Friday, February 27, 2009

HAI MENTERI, MENTERI….

Nak kata bodoh, bijak.

Mungkin mahu berterus terang. Tetapi kenyataan beliau ini menunjukkan betapa ada Menteri yang tidak pernah merasai susahnya rakyat.

Kerana itu mereka tidak faham penderitaan.

Tidak hairanlah, apabila mengemukakan sesuatu dasar dan kemudian meluluskannya tidak mengambil kepentingan dan kesengsaraan rakyat, Menteri buat tidak tahu sahaja terhadap asakan rakyat.

'Dulu masa jadi menteri tak pernah bayar tol...tak pernah merasa.'

Demikian dinyatakan sendiri Ahli Parlimen Padang Besar Dato' Seri Azmi Khalid ketika diminta mengulas berhubung kenaikan tol mulai 1 Mac yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri Mohd Zin Mohamed semalam.

Bila dah tak jadi Menteri baru sedar.

"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya yang dipetik daripada akhbar online.

Kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Ini baru satu contoh. Tidak tahulah Menteri mana lagi akan sedar.

Yang jelas pada ketika rakyat bayar tol, bekas Menteri ini kata dia tidak bayar tol.

Tapi baguslah kalau sedar. Walaupun di sebelah isteri cantik, setidak-tidaknya beliau mulai faham kenapa rakyat membantah dan menyuarakan tidak puas hati.

Yang Perdana Menteri dan menteri-menteri seangkatan dengannya tu bila pulak nak sedar?
Mungkin Perdana Menteri selepas berhenti nanti baru memahami apa sebenarnya kehendak rakyat.

Tapi menteri kaya macam Ir. Mohd Zin mungkin tidak akan merasa apa-apa kerana duit melimpah-limpah.

Setakat bayar tol tak heran, buat tol pun boleh kalau mahu.

Thursday, February 26, 2009

THE STAR TERUSKAN JALANKAN USAHA JAHATNYA

Munsyhi Abdullah

KOPITIAM TALK

25 Februari 2009

APABILA akhbar The Star mengeluarkan berita pada 23 Februari bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir menghantar rombongan peguamnya ke London bagi mendapat pandangan Queen Counsel (QC) mengenai krisis perlembagaan yang dihadapinya, maka sekaligus mereka yang membacanya merasakan bahwa Zambry telah goyang keyakinan terhadap kedudukannya.

Apakah Zambry merasakan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Raja Azlan Sah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara harus diragui dan dipertikaikan?

Tentulah kerana adanya tindakan undang-undang di suatu pihak, maka mestilah dijawab dan dipertahankan. Namun demikian berita” Zambry to seek QC's opinion” telah menampakkan seolah-olah Zambry tidak yakin kepada kredebiliti peguam tempatan.

Zambry sendiri tentunya sensitif terhadap pandangan serupa ini, maka itu sehari kemudiannya penafian dibuat oleh Zambry dengan menyatakan bahawa tiada cadangan untuk membawa masuk pakar perundangan dari luar negara.

“Pasukan peguam saya sendiri daripada anak tempatan dan terpulang kepada mereka mahu berjumpa sesiapa untuk mendapatkan padangan,” katanya..

Beliau mempertahankan tindakannya membentuk pasukan peguamnya sebagai langkah terbaik untuk berdepan dengan pembangkang yang ingin menggunakan semua saluran undang-udang yang ada untuk berkuasa semula.

“Mereka bermain dengan undang-undang dan perlembagaan, jadi kita juga perlu menggunakan pendekatan yang sama,” tegasnya.

Bagaimanapun Star tidak menggunakan berita penafian ini kecuali lain-lain akhbar harian. Sebaliknya The Star pada 24 Februari menegaskan lagi kebenaran beritanya dengan melaporkan beberapa nama QC yang akan diminta pendapat mereka.

Antaranya kemungkinan besar ialah Lord Lester of Herne Hill yang pernah diminta pendapatnya dalam kes Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datu Adnan Roberts dan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin menghadapi tindakan undang-undang dari Tun Datu Mustapha yang mahu mengembalikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

Setelah meyakinkan pembacanya seolah-olah laporannya itu benar, maka pada 25 Februari barulah akhbar The Star menyiarkan penafian `'Zambry: What London trip?''
Kata Zambry, tidak ada sesiapapun yang ke London untuk meminta nasihat daripada QC mengenai kriris Perak.

Apapun pembetulan yang cuba dibuat oleh Star, tetapi beritanya yang terdahulu telah memberikan bantuan moral kepada pembangkang dan melemahkan MB Perak pada pandangan masyarakat.

Saya telah berjanji untuk mengemukakan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dari masa ke masa bagaimana akhbar yang dipunyai oleh MCA ini menjalankan peranan menerusi laporan dan rencananya untuk menghakiskan keyakinan kepada kepimpinan UMNO terutama ketika menghadapi krisis.

Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa Ketua Pengarang akhbar yang dikuasai oleh MCA atau UMNO mestilah seorang yang menghayati semangat asal MCA dan UMNO yang saling hormat menghormati peranan masing masing. UMNO adalah kawan sejati UMNO yang mesti dibantu untuk meningkatkan kekuatannya terutama ketika berada dalam keadaan kesusahan dan tekanan. Kekuatan UMNO adalah perlu untuk kekuatan MCA sendiri dan demikian juga sebaliknya.

Saturday, February 21, 2009

NIK AZIZ PUN DAH TERSASAR

Kenapa PAS marah sangat kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin jatuh?

Dan kenapa tragedi di Perak itu digambarkan sebagai perbuatan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berfikiran ‘gangster’.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammadd Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya ketika bercakap kepada pemberita di Kota Bharu pagi semalam.

Amboi-amboi lancangnya mulut ‘Tok Guru’ akhir-akhir ini.

Menurut Nik Aziz, kerajaan kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa,” katanya.

Wahai “Tok Guru”, isunya bukan kerana UMNO dan BN ‘gangster’
Isunya ialah PAS sebenarnya kecewa kerana ia mengharapkan tiga kerajaan pimpinannya terus berkuasa – Kelantan, Kedah dan Perak.

Lagipun PAS malu kerana selama ini mereka meguar-uarkan kepada seluruh rakyat di Perak dan luar Perak bahawa PAS mahu menegakkan negeri Islam di Perak seperti di Kelantan.

Tanpa bersandarkan kepada kenyataan bahawa PAS hanya ada enam kerusi DUN dan pemilihan Mohd Nizar adalah ehsan Sultan Perak untuk menjamin Menteri Besar Perak adalah “Melayu dan Islam”, PAS bagaikan ‘kadok naik junjung’ – cepat lupa diri danDan kenapa tragedi di Perak itu digambarkan sebagai perbuatan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berfikiran ‘gangster’.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan pihak tertentu berusaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Dato' Seri Ir. Mohammadd Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.
"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya ketika bercakap kepada pemberita di Kota Bharu pagi semalam.

Amboi-amboi lancangnya mulut ‘Tok Guru’ akhir-akhir ini.
Menurut Nik Aziz, kerajaan kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa,” katanya.

Wahai “Tok Guru”, isunya bukan kerana UMNO dan BN ‘gangster’
Isunya ialah PAS sebenarnya kecewa kerana ia mengharapkan tiga kerajaan pimpinannya terus berkuasa – Kelantan, Kedah dan Perak.

Lagipun PAS malu kerana selama ini mereka meguar-uarkan kepada seluruh rakyat di Perak dan luar Perak bahawa PAS mahu menegakkan negeri Islam di Perak seperti di Kelantan.

Tanpa bersandarkan kepada kenyataan bahawa PAS hanya ada enam kerusi DUN dan pemilihan Mohd Nizar adalah ehsan Sultan Perak untuk menjamin Menteri Besar Perak adalah “Melayu dan Islam”, PAS bagaikan ‘kadok naik junjung’ – cepat lupa diri dan besar kepala.

Dengan kata lain, bagi PAS, ia tidak melihat kerajaan Perak adalah ehsan DAP yang mempunyai 18 kerusi dan PKR yang lebih banyak mempunyai kuasa daripada mereka.

Mengenai bagaimana PAS menabur fakta salah mengenai kerajaan Islam di Perak, ikuti apa yang ditulis oleh Teh Tarik Satu berikut ini:

Kerajaan Islam Tumbang Di Perak?

Oleh Teh Tarik Satu!
(http://malaysia-instinct.com)

Seorang wartawan yang membuat liputan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak sejak beberapa hari lalu menceritakan kepada kawan tentang apa yang didengarnya sepanjang berada di sana.

Antara yang menarik perhatian beliau ialah apabila para penyokong PAS mati-matian percaya bahawa kerajaan negeri Perak yang ditumbangkan oleh Barisan Nasional dan calon Bebas merupakan sebuah kerajaan Islam dan kerana itu ia wajib dipertahankan walaupun dengan jiwa raga.

Mendengar ceritanya, maka tak heranlah kawan jika para pengikut dan penyokong PAS sanggup membuat onar di hadapan Istana Iskandariah di Kuala Kangsar Jumaat lalu.

Bukan setakat berani baring di atas jalan raya untuk menghalang laluan kenderaan Raja Muda Perak, malah beberapa kenderaan lain turut dipecahkan cermin dengan batu.

Kenderaan polis turut jadi mangsa akibat perbuatan kelompok kecil yang kawan pasti sebahagiannya merupakan pelajar universiti yang diimport ke sana untuk meramaikan majlis.

Kawan yakin mereka yang sanggup berbuat demikian adalah kelompok yang percaya jika mereka mati ketika beraksi tempohari, mati mereka adalah syahid dan balasannya adalah syurga. Lebih membahagiakan lagi ialah di syurga nanti, mereka yang syahid akan dilayan oleh bidadari yang amat cantik sekali.

Tetapi bagi kawan, apa yang dilakukan oleh kelompok yang hampir semuanya datang dari luar Kuala Kangsar dan Perak ini adalah merupakan satu tindakan yang bodoh.

Kalau kaldai tengokpun, kaldai akan geleng kepala.

Pertamanya, mana ada kerajaan Islam di Perak. Masuk akalkah ia dipanggil kerajaan Islam jika kemenangan Pakatan Rakyat termasuk di Perak diraikan dengan jamuan lima ekor babi panggang.

Keduanya, di manakah logiknya jika yang menjadi parti utama di Perak dalam Pakatan Rakyat ialah DAP yang memiliki 18 kerusi sedangkan PAS hanya 6 kerusi iaitu kerusi yang paling kecil jumlahnya di Dewan Negeri Perak.

Hakikatnya, kerajaan Perak lebih dilihat sebagai kerajaan DAP dan bukannya PAS. Malah masyarakat bukan Melayu turut menganggap Perak sebagai kerajaan Cina dan bukannya Melayu atau India.

Di samping itu, perjanjian sulit yang dikenali Pangkor II dikatakan wujud antara Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dengan pemimpin DAP yang melarang Nizar serta PAS untuk tidak memperjuangkan hukum hudud dan qisas secara terbuka di Perak turut membuktikan negeri Kejor Yop Kejor itu bukanlah kerajaan Islam seperti mana yang pernah wujud di Aceh, Demak dan Melaka suatu ketika dahulu.

Apa yang jelas kerajaan Perak tetap tidak Islam di bawah Menteri Besar boneka tersebut walaupun 1,001 sebab diberikan untuk mengiayakannya termasuk menerusi ceramah-ceramah di kediaman rasmi Menteri Besar Perak yang Nizar rasakan tetap milknya, sejak beberapa hari lalu dipenuhi ribuan penyokong pembangkang.

Bagi kawan pemerintahan Pakatan Rakyat memang wajar berakhir. Qada dan Qadar Tuhan telah menentukan bahawa ia hanya bertahan selama 10 bulan sahaja.

Dalam hubungan ini tidak ada gunanya menyalahkan Sultan, Raja Muda, Barisan Nasional mahupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menumbangkan kerajaan pembangkang hanya selepas seminggu dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Najib tidak mampu menumbangkan kerajaan Perak begitu juga dengan calon-calon bebas yang sebelum ini berada erat dalam pelukan pembangkang. Yang menumbangkan kerajaan ini sebenarnya adalah kerja Tuhan, dan ingatlah bahawa Allah tahu segala kelemahan yang wujud dalam parti haram yang bernama Pakatan Rakyat ini.

Baru-baru inipun kawan ada menulis bahawa kerajaan Perak tidak akan bertahan lama jika ia terus menzalimi anak-anak yatim dengan menutup Tabika Kemas.

Jika kerajaan PAS Terengganu sebelum ini turut tumbang kerana isu Tadika ini, kali ini Nizar turut mengalami nasib yang sama. Nampaknya, PAS tidak pernah belajar dari kesilapan lalu.

Kawan harap Nizar tidak akan memarahi Tuhan kerana menghukumnya lebih awal di dunia. Kawan juga bersyukur sebab tidak ada yang mati ketika rusuhan di Kuala Kangsar tempohari. Kalau tidak, nama katak akan terkait pula dengan kematian mereka.

Selepas membaca rencana di atas, pendapat Nik Aziz bahawa UMNO atau BN gangster sebenarnya tersasar.

Yang jelas, kepimpinan Mohd Nizar tidak melakukan yang sewajarnya, iaitu menegakkan pemerintah Islam yang bersesuaian dengan suasana di Perak.

Selain itu beberapa penyalahgunaan kuasa dan kezaliman yang dilakukan juga menjadi penyebab. Nik Aziz perlu mengakui kelemahan ini dan jangan menjadikan UMNO dan BN sebagai punca segala-galanya.

Walaupun Nik Aziz adalah “Tok Guru” tetapi kalau terus bermain politik membuta tuli, Nik Aziz juga boleh tersasar.

Yang jelas, dalam kes di Perak ini, Nik Aziz memang tersasar!

Sunday, February 15, 2009

PAS MOHON ALLAH MUSNAHKAN ORANG UMNO

Oleh Zainal Yusof
(Daripada www.mykmu.net)

SAYA terkejut menerima satu sms (sistem pesanan ringkas) dari seorang rakan yang mempunyai kenalan dari kalangan Ahli Parlimen PAS.

Antara kandungan sms itu berbunyi, ‘Ya Allah kau jahanamkanlah orang-orang Umno kerana mereka zalim…’ dan ada pula satu lagi sms berbunyi, ‘Sultan Perak tidak ada kuasa memecat MB di bawah Perkara 16 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kecuali memecat Exco…’

Begitu busuk dan hasad hati orang-orang PAS rupanya. Doa mereka, mahu menjahanamkan orang-orang Umno dan dalam masa yang sama, mereka membuat tafsiran Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak mengikut tafsiran mereka, walaupun mereka bukan seorang peguam.

Rakan saya itu, forward sms yang diterimanya dari kenalannya itu kepada saya bukan kerana dia menyahut seruan kenalannya itu supaya sms itu jika disebarkan (forward) kepada orang lain, ia berupa jihad.

Hakikatnya, mereka sebenarnya bukan berjihad tetapi mereka ‘jahat’. Menyebar fitnah dan terus memperlekehkan Paduka Seri Sultan Perak, satu-satunya Sultan di Tanah Melayu yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Mereka juga menyifatkan kerajaan baru BN di Perak sebagai kerajaan haram manakala Menteri Besar yang sudah dititahkan Paduka Seri Sultan Perak supaya meletakkan jawatan dianggap sebagai Menteri Besar halal.

Orang PAS belajar agama dari ceramah agama ulama mereka sahaja. Itulah sebabnya otak mereka tertutup. Bila ada bijak pandai agama, mereka akan fitnah kononnya orang muda dan bijak pandai ini ‘terlebih pandai’ dan sebagainya dengan tujuan memperendah-rendahkan kreadibiliti orang lain.

SS Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Islam di Negeri Perak supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar ditentukan Allah SWT selain sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berharap seluruh mesyarakat Perak menerima keadaan yang berlaku dan menerima keputusan yang dibuat pemerintah (Sultan).

“Dari segi Islam, turun naik adalah masalah lain. Itu masalah perjuangan. Masalah kita sekarang adalah, kita ada pemerintah. Kalau keputusan sudah dibuat oleh pemerintah, kita yakin keputusan itu sudah dipertimbangkan secara halus berdasarkan undang-undang.

“Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah,” katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perak Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di kediamannya di Kampung Baru Sungai Rapat dekat Ipoh, petang Isnin lalu.

Katanya, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada Dr. Zambry untuk memimpin dan menerajui negeri ini dengan baik.

“Saya berdoa supaya Allah merestui dan memberi pertunjuk serta kekuatan kepada beliau untuk memimpin negeri ini supaya berjalan dengan baik,” katanya.

Dr. Harussani berkata, perlantikannya sebagai mufti di negeri ini adalah menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Sultan Perak, perkara berkaitan hal ehwal agama, majlis agama Islam negeri dan kerajaan negeri.

“Pada saya yang benar saya katakan benar dan yang salah saya akan tegur,” katanya.

Sementara itu, Dr. Zambry berkata, kedatangannya untuk bertemu Datuk Mufti adalah untuk memohon restu dan meminta nasihat serta panduan daripada beliau untuk memimpin negeri ini.

“Saya dengan penuh insaf dan sedar bahawa jawatan ini bukan satu keistimewaan tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijunjung dengan sebaik mungkin,” katanya.

Inilah bezanya Dr. Zambry dengan bekas Menteri Besar yang lalu, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketika dia menghadapi masalah, bukan Datuk Mufti yang ditemuinya untuk mendapatkan nasihat dan memohon restu sebaliknya dia mendapatkan nasihat dari Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keperibadiannya sentiasa disangsikan.

Ir Mohamad Nizar juga dikatakan begitu berani kerana suntikan semangat yang didapatinya dari Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak yang turut mencalonkan namanya sebagai bakal Menteri Besar Perak, sebaik sahaja keputusan PRU 12 diketahui.

Orang-orang PAS bukan mempertahankan Ir Mohamad Nizar sahaja, malahan mereka turut mempertahankan Ngeh yang dilihat adalah Menteri Besar Perak di belakang tabir ketika Ir Mohamad Nizar menjadi ‘boneka’.

Mereka yang berbaring di tengah jalan adalah golongan yang mahu dilihat sebagai ‘mati sahid’ kerana kerajaan pimpinan PAS itu bekerjasama kuat dengan DAP yang mereka anggap sebagai ‘darah daging mereka sendiri’.

Mereka tidak belajar agama secara betul kerana kuliah agama orang-orang Pas adalah di pentas-pentas ceramah politik yang mana antara ‘ustaz’ yang mereka kagumi termasuklah Datuk Mahfudz Omar, orang yang tidak mendapat pengajian agama dari mana-mana institusi pengajian tinggi.

Apa yang Mahfudz tahu ialah, menyindir, menyerang dan mengajak rakyat supaya menjadi biadap kepada pemerintah kerana Mahfudz yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, Islam akan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang jika dibandingkan dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kepada orang-orang PAS, hentikanlah segala bentuk sms yang mendoakan sesame Islam musnah dan dijahanmkan Allah. Jika mereka mati, bukan Datuk Ngeh Koo Ham yang menyembayangkan jenazah mereka, sebaliknya saudara seagama mereka juga yang bakal berbuat demikian.

Sekurang-kurangnya, ada juga sedekah al-Fatihah dari saudara seagama yang orang-orang PAS benci ini kerana politik tidak boleh menyebabkan sesiapa dijanjikan syurga. Jika orang-orang PAS percaya hanya orang-orang PAS sahaja yang dapat masuk syurga apabila mati, macam mana dengan orang-orang Islam di luar Malaysia yang tidak pernah menyertai PAS seumur hidup mereka?

Adakah hanya orang-orang PAS di Malaysia sahaja yang dapat masuk Syurga sedangkan orang-orang Islam lain tidak sedemikian? Cukuplah! Hentikanlah kerja-kerja karut ini. Bertaubatlah.

Cukuplah dengan kekeliruan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya orang PKR masuk BN – keji, tetapi orang BN masuk PKR – mulia. Dia mungkin nak bercakap orang BN masuk PKR, syurga, manakala orang PKR masuk BN, neraka.

Kita yang waras ini, biarkanlah dia begitu kerana dia merasakan dia terlalu pandai dan orang lain semuanya bodoh-bodoh belaka.

Friday, February 13, 2009

MAT SABU PERLUKAN TALI HAYAT

Benarkah UMNO kini bergantung kepada ‘tali hayat’?

Teruk dan lemahkah UMNO ketika ini? Kalau benar, apakah pula tali hayat UMNO?
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggangap 'talian hayat' Umno kini bergantung pada pasukan keselamatan dan pihak istana ketika membantu peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Amboi,amboi…abang Mat sekarang ini macam tidak sedar-sedar bahawa dalam PAS sendiri, beliau pun terpaksa guna tali hayat.

Namanya semakin tenggelam dan pengaruh orang yang menyokongnya pun semakin tenggelam.
Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, namanya ‘tak naik’ sebab UMNO Terengganu tidak boleh terimanya.

Satu ‘calon luar’ dan rekod peribadinya bukan baik sangat.

Jadi cerminlah diri dahulu sebelum mengatakan UMNO memerlukan tali hayat.
Menurut Mat Sabu, Umno sebenarnya takut berhadapan dengan realiti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di mana rakyat yang menjadi hakimnya.

Pakatan Rakyat seperti PAS, Keadilan dan DAP senantiasa menanti untuk bersemuka dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatakan yang hak untuk rakyat menilai yang mana betul dan yang mana dikatakan rakus, katanya

"Tragedi yang melanda Kerajaan Perak minggu lalu adalah pintu untuk Umno menuju ajal sebenar dalam masa singkat.

"Jika mereka tidak bertindak merampas kemungkinan usia Umno lebih panjang tetapi kini nak bernyawa pun dah tersekat-sekat, " ujarnya dalam program ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Baginya, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut untuk direnungi bersama umpamanya lebih berhati-hati ketika memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kelak, jentera Pakatan Rakyat hendaklah diperkuatkan dan mesti mempunyai jiwa kental untuk melawan BN bukan seperti 'kambing takutkan air'.

Fenomena yang melanda Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak harus teladani oleh Pakatan Rakyat sekiranya mahukan kekuatan terbina, semua parti dalam gabungan wajar menanamkan semangat perjuangan yang tinggi di kalangan ahli dan kepimpinanya.

"Jika tidak dapat merenggangkan bilangan kerusi yang banyak pasti sukar untuk BN mencari kesempatan maka tugas kita mulai sekarang memastikan kekuatan terbina sesama sendiri, " jelasnya.
"Najib sengaja atur strategi sebegitu untuk meningkatkan graf dirinya menjelang Mac ini tetapi dia silap sasaran yang mana silap-silap haribulan parti Umno dan BN terus hilang kuasa di beberapa negeri lagi, " katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Menyentuh mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi kononnya PAS diperkudakan oleh Keadilan dan DAP beliau berkata, tidak berlaku sebegitu sebaliknya sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program atau merangka strategi menjatuhkan BN.

"Tidak timbul siapa memperkudakan siapa dalam Pakatan Rakyat tetapi yang penting ialah pergantungan sesama sendiri untuk menjatuhkan BN.

"Itulah yang ditakuti oleh BN selama ini sehinggakan membuat mereka terpaksa mengerakkan aktiviti terancang merampas kembali Perak dengan cara yang tidak beradap, " tegasnya.
BN atau UMNO tidak takut tetapi Mat Sabu yang sebenarnya semakin takut kerana kalau beliau diketepikan berterusan dan tidak menjadi Ahli Parlimen, pengaruhnya akan semakin lenyap.

Kerana itu dia benar-benar bergantung kepada Datuk Husam Musa. Sebaliknya, Husam bergantung kepada datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa Mat Sabu kata kat Anwar? Al-Juburi…beranikah Mat Sabu bertemu Anwar untuk meminta tali hayat?

Kita lihatlah UMNO atau Mat Sabu yang saebenarnya memerlukan tali hayat!

Wednesday, February 11, 2009

MAHFUZ JOLOK SARANG TEBUAN

Wah-wah berkokok lagi orang ini.

Seperti biasa ikut sedap mulutnya!

Isu derhaka: UMNO dicabar bertindak ke atas Anuar Musa, PM Abdullah, demikian disarankan pemimpin PAS yang selalu tersasar, bukan tersasul.

Dia tidak lain daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Kata Mahfuz, Barisan Nasional (BN) terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya seperti disiarkan harakahdaily.net hari ini.

Begitu juga tambah beliau, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank (laporan oleh harakahdaily,net ini silap fakta di sini – bukan Standard Charted Public Bank tetapi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) ) yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

Kita tengok apa reaksi Annuar, Abdullah dan Standard Chartered nanti.

Silap-silap mulut celupar beliau akan kena tutup rapat.