Thursday, December 23, 2010

ZUL SETUJU ZAID GELAR KARPAL SEBAGAI 'ULAR CELAKA'

Zulkifli Nordin
21 December 2010

Teman kesian tengok Zaid Ibrahim yang kian hari kian dimaki hamun oleh "kawan-kawan Pakatan Syaitan" dulu. Baru beberapa bulan lepas Zaid Ibrahim adalah hero dan "calun anugerah tuhan" bagi Pakatan pembangkang di PRK Hulu Selangor. Sehinggakan beberapa "masalah peribadi" Zaid Ibrahim pun dihalalkan pemimpin anugerah tuhan dan para pak jangoat penyembahnya. Tau-tau sekarang, "from hero to zero"; "dulu dikompang kini dilempang".

Terkini Karpal Singh, mursyidul am DAP dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Pembangkang Ahad lepas mendakwa bahawa "Zaid adalah seorang bekas Menteri UMNO dan seorang yang tidak boleh dipercayai kerana menjadi budak suruhan UMNO dan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman tahun 1988!!". Dan Zaid membalas balik dengan melabelkan Karpal Singh sebagai "ular celaka!!". Satu deskripsi yang teman tak boleh tidak terpaksa bersetuju dengan Zaid Ibrahim.

Macam mana Zaid Ibrahim tak label dia "ular". Karpal Singh yang dok maki Zaid ni jugalah pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan meliwat staf beliau sendiri (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya siasat Anwar Ibrahim! Karpal Singh ni jugaklah yang mendedahkan di Hotel Federal beliau punya bukti Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat.

Karpal Singh ni jugalah yang memberitahu beberapa pemimpin PAS yang Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat, menyebabkan mereka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi". Karpal Singh ni jugalah yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

DAN KARPAL SINGH NI JUGALAH MENJADI LOYAR MEMBELA ANWAR SEKARANG DENGAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP STAFNYA SAIFUL, perbicaraan yang dipenuhi dengan adengan tangguh menangguh sehingga hari ini melebehi 2 tahun!!

Pada teman, deskripsi Zaid Ibrahim bahawa Karpal Singh ini bukan sahaja celaka besar, tetapi "ular" yang sangat merbahaya kepada negara, rakyat, bangsa Melayu, dan kepada umat Islam sangatlah tepat. Kecuali segelintir pak jangoat yang sudah buta, umat Islam dinegara ini tidak lupa bahawa Karpal Singh ini jugalah orang yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini, langkah mayat dia dahulu (over my dead body)".

Adakah Zaid yang akan menjadi orang pertama nanti melangkah mayat mendiang Karpal kalau dia mati nanti? Wallahua'lam, kita tengoklah nanti!

Cuma teman nak peringatkan para pak jangoat dan yang sewaktu dengannya, kalau Karpal Singh boleh maki Zaid "celaka sebab dia bekas Menteri UMNO", bagaimana pula dengan Anwar yang dia bela sekarang, bukankah "Anwar bekas Timbalan Presiden UMNO!". Kalau Karpal Singh kata Zaid tidak boleh dipercayai "kerana dia budak suruhan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman 1988", bagaimana dengan "Anwar yang pada masa krisis kehakiman adalah anggota kabinet kanan Tun Mahathir yang menyokong tindakan pemecatan Tun Salleh!".

Apakah Karpal Singh juga lupa "Anwar adalah Menteri kanan UMNO semasa Karpal Singh dikenakan tindakan tahanan ISA semasa Ops Lalang". Dan tentu Karpal tidak lupa "Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO semasa Anak Laki Kitsiang dipenjarakan dalam isu Rahim Thamby Chik!".

Dan Karpal Singh juga seolah-olah lupa Anwar Ibrahim itu jugalah "Timbalan Presiden UMNO semasa YB Wee Choo Keong, Ketua Penerangan DAP dihukum penjara setelah memenangi pilhanraya kerusi Bukit Bintang". Apakah Karpal Singh terlupa "Anwar Ibrahim jugalah juara penswastaan semasa isu pemberiaan konsesi lebuhraya Utara-Selatan-PLUS" yang menyebabkan manusia cauvinis Kitsiang memfailkan saman terhadap Kerajaan Tun Mahathir.

Takkan Karpal lupa, dia loyer Kitsiang, Anak Lakinya dan YB Wee Choo Keong pada masa tu!

Sebenarnya, sebagaimana Karpal tahu tentang Zaid dan kini memaki-hamun Zaid, macam itulah Karpal tahu tentang Anwar tetapi mendokongnya. Kerana apa? Kerana itulah teman setuju dengan deskripsi Zaid Ibrahim mengenai Karpal Singh sebagai "ular paling celaka" sangatlah tepat lagi mampat!!

Dan teman tidak akan terkejut kelak nanti Karpal Singh akan memaki Anwar sebagai manusia "paling celaka" dan "tidak boleh dipercayai". Kalau dia boleh buat begitu kepada Zaid sekarang, apa yang nak halang Karpal daripada berbuat sedemikian kepada Anwar nanti!

Tetapi dek kerana Anwar terlalu ghairah dan bernafsu untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, maka Anwar juga lupa "ular-ular celaka" ini jugalah yang sedang menunggu sa'at jatuhnya pemimpin anugerah tuhan ini yang akan berlaku tidak berapa lama lagi. "Wait and see" kata orang di bulan!!

Kepada rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, bukalah mata dan jiwa anda. Apa lagi fakta dan bukti yang perlu didedahkan untuk membuktikan tentang politik sempit, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan Pakatan pembangkang ini. Apakah kita boleh dibutakan dengan gula-gula dan habuan "100 hari memerintah" Pakatan Syatan ini? Apakah begitu murah harga diri dan maruah kita?

Jangan di ulang kesilapan pengikut Fira'un, jangan diulang kesalahan pengikut Namrud, jangan diulang ketaksuban pengikut Kamal Attarturk. Stand up and be counted! Enough is enough! Stand for your right, stand for your dignity. Tolaklak politik perkauman, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan ini. May ALLAH bless this beloved country of ours.

Tuesday, December 7, 2010

ROSMAH MERIMASKAN NAJIB?

Ahmad Lutfi Othman (Harakahdaily Online)

Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh 23 tahun pemerintahannya, sering dikritik kerana kerap menghalang penyertaan rakyat dalam proses-proses penting pembinaan negara. Malah, bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan sikap autoritariannya itu, dikatakan jarang mempedulikan pandangan pihak lain, meskipun daripada rakan-rakan dalam Kabinetnya.

Penguasaan Mahathir begitu mencengkam, sama ada dalam partinya, Umno mahupun kerajaaan. Personalitinya begitu mempengaruhi proses politik. Fenomena ini tidak jauh berbeda dengan watak Lee Kuan Yew di Singapura atau Suharto di Indonesia ketika mereka menerajui negara masing-masing.

Ada yang melihatnya sebagai "diktator yang dipilih melalui sistem demokrasi". Bekas timbalannya (Mahathir mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri yang tidak sempat mewarisinya), Musa Hitam pernah mendakwa beliau lebih banyak "bermonolog dalam mesyuarat". Tidak kurang yang mengusik, hobi Mahathir pun boleh dijadikan projek negara. Maknanya, apa jua keinginan Mahathir akan dilaksanakan biar menelan berapa banyak kos sekalipun.

Pandangan Mahathir lantang, pedas, terbuka dan terus-terang. Apa yang terbuku di hatinya itulah yang diluahkan. Kita tidak perlu mencari makna tersirat di sebalik kata-katanya. Ramai pemimpin yang cuba bersilat kata-kata, mahu menyedapkan hati banyak pihak walaupun hakikatnya jauh berbeda, tetapi berbeda dengan Mahathir. Misalnya kritikan beliau terhadap ulama dan hukum Islam dilontarkan tanpa berselindung sekali gus menjelaskan kejahilannya.

Beliau memang pernah dikritik kerana mengutamakan beberapa kerat "kitchen kabinetnya", yang dikenali dengan jolokan AIDS, iaitu Anwar Ibrahim, Daim (Zainuddin) dan Sanusi (Junid) terutama menjelang pemilihan Umno, April 1987, yang menyaksikan penentangan paling serius dalaman parti daripada Team B, yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai meletakkan Mahathir pada kedudukan yang lemah, sehingga segala keputusan penting kerajaan diputuskan oleh AIDS. Beliau tetap berkuku dan selalu dilihat memerintah secara solo. Tiada watak lain yang dirasakan memainkan peranan tersembunyi di sebalik tabir.

Berbeda sekali dengan penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi, yang dikatakan tidak mempunyai "strong personality" walaupun lebih bersikap terbuka dan cuba menunjukkan beberapa pembaharuan dalam kerajaan. Perlantikan Abdullah sebagai PM begitu dialu-alukan terutama oleh sebahagian besar rakyat yang merasa tertekan di bawah regim Mahathir.

Saya sendiri menyifatkan Abdullah bakal memulangkan balik Malaysia kepada rakyatnya. Diharapkan partisipasi rakyat lebih dialu-alukan dan ruang awam yang disempitkan di zaman Mahathir kembali luas. Persaingan politik pula dijangka menjadi lebih adil, amalan rasuah dibanteras, pentadbiran yang lebih telus.

Abdullah memulakannya dengan langkah kanan. Pilihan raya umum 2004 mencatat sejarah. Penguasaan kerusi Parlimen BN melebihi 90 peratus. Rakyat terpesona dengan janjinya dan terpukau dengan potensi beliau sebagai tokoh pembaharu.

Malang sekali, harapan rakyat dikecewakan begitu cepat. Timbul pelbagai label negatif seperti dakwaan Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat dan tidak memahami isu-isu besar negara terutama hal-hal ekonomi.

Lebih parah lagi apabila Abdullah dilihat menyerahkan amanah besar rakyat - yang sepatutnya dipikul beliau dengan penuh tangungjawab - kepada pihak lain. Amalan kronisme Mahathir yang dikritik hebat pada era reformasi berjangkit dengan wajah yang lebih parah.

Abdullah dituduh bukan saja mengagihkan projek mega kepada teman karibnya, malah segala keputusan penting negara seolah-olah diputuskan sekumpulan penasihatnya, yang bukanlah hebat sangat kemampuan mereka. Golongan muda di Tingkat 4 JPM yang melingkungi Abdullah ini begitu berambisi tinggi, tetapi menarik Abdullah jatuh merudum terutama selepas dikecam hebat Mahathir.

Tambah memburukkan Abdullah apabila kumpulan yang muda-mentah itu diketuai menantunya sendiri, Khairy Jamaluddin selain anaknya, Kamaluddin. Sehebat mana pun seseorang tokoh itu, ia masih memerlukan pasukan penasihat. Namun bagi Abdullah, beliau seolah-olah menyerahkan segala urusan negara kepada pihak lain.

Wibawa Abdullah sebagai pemimpin tersungkur. Keyakinan rakyat kepadanya menjunam. Beliau dilihat ragu-ragu dan tidak jelas arah tujuannya. Tidak pernah seorang perdana menteri dijadikan bahan senda-gurau yang mengaibkan seperti Abdullah. Dalam pilihan raya Mac 2008, tsunami politik menghukumnya!

Najib Razak sejak awal digemari Mahathir. Mungkin ketegasan dan kecerdasan (juga kelicikan) Mahathir tidak sepenuhnya diwarisi Najib. Namun, penampilannya nampak lebih "genuine", tidak seperti pemaparan imej Abdullah yang dilakukan tukang "spin". Najib kelihatan lebih tangkas dan cekap berbanding Abdullah.

Paling penting, ia tidak lagi terkurung dengan penguasaan penasihat seperti dideritai Abdullah. Apa pun, ramai pemerhati merumuskan, "malang" Najib terletak pada isterinya, Rosmah Mansor.

Rosmah seolah-olah menteri tak berpotfolio yang tidak bergaji tetapi didakwa berbelanja boros! Pembabitan beliau dalam Sidang Kemuncak Wanita Pertama sudah cukup untuk melambangkan keghairahannya. Hampir setiap malam, melalui berita TV, wajahnya menonjol mengalahkan tokoh politik lain. Ramai bercerita peranan Rosmah menentukan penganugerahan projek besar kerajaan.

Wataknya bertentangan sama sekali dengan isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali. Saya tertarik dengan ulasan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tentang Hasmah. Untuk mengetahui karenah Rosmah, saya cuba membayangkan personaliti yang bertentangan dengan Hasmah, seperti diungkapkan Dr Asri:

"Begitu lama Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

"Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Siti. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya."

Seorang rakan mengusik, "untuk memahami watak Rosmah, cuba terbalikkan apa yang digambarkan Dr Asri dengan personaliti Siti Hasmah itu."

Monday, December 6, 2010

NUJUM PAK NON!!

Rasid Rosidi, bekas pembantu khas Anwar membuat laporan polis beliau dipaksa buat Surat Sumpah palsu untuk pembelaan kes liwat Anwar

Oleh Zulkifli Nordin (3 Disember 2010)

Pak Non @ Anwar semalam membuat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan bulan Mac 2011. Sifir Nujum Pak Non mudah je, sebab UMNO tangguh pemilihan mereka, maka pilihanraya akan diadakan tak lama lagi. Cukup mudah punya putarbelit. Dia berharap umpan baru ni akan mengena, dan orang akan brcakap mengenainya!

Sebenarnya ini adalah taktik Anwar untuk mengalihkan tumpuan kepada tembelang PKR yang sudah mula tidak terkawal. Konspirasi Anwar untuk menubuhkan Dinasti 3A berdasarkan konsep Ketuanan Anwar didalam PKR sudah terbongkar.

Kenyataan calun Ketua AMK Badrul Hisham @ Chegu Bard mengenai campurtangan langsung Anwar dalam penentuan dan pemilihan calun wahyu dari beliau membuktikan konspirasi itu. Pembongkaran Zaid Ibrahim tentang penyelewengan proses pemilihan PKR, dan desakan beliau supaya Anwar-Azmin berundur memparahkan lagi keadaan. Akhirnya Zaid yang terbungkam!

Demonstrasi oleh ahli-ahli PKR sendiri di waktu Kongres PKR baru-baru ini, dan masih berterusan dihadapan ibupejabat PKR mendesak Anwar & Azmin berundur dengan kenyataan pedas saperti "take your love nest out of PKR" sangat membimbangkan Anwar. Tidak pernah terfikir dalam benak Anwar bahawa ahli PKR akan memberontak terhadap dirinya yang dianggap hero Hindustan "Sivaji the Boss" bagi PKR. Ego Anwar terlalu besar.
Dia pemimpin "anugerah tuhan" saperti yang terpaksa diisytihar oleh bininya merangkap Presiden PKR! Mana boleh pemimpin anugerah tuhan didesak berhenti!! Anwar perlu menutup semua ini.

Apatah lagi dengan pendedahan terbaru rakan karib Anwar iaitu Dato' Sallehudin Hashim, bekas Setiausaha Agong PKR yang membongkar pembohongan dan penipuan berkaitan isu konon Timbalan Setiausaha Agong PKR Jenapala, yang bercadang brtanding jawatan Timbalan Presiden melawan Azmin anak emas Anwar, yang didakwa kononnya telah dipecat.
Dan mereka menggunakan satu surat kononnya ditandatangani oleh Dato' Sallehudin. Bekas Setiausaha Agong PKR yang mengisytiharkan diri keluar PKR itu membuat lapuran polis atas aduan tandatangan beliau telah dipalsukan. Bekas rakan sekolah Anwar itu menyatakan berlaku pembohongan dan penipuan dalam isu pemecatan Jenapala.

Sudah terlalu banyak pembongkaran dan pendedahan tentang pekung dan tembelang didalam PKR khususnya kepimpinan Anwar sendiri. Dengan nafsu yang meluap-luap untuk memahkotakan dirinya sebagai Perdana Menteri anugerah tuhan ini, Anwar tidak boleh mebiarkan pembongkaran dan pendedahan ini berterusan. Apatah lagi dengan dia berhadapan dengan tuduhan meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori, yang boleh menyebabkan impian ke Putrajaya bertukar igauan ngeri ke Sg. Buloh! Diparahkan lagi dengan lapuran polis oleh dua bekas pembantu beliau Rahimi dan Rasid yang mendedahkan bagaimana mereka dipaksa membuat Surat Akuan palsu untuk digunakan dalam pembelaan kes liwat Anwar, dan cubaan untuk memalukan dan mengaibkan YAB Perdana Menteri dan isteri.

Anwar perlu berbuat sesuatu untuk mengalihkan isu daripada diri dia dan parti tunggangannya PKR kepada isu lain. Sebab itu isu Ketuanan Melayu diputar balik oleh Anwar. Isu yang dia tahu akan mengundang reaksi aggresif dari orang Melayu. Dari professor kepada penoreh, pasti orang akan bercakap mengenainya. Isu yang dia sendiri cipta dan ditunggangi semasa zaman sebagai pemimpin UMNO, konsep yang diterjemahkan dalam bentuk budaya "pink form", kini isu itu dimainkan untuk memukul gendang perkauman! Habis segala tok lebai dan pak jangoat turut terheret. Anwar pasti tersenyum sumbing melihat temberangnya mengena lagi. Beliau tahu orang Melayu pasti melompat mencabut keris tumpul mempertahankan isu Ketuanan Melayu.

Kini Anwar memukul gendang pilihanraya. Konon pilihanraya umum akan dibuat lagi 3 bulan sahaja lagi. Teman dah boleh nampak temberang Anwar. 12 tahun yop bergelumang dengan Pak Non ni, teman dah boleh baca otak Anwar. Sifir Pak Non mudah aje. Kalau umpan pilihanraya umum dia ni mengena, sudah pasti ahli PKR yang memberontak akan mula membisu, mungkin juga mula mencium tangan dan kaki pemimpin anugerah tuhan ini, kerana berharap akan dapat jadi calun pilihanraya. Lawan pemimpin anugerah tuhan kalu takde peluanglah nak jadi calun. Anwar tahu diluar sana ramai ahlinya yang terlalu ghairah nak menjadi YB. Tu yang siap sepak terajang baling kerusi bertarik rambut sampai bertumbuk nak menang jawatan sebab memegang jawatan itu laluan mudah menjadi calun YB!

Dengan meyakinkan ahlinya yang taksub bahawa pilihanraya sudah dekat, Anwar berharap tiada lagi pemberontakan terhadapnya. Tiada lagi demonstrasi, bantahan dan memorandum menuntut dia letak jawatan dan berundur. Semuanya akan jadi setan bisu, baik dok diam ada peluang jadi calun. Bising kalu tak merasa lah kawan nak dok dalam dewan rakyat dan dewan undangan negeri.

Sebenarnya inilah formula yang Anwar pakai selepas Mac 2008. Dia tahu ramai wakil rakyat yang tidak puas hati dengan isu perlantikan Menteri Besar, Exco, ahli majlis dan lain-lain. Dah mula ada yang mengutuk dan mengkritik secara terbuka. Ini perlu dibendung. Maka timbullah konspirasi 16 Sept. Paluan kompang sumbang yang pembangkang sudah ada cukup MP dari BN untuk melompat bagi membolehkan beliau ke Putarajaya. Dipusing dan diputar wayang 16 Sept ini, sehingga akhirnya ramai yang terpedaya. Maka selamatlah Anwar. Tetapi bila terbongkar pembohongannya, ramai yang memilih untuk keluar dan tidak bersekongkol lagi dengan sandiwara Anwar.

Begitu jugalah apa yang akan berlaku. Dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Dunia yang maklumat sampai dengan hanya satu klik. Dunia yang mana putar-putaran dan belit-belitan begitu mudah terbongkar. Sebab itu teman yakin, sebagaimana ranapnya PKR dan Pakatan Pembangkang selepas terbongkarnya pembohongan 16 Sept, begitu jugalah pasti PKR akan hancur selepas pembohongan dan penipuan proses pemilihan PKR baru-baru ini terbongkar! Nama-nama gah dan besar dalam PKR sudah angkat kaki. Hero hindustan PKR Zaid Ibrahim pun dah cabut. Teman tahu ada beberapa nama besar lagi akan angkat kaki tak lama lagi.

Kepada rakyat dan umat, nasihat teman janganlah terpedaya dengan mainan politik temberang dan cakap tak serupa bikin manusia bernama Anwar ini. Isu ketuanan Melayu, perlantikan Kit Siang sebagai TPM, dan terbaru konon pilihanraya umum akan diadakan bulan Mac ini, semuanya hanyalah sandiwara dan temberang Anwar untuk menutup pekung dan tembelang hanyir yang sudah terbongkar!! Teman cukup yakin akan main lebih banyak isu untuk menyelamatkan tengkuknya. Sekarang dibawa cerita kononnya dia akan digantung dari Parlimen kerana pembohongan isu APCO. Kononnya sekali lagi dizalimi dan dianiaya.

Sebenarnya bagi teman Anwar tidak patut tunggu digantung. Beliau sepatutnya mengundurkan diri dan bercuti sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Kerana beliau sedang menghadapi satu pertuduhan jenayah meliwat kakitangannya sendiri.

Pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun! Sebagaimana pegawai dan kakitangan kerajaan akan dikenakan tindakan gantung kerja dengan setengah gaji jika dikenakan pertuduhan jenayah di Mahkamah, begitulah sepatutnya Anwar juga patut digantung dan diberi elaun setengah bulan sementara menunggu perbicaraannya selesai.

Dan kepada Anwar, terimalah nasihat ikhlas bekas Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zanul Abidin, berundurlah secara terhormat sebelum diundurkan secara yang mengaibkan. Dan nasihat teman kepada Anwar, eloklah dikala umur senja ni bermuhasabah diri banyak-banyak, pintu taubat masih terbuka. Bertaubatlah!

http://zul4kulim.blogspot.com/