerana tidak ada syarikat sedemikian didaftarkan dan bagaimana Suasa
Air boleh mengiklankannya bagi pihak Mon
Space Sdn Bhd.
2.
Syarikat MLM Mon
Space
Pada Jumaat 8
Januari 2016, DAP membuat satu laporan
kepada Bank Negara mengenai sebuah syarikat skim cepat kaya terhadap Mon Space
(M) Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang membuat laporan
itu mendakwa syarikat berkenaan menggunakan strategi MLM bagi tujuan berkenaan.
Dilaporkan oleh The Star, pada 2014 Jessy Lai,
iaitu pengedar kanan dan pegawai media Yun Shu Mao – lebih dikenali sebagai YSLM
atau CDTUP di Malaysia – memulakan sebuah
syarikat pemasarab multi-level yang
diasaskan di China oleh Zhang Jian.
Zhang mendapat perhatian selepas adanya papan iklan besar
yang dipasang di Pulau Pinang menagung-agungkan dirinya sendiri kononnya ‘orang
paling kaya di masa hadapan di dunia’ dua tahun lalu.
Jessy Lai dilaporkan berkata YSLM sudah ‘menukar
kehidupannya’ dan berterima kasih kepada “big brother Zhang” yang membantunya
mengecapi kekayaan dan nasib bertuah.
![]() |
Zhang Jian |
Bagaimanapun Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Pengguna mengatakan syarikat di bawah Zhang tidak pernah berdaftar di bawah
Suruhanjaya Syarikat dan siasatan mendapati Zhang datang ke Malaysia untuk
membina syarikat skim pyramid cepat kaya melalui YSLM.
Berikutan itu, kementerian melakukan tindakan
penguatkuasaan di mana pada Julai 2014 dengan
meramas semua aset dan menutup cawangan YSLM di negara ini.
Di sebalik itu, Jessy Lai tetap mengatakan YSLM adalah
perniagaan halal dan menyalahkan media kerana wujudkan serangan bersepadu ke
atas syarikat miliknya.
Beliau memberitahu China Press jika mereka menipu,
tidak akan memulangkan wang kepada ahli yang mahu keluar daripada skim
pelaburan itu.
Langkah tegas kementerian itu bagaimanapun gagal mengesan
di mana Zhang dan melalui satu panggilan oleh Jessy Lai pada 1 Ogos 2014,
mereka bercakap dengan Zhang yang mengatakan beliau di Bangkok dan tidak akan
kembali ke Malaysia.
YSLM diisytiharkan haram di China tetapi terus beroperasi
di Thailand dan Malaysia.
Zhang kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di Phuket pada
Oktober 2014 kerana berjaya memperdaya pelabur Malaysia dan China berjumlah
hampir RM1 bilion.
Malah, melalui mesej Whatsapp, ramai juga rakyat
Terengganu yang terlibat dan menyumbang sebanyak RM600 seorang untuk skim
pelaburan ini.
Sama ada duit itu sudah ‘terbang’ atau dikembalikan tidak
diketahui, cumanya yang nyata Jessy Lai masih bebas.
Dia kini begitu rapat dengan Menteri Besar Terengganu
hasil daripada VBT 2017.
Ternyata Jessy Lai yang bergelut dengan berbagai kontroversi sebelum
ini berjaya memboloskan dirinya dengan bijak dan kini menempatkan dirinya di
kalangan orang penting untuk projek menarik pelancong ke Terengganu.
Laporan The Star pada Khamis, 28 Julai 2016, bertajuk Owner of airline no stranger to controversy menceritakan segala-galanya tetapi
hairan bagaimana Menteri Besar sebagai Exco Pelancongan negeri boleh
terpengaruh dan mempercayai individu ini.
3. Syarikat sekadar
rangka kosong
Jika berasaskan laman rasmi Mon Space Group, perniagaan
yang dijalankan kumpulan itu termasuk sektor kewangan, makanan dan minuman,
hartanah, telekomunikasi, hiburan, e-dagang dan sebagainya.
Maklumat SSM menunjukkan kumpulan itu mendaftarkan
pelbagai perniagaannya antara 2014 hingga 2015 dengan kesemua syarikat itu
tidak mempunyai sebarang dana simpanan atau wang tunai.
Bukan itu sahaja, kelima-lima syarikat itu juga mempunyai
nama lain sebelum ini yang bermakna ia adalah syarikat lama yang diubah nama.
Satu laporan China Press yang dipetik FMT pada
27 Julai 2016 mendedahkan lima syarikat yang didaftarkan di bawah Mon Space
adalah syarikat kosong yang tidak mempunyai sebarang aset mahupun modal.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan lima
syarikat itu adalah Mon Space (M) Sdn Bhd, Mon Space City Sdn Bhd, Mon Space
Media Entertainment Sdn Bhd, Mon Space F&B Sdn Bhd dan Mon Space Synergy
Power Sdn Bhd.
Perniagaan yang diceburi lima syarikat itu termasuk
hartanah, bon dan sekuriti, jual beli produk, sektor pembinaan, import serta
eksport pelbagai barangan.
Pegawai SSM memberitahu akhbar berbahasa Cina itu,
kebiasaannya ia akan menyatakan jenis perniagaan dikendalikan sesebuah syarikat
itu, seperti import eksport, jualan langsung atau jual beli dan sebagainya.
Bagaimanapun, jelasnya, sesetengah pengendali akan
menubuhkan syarikat terlebih dahulu dan menjadikan ia “dormant” sebelum arah
tuju perniagaan ditentukan dan diubah dalam maklumat pendaftaran.
Pendedahan ini dibuat kerana ada beberapa mesej Whatsapp
mengatakan yang menghadiri majlis makan malam di Stadium Tertutup Gong Badak beberapa
malam lalu, bukan semuanya pelancong
dari luar Malaysia.
Oleh kerana masalah mendapatkan kecukupan jumlah
pelancong asing dijanjikan, dikatakan turut diselitkan orang tempatan.
Mereka turut dibayar dan datang ke Terengganu dengan bas
percuma, menetap percuma dan makan percuma.
Persoalannya siapa bayar untuk mereka?
Apakah Menteri Besar sudah di ‘kong-kali-kong’ dan apakah
kerajaan Terengganu mengeluarkan belanja untuk membayar kesemua itu?
Biarkah yang bertanggungjawab menjawab.
No comments:
Post a Comment