Saturday, April 20, 2013

Abby, Bob Lokman dan Hairie 'Lari' Selepas Tidak Terpilih Jadi Badot PAS, PKR


Daripada www.hambali1.blogspot.com
(Tajuk asasl :  MENCARI BOB LOKMAN, HAIRIE, PADA KETIKA AISHAH & DAYANGKU INTAN MENJADI BADOT PAS, PKR…)

Tolong beritahu…di mana trio - Bob Lokman, Hairie Othman dan Ebby Abady - bertanding atas tiket apa dan di mana?

Pada ketika Wan Aishah Wan Aishah Wan Arifin dan Dayangku Intan Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid sudah disahkan menjadi calon, kita tercari-cari di mana nama Bob Lokman, Hairie dan Ebby.

Ini kerana Bob Lokman dan Ebby sebelum ini begitu lantang mengkritik kerajaan dan rakan artisnya. Mereka ini ‘lebih Islam’ daripada ustaz dalam PAS kerana sanggup meluahkan pandangan yang controversial menyebabkan banyak pihak mempersoalkan kredibilti mereka, termasuk daripada PAS sendiri.

Lagipun, sebelum ini Bob Lokman, Hairie dan Abby mengatakan mereka bersedia menjadi calon, khususnya mewakili PAS kerana mereka berceramah di pentas PAS.

Setidak-tidaknya kehadiran penyanyi jazz Malaysia Noryn Aziz atau nama sebenarnya 'Norazmahwati binti Abdul Aziz' penyanyi jazz Malaysia, di pentas ceramah PAS bersama suaminya, Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berbaloi!

Ini kerana membolehkan Raja Bahrin menjadi calon Parlimen Kuala Terengganu.

Sekali lagi, tolong beritahu saya di mana trio itu bertanding, sekiranya saya terlepas pandang.

Pemilihan Dayangku Intan mungkin disebebkan 'banyak jasanya' kepada PKR Johor  sehingga dia mendapat jadi calon.

Kalau dalam UMNO, sekadar hadir ceramah dan tunjukkan badan serta berucap sekali sekala jangan harap untuk dicalonkan. Ini kerana UMNO ada prosesnya sendiri dan penilaian bukan dibuat secara ‘bidan terjun’ atau desperado seperti PKR.

Apakah PKR sengaja mahu memalukan dua bekas Menteri, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Azalina Othman Said?


Wan Aishah yang bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, memilih untuk bersama dalam dunia politik dan bersedia mengharungi apa jua keadaan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menolak spekulasi yang mendakwa beliau akan menarik diri berikutan tidak sanggup berdepan dengan cabaran dalam dunia politik. , malam kelmarin.

“Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut.

“Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada satu majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, Seremban, kelmarin.

Wan Aishah menganggap bukan sesuatu mengejutkan untuk bertanding dengan calon terkenal BN itu dan menganggapnya tidak memeranjatkannya.

“Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka. Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas,” katanya.

Dayangku Intan dikatakan  sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur kelmarin. Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu. Kenapa di Chalet bukan rumah? Satu soalan cepu emas lagi ni!!!

Kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit sudah dilakukan.

Dalam tempoh seminggu ini PKR mendakwa sudah giat bergerak mengedarkan risalah dan dalam masa sama berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk dalam parlimen berkenaan dan sejauh ini penduduk Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau.

Dalam kesibukan Aishah dan Dayangku Intan berkempen sementara Bob Lokman, Hairie dan Ebby ‘hilang’, bintang pop nombor satu negara Jamal Abdillah tetap memilih Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 pada 5 Mei depan kerana yakin dengan kepimpinan parti itu mentadbir negara.


Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, keyakinan itu timbul selepas melihat kemajuan dan pencapaian negara selepas 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

“Walau apa pun terjadi saya tetap sokong kerajaan sekarang. BN dah lama mentadbir negara dan apa yang kita nampak (kemajuan) sekarang ialah hasil kejayaan negara kita perintah,” katanya kepada mStar Online.

Dia juga amat berpuas hati dengan senarai calon yang diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertaruhkan muka-muka baru untuk bertanding dalam PRU-13 ini.

Jamal yang juga ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka, bahagian Bukit Bintang berkata, jika sesebuah negara itu dilihat cemerlang semasa ditadbir oleh sesebuah parti politik, tidak ada sebab untuk orang ramai menukarnya.

“Kita tengoklah keamanan dan kemakmuran negara yang kita lalui hari ini. Kalau negara sudah berjaya dengan pentadbiran sekarang, buat apa kita nak pilih orang lain. Saya akan sokong BN,” katanya.

Mengenai PRU kali ini kata Jamal, ia merupakan kali kedua dia membuang undi iaitu bagi Kawasan Parlimen Kelana Jaya dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Selangor.

Jadi kepada Bob Lokman, Hairee serta Eby, mungkin apa yang disebut di bawah ini adalah suatu peringatan untuk mereka:

Dimana Bob Lokman? Abby Abadi? Hairie Othman? Nampaknya mereka dipinggirkan lagi. Sedangkan 4 pegawai tinggi tentera berjaya mendapat tempat menjadi calon pilihanraya, mereka yang sedikit lebih lama dari pegawai tentera ini tidak langsung mendapat tempat.

Tak salahkan pemimpin PAS sebab mereka memang ketandusan calon yang boleh menang. Semua yang berwibawa dan betul-betul mengikut syariat Islam telah meninggalkan PAS dan menyokong BN. Tak percaya? Tengoklah siapa sahaja yang tinggal dalam PAS. Semua anjing-anjing Anwar yang hanya mengikut arahan Anwar apabila dikerahkan.

Teringat kata-kata Wardina Saffiyah (penyokong PAS). "Kalau nak berpolitik teruskanlah tapi jangan melibatkan agama dalam politik." Seperti juga Akil Hayy yang dahulunya pengutuk tegar UMNO yang kini dilihat sudah semakin sepi kerana kerap ditinggalkan kepimpinan PAS. Akil Hayy juga tidak setuju dengan beberapa orang artis yang berhijrah kepada yang lebih Islam dan seterusnya menjadi badut politik di Malaysia.

Tuesday, April 16, 2013

Khalid Ke DUN Permas, Mukhriz Ke DUN Ayer Hitam – Apa Isyaratnya?

 

Apa isyarat apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei nanti?

Begitu juga dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas.

Apakan ia isyarat Johor akan mendapat Menteri Besar baru sementara Mukhriz akan dilantik Menteri Besar Kedah sekiranya BN menang?

Di pihak PAS pula, ura-ura Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dicanang sebagai Menteri Besar baru menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak lenyap begitu sahaja apabila dia dikatakan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena.

Desas-desus PAS akan mendapat Menteri Besar baru sekiranya pembangkang menang itu dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa ahli Pas kawasan mengadakan protes terhadap Azizan bulan lalu, termasuk satu memorandum yang didakwa disokong Dewan Ulama Pas Kedah, termasuk Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, memorandum itu antaranya mahu Azizan dilucutkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas dan Menteri Besar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), selain nama Ahli Parlimen Pokok Sena itu disebut bakal menggantikan Azizan.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, keyakinan berada di tahap yang tertinggi bahawa PAS yakin akan terus mentadbir negeri Kedah dan menang di beberapa buah negeri lagi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13).

Menariknya kelmarin, Anggota Exco Kerajaan Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (kiri)  tidak tahu menahu mengenai cakap-cakap bahawa namanya ‘naik’ sebagai calon menteri besar yang baru jika pembangkang kekal berkuasa di negeri ini selepas PRU13.

Menurut Amiruddin, beliau sendiri tidak pasti sama ada akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya ini, mengulas spekulasi mengenai namanya disebut-sebut sebagai calon menteri besar adalah sesuatu yang baginya terlalu jauh daripada jangkaan.

“Saya tak tau (spekulasi sebagai calon menteri besar), saya tak dengar. Sama ada saya akan terus dicalon atau tidak pun saya tak tau,” katanya ketika ditemui di Markas Besar Pas Anak Bukit, semalam.

Bekas jurutera Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) itu mula bertanding pada pilihan raya kecil Dun Anak Bukit menggantikan tempat Presiden Pas pada masa itu, Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. Pada pilihan raya umum 2004, beliau berjaya mengekalkan kerusi itu.

Mengenai Mukhriz pula, beliau akan berubah kedudukan dengan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid juga tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pedu yang dimenanginya pada 2008. Mahadzir akan berpindah kerusi dengan bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail akan bertanding di Parlimen Pokok Sena dan melawan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan penyandang kerusi. Sahlan adalah calon muka baru pada PRU-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Padang Jerai. Beliau juga merupakan calon muka baru.

Di Johor, Datuk Abdul Ghani Othman telah diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Mohamed Khaled dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Keputusan Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu bertanding di Dun Permas menguatkan spekulasi beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN kembali memerintah negeri itu selepas pilihan raya nanti.

Pengumuman nama calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani. Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.

Thursday, April 11, 2013

Apa Nak Peduli Dengan Tabung Haji..Ia Tidak Penting Untuk Kita!


Pada musim kempen dan pilihan raya ini teringat pula saya kepada ibadah haji dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Dan kebetulan pula TH mengadakan perbincangan dengan Kementerian Haji Arab Saudi di Jeddah semalam untuk mendapatkan maklumat mengenai segala peraturan terkini dan persediaan awal yang perlu dilaksanakan bagi musim haji tahun ini, demi keselesaan jemaah.

Bagi TH yang sudah menjalin hubungan 30 tahun dengan Kementerian Haji Arab Saudi, ia tidak melihat sebarang masalah atau isu besar berhubung peraturan baharu yang dikemukakan dalam perbincangan tahunan itu.

Selalunya orang ramai, termasuk saya tidak begitu mengambil berat apa yang dilakukan TH kecuali sama ada kuota cukup dan kos tidak dinaikkan. Mereka tidak begitu mengambil berat siapa menubuhkan TH dan bagaimana ia beroperasi.


Malah kita tidak pernah tanya berapa subsidi setiap jemaah haji yang menunaikan haji melalu TH? Kita tidak ambil berat atau lupa bahawa TH menyediakan subsidi yang agak besar untuk setiap jemaah,

Tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kita juga tidak peduli apa persediaan TH dari segi mesyuarat, penyediaan pesawat, makanan, pakaian dan kelengkapan haji dan lain-lain?

Malah kita tidak fikirkan pun soal penginapan, perjalanan jemaah haji di tanah suci dan isu keselamatan mereka selama di sana! Kita juga tidak peduli mengenai ada kumpulan yang mengambil pengalaman TH untuk berniaga sendiri dan menyediakan pakej haji untuk orang ramai sebagai alternatif kepada TH.
 
Ada sesetengah syarikat ini yang kebanyakannya dikaitkan dengan penyokong pembangkang sering mendatangkan masalah kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Oleh kerana ia membabitkan kerja haji, mulut dikunci dan tidak dilihat dalam perspektif politik. Sedangkan penubuhan syarikat bukan sahaja untuk berniaga tetapi sebagai saingan kepada sebuah agensi yang ditubuh dan dikawal kerajaan Barisan Nasional.

Dalam konteks peranan TH ini, pembangkang sendiri mengelak memperkatakannya sama ada akan menjadikan agensi itu lebih baik atau menjanjikan kos menunaikan haji lebih murah atau perkhidmatan lebih baik ketika berada di Tanah Suci.


Bagi pembangkang soal seperti ini tidak penting bagi mereka. Sama PAS atau pembangkang, soal Islam dilihat terlalu umum, apa lagi kini perjuangan Negara Islam sudah sama sekali hilang daripada matlamat perjuangan mereka.

Sedangkan, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, apalagi menyediakan kemudahan kepada bakal haji yang akan menunaikan Rukun Islam, status negara yang antara paling baik menguruskan jemaah haji perlu dikekalkan.

PAS pastinya tidak suka mendengar berita seperti ini. Ini kerana PAS ‘buta’ mengenai urusan seperti ini dan jika ada penyokongnya menguruskan perniagaan haji, ia tidak mahu bersangkutan bimbang jika ada masalah, beban akan turut ditanggung mereka.

Tetapi bagi kerajaan BN, apa yang dilakukan oleh TI menjadi tanggungjawabnya. Kos haji naik BN kena belasah dan jika ada masalah lain sama ada di dalam negeri dan di tanah suci membabitkan jemaah haji, BN turut kena belasah.

Tetapi tidak apalah, sebagai kerajaan bertanggungjawab, BN terimanya dengan tangan terbuka dan berdoa tidak akan berlaku lagi kejadian yang sama!

Mesyuarat dan perbincangan tahunan perlu diadakan umpamanya semalam berlangsung antara pasukan TH yang diketuai Pengerusinya Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor (gambar kiri)manakala pasukan daripada Kementerian Haji Arab Saudi diwakili oleh Pengerusi Muasassah Asia Tenggara Tan Sri Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sadayu.

Sheikh Zuhair berkata hubungan baik antara Kementerian Haji Arab Saudi dan Tabung Haji sudah terjalin sejak kira-kira 30 tahun lalu. Beliau berharap semua negara Islam memiliki badan seperti Tabung Haji yang dapat menguruskan perjalanan jemaah semasa mengerjakan haji dengan begitu baik, teratur dan lancar sekali.

Perbincangan tahunan itu berlangsung kira-kira 40 minit di pejabat kementerian berkenaan di Jeddah dalam suasana mesra selaras dengan kerjasama baik dan hubungan akrab antara TH dengan pihak kementerian itu.

Antara dibangkitkan ialah berkaitan pendaftaran penginapan para jemaah, penghantaran air zam-zam, ibadah korban serta pembayaran dam.

"Kita akur dengan beberapa peraturan baharu kerajaan Arab Saudi selaras dengan projek pembangunan itu, mungkin ia akan beri kesan kepada perjalanan haji nanti, tapi pada pandangan saya ia boleh dilaksanakan tanpa banyak masalah dengan kerjasama semua pihak," katanya.

Ketika ini kedengaran kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat lagi. Itu menurut laporan media. Kos itu dikatakan akan naik kerana:

1. Selaras dengan pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah, yang menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baru; 

 2. Beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan. Lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu terus bertambah, sekali gus meningkatkan lagi kos sebenar pengurusan bagi tiap seorang jemaah. 

Apapun, soal penginapan jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail berkata semalam biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu penerbangan Malaysia dan Saudi Air.

Dipihak jemaah, ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua yang berkenaan, dan mereka sudah mula melaksanakan latihan untuk melicinkan urusan ibadah haji.

Masalah tidak akan terhenti apabila jemaah pulang kelak kerana selepas ini akan ada pula isu baru yang perlu dirundingkan. Ini termasuk projek pembesaran Masjidil Haram membabitkan tiga fasa, dengan fasa pertama dijadual selesai pada bulan Ramadan.

Keseluruhan projek mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dan kerajaan Arab Saudi sedang berusaha melaksanakannya dengan gigih, dan menjangka ia mungkin dapat disiapkan dalam tempoh lapan tahun.


Sudah pasti kerja-kerja sebegini akan mendatangkan masalah kepada jemaah dan jika tempoh siapnya 10 tahun akan datang, sudah pasti TH perlu menyediakan pelannya sendiri menguruskan jemaah bersesuaian pengubahsuaian Masjidil Haram itu.

Itu satu persoalan, akan banyak lagi persoalan lain, umpamanya permohonan menunaikan haji yang bertambah setiap tahun.

Kita berharap hubungan 30 tahun antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi akan memudahkan segala-galanya. Mereka saling kenal mengenali!

Bagaimana jika ditakdirkan ada pihak ‘baru’ datang untuk berunding selepas ini, apakah mereka akan dilayan seperti ‘sahabat mereka yang sudah dikenali sejak 30 tahun lalu’?

Tuesday, April 9, 2013

Chegu Bard Yang Kecewa Walaupun Selepas Sudi Diliwat Anwar Ibrahim


The Unspinners (4 Apr, 2013)

Tiada orang yang lebih kecewa dalam PKR berbanding Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin, bekas pesaing terkuat Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Ketua AMK.

Walaupun selepas melakukan pelbagai perkara, Chegu Bard akhirnya diketepikan begitu sahaja. Beberapa NGO yang ditubuhkannya termasuklah SAMM, langsung tidak berfungsi dan memberikan impak terbaik untuk PKR dan Anwar Ibrahim.

Bahkan kewujudan NGO-NGO di bawah kendalian Chegu Bard, tidak ubah seperti menambahkan lagi beban kepada PKR dan Anwar Ibrahim, memandangkan NGO-NGO tersebut telah memberikan persepsi negatif. Berdasarkan perancangan awal, Chegu Bard sepatutnya bertanding di Rembau.

Tetapi atas ‘sebab-sebab tertentu’, kedudukannya di Rembau telah terancam. Chegu Bard memilih untuk meninggalkan Rembau dan bertanding di Nibong Tebal.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Chegu Bard sudah berulang-ulang kali memujuk Lim Guan Eng untuk membenarkan dia bertanding di Parlimen Nibong Tebal.

Bagaimanapun, baik Lim Guan Eng mahupun Anwar Ibrahim mempunyai perancangan lain di Nibong Tebal.

Akhirnya Chegu Bard kehilangan segala-galanya.

Namanya tidak naik di Nibong Tebal, sebaliknya Nibong Tebal akan ditandingi oleh seorang lagi anak perempuan Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha.

Difahamkan, dalang utama di sebalik penyingkiran Chegu Bard yang cukup mengkagumi Che Guera, pejuang sosialis Cuba itu, adalah Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Shamsul Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot amat bimbang sekiranya pengaruh Chegu Bard lebih besar darinya dan kemudian akan bersaing merebut jawatan Ketua AMK yang disandangnya sekarang, atau lebih teruk lagi, Chegu Bard akan dipilih untuk menduduki hierarki yang lebih kanan dalam kepimpinan pusat PKR.

Chegu Bard adalah contoh di mana kewujudan demokrasi dalam PKR hampir mustahil, sebaliknya Anwar Ibrahim yang sangat sibuk menuntut agar UMNO dan Barisan Nasional mengutamakan kebebasan bersuara dan demokrasi, lebih banyak mengamalkan kukubesi selain fahaman, DIA SAJA YANG BETUL.

Sudah ada ramai golongan muda yang menyokong PKR sebelum ini, melahirkan kekecewaan apabila Chegu Bard tidak akan dicalonkan di mana-mana, baik DUN mahupun Parlimen.

Rata-rata mereka berpendapat, Anwar Ibrahim dan konco-konconya terlalu mementingkan kroni dan tembolok sendiri tanpa menghiraukan nasib parti serta individu yang komited kepada PKR seperti Chegu Bard.

Mereka sudah membayangkan akan memboikot PKR pada PRU13 nanti sekiranya Chegu Bard tetap tidak dicalonkan oleh kepimpinan pusat PKR.

 Apa, para penyokong Chegu Bard fikir mereka lebih bijak daripada Anwar Ibrahim? Mereka fikir daya fikiran mereka lebih cerdas berbanding Shamsul Iskandar Mohd Akin?

Mereka akan tersilap besar…

PKR sebenarnya tidak memerlukan Chegu Bard yang sentiasa gagal dalam apa-apa sahaja yang dilakukannya, termasuklah untuk menjadi BUDAK PUNGGUNG buat Anwar Ibrahim!

Sunday, April 7, 2013

Manifesto BN - Sarat Dengan Projek, Program & Tindakan Khusus Demi Kemajuan Rakyat


"Marilah berganding bahu dengan saya dan rakan-rakan saya untuk memanfaatkan potensi kita ke arah memajukan sebuah negara yang benar-benar boleh kita banggakan...Sebuah negara di mana yang lemah diberi perlindungan, mereka yang memerlukan, diberi bantuan, yang paling kuat, diberi perlindungan, yang muda disayangi, yang tua dihargai, mereka yang memerlukan tumpuan, diberi perhatian dan mereka yang memiliki potensi, diberi peluang untuk berkembang."
 - Datuk Seri Mohd Najib Razak

Daripada www.teganuku. blogspot.com

Mentransformasi seluruh negara kepada keadaan lebih baik dan mendekati semua lapisan masyarakat - demikian intipati manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Daripada menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu dengan pendapatan lebih tinggi, hinggalah kepada memanfaatkan sepenuhnya potensi dan keupayaan rakyat yang mempunyai keperluan khusus dan mengambil langkah proaktif bagi memulihara alam sekitar dengan lebih berkesan, dokumen ini sebenarnya mengandungi satu aspek yang amat penting.

Apakah aspek yang dimaksudkan ini? Ia adalah segala janji yang diikrarkan bersifat realistik dan mampu dipenuhi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam tempoh empat tahun lepas, telah membuktikan kemampuan dan keupayaannya melaksanakan semua komitmen yang diberi sebelumnya.

Dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan dan ekonomi (GTP dan ETP) ketika menyandang jawatan, Najib memastikan semua program itu mencapai hasil yang diharapkan dan berdasarkan hakikat inilah beliau dengan yakin menegaskan bahawa kesemua janji PRU13 boleh dikotakan.

Dalam sejarah manifesto pilihan raya di negara ini, manifesto kali ini merupakan satu-satunya manifesto yang sarat dengan projek, program dan tindakan khusus yang bakal dilaksanakan bagi meliputi setiap aspek kehidapan rakyat.

Manifesto 32 muka surat ini mengandungi lebih 150 komitmen, kebanyakannya melibatkan projek dan program khusus.

Ini amat berbeza dengan manifesto pembangkang yang diumumkan baru-baru ini, yang mengikut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mengandungi dasar, arah tuju dan sasarannya secara umum.

Sebaliknya, BN berjaya membentangkan satu manifesto menyeluruh yang mengandungi segala maklumat yang benar-benar ingin diketahui pemilih, dalam kata lain, semua komitmen dihurai secara khusus berdasarkan projek dan program yang begitu realistik kerana BN telah menunaikan komitmen serupa dalam tempoh empat tahun lepas.

Perkara paling menyerlah dalam manifesto BN ini ialah penegasan Najib bahawa "kami tidak akan sekali-kali meminggirkan sesiapa" dalam mentadbir negara dan mencapai agendai nasional.

Sambil menggesa rakyat Malaysia supaya menghakimi BN berdasarkan merit, beliau berkata: "Marilah berganding bahu dengan saya dan rakan-rakan saya untuk memanfaatkan potensi kita ke arah memajukan sebuah negara yang benar-benar boleh kita banggakan..."


"Sebuah negara di mana yang lemah diberi perlindungan, mereka yang memerlukan, diberi bantuan, yang paling kuat, diberi perlindungan, yang muda disayangi, yang tua dihargai, mereka yang memerlukan tumpuan, diberi perhatian dan mereka yang memiliki potensi, diberi peluang untuk berkembang."

Antara komitmen utama yang akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN kembali berkuasa ialah:

* Menambah nilai BR1M kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah, baucer buku dan bayaran bantuan persekolahan

* Satu dasar automotif yang secara beransur-ansur akan menurunkan harga kereta sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus dan menjadikan kereta nasional lebih kompetitif

 * Menurunkan kadar caj jalur lebar sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus dengan jaminan lebarjalur (bandwith)

* Melaksanakan pelbagai langkah berorientasikan pengguna untuk membantu meringankan kos sara hidup

* Memberi lebih banyak fokus untuk menangani perubahan berkaitan bandar yang ketara termasuk menubuhkan sebuah kementerian baharu dan menyediakan perumahan awam berkualiti

* Membina satu juta rumah mampu milik dan membantu golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah membaik pulih rumah


* Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk setiap rakyat Malaysia, harga diskaun bagi rawatan perubatan tertentu bagi rakyat yang memerlukannya dan penjagaan paliatif di rumah bagi golongan berusia lanjut dan sakit teruk

* Membina terminal bas, rel dan teksi di semua bandar dan bandar raya serta memastikan wujudnya perkhidmatan bas yang lebih cekap

* Meluaskan rangkaian lebuh raya, membina Lebuhraya Pan Borneo

* Mewajibkan penyedia perkhidmatan memastikan mereka memberi perkhidmatan telefon mudah alih dan akses tanpa wayar yang boleh diharapkan

* Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi merangsang transformasi luar bandar dan membawa masyarakat luar bandar ke dalam pembangunan arus perdana. 

* Mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu, dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi * Berusaha ke arah mencapai pendapatan perkapita RM45,000 menjelang 2020

* Melaksanakan program transformasi bagi perusahaan kecil dan sederhana

* Melaksanakan perubahan terhadap struktur percukaian agar ia mempunyai asas lebih luas dan secara beransur-ansur memberi potongan kepada cukai pendapatan peribadi dan korporat

* Meningkatkan keberkesanan agenda Bumiputera dengan menyediakan sistem sokongan lebih kukuh serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan

* Menggubal dasar yang lebih adil dan saksama bagi semua kaum

* Menambah baik sistem pendidikan agar menjadi antara yang terbaik di dunia


* Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar, memantapkan lagi prestasi dalam pengajian Matematik dan Sains serta menjadikan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib lulus di peringakat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

* Mewujudkan kehadiran polis yang lebih ketara agar rakyat berasa lebih selamat dan terjaga

* Meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan

* Mengadakan program untuk memupuk kepimpinan berkualiti dan kreatif dalam kalangan belia

* Mewartakan semua tanah adat pribumi dan mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan untuk masyarakat pribumi

* Melantik seorang menteri untuk mentadbir hal-ehwal orang bukan Islam

* Mendedahkan kepada umum perkara berkaitan kontrak bagi meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan kerajaan

* Mewajibkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri menandatangani pek integriti

* Memastikan keanggotaan secara adil oleh semua kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan

* Menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui, antara lain, pembangunan bakat

* Mewujudkan pusat transformasi bandar di semua bandar dan pekan utama

* Berusaha mendapatkan kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan Malaysia memainkan peranan penting bagi keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan kerajaan

* Memperuntukkan ruang bagi kawasan hijau di bandar raya utama, memberi nafas baharu kepada sungai dan anak sungai, menambahkan lagi sumber tenaga hijau boleh diperbaharui dan memodenkan pengurusan pelupusan sampah.

Berikutan itu, ada enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 ini:

Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk "Menepati Janji Membawa Harapan" itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto berkenaan.

"Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik".

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu

Friday, April 5, 2013

Bekas Pemimpin Tentera Terus Hina, Caci Pemimpin Negara

Mad Hashim pada satu sidang media.
Ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara.

Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.

Tindakan mereka ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di Gerik malam tadi, tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan.
 
Hadi
Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid (kiri) dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat.


Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir (gambar atas) cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13.

"Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13.

"Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya.

Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13.

Utusan Online

Thursday, April 4, 2013

PAS Bersekongkol Mengkristiankan Malaysia Bersama DAP?

Pendedahan Agenda DAP untuk menjadikan Malaysia negara Kristian jika mereka (DAP, PKR dan PAS) dapat memerintah dan menguasai Putrajaya. Pendedahan dilakukan bekas Setiausaha DAP danTimbalan Ketua Pemuda DAP, Mohamed Razali bin Abdul Rahman.

Saksikan: