Percayakah kita jika diberitahu bahawa parti Islam mengkhianti ahlinya sendiri?
Ini bukan parti 'kabir harbi' tetapi pemimpinnya mendakwa ia parti Islam dan mereka juga mengamalkan Islam tulen.
Namun apabila berjanji, pemimpin mereka tidak menepatinya. Salahkan jika yang menjadi mangsa berubah angin?
Ceritanya ialah seorang
bekas ahli PAS yang tewas dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum
ke-13 bukan sahaja tidak lagi diendahkan tetapi terpaksa meminta ehsan untuk menampung kos mahkamah.
Inilah yang berlaku terhadap Za’aba Ibrahim terkilan dengan sikap bekas partinya PAS yang langsung tidak menyatakan sokongan walaupun petisyen itu dibuatnya atas arahan parti.
Laporan FMT semalam menyebut, walaupun tidak dipedulikan oleh partinya sendiri, Za'aba terharu dengan sokongan masyarakat pelbagai latar belakang yang
membantunya mengumpul wang bagi menampung kos mahkamah.
“Sebagai ahli, saya taat dengan arahan itu. Malah
pemimpin sendiri berkata parti akan membayar setiap petisyen yang kalah,” kata
Za’aba yang kini ahli AMANAH.
Pada 24 Januari 2014, mahkamah rayuan mengarahkan Za’aba
membayar kos guaman sejumlah RM50,000 selepas petisyen mencabar keputusan PRU
ke-13 bagi kerusi Parlimen Pulai, yang dimenangi Datuk Nur Jazlan Ahmad dari
Barisan Nasional, ditolak.
Tarikh akhir bagi pembayaran itu adalah 17 Januari 2017.
Nur Jazlan memenangi kerusi itu mengalahkan calon PAS,
Salahuddin Ayub yang kini timbalan presiden Amanah, dengan perbezaan 3,226
undi.
Salahuddin kalah kepada Nur Jazlan |
“Saya terima panggilan daripada orang yang tidak
dikenali, menyatakan sokongan dan ingin menyumbang wang,” kata Za’aba mengenai
sokongan yang diterimanya.
“Ada seorang Punjabi yang menelefon lewat malam, kata
ingin pindahkan wang esok pagi sebab bank sudah tutup,” katanya dalam wawancara
bersama FMT baru-baru ini.
Za’aba, yang bekerja sebagai jurukimpal, berkata antara
yang banyak membantu adalah wakil rakyat pembangkang terutama Amanah dan DAP
negeri, selain gabungan Bersih 2.0 yang menurutnya antara yang memberikan sumbangan
terbesar.
“Malah orang UMNO dan kariah surau di Kuala Lumpur juga ada yang
menghulurkan wang, setakat termampu. Saya hargai semuanya.
“Saya doakan Allah memberikan rahmat dan kesihatan yang
baik kepada mereka semua,” kata Za’aba yang juga imam sebuah surau di Perling,
Johor Bahru.
Pada 10 Januari lalu, Za’aba terselamat daripada
diisytiharkan muflis selepas kempen mengumpul dana oleh AMANAH berjaya
mengumpul RM54,431.76.
“Terima kasih kepada masyarakat yang membantu. Semoga
semangat tersebut menjadi petanda kita sudah bersedia membuat perubahan pada
pilihan raya akan datang,” katanya.
Za’aba berkata beliau terkejut apabila diarahkan ke
mahkamah November lalu untuk kes tersebut, kerana selama ini menyangka PAS
sudah membayarnya.
“Ketika mendapat surat arahan membayar dari mahkamah pada
2014, saya terus menghantarnya kepada PAS kawasan untuk disampaikan kepada
peringkat negeri. Kepimpinan negeri kata akan menyampaikannya ke peringkat
Pusat.
“Selepas itu senyap tanpa khabar berita. Saya fikir
mereka sudah menguruskannya. Sehinggalah November tahun lalu apabila saya
diarahkan ke mahkamah,” katanya kecewa.
Disember lalu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz
Mohamed dilaporkan berkata PAS tidak akan membayar jumlah itu kerana Za’aba
bukan lagi ahli parti.
Za'aba menunjukkan kad ahli PAS yang masih disimpan. |
Bagi Za’aba pula, ia tidak harus dijadikan alasan kerana
petisyen dibuat atas arahan parti dan perintah bayaran dikeluarkan ketika
beliau masih menjadi ahli.
“Tiada seorang pun pemimpin PAS menyumbang. Mereka hanya
sumbang maki hamun. Dengan ahli PAS lagi teruk saya kena,” katanya yang
menyertai PAS sejak 1994 dan keluar pada 2015, bersama-sama ramai pemimpin dan
ahli lain, menubuhkan AMANAH.
Sepanjang keahliannya dalam PAS, Za’aba aktif
menganjurkan program PAS di Johor selaku ahli jawatankuasa peringkat kawasan.
Menurutnya, beliau menjadi “wajah pertama” yang akan
berhadapan dengan pihak berkuasa jika program parti berhadapan masalah permit.
“Saya keluar kerana akhlak kumpulan mereka tidak lagi
menonjolkan akhlak Islam, terutama dengan kutuk-mengutuk terhadap kumpulan
profesional menjelang muktamar pemilihan 2015.
“Tetapi saya tidak alergik dengan PAS, malah masih
menyimpan kad keahlian sehingga sekarang,” katanya lagi.
Pada Muktamar 2015, pimpinan PAS berubah arah menyaksikan
kesemuanya jawatan tertinggi parti itu diisi puak pro-Hadi, yang menyokong
dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
No comments:
Post a Comment