Saturday, March 31, 2012

Zulkifli Nordin Cabar Anuar Saman Karpal Singh

"DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri! Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!"

Oleh Zulkifli Nordin (26 Mac 2012)

Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Thursday, March 29, 2012

BN Hanya Mampu Kekal 3 Negeri Pada PRU 13, Pakatan Yakin Ke Putrajaya

Barisan Nasional hanya mampu kekalkan tiga negeri iaitu Melaka, Pahang dan Johor sementara UMNO perlu bersatu untuk kekalkan Terengganu dan Sabah -
TUN DAIM ZAINUDDIN


Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di Temerloh menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.

“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di Temerloh kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.

Di Rantau Panjang, Umno dan BN perlu menerima hakikat parti itu semakin hilang pengaruh biar pun media tajaan mereka memberi gambaran sebaliknya.

Ini dapat dibuktikan apabila Umno terpaksa menggunakan pentas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) serta pengagihan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mengerah orang ramai hadir.

Di Kota Bharu ceramah Ketua Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh terpaksa diadakan jamuan bagi menarik orang ramai datang. Malah pada poster ceramah turut dipaparkan gambar Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terbaru di Kampung Paya Senang malam Isnin lalu disediakan jamuan nasi. Bagaimanapun kehadiran penduduk boleh dibilang dengan jari.

Timbalan Exco kerajaan negeri, Mohamad Awang (gambar) berkata, pemimpin Umno perlu mengakui hakikat yang berlaku sekarang kerana masa kehebatan mereka semakin berlalu.

“Malah kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang membayangkan Umno dan BN hanya mampu mempertahankan Pahang, Johor dan Melaka sahaja pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 amat mencabar sekali.

“Kenyataan bekas bendahari Umno itu sangat jelas dan boleh diterima oleh sesiapa sahaja. Keterbatasan keupayaan Umno kelihatan makin jelas sekarang. Ini membuat mereka semakin kecut perut.

“Kejatuhan empat negeri ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dan mengekalkan Kelantan pada PRU-12 merupakan permulaan episod yang menakutkan kerajaan BN,” katanya yang juga Adun Gual Periuk di Rantau Panjang.

Menurutnya, bayangan dibuat Tun Daim tidak mampu ditolak begitu sahaja kerana beliau mengetahui selok-belok yang berlaku dalam Umno dan BN sejak dahulu sehingga sekarang.
Baru-baru ini ketika interview dengan sebuah akhbar berbahasa Cina Daim dilaporkan memberitahu usaha Umno-BN mempertahankan Perak menjadi satu cabaran.

Begitu juga mahu mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno perlu bersatu.

Harakahdaily (28 Mac 2010)

Friday, March 16, 2012

'Cowgate Akan Tentukan Keputusan PRU 13 - Tun Daim

“Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama...akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza. Oleh itu Najib melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka”. - Tun Daim Zainuddin

Ambil perhatian terhadap pandangan pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

Mengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.


Baca terjemahan penuh temubual itu:

TERJEMAHAN WAWANCARA EKSKLUSIF SINCHEW DENGAN TUN DAIM ZAINUDDIN 15 MAC 2012

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakah pada tahun ini.Sekiranya PRU semakin lama ditangguhkan, Barisan Nasianol (BN) bakal mewujudkan kesilapan yang lain, sementara Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal menghadapi pertikaian dalaman yang semakin banyak sesama komponen parti.

Dalam PRU yang akan datang ini, tanpa mengira BN atau Pakatan, masing-masing tidak mempunyai masa yang cukup. Tetapi untuk pertama kali BN yang diketuai oleh Najib, masih mempunyai kelebihan mengekalkan dominasinya. Namun wawasan BN mengambil alih majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen sukar dicapai.

Menurut Daim Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April. PRU13 dijangka diadakan pada hari cuti sekolah sekiranya cuti sekolah kali ini terlepas, kemungkinan pada cuti sekolah yang akan datang (26 Mei – 10 Jun).

Walaupun Daim berkata BN mempunyai kelebihan dalam PRU ini, namun mereka tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan kali ini. Kemenangan dalam PRU ini bergantung kepada pihak yang mana kesilapannya adalah kurang.

UMNO tidak faham, anggap dapat sokongan orang Melayu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga berpendapat, apa yang diminta oleh golongan Melayu, Cina dan India di kawasan Bandar adalah sama, mereka mahukan persekitaran hidup yang lebih baik, letih dengan kesesakan trafik, bimbang akan gejala jenayah, dan marah dengan kos hidup yang tinggi.

Katanya dalam era di bawah kepimpinan Mahathir, kelima-lima pilihan raya yang telah dihadapi beliau meraikan kelebihan majoriti dua pertiga. Hal ini demikian kerana beliau memastikan masalah yang diperhatikan oleh rakyat dapat diselesaikan dan membolehkan mereka rasa selesa (feel good) sebelum plihan raya.

“Kamu seharusnya memahami perasaan rakyat, golongan muda, penduduk Bandar, orang Melayu yang mendiami di rumah pangsa, orang Cina dan India, permintaan mereka adalah sama. “

Akan tetapi, penduduk kampung adalah berbeza. Oleh itu Najib melawat mereka, berbual-bual dengan mereka, memahami keperluan mereka”.

Najib mungkin hilang kuasa sekiranya keputusan bertambah buruk

Daim berpendapat, walaupun BN menikmati kelebihan dalam pilihan raya yang akan datang, namun bagi Najib yang buat kali pertama mengetuai pasukan, beliau seharusnya berjuang bersungguh-sungguh supaya mencapai kemenangan.

Apabila ditanya tentang adakah BN mampu menawan semula kelebihan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya yang akan datang, beliau hanya menyatakan bahawa kemenangan dengan majoriti dua pertiga itu adalah suatu wawasan yang amat baik, tetapi hendaklah lebih praktikal.

“Sekiranya Najib kehilangan lebih banyak kerusi, maka beliau akan diturunkan daripada tampuk pemerintahan. Inilah realiti politik.”

Mengulas mengenai calon yang paling berkemungkinan menjadi pengganti, Daim berkata, seperti kata pepatah “patah tumbuh, hilang berganti”, tetap akan adanya pengganti, biarlah baik atau buruk, apabila seorang pemimpin menurun dari tampuk pemerintahan, ada orang menggantinya.

Walau bagaimanapun, menurut analisa beliau, jika prestasi ekonomi memuaskan, UMNO bersatu padu, BN pulih sebagai satu pasukan, bolehlah Najib menguasai kelebihannya.

Sekiranya Najib tidak dapat memperolehi kemenangan dan terpaksa turun dari tampuk pemerintahan, keputusan tentang siapakah yang akan menjadi pengganti harus dibuat oleh UMNO, ataupun melalui pemilihan parti. Mengikut tradisi, Timbalan Pengerusi akan mengisi jawatan tersebut.

Namun apa-apa pun mungkin berlaku, mungkin juga terdapatnya pihak yang mencabar, hal sedemikian bukanlah sesuatu yang baru, beginilah politik, setiap orang berangan-angan menjadi perdana menteri.

Memuji prestasi Najib lebih baik daripada mantan (PM)

Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata, ia adalah amat berbahaya sekiranya pemerintah bersikap seperti “tutup mulut! Baik ikut saja kami, kami adalah yang terbaik,”.

Masyarakat kini bukan lagi golongan yang hanya taat mengikuti, informasi bebas disebar di luar, mereka boleh membuat keputusan masing-masing.

Sebagai seorang pemimpin, patutlah memberi penerangan kepada masyarakat supaya mereka memahami sebab-sebabnya.

Beliau turut mengatakan bahawa program transformasi dan transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Najib menuju ke arah yang tepat.

Beliau berpendapat, transformasi Najib boleh dibahagi kepada dua jenis, yang pertama ialah pembaharuan secara radikal manakali yang jenis kedua ialah reformasi secara beransuran, sesungguhnya pembaharuan memerlukan masa.

Dilema yang dihadapi Najib buat sekarang ialah, reformasinya yang terlalu pantas mungkin menghadapi tentangan dan pergolakan manakala yang terlalu lambat pula membazirkan masa.
Tsunami 2008 tidak akan berulang

Dalam pilihan raya yang lalu, kesalahan yang dilakukan oleh UMNO ialah keangguhan, mereka tidak mendapatkan pandangan daripada cawangan dan menyebabkan berlakunya ketidakpuasan di kalangan ahli parti dan seterusnya tidak mengundi UMNO.

MCA juga mengalami masalah yang sama, mereka memberi peluang kepada ahli parti baru untuk bertanding dalam pilihan raya tanpa perundingan dengan cawangan. Jikalau MCA melakukan kesalahan yang sama, maka mereka akan dilanda masalah.

Skandal lembu lebih berpengaruh berbanding isu Lynas

Lazimnya topik atau isu yang biasa akan dilupai dalam tempoh 14 hari, tetapi isu ‘cowgate’ adalah luar biasa. Orang Melayu, orang Cina, dan orang India jelas dengan isu ini, malah penduduk kampung turut menyedari nilai lembu. Oleh itu, beliau mengingatkan Najib supaya berwaspada dengan isu tersebut kerana ia akan menjadi faktor yang bakal menjejaskan undi.

Beliau berpendapat bahawa sebagai seorang ahli parti dan juga pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyatnya. Shahrizat harus membuat keputusan untuk sendirinya secara wajar dan bukannya bergantung kepada keputusan yang dibuat Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, sedangkan isu ‘cowgate’ mampu mempengaruhi undi, ia tidak akan menjadi faktor utama dalam menentukan masa bagi pilihan raya.

Mengulas mengenai gelombang anti-Lynas, Daim berpendapat ia tidak akan menjejaskan keadaan pengundian di kawasan lain.

BN jangan lagi ada berita negatif

Dalam soal perkara negatif, contohnya Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlibat dalam skandal NFCorp, kerajaan sepatutnya memberi penjelasan secepat mungkin. Informasi menyebar dengan pantas sekali pada era ini dan hal ini menyebabkan pengurusan krisis lebih mencabar.

Menurut Daim, rakyat sekarang mahukan perubahan, walaupun mereka tidak semestinya inginkan menukarkan kerajaan, tetapi sememangnya mereka mahukan perubahan dalam cara mengambil tindakan.

Beliau berpendapat, seorang pemimpin yang baik merupakan seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Sebagai seorang pemimpin, dia hendaklah berani membuat keputusan, sekiranya melakukan sebarang kesilapan, bolehlah diperbaiki.

Apa yang berbahaya ialah pemimpin yang tidak sanggup membuat keputusan.

Kualiti parti politik adalah lebih mustahak daripada sistem dua parti

Daim juga menegaskan bahawa walaupun sistem dua parti penting, namun apa yang lebih penting ialah kualiti parti politik.

“Adakah kamu mahukan parti yang mengingini membina negara Islam? Atau parti yang diketuai oleh seorang pemimpin yang asyik berangan-angan menjadi Perdana Menteri? Ataupun DAP yang dilihat oleh orang Melayu sebagai parti anti-orang Melayu? Pengundi harus memikir dengan teliti, bukannya semata-mata menyatakan keinginan untuk berubah.
BN harus ”menstabilkan Semenanjung sementara menyerang Sabah Sarawak”

Menurut Daim, BN seharusnya mempergiat usaha memperjuangkan Sabah dan Sarawak, pada masa yang sama mempertahankan kerusi yang sedia ada di Semenanjung Malaysia, tambahan pula memerhatikan kerusi yang tercicir dengan kesalnya akibat kehilangan hanya beberapa undi. Dengan ini, BN dapat mempertahankan kuasanya.

Dalam analisisnya tentang ramalan kemenangan pelbagai negeri, Daim menegaskan ia adalah amat sukar bagi BN memenangi semula negeri Pulau Pinang dan Kelantan, Kedah dan Selangor pula mempunyai peluang ditawan semula.

Beliau menekankan bahawa jikalau BN dapat mencarikan pemimpin yang bersesuaian di negeri Kedah dan Selangor, dan dapat menaikkan semangat keyakinan di kalangan rakyat pada pemimpin tersebut, tambahan lagi ahli parti bergading bahu dan bersatu puda, serta memastikan ahli parti yang tidak terpilih sebagai calon tidak memberi undian kepada parti yang lain, maka berkemungkinan BN dapat menguasai Kedah dan Selangor semula.

”Di Selangor, saya tidak berasa bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid mempunyai prestasi yang sangat baik, tetapi sekurang-kurangnya beliau menonjolkan imej yang berintegriti.”

Mengenai negeri Perak pula, Daim berpendapat BN yang merampas kuasa dalam pilihan raya yang lalu telah menimbulkan emosi negatif di kalangan rakyat Perak dan menyebabkan mereka lebih berpihak kepada pembangkang, oleh itu diramalkan amat sukar bagi BN untuk terus mempertahankan kuasa di Perak.

Apabila ditanya tentang negeri Kelantan, Daim berkata selagi Kelantan masih di dalam kepimpinan Menteri Besar Kelantan Pas, Datuk Nik Aziz, tiada harapan untuk BN menawan negeri tersebut.

Jika MCA dan GERAKAN kalah teruk

Daim berpendapat, jika UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang manakala MCA dan GERAKAN menghadapi kekalahan, ia adalah perkara yang amat malang lagi menyedihkan.

Bagi beliau, situasi sebegini akan menjadi ’racial voting’, di mana rakyat tidak mengundi atas premis sebagai seorang Malaysian, negara akan sentiasa diasingkan oleh perbezaan antara kaum.

Tsunami politik 2008 telah mengubahkan pandangan rakyat terhadap sistem dua parti pada tahap yang besar, turut munculnya kemungkinan bagi penukaran rejim. Akan tetapi, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak dapat menubuhkan Kabinet bayangan (shadow cabinet), oleh itu rakyat seharusnya menelitikan hakikat ini dan membuat pertimbangan sewajarnya.

Daim turut menunjukkan bahawa meskipun kerajaan telah dengan gigihnya mendekati masyarakat Cina dan apa-apa jua usaha yang dapat diambil telahpun dilakukan, namun beliau percaya bahawa sekurang-kurangnya 70% daripada pengundi Cina telah membuat pilihan yang muktamad iaitu tidak akan lagi mengundi BN dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau mengingatkan pengundi Cina bahawa sebarang tindakan yang negatif akan mengundang reaksi negatif; sebab inilah beliau menyaran pengundi membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sekiranya masyarakat Cina cuma semata-matanya menunjukkan perasaan ketidakpuasan tanpa memikirkan akibat, ia adalah amat berbahaya.

Orang Melayu juga merupakan orang Malaysia

Daim berkata, Kita adalah orang Malaysia. Orang Malaysia diutamakan, kedua dan ketiga juga adalah orang Malaysia. Daim berpendapat sebahagian besar orang Melayu menganggap dirinya orang Malaysia kecuali orang yang bersifat perkauman.

Semua orang meminta keadilan, kerajaan juga berusaha dalam mengurangkan ketidaksamaan. Semasa DAP mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir bahawa kesilapan Dasar Ekonomi Baru (DEB), ini adalah kenyataan yang emosi.

Dasar Mahathir bertujuan membasmikan kemiskinan, dan hakikatnya, kita berjaya pencapaian.
Dasar Ekonomi Baru tiada unsur perkauman

DEB tidak membezakan kaum, oleh itu pembangunan kampung cina tidak diabaikan. Namun, sebahagian dasar tidak dilaksanakan dengan baik, ini adalah masalah pelaksanaan, bukan masalah dasar.

Daim berasa, Model Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Najib pada ketika ini juga tiada sebarang unsur perkauman. Setiap dasar dihendaki masa untuk membawa perubahan. Sekiranya kesilapan wujub boleh memberi pembetulan, ini adalah demokrasi.

Perkasa hanyalah NGO

Perkasa hanyalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia boleh menjerit atau membuat perkara lain tapi tidak boleh melangkaui Perlembangaan Persekutuan.

Dari perspektif orang Malayu, orang Cina mempunyai NGO berjuang untuk hak orang cina seperti Dong Zong dan pertubuhan Cina yang lain.

NGO tersebut telah lama mewujud di negara ini. Tapi masyarakat orang Melayu hanya mempunyai Perkasa yang baru-baru ditubuhkan sahaja.

Walaupun Perkasa dilihat berhubung rapat dengan UMNO, tapi Daim berasa yang terpenting adalah dasar kerajaan. Dasar-dasar dirangka oleh kabinet yang ditubuhkan oleh pelbagai kaum, bukan dari orang di luar.
Mahathir tidak miliki kuasa sebenar

Tun Mahathir tidak mempunyai kuasa sebenar selepas beliau berundur. Pengaruhnya hanya adalah beliau seorang bekas Perdana Menteri. Rakyat mahu pandangan yang berbeza, orang Melayu suka mendengar pandanganya.

Daim tidak berasa Mahathir masih boleh mempengaruhi dasar kerajaan. Dalam UNMO juga tidak mempunyai kuasa Mahathir. Kerajaan mementingkan pandangan Mahathir hanya kerana warga Malaysia menghormati orang tua.
Orang Cina tidak percaya Anwar

Pergerakan Reformasi mengakibatkan DSAI menjadi Ketua Pembangkang dan juga tokoh digemari oleh belia. Namun begitu, Daim tidak berasa DSAI adalah tokoh golongan belia. Menurutnya, orang Cina di malaysia tidak percaya DSAI. Orang Cina hanya mempergunakan DSAI untuk mengubah rejim, dan DSAI mempergunakan orang Cina untuk mengambil alih Putrajaya.

Kepimpinan dan dasar merupakan elemen terpenting bagi memerintah sebuah negara. Sekiranya DSAI mengagihkan 20 peratus – 50 peratus pendapatan cukai minyak kepadaTerengganu, Sabah dan Sarawak. Dimanakah dapat wang untuk pembangunan?

”BN memberi RM500 kepada rakyat dikatakan tindakan rasuah, tapi DASI berkata nak memberi RM1000 setiap tahun kepada rakyat tidak seorang kata ini tindakan rasuah. Beritahu saya, apakah perbezaannya? ”

”Semasa berada di parti pembangkang, anda boleh memberi apa-apa perjanjian. Tapi semasa mengambil kuasa pemerintahan, anda kena berfikir, kemanakan wang itu datang?”

PAS akan laksana hudud

Menurutnya, PAS dilihat kesederhanaan, tidak lagi menyebut negara Islam tapi hanya negara kebajikan, dan juga bekerjasama dengan DAP. Namun begitu, pasti mengambil perhatian bahawa selepas mengambil kuasa pemerintahan, PAS akan melaksanakan hukum hudud dan islamisasi.

Pengundi cina adalah pragmatik, mereka mengenai ancaman pakatan antara PAS dan DAP. Meskipun mereka tidak memuaskan UMNO, tapi apa yang mereka nak adalah kemajuan dan pembangunan secara kemakmuran, kestabilan, keamanan.

Anwar hanya ingin jadi Perdana Menteri

Daim turut menyatakan bahawa keinginan DSAI hanya adalah menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak mempunyai dasar bagi negara ini. Sekiranya Pakatan memenang PRU, anda tidak akan tahu dasar beliau dan juga arah masa depan. Ini kerana DSAI tidak mempunyai dasarnya.

Apakah bentuk demokrasi yang rakyat mahu? Bentuk demokrasi Parti Keadilan? Pengundinya lebih daripada ahli parti semasa pemilihan parti. Bentuk demokrasi DAP? Kuasa kepimpinan berpindah daripada ayah kepada anaknya. Bentuk demokrasi PAS? Pelaksanaan dasar islam adalah demokrasi mereka.

”Adakah perubahan rejim membawa manfaat? Adakah perubahan semestinya menukar rejim? Pengundi harus faham, sekiranya perubahan secara besar-besaran akibat bergelora, ini adalah perubahan yang mereka mahu?”

Terjemahan oleh : Kajian Politik untuk Perubahan

Friday, March 2, 2012

TAHNIAH...Ramainya Melayu Di Kalangan 11 Bilionair Malaysia


Seramai 40 rakyat Malaysia terkaya bernilai AS$64.4 bilion, meningkat AS$2.3 bilion daripada tahun sebelumnya, demikian menurut senarai terkini Forbes.

Kebanyakan mereka tidak banyak berubah berbanding tahun sebelumnya.

Robert Kuok mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya, dengan empayar gulanya yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion.

Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.

Di tempat ketiga ialah Lee Kim Hua, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion.

Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat.

Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.

Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat
dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.

Malaysia kini mempunyai 11 bilionair, naik daripada 10 pada tahun lepas, setelah adik-beradik Lee Oi Han dan Lee Hau Hian, yang menguasai syarikat sawit dan kimia Batu Kawan, menyaksikan nilai bersih mereka meningkat.

Harta mereka melonjak 22 peratus setelah saham dalam Batu Kawan meningkat dengan harga minyak sawit yang lebih tinggi.

Tiga pendatang baru dalam senarai iaitu Ninian Mogan Lourdenadin, doktor yang beralih menjadi hartawan runcit, disenaraikan pada No. 22 dengan nilai
AS$500 juta.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBF Holdings dan menjalankan empayar perniagaan harta, runcit, riadah dan perubatan yang meliputi Malaysia hingga ke Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ke dalam senarai ialah Gooi Seong Lim yang mengetuai Crescendo, syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan. Beliau berada di kedudukan No.34 dengan nilai AS$220 juta.

Ng Joo Siang, juga memasuki senarai untuk kali pertama di No. 37 dengan nilai AS$185 juta.

Beliau yang berusia 52 tahun mengambil alih Pacific Andes International Holdings, perniagaan keluarga daripada bapanya.

Tambahan kepada tiga penyertaan baru, dua kembali ke senarai: Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif syarikat insurans auto Kumia Asia dengan nilai bersih US$160 juta; dan Khoo Kay Peng, Pengerusi Malayan United Industries, dengan nilai bersih AS$155 juta.

Secara keseluruhan, 21 jutawan dalam senarai itu menyaksikan peningkatan kekayaan mereka manakala 12 mengalami kejatuhan dan dua kekal sama.

Tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak AS$155 juta diperlukan untuk layak dalam senarai, meningkat daripada AS$125 juta tahun lepas.

Berbeza dengan kedudukan bilionair, senarai Malaysia termasuk harta yang dikongsi di kalangan keluarga yang besar. Senarai telah disusun menggunakan pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Nilai bersih berdasarkan harga saham dan tukaran asing sehingga pada 14 Februari 2012.