Wednesday, October 29, 2008

PKR PINGGIR PENGURUSAN MELAYU

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin hilang punca.
Kini ia mempersendakan keupayaan kepimpinan dan pengurusan Melayu apabila menganggap kakitangan Melayu di PKNS tidak layak memegang jawatan Pengurus.

Isu kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS menimbulkan kontroversi apabila semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan
Akaun PKNS, Low Siew Moi memangku jawatan itu selama setahun.

Kenapa sementara? Tidak adakah kakitangan Melayu yang berpengalaman di PKNS sendiri?
Tanyalah diri sendiri secara ikhlas,

Kalau syarikat bukan-Melayu, apakah pengurus besar dilantik daripada kalangan Melayu, walapun ramai yang layak?

Apakah syarikat besar milik rakan pemimpin PKR selain syarikat-syarikat milik MCA, Gerakan atau MIC mengambil pengurus Melayu?

Berterus-terang sajalah.

Nyatakanlah segala-galanya dilakukan PKR untuk menarik sokongan orang Cina walaupun korbankan jawatan yang sepatutnya diisi orang Melayu.

Penjelasan Abdul Khalid bahawa pengalaman Low amat berguna bagi membantu kerajaan negeri melaksanakan penyusunan semula dalam operasi dan aktiviti PKNS adalah alasan.

Apakah selama ini PKNS tidak beraspirasi untuk menjadi organisasi yang terbaik di rantau ini, tetapi juga dalam usahanya memulakan projek pembangunan semula perumahan baru di Petaling Jaya, Kajang dan Klang?

Apakah hanya di bawah Pakatan Rakyat baru PKNS ‘sedar daripada lenanya?”

Hari ini, wakil pegawai dan kakitangan PKNS yang diketuai Presiden Persatuan Pegawai Kanan PKNS , Idris Ishak juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar mengenai pemangkuan jawatan itu oleh Low.

Pas bertindak cepat apabila mempersoalkan kenapa dua pegawai paling kanan PKNS iaitu Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran, Md Nasir Md Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Abdul Ghani Hassan tidak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.

Pas mahukan pemilihan dibuat daripada kalangan orang kanan dalam PKNS atau bakat luar untuk mengisi jawatan itu.

Sehubungan itu, katanya Pas Selangor akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan untuk mengisi jawatan itu dan menurutnya setakat ini parti itu sudah mempunyai dua calon untuk mengisi jawatan itu.

Dr Hasan tidak menolak jika calon itu adalah orang politik dan menurutnya apa yang penting ialah calon itu bersikap profesional dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ditanya mengapa Pas membantah pelantikan Low, Dr Hasan berkata parti itu berpendapat Md Nasir dan Abdul Ghani lebih layak dipertimbangkan kerana mereka sudah lebih 30 tahun berkhidmat dan menyumbang kepada PKNS.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bagi membincangkan isu pemilihan Pengurus Besar PKNS berikutan persaraan Datuk Harun Salim, hujung bulan ini.

Pengurus Besar terdahulu, Dato’ Harun Salim bersara hujung Oktober ini. Persoalannya kenapa pula Harun tidak dilanjutkan tarikh persaraannya?

Pada sidang media selepas pertemuan itu, Dr Hasan berkata Menteri Besar menyatakan kesediaan memendekkan tempoh pemangkuan Low jika Pas mampu mendapatkan calon pengganti pengurus besar yang berkaliber, profesional dan mempunyai pengalaman mengendalikan organisasi bersaiz seperti PKNS.

Abdul Khalid yang mempertahankan Low berkata pemilihannnya kerana profesionalisme dan keupayaan mentadbir yang ditunjukkannya di dalam PKNS.

menjelaskan pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah bersifat sementara sehingga calon yang sesuai dilantik.
Menteri Besar Selangor berkata pada masa sama Lembaga Pengarah PKNS berusaha mendapatkan pengurus besar yang berkaliber, berwibawa, beretika dan berkebolehan untuk membawa perbadanan itu ke era baru.

“Dalam hal ini, Puan Low mengakui agar peneraju PKNS yang baru mestilah seorang bumiputera yang profesional dan mempunyai pengalaman dalam pembangunan hartanah, pembangunan semula dan disegani oleh komuniti hartanah,” katanya.

Jelas Abdul Khalid lagi, pencarian calon pengurus besar di kalangan pegawai kanan yang sedang berkhidmat di PKNS sudah diusahakan.

“Namun, ada beberapa sebab tentang perlunya juga kita mencari calon di luar PKNS. Antara sebabnya, PKNS berkehendakkan pegawai yang profesional dalam aspek hartanah, di samping mempunyai kelayakan dalam bidang pengurusan hartanah, kejuruteraan, seni bina atau jurunilai untuk mengetuai PKNS memulakan projek pembangunan semula,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang perniagaan khususnya pembangunan hartanah tidak membanggakan.

“Ini disebabkan lebih 75 peratus daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawab serta berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan itu.

Dan apabila merumuskan bahawa “Sesungguhnya tindakan yang radikal perlu dilakukan bagi ‘membersihkan’ PKNS supaya ia betul-betul mencapai matlamat asal untuk memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah yang diceburi”, ssudah sah ada ‘udang di sebalik Maggie”.

Alasan PKNS mahu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat terutama masyarakat Melayu yang mahu bekerja keras dan berusaha tanpa ihsan daripada mana-mana pihak hanyalah manis di bibir.

Janganlah kerana mementingkan sokongan politik bukan-Melayu, kerajaan PKR mengamalkan dasar biar ‘menang sorak, kampong tergadai’ dan sanggup menyerah dan menggadai segala-galanya!

Monday, October 27, 2008

SURAU HARAM AKAN DIKOMPAUN

Hati-hati membina surau di Selangor. Ia mungkin dirobohkan.
Selalunya orang Pas yang kedepan dalam soal ini kerana orang UMNO hanya bergantung kepada masjid kerajaan.

Surau dan tempat ibadah kecil-kecil ini didirikan apabila merasa ‘kurang selesa’ bersembahyang atau melakukan aktiviti Islam lain di masjid yang kadangkalanya dicerca pembinaannya.
Pada 24 Oktober lalu, Kerajaan negeri mengumumkan akan mengenakan kompaun terhadap rumah ibadat termasuk masjid dan surau yang dibina secara haram di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, tindakan itu bertujuan bagi menyusun semula pengurusan rumah ibadat di negeri ini.
Xavier berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat keluasan pembinaan rumah ibadat baru termasuk pemindahan tidak melebihi daripada 10,000 kaki persegi (3,048 meter persegi).

Beliau menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berhubung pembinaan rumah ibadat yang didakwa tidak mendapat kelulusan PBT sebelum ini terutama di kawasan lapang perumahan.

"Masalah sekarang kerajaan BN sebelum ini telah beri kawasan lapang termasuk tempat permainan kawasan perumahan dan kawasan rizab untuk membina tempat ibadat. Ini isu sensitif, saya minta supaya semua pihak bersama-sama mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini. Kerajaan negeri sedia bincang dengan sesiapa pun mengenai perkara ini," ujarnya.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco pada 9 Julai lalu yang mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun terhadap rumah-rumah ibadat berkenaan sehinggalah permohonan untuk kelulusan daripada kerajaan negeri diperoleh.

"Exco ambil tindakan tegas terhadap struktur baru rumah ibadat yang dibina selepas 8 Mac tanpa kebenaran termasuk masjid dan surau tidak dikecualikan.

"Bagaimanapun, sebelum apa-apa tindakan dilakukan termasuk meroboh, PBT perlu memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di Shah Alam baru-baru ini.

Apa macam bagus kerajaan Pakatan Rakyat?

Dalam konteks surau dan rumah ibadat ini rasanya rumah ibadat Hindu lebih mudah dibina di merata-rata tempat. Kadangkala ‘main pacak je’, namun untuk membina surau, ia sukar sedikit keraana banyak perkara perlu diambil kira.

Bukan kerana bangunan semata-mata tetapi siapa imam dan ramai mana makmum pun perlu turut diambil kira.

Sunday, October 26, 2008

APABILA HARAKAHDAILKY MENJADI PENGADU DOMBA

Selain pembuat dan penyebar fitnah, akhbar rasmi Pas – parti yang mendakwa ia satu-satunya parti Islam di Malaysia atau di dunia – akhbar ini juga pengadu domba.

Pada ketika orang UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri belum meramal atau membuat apa-apa spekulasi, Harakahdaily mula mengadu domba sejak Jumaat lalu.

Ia berkaitan cakap Perdana Menteri di Beijing yang tidak menolak kemungkinan beliau akan merombak Kabinet.

Kata Harakahdaily, sedikit sebanyak kenyataan itu merisaukan beberapa orang yang 'sudah tersindir' dengan pukulan paling keras Abdullah Ahmad Badawi, di minggu ketiga bulan Syawal.
Mungkin rombakan yang hendak dibuat, ekoran kemenangan beberapa nama baru dalam MCA, termasuk Dato' Seri Chua Soi Lek yang kini menjadi Timbalan Presiden, tetapi sedikit sebanyak, ada beberapa kerusi Umno dikatakan turut tergugat dengan perkembangan terkini.

Amboi sedap sungguh ramalan pak nujum Hakakahdaily bernama Safar Jumaat dalam tulisannya

“Rombakan Kabinet - Muhyiddin bakal terima balasan Abdullah”, 24 Oktober lalu Kata Safar: “Abdullah dikatakan betul-betul terpukul dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai kempen panjang dalam pemilihan Umno hingga menyebabkan, Abdullah dikatakan melafazkan sokongannya terhadap seorang lagi Naib Presiden, Mohd Ali Rustam supaya meneruskan niatnya bertanding Timbalan Presiden Umno. Walaupun Muhyiddin sudah manafikan kenyataannya itu, mengaitkan dengan Pelan Peralihan Kuasa antara Abdullah dengan Najib Tun Razak, tetapi beberapa pihak termasuk Shahrir Abdul Samad, Syed Hamid Albar dan Tajol Rosli Ghazali, turut 'membelasah' Muhyiddin yang dilihat tidak patuh kepada persetujuan asal Majlis Tertinggi (MT), supaya pemilihan diadakan Mac, 2009.”
Menurut penulis ini, Sabtu, di penghujung minggu kedua bulan Syawal, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan keras dari Kota Kinabalu, membidas bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya berlagak sebagai pengarah pemilihan parti Umno.

Turut dibidas, Muhyiddin yang dianggap Abdullah sebagai tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan dikaitkan dengan usaha memujuk Mohd Ali Rustam supaya tidak bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu.

Katanya, Dr Mahathir yang dituduh akan menjadi Perdana Menteri Penasihat kepada Najib, didakwa akan menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Najib.

Bagi saya, baca sedap, percaya jangan.

Untuk sedapkan hujahnya, si penglipurlara ini berkata, cerita ini, walaupun mungkin sukar dipercaya tetapi tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana politik ini penuh dengan 'permainan mustahil' yang tidak memerlukan sebarang bukti.

Saturday, October 25, 2008

KIT SIANG BIADAP TERHADAP YDP AGONG



Oleh Syed Imran (Kuda Ranggi)


Perlantikan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah bidang kuasa dan hak mutlak Yang diPertuan Agong dan tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Perkara ini disebut dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah difahami dalam Perlembagaan Perskutuan Malaysia di bawah Perkara 122B.

Oleh itu, agak kurang bijak bagi sesiapa termasuk orang politik terutama wakil rakyat DAP ataupun Majlis Peguam untuk mempersoalkan perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru, Tan Sri Zaki Tun Azmi. Sama ada kita suka, setuju atau tidak dengan perlantikan itu, kita kena menerima dan menghormati kebijaksanaan Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang diPertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) dalam Perkara 122B tentang perlantikan seseorang hakim, lain daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Ketua Hakim Negara. Oleh itu, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat setelah Perdana Menteri berunding dengan Ketua Hakim Negara yang akan bersara Tun Abdul Hamid. dalam erti kata lain, perlantikan Tan Sri Zaki dibuat mengikut semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Dewan Rakyat (DAP) YB Lim Kit Siang nampaknya sedang mempertikai perlantikan Tan Sri Zaki dengan cuba menggunakan Perkara 127 dalam Perlembagaan Persekutuan dan meminta semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menyokongnya.

Perkara 127 memperinci persoalan berkaitan sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan hakim., iaitu:-

"Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan suatu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Dewan Negeri."

Kita tidak mempersoalkan hak YB Kit Siang untuk mengemukakan usul berkenaan tetapi adakah ianya perlu dan tidakkah ia, secara langsung, mempertikai kebijaksanaan dan bidang kuasa Yang diPertuan Agong?

Yang diPertuan Agong membuat perlantikan itu mengikut apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan ianya mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja tidak seharusnya dipertikai kerana pada masa lepas, Majlis Raja-Raja pernah tidak bersetuju dan menolak calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Majlis Raja-Raja menggunakan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan tidak hanya meluluskan sesuatu cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Kita akui bahawa perlantikan hakim mungkin mempunyai kepentingan politik tetapi itu adalah hak Perdana Menteri dan terpulanglah kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamat dan ianya mesti dihormati dan diterima oleh rakyat.

Thursday, October 23, 2008

MUSA HANYA BOLEH ‘MENYALAK’

Amboi, amboi bila mengata orang UMNO, Tun Musa Hitam bagai lupa apa yang beliau lakukan pada 1980-an.

Bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno kini sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya.

Tidak adil untuk menuduh semua calon yang bertanding sebagai mereka yang mementingkan diri semata-mata.Lagipun semua tahu kedudukan penting dalam parti akan membolehkan seseorang mendapatkan kedudukan bagi berbakti kepada rakyat.

Seperti Musa sendiri, apabila tiada jawatan dalam parti, beliau hanya boleh ‘menyalak’ tetapi apa sumbangan beliau kepada UMNO sejak 1988? Asyik tegur sana tegur sini dan nasib baiklah juga ketika rejim Abdullah Badawi ini beliau diberikan kedudukan baik sikit. Pertanyaan kita ialah untuk apa Musa bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden dan kemudian mempertahankannya?

Dan untuk apa beliau menyokong Tengku Razaleigh Hamzah menentang Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menyebabkan UMNO diharamkan? Apakah Musa melakukan itu semua demi rakyat atau kepentingan diri sambil membalas dendam?

Mungkin Musa boleh membohongi generasi muda sekarang tetapi sejarah tidak boleh dipadam begitu sahaja. Biarpun kita menolak pendapat beliau dalam konteks tujuan pertandingan tetapi pendapatnya bahawa generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, wajar difikirkan.

Menurut Musa, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya semalam.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya.

Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat.
"Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin.

"Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.

Tuesday, October 21, 2008

TIDAK MAHU KOMEN APA-APA, BACA SAJALAH!

Tan Sri Khalid Ibrahim, Jangan Jadi Macam Dollah Badawi

Oleh setisab

"Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan negeri Selangor selama lapan bulan sejak Mac 2008 lalu. Heboh satu dunia kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah negara, pembasmian kemiskinan tegar, pentadbiran jujur dan telus serta pencegahan amalan rasuah adalah agenda utamanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh bersemangat melaungkan “Kita akan angkat maruah rakyat”. “Kita akan angkat martabat rakyat”. “Kita akan angkat ekonomi rakyat”.

Nak tanya sikitlah Datuk Seri, apa yang telah kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor ‘angkat’ setelah lapan bulan memerintah?. Wakil Parlimen dan ADUN Keadilan angkat sumpah untuk terima gaji, alaun keraian, alaun pakaian, alaun hadir mesyuarat, alaun pembantu dan berpuluh alaun lain sebagai wakil rakyat, itu sahaja saya nampak yang terangkat.

Jutaan rakyat Malaysia menaruh harapan dan keyakinan terhadap perjuangan Datuk Seri serta rakan-rakan pimpinan dalam Pakatan Rakyat, Parti KeADILan khususnya.
Rakyat turut berkempen. Rakyat menampal poster. Rakyat berdebat mempertahankan hujah. Rakyat merayu undi bagi pihak calon dan parti. Rakyat berkorban masa dan wang ringgit. Rakyat berarak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan sokongan dan akhirnya rakyat telah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Ucapan tahniah saya hamparkan kepada calon yang telah menang dan bergelar ‘Yang Berhormat’ sekarang.

Apakah yang kami dapat sebagai sebahagian daripada rakyat yang mengundi calon Pakatan Rakyat?. Apakah yang kami dapat banggakan dan nikmati selama lapan bulan ini berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor?

Berapa peratuskah perancangan dan janji calon-calon yang sekarang telah menjadi wakil rakyat telah berjaya dilaksanakan? Rakyat ini tahu. Rakyat ingin menilai.

Apabila rakyat bersuara, maka akan keluarlah kata-kata pujangga pembelit minda daripada para pemimpin yang berselindung disebalik keindahan bicara dan retorik kata-kata.

“Jangan tanya apakah sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara”

Saya tidak bertanya apakah sumbangan negara kepada rakyat, tetapi yang saya ingin tahu apakah sumbangan calon pilihanraya yang telah diangkat menjadi pemimpin oleh rakyat?.
Hello para Wakil Rakyat, Yang Berhormat dan yang minta dihormati.

Sebelum pemimpin dan pembesar negeri dan negara menyumbang apa-apa kepada rakyat dan negara, rakyat telah terlebih dahulu menyumbang jasa bakti mereka kepada para pemimpin dengan menghidupkan amalan membantu kempen dan keluar mengundi.

Pemimpin dicari, undian diberi dan akhirnya ada calon yang memenangi. Tahniah sekali lagi kepada calon yang menang. Tahniah kepada parti yang berjaya menjadi pemerintah. Sekarang adalah masa rakyat menilai dan menuntut janji-janji yang telah kalian dengan yakin dan bersemangat taburi semasa kempen pilihanraya lalu.

Kepada seluruh rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya, kerajaanrakyat.com memohon jasa baik dengan keluhuran hati dan kewarasan minda kalian, tanpa bias untuk menitipkan segala perkembangan positif yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sepanjang lapan bulan pemerintahannya.

Dalam masa yang sama kerajaanrakyat.com juga memohon seluruh rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya agar dapat meluahkan dengan jujur dan ikhlas segala penipuan, kepincangan, ketempangan, kerakusan, pengkhianatan, penyelewengan dan kemungkaran janji yang telah dan sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Penipuan, kerakusan dan penyelewengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional telah banyak kita ketahui dan JANGANLAH kita ikut perangai sewel dan songsang mereka.

Harapan saya agar segala luahan hati rakyat di sini akan menjadi pemangkin semangat dan penggerak tindakan kepada wakil-wakil rakyat yang telah kita amanahkan untuk menjalankan kewajipan mereka sebaik mungkin.

Tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin telah kita lakukan. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang kita laksanakan. Tanggungjawab kita untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang kita tunaikan. Tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa kita utamakan.

Sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.
Luahkanlah segala ketidakpuasan hati kita terhadap wakil rakyat yang telah kita semua pilih dalam pilihanraya lalu kerana ini adalah hak dan tanggungjawab kita.

Seruan saya kepada ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor khusus, sila beri perhatian kepada www.kerajaanrakyat.com , kerana jika kalian gagal dalam menjalankan amanah yang telah rakyat sandarkan kepada kalian, kami akan bangkit menentang kemungkaran kalian.

Kepada YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor, saya harap YAB dilain masa jangan membuat ulasan seperti melepaskan batuk ditangga seperti ini.

“Mengulas mengenai tiga paip utama di Kampung Revolusi Hijau, Dengkil yang pecah pagi semalam akibat kegiatan korek pasir oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab, beliau berkata perkara itu telah diambil tindakan.”

Tan Sri demam ke?. Tan Sri sudah jadi macam Datuk Dollah Badawi ke?. Serah kepada pegawai dan Tan Sri tidur?. Tan Sri tau tak penduduk di Dengkil, Salak Tinggi dan kawasan sekitarnya telah tiga hari tidak mendapat bekalan air?.

Tan Sri kata sudah serah kepada pegawai daerah?. Tolong panggil pegawai daerah tu dan tanya apa tindakan yang dia telah buat. ‘Syabas’ hantar tong kosong, air tiada. Tan Sri tak? Pegawai Daerah makan gaji buta ke?

YB Tuan Yaakob Bin Sapari, kabare Wak? Apa tindakan Wak dalam hal ini?. Sudah selesai atau belum?

YB Ronnie Liu Tian Khiew, ada hantu di PBT Kajang yang mengambil untung atas angin dengan menyewakan tanah kerajaan kepada peniaga kecil dan penguasa taman hiasan dengan menaikkan kadar sewaan sehingga 800 (lapan ratus) peratus.

Ini adalah penindasan yang maha zalim kepada peniaga dan pengusaha kecil. Perkara ini telah berlaku sejak zaman Barisan Nasional, tetapi sekarang zaman kita, jadi kita kena cuci dan bunuh lintah darat ini. Tolong siasat.

Salam Takzim, Salam Perjuangan dan Selamat Berkhidmat.

::: Berita di sini dan di sini.
::: Kepada ALLAH kami berserah.

Saturday, October 18, 2008

ADA SAJA ‘TETAPI’ BAGI KHALID

Entah apa kena dengan di Khalid ini.

Ada saja perkataan ‘Tetapi’ walaupun Raja-raja Melayu menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rakyat berhak mempersoalkan Kontrak Sosial sekiranya terdapat kepincangan ketika melaksanakan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

Sedap sungguh apabila beliau menyanggah dengan mengatakan kewujudan kontrak tersebut tidak bermakna rakyat boleh disekat daripada bersuara jika mendapati hak mereka dinafi atau dipertikaikan.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik rakyat pelbagai kaum mengamalkan sikap menghormati kebudayaan dan tatasusila antara satu sama lain bagi mengelak perbalahan.
Ini kerana jelasnya, raja-raja Melayu telah memberi jaminan bahawa Kontrak Sosial akan melindungi hak semua kaum dan agama di negara ini serta memastikan kesemua mereka dapat hidup aman dan harmoni.

"Tetapi ia tidak menghalang masyarakat untuk bersuara memperkatakan tentang Kontrak Sosial jika pelaksanaannya tidak betul, namun saya berpendapat adalah baik rakyat semua menghormati kebudayaan dan tatasusila antara satu sama lain.

"Raja-raja berjanji akan memayungi rakyat semua bangsa dan agama agar dapat bertapak dan hidup di negara ini," katanya pada sedang akhbar selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-125 semalam berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Raja-raja Melayu menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

BARAT MULA MENERIMA CARA TUN DR MAHATHIR

Contributed by tamingsari (17 Oktober 2008)
(http://www.mykmu.net)

Setelah 10 tahun, negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat terpaksa menjilat ludah mereka sendiri. Namun mereka masih segan untuk mengakui ubat mujarab yang digunakan oleh seorang doktor dari Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang berjaya memulihkan kesakitan yang dialami oleh Malaysia hasil dari krisis matawang yang melanda negara-negara Asia Tenggara 1997-1998.

Semasa Malaysia dan jiran menghadapi krisis ekonomi yang amat teruk, mereka beramai-ramai mengutuk kepimpinan negara-negara ini sebagai mengamalkan dasar ekonomi yang sonsang dan lapuk. Mengikut mereka krisis ekonomi yang berlaku adalah atas kesalahan pemimpin ini yang mengamalkan korupsi dan nepostisma yang menyebabkan negara-negara ini patut “dideritakan” dengan menjatuhkan nilai matawang mereka.

Tidak menjadi faktor kepada mereka bahawa ekonomi negara-negara ini telah berkembang dengan amat pesat selama hampir 10 tahun sebelum itu berlandaskan dasar-dasar ekonomi yang betul dan perancangan yang baik.

Tidak juga menjadi faktor kepada mereka bahawa yang merudumkan matawang serta merobekkan pasaran saham Malaysia dan negara jiran adalah pengurus yang bekerja di bank dagang yang berada beribu-ribu batu dari negara ini yang tidak pun faham atau mahu faham tentang stuktur ekonomi dan sosial negara-negara ini.

Yang amat menyedihkan ketika itu juga ramai dari rakyat negara-negara ini termasuk ketua pembangkang sekarang ini yang mengutuk dan mencemuh usaha Dr. Mahathir yang cuba memulihkan ekonomi negara.

Negara ini amat bertuah sebenarnya kerana mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir yang amat komited cuba memulihkan ekonomi negara ini tanpa memburukan keadaan sosial negara. Pengajaran atas apa yang berlaku pada 1969 dan apa yang berlaku kepada negara jiran semasa krisis itu munkin menjadi asas beliau untuk tidak membebankan rakyat walaupun semasa negara didalam krisis yang amat teruk.

Bukan sahaja beliau bertindak tegas, tetapi segala tindakan yang dilakukan adalah setelah mengambil kira semua data dan rujukan yang sebenar. Setelah beliau dan NEAC (National Economic Action Council) yang ditubuhkan untuk menangani krisis ini benar-benar paham akar umbi masaalah yang dihadapi barulah NERP (National Economic Recovery Plan) dilakukan. Tambatan Ringgit untuk menstabilkan nilai Ringgit adalah salah satu dari dasar yang dilakukan.

Selain dari itu negara melakukan tindakan-tindakan berikut:

1. Untuk menstabilkan pasaran saham, CLOB atau urusan saham di Singapura dihentikan.

2. Untuk menstabilkan sistem perbankan negara dua badan ditubuhkan iaitu Danamodal dan
Danaharta.

3. Sebagai pemankin dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi, kadar faedah dikurangkan dan berbagai aktiviti ekonomi digerakkan.

Perkara utama yang dilakukan oleh kepimpinan Dr. Mahathir adalah mengembalikan kestabilan kepada matawang, sistem perbankan, kadar faedah dan kadar inflasi. Ini memberi keyakinan mendalam kepada rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur. Sebagai pemimpin yang baik, beliau tegas untuk melakukan apa yang perlu walaupun dikritik dan dicemuh oleh ramai pakar-pakar ekonomi termasuk dari IMF dan Bank Dunia.

Pecacai-pecacai yang terdiri dari anak emas dunia barat juga ingin mengambil kesempatan dari krisis ini untuk agenda politik mereka dengan melakukan rusuhan untuk menggoncang kestabilan negara. Namun ketegasan Perdana Menteri ketika itu berjaya menstabilkan negara dan hasilnya terbukti setelah hampir 10 tahun kita melepasi krisis ini.

Penulis sempat menghadiri sebuah seminar semasa bekerja dibank dagang ditahun 2000. Seorang professor ekonomi dari negara barat yang terlibat dengan perbankan islam amat berbangga dengan usaha Malaysia mengatasi krisis ekonomi dibawah kepimpinan Dr. Mahathir. Beliau menyarankan agar rakyat Malaysia mengkaji dan mengkaji apa yang telah dilakukan oleh negara ketika itu kerana ia akan menjadi sejarah negara yang patut dibanggakan.

Nyata beliau benar. Lapuran LAT-WP dan AFP minggu ini menunjukkan betapa dunia barat walaupun segan dan malu, terpaksa mengakui bahawa dasar-dasar yang dibuat oleh Malaysia sebenarnya adalah tepat dan berfaedah kepada negara. Bukankah apa yang dilakukan negara barat ketika ini “bailing out” bank-bank negara mereka adalah dasar yang mereka kutuk dahulu.

Perkara pertama mereka lakukan adalah menghentikan “short selling” untuk menghentikan spekulasi yang akan mencetuskan lebih panik kepada pasaran. Bukankah itu yang Malaysia lakukan tapi mendapat kejian dari mereka. Sekarang ini baru mereka faham bahawa liberalisasi tanpa kawalan sebenarnya boleh membunuh ekonomi dan mengkucar-kacirkan sosial sesebuah negara. Bukankah ini yang Dr. Mahathir cuba jelaskan dahulu.

Kaplan & Rodrick, dua professor universiti utama Amerika telah membuat kajian tentang tindakan Malaysia berbanding negara-negara dibawah kawalan IMF, merumuskan bahawa kawalan dana kewangan Malaysia telah lebih berjaya. Perlu juga diingat bahawa tindakan berani Dr. Mahathir telah membuatkan IMF menukar dasar-dasarnya menjadi lebih lembut dan membantu pemulihan ekonomi dibawah kawalannya iaitu Indonesia, Thailand dan Korea.

Dua orang pakar ekonomi dunia yang telah menerima Nobel Prize dalam bidang ekonomi iaitu Joseph Stiglizt dan Paul Krugman, walaupun tidak seratus peratus menyokong usaha negara ketika itu namun mempercayai bahawa Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat.

Bukankah sudah tiba masanya Dr. Mahathir sendiri dianugerahkan dengan Nobel Prize kerana setelah 10 tahun sepatutnya dunia akui bahawa tindakan beliau adalah bukti kepada penyelesaian sebuah krisis ekonomi. Atau sekurang-kurangnya Kerajaan Malaysia sekarang memberi penganugerahan yang sewajarnya.

Friday, October 17, 2008

KIT SIANG YANG SAKIT JIWA

Bab mengata orang sedap sungguh!

Itulah perangai Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau yang menyambung perbahasan di Dewan Rakyat semalam setelah berbahas hampir satu jam setengah kelmarin n tidak mendengar nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang berulang kali meminta beliau menamatkan perbahasan kerana sudah terlalu lama.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam perbahasannya berulang kali mendakwa pelbagai perbuatan rasuah dilakukan kerajaan seperti pemberian kontrak rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada TM Berhad, pembelian helikopter daripada Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagaimana hebat Kit Siang mengemukakan hujahnya tetapi menjadi kelu dan tidak dapat menjawab celahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai kes rasuah dua Exco Perak.

Ahli Parlimen BN merujuk kepada kes rasuah dua Exco Perak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Modal Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Mohd. Osman Mohd. Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perdagangan Negeri, Jamaluddin Mohd. Radzi yang disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

Amat jelas, apabila diasak dengan kes rasuah berkenaan ketika beliau membuat pelbagai dakwaan rasuah terhadap kerajaan dan UMNO, Kit Siang jadi sasau.

Kit Siang sebaliknya berkata, Parlimen perlu sediakan unit mental untuk Ahli Parlimen BN yang bangun mencelah iaitu Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Seri Tiong King Sing (BN- Bintulu).

"Parlimen perlu ada unit mental, mahu pergi ke hospital sakit jiwa Tanjung Rambutan, mungkin mahu masuk ke Tampoi," katanya menjawab celahan-celahan yang dibuat Ahli Parlimen BN pada perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.

Itulah perangai Kit Siang, mengata orang sedap tetapi apabila kena batang hidung sendiri cuba berdalih dengan mengatakan orang lain sakit jiwa.

Yang sebenarnya sakit jiwa ilah Kit Siang, kalau tidak tak kan segalanya buruk bagi

SETIAUSAHA POLITIK MB PERAK SALAH GUNA KUASA?

Dua laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibuat terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki atas dakwaan salah guna kuasa.

Laporan pertama dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin di ibu pejabat BPR Perak di Ipoh, manakala laporan kedua dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman di pejabat BPR di Teluk Intan.

Zainol Padzi yang juga Ketua Pemuda Umno Perak dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir mengeluarkan surat arahan meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.

Sebelum ini semua kerja berkenaan diserahkan kepada PPK yang kemudiannya membuka tawaran tender kepada kontraktor di kawasan masing-masing, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

“Dengan arahan menyerahkan semua kerja-kerja ini terus kepada JKKK yang dilantik kerajaan negeri seolah-oleh menidakkan bidang tugasan dan keupayaan kontraktor di kawasan tersebut,” katanya.

Zainol Padzi mendakwa surat arahan kepada Pengarah JPS itu bertarikh 16 September lalu manakala surat arahan dari JPS kepada JKKK dikeluarkan bertarikh 6 Okt.

Sementara itu di TELUK INTAN, Suib, 55, dalam laporannya mendakwa Misbahul Munir menyalahguna kuasa dalam pelaksanaan projek pembangunan bernilai RM300,000 di kawasan persawahan Sungai Manik dan Labu Kubong.

Bernama melaporkan, Suib mendakwa Misbahul Munir mengarahkan Pengarah JPS menarik balik kerja menyelenggarakan projek pembangunan sawah Sungai Manik daripada pengerusi JKKK Persekutuan dan diserahkan kepada pengerusi (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau mendakwa sebanyak 36 pengerusi JKKKP telah menerima tawaran kerja bernilai RM300,000 sebelum ini tetapi telah ditarik balik ekoran arahan berkenaan.

Suib yang juga Pengerusi JKKKP Parit 12A Sungai Manik mengesahkan telah menerima surat daripada Pengarah JPS negeri bertarikh 16 September lalu dengan arahan penarikan balik berkuatkuasa 6 Oktober lalu.

"Saya berharap tindakan undang-undang dapat diambil terhadap Setiausaha Politik itu...saya membuat aduan ini kerana mendapati tindakan Setiausaha Politik itu telah menyalahguna kuasa dan bersikap tidak adil," katanya.

Wednesday, October 15, 2008

KIT SIANG MAKIN TUA MAKIN PENYANGAK

Di Dewan Rakyat semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menggelar Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing sebagai samseng dan timbalannya, Datuk Bung Moktar Radin sebagai orang utan.

Amboi-amboi sedap mengata orang!

Kenapakah dengan Kit Siang ini, semakin tua semakin penyangak. Dulu dia yang samseng, juara semua perkara. Ini menggelar orang lain pula samseng.

Kit Siang menghemburkan kata-kata itu ketika menyifatkan lawatan sambil belajar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke Taiwan pada September lalu digunakan Kit Siang untuk menggelar King Sing sebagai samseng Bung Moktar sebagai orang utan.

Kata-kata kesat Kit Siang itu dilontarkan berikutan tindakan King Sing dan Bung Mokhtar yang bangun untuk mencelah bagi menjawab tuduhan Penasihat DAP itu yang mendakwa Ahli Parlimen BN menggunakan wang rakyat untuk ke Taiwan tetapi tidak mendapat faedah daripada lawatan tersebut.

Kit Siang menegaskan, beliau tidak akan memberi laluan kepada samseng dan orang utan iaitu merujuk kepada King Sing dan Bung Mokhtar yang bangun untuk mencelah.

''Belajar dari Taiwan tidak bertamadun, inilah belajar samseng dari Taiwan," katanya semasa membahaskan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Bung Mokhtar yang tidak berpuas hati dengan tindakan Kit Siang menegaskan, Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga pergi ke Taiwan untuk memujuk mereka untuk melompat parti.

Tiga ahli Parlimen PKR, iaitu Chua Tian Chang (PKR-Batu), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang), Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Bukit Lanjang, Elizabeth Wong ke Taiwan untuk mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen BN.

Kit Siang bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan Bung Moktar tersebut tetapi terus merendah-rendahkan negara dengan menyatakan kini Malaysia telah mundur daripada Taiwan.

King Sing kemudian bangun mencabar Kit Siang agar membuat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat tetapi Ahli Parlimen Ipoh Timur itu tidak memberi sebarang maklum balas cabaran Ahli Parlimen Bintulu tersebut.

Beliau kemudiannya meneruskan perbahasan dengan menyatakan selepas 51 tahun Merdeka, Malaysia berada di belakang Taiwan walaupun negara itu dulu adalah lebih mundur daripada negara ini.

JAWAPAN DING DONG ZULKIFLI NORDIN

Rabu, 15 Oktober-Jika menurut kata Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, wakil rakyatnya yang sedang menghadapi tindakan disiplin, tidak akan meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno.

Bercakap di sidang media di lobi Parlimen semalam, ketua pembangkang berkata wakil Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Nordin, tidak akan berbuat demikian seperti desas-desus.

Ura-ura tentang isu lompat parti itu semakin kencang kelmarin apabila calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Bekas peguam kes Anwar sedekad lalu itumenganggap cerita-cerita beliau mahu lompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat hanya khabar angin.

Bagaimanapun menurut Agendadaily pula, jawapan Zulkifli kepada sekumpulan wartawan di lobi Parlimen semalam kedengaran seolah tidak begitu kukuh dan bernada ding dong.

Zulkifli berkata buat masa ini beliau masih dengan PKR. “Jika cerita saya nak lompat parti khabar angin, maka khabar anginlah,” katanya.

Lebih menghairankan beliau tidak turut serta dalam sidang akhbar yang diberikan oleh Ketua Pembangkang yang juga bosnya Datuk seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen.

Sebaliknya beliau yang sebelum ini lama duduk dalam bilik rehat para Ahli Parlimen terus diserbu oleh para wartawan tidak lama selepas sidang akhbar berkenaan selesai.

Zulkifli tidak hadir di parlimen kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Alor Setar membatalkan petisyen pilihan raya Kulim Bandar Bharu selepas calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyen berkenaan.

Dengan keputusan tersebut, Zulkifli yang bertanding atas tiket PKR kekal sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan kekal pada kerusinya.

Tindakan Aziz menarik balik petisyen itu telah mencetuskan desas desus panas mengatakan Zulkifli mungkin nak lompat masuk UMNO.

Antara sebab timbul cerita Zulkifli akan lompat parti ialah beliau kini sedang menunggu hukuman oleh PKR berhubung tindak tanduknya menyertai demonstrasi membantah forum Peluk Islam yang dianjurkan Majlis Peguam tidak lama dulu.

Menjawab lebih jelas, Zulkifli berkata, beliau ambil pendirian perjuangan utamanya bagi mempertabatkan Islam dan akan bersama mana-mana parti yang memperjuangan Islam.
“Kalau DAP perjuang Islam, saya sedia sertai parti itu,” katanya.

Zulkifli terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.

Penglibatannya itu menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.

Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.

Desas-desus itu menyebut beliau ingin menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu.

Tuesday, October 14, 2008

JIKA SERTAI UMNO ZULKIFLI TOLOL & DAYUS?

MSO blognya, Tinta Merah semalam berkata ada sesuatu yang tidak kena dengan penarikan balik petisyen secara tiba-tiba.

Ada desas desus mengatakan ada perundingan antara Zulkifli Nordin dengan pemimpin tertinggi Umno mengenai hal ini. Sejauh mana benar atau tidak walahualam? Dan kalau benar alangkah dayusnya Zulkifli.

Beliau lantas membawa penjenguk merujuk apa yang dituliskan oleh orang Tun Paduka Tuan dalam blognya, http://www.tunpadukatuan.blogspot.com/ hari ini.

ZULKIFLI NORDIN BILA LAGI NAK SERTAI UMNO?

http://www.tunpadukatuan.blogspot.com

Assamualaikum... Apa cerita dan apa dah jadi dengan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Senyap saja? Kenapa beliau menyepi ghaib tanpa berita? Melari dan menyembunyikan diri lagikah? Apa yang ditakut dan dibimbangi?

Berita terakhir tentang beliau, beliau diberikan surat tunjuk oleh Jawatan Displin PKR ekoran tindakannya 'menyerang' majlis Peguam sewaktu majlis itu mengadakan forum mengenai keluar Islam tidak lama dulu. Tindakan Zulkifli tidak disenangi oleh partinya lantas memberi surat tunjuk sebab kerana bertindak diluar arahan dan 'kesukaan' parti.

Zulkifili Nordin mempertahankan tindakannya atas prinsip dan atas nama jihad Islamnya. Dalam blognya beliau mencatat beliau bukan Islam yang baik tetapi akan melakukan terbaik untuk Islam. Tegas, berani dan iltizamnya tinggi kepada Islam. Baguslah, setiap insan Islam harus bersikap begitu meletakkan kepentingan agama dari atas segala-galanya. Berani mati untuk mempertahankan kesucian dan keagungan agama.


PKR sendiri tidak elok kalau bertindak kepada Zulkifli Nordin kerana kesalahan itu. Nampak sangat songsangnya PKR kalau mengambil tindakan itu. PKR tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana jua pihak yang cuba mengusik dan menganggu Islam. Apa lagi kalau meletakkan kepentingan politik melebihi tanggungjawab kepada agama.

Pada saya tindakan Zulkfili menganggu majlis peguam itu bukan alasan tepat dan besar. Sebaliknya ada alasan lain yang lebih besar untuk bertindak ke atas ahli Parlimen berbadan kecil ini. Dari maklumat dalaman mengatakan beliau kini sedang berura-ura untuk menyelamatkan kerusi Kulim - Bandar Baru.

Beliau dikatakan sayang kepada kerusi berkenaan dan bercadang untuk menjadikannya sebagai mata pencarian!
Kerana itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta agar beliau kosongkan kerusi berkenaan (surrender) dengan petisyen dibuat Datuk Abdul Aziz Fadzil, Zulkifi berhelah dengan macam-macam cara. Tenguklah petisyen itu ditangguh beberapa kali sehingga kini. Akhirnya kerana Anwar sudah terdesak terpaksa meminta isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh.

Penangguhan perbicaraan petisyen itu ada ceritanya. Khabarnya untuk menyelamatkan kerusi itu Zulkifli sudah berunding dengan pemimpin tertinggi Umno. Katanya beliau telah sekurang-kurang dua kali menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Ada logik dan benarnya cerita ini. Kerana sampai kini petisyen untuk kerusi itu ditangguh dan tidak bergerak langsung sedang petisyen untuk kerusi lain sudah selesai.

Selain itu Zulkifli juga tidak rancak seperti dulu turun berceramah atau menghadiri majlis-majlis anjuran PKR atau Pakatan Rakyat. Menyepi saja.
Semasa majlis terbuka Hari Raya, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama pemimpin PKR di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam kelibat Zulkifli tidak nampak langsung. Biasanya dalam majlis seumpama itu beliaulah yang menyibuk dan ke depan. Kawan seprofesyennya, Pak Wan Cik Marican ketika ditanya juga menggeleng kepala lebih daripada 10 kali. "Tak tahu ke mana menghilangnya si Zul... dia ni anih dan ganjil sikit," begitulah kata Pak Wan.

Kalau Zulkifli benar bercadang nak tinggalkan PKR demi menyelamatkan kerusinya elok juga beliau percepatkan agendanya itu. Tidaklah pula orang ternanti-nanti mengenai tindakannya itu. Dan tindakan paling baik dan bermaruah ialah kosongkan kerusi berkenaan kalau sudah tidak berminat jadi wakil rakyat.

Masih banyak orang lain yang layak untuk mengisi kerusi berkenaan.
Dengan cara dilakukan sekarang ini menyusahkan banyak orang. Khabarnya pengundi di Kulim juga sudah mula bertanya dan mengeluh kesal dengan sikap dan karektor wakil rakyat mereka.

Ada yang dikatakan sedang menunggu kepulangan Zulkifli dengan batang kayu!
Dan jika Zulkifili tidak bersama Pakatan Rakyat ini bermakna Pakatan Rakyat hilang satu lagi kerusi setelah tidak dapat mempercayai kerusi Bebas di Pasir Mas berpihak kepadanya. Angka 30 untuk menumbangkan kerajaan BN akan bertambah menjadi 32! - TPT 9/08

MSO yang bimbang Zulkifli akan berubah angin turut menyatakan sekiranya apa yang dibimbangkan oleh bloger itu menjadi kenyataan alangkah malangnya nasib pembangkang.

Sudahlah mereka telah kekurangan satu kersusi apabila seorang wakil Bebas tidak menyatakan kesediaan untuk menyokong mereka, kini mungkin kehilangan kerusinya pula secara tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.

Kalau benarlah Zulkifli Nordin akan menyertai Umno apakah beliau dapat meneruskan perjuangannya membela Islam menerusi parti berkenaan.?Apakah beliau begitu tolol dan tidak nampak sejauh mana Umno memperjuangkan Islam menerusi parti berkenaan.

Jika benar Zulkifli Nordin akan menyertai Umno jelas beliau tersalah pilih jalan. Dan benarlah andaian Tun Paduka Tuan itu yang beliau ingin menyelamatkan elaun RM12,000 sebulan daripada memperjuangkan rakyat!

TUNGGU JAWAPAN ZULKIFLI NORDIN

Benarkah Zulkifli Nordin akan menyertai UMNO?

Desas-desus bertiup kencang bahawa Zulkifli yang dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September 2008 lalu tetap dengan pendiriannya membantah sebarang usaha dianggap ‘memerangi Islam’.

Bagi beliau, “Islam come first, the rest are second”.

Zulkifli terlibat membantah penganjuran forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu. Menarik jika kita kembali kepada satu posting beliau mengenai pendiriannya di hadapan jawatankuasa tersebut. Kata Zulkifli: “ Pagi tadi saya dipanggil J'kuasa Disiplin PKR untuk 'facts finding mission' sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai 'fact finding missionnya'. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya. JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee. Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya'ban lepas. Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut. Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu. Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi. Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt 'Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain. Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf. Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I'll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude. Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam. Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini. Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR. Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa 'for me, Islam come first, the rest are second'.
Menurutnya, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 September ini.

Namun, apa yang menarik ditegakan oleh Zulkifli ialah:

I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Penglibatan dan pendiriannya menimbulkan pelbagai reaksi dan yang nyata dikatakan sikapnya yang tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu, yang dikepalai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan beliau tawar hati dengan parti yang disertainya sekarang.

Dan kebetulan, apabila bekas calon BN Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menarik balik petisyennya semalam dengan alasan "ingin memberikan lebih tumpuan kepada isu-isu ekonomi" dan "pilihanraya semula akan memakan banyak tenaga," semakin banyak pulalah teka-teki

Alasan bahawa satu kerusi tambahan, tidak memberikan kesan apa-apa boleh dibaca dalam pelbagai sudut, apalagi keputusan itu dicapai beberapa hari lepas hasil perbincangan Umno Kedah, katanya.

Mahkamah Tinggi Alor Star semalam membatalkan petisyen itu selepas keputusan mendadak calon BN itu.

Abdul Aziz menfailkan petisyen bantahan kepada Zulkifli atas alasan lawannya itu telah gagal mengemukakan kenyataan perbelanjaannya sewaktu kempen pilihanraya umum 2004.

Mengikut akta pilihanraya, setiap calon yang tidak mengemukakan kenyataan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya seterusnya.

Pada 2004, Zulkifli bertanding kerusi parlimen Kuala Langat di Selangor tetapi kalah kepada calon BN dari Umno, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Dalam petisyennya, Abdul Aziz juga mendakwa bahawa pegawai pengurus pilihanraya telah gagal bertindak terhadap Zulkifli walaupun mempunyai dokumen yang mengesahkan kegagalannya mengemukakan kenyataan perbelanjaannya.
Mengulas desas-desus Zulkifli akan menyertai Umno, Abdul Aziz berkata beliau tidak tahu tentang perkara tersebut.

"Tetapi saya juga ada mendengar khabar angin itu," katanya.

Oh betapa enaknya jika ramalan mengenai kemasukan Zulkifli ke dalam UMNO benar belaka!

Monday, October 13, 2008

GERAKAN DIHERDIK, DIPIJAK OLEH UMNO?

Aduh...aduh pedihnya apabila Timbalan Menteri Penerangan mempertikaikan status penduduk asal negara ini dengan mendakwa kaum Melayu juga pendatang seperti Cina dan India, manakala penduduk asal negara ini hanya Orang Asli.

Ketika berucap pada satu majlis secara terbuka, Datuk Tan Lian Hoe mengajak ahli parti itu keluar daripada bayangan Umno.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan Ke-21 yang disempurnakan Pemangku Presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Beliau mendakwa selama ini mereka hanya mengikut telunjuk Umno, diherdik serta dipijak pucuk pimpinan parti tunjang pemerintahan Barisan Nasional (BN) itu.
Bagus betul pemimpin kerajaan seperti Tan ini diletakkan di Kementerian Penerangan. Akan haru-birulah maklumat yang akan disampaikan nanti.

Kita lihat apa reaksi bos Gerakannya dan juga bos di Kementerian Penerangan.
Datuk Datuk Ahmad Shabery Cheek yang selama ini dilihat begitu memperjuangkan Melayu
Rupa-rupanya masih ada pemimpin dalam BN yang tidak sensitif asal usul Melayu.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberikan amaran semalam bahawa Gerakan perlu bertanggungjawab dengan mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita parti itu.

Ini kerana beliau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan komponen BN dan mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Walaupun kenyataan itu mungkin bukan suara keseluruhan ahli Gerakan, pucuk pimpinan parti itu perlu sedar tindakan Tan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, Tan patut mengambil iktibar daripada kejadian lalu apabila kenyataan yang menyinggung perasaan sesuatu kaum akan mencetuskan masalah besar dalam negara.

“Sebelum ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN, semua parti komponen sudah dinasihatkan supaya mengelakkan kenyataan polemik yang boleh menjejaskan keharmonian BN atau yang menyentuh sensitiviti kaum, tetapi nampaknya ada yang tidak mahu mendengar nasihat itu," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menghadiri majlis hari raya di kediaman Ketua Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Zulkarnain Kamisan, di malam kelmarin.

Yang pasti, pucuk pimpinan Gerakan perlu mengambil tindakan supaya isu yang ditimbulkan Tan itu tidak terus diperdebatkan.

S ementara itu, Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, mencabar Tan mengadakan perbahasan terbuka bagi membuktikan kebenaran bahawa orang Melayu adalah pendatang dari Sumatera, manakala penduduk asal negara ini hanya Orang Asli.

Katanya, mengikut fakta sejarah, penduduk asal negara ini memang masyarakat Melayu dan beliau meminta pihak yang membuat dakwaan itu mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka serta Sejarah Melayu.

“Gerakan cuba bermain api mempersoalkan kedudukan Melayu dan PPPIM sedia berbahas bersama mereka. Bukti yang paling nyata dapat dilihat dari segi gelaran asal negara kita iaitu Semenanjung Tanah Melayu sejak sebelum merdeka,” katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Muafakatan Melayu Kebangsaan (MMKMM) Profesor Datuk Dr Zainal Kling, berkata penyelewengan sejarah sedang ditanam oleh orang bukan Melayu.

Beliau berkata, sejak beribu tahun lalu, Semenanjung Tanah Melayu, Selatan Siam, Sumatera, sebahagian Kemboja, Vietnam Selatan, sebahagian Pulau Kalimantan dan Jawa barat digelar Kepulauan Melayu atau gagasan alam Melayu.

“Kita tidak boleh menyamakan sejarah moden dengan sejarah Melayu lama kerana penjajah Belanda dan British membahagikan empayar serta Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membidas kenyataan pedas Ketua Wanita Gerakan itu yang mendakwa asal-usul setiap kaum di negara ini adalah sama.

Sambil meluahkan rasa kesal mereka, rata-rata NGO ketika dihubungi Utusan Malaysia menyifatkan kenyataan Lian Hoe itu tidak masuk akal dan buta sejarah, selain menyentuh sensitiviti kaum di negara ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian yang terjalin.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail berkata, tindakan Lian Hoe mengeluarkan kenyataan sedemikian secara jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu sejarah yang dimilikinya sehingga beliau berani mempertikaikan status orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini.

''Sama ada beliau tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu mengenai sejarah, itu saya tidak pasti, tetapi tindakan memutar belitkan fakta sejarah seperti apa yang dilakukan olehnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan,'' katanya.

Mohd. Hilmi mendakwa, perbuatan Lian Hoe itu secara tidak langsung menunjukkan beliau seolah- olah cuba mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu selain mencabar Perlembagaan Malaysia.

''Beliau patut sedar bahawa orang Melayu sudah berzaman berada di Tanah Melayu sebelum kaum Cina dan India dibawa masuk oleh pihak British.

''Tambahan pula, jika bukan kerana tolak-ansur orang Melayu, orang Cina dan India yang masuk ke negara ini ketika itu sudah pasti tidak akan mendapat taraf kerakyatan.

''Selain itu, sebelum Malaysia, negara kita juga dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu, justeru hak kaum Melayu tidak wajar dipertikaikan sama sekali,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad pula menyifatkan, hanya orang yang buta sejarah sahaja yang gemar memutar-belitkan fakta sejarah sehingga mencetuskan kemarahan kaum lain.

Beliau berkata, dalam konteks ini, Lian Hoe sewajarnya sedar bahawa perbuatannya itu hanya akan mengeruhkan ketidakstabilan politik dan hubungan antara kaum di negara ini.

''Soal asal-usul tidak patut dijadikan senjata dalam agenda politik kerana kita khuatir ia akan hanya mengeruhkan lagi situasi yang dihadapi negara sekarang.

''Namun, apa yang dikesalkan, fakta yang dia berikan pun salah dan boleh dianggap macam orang buta sejarah, patut minta pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim ajar semula dia subjek itu, mungkin baru faham,'' katanya.

Pendapat yang sama turut disuarakan oleh Kelab Pengundi Melayu Semenanjung Malaysia yang turut menyarankan supaya perkara tersebut diselesaikan dengan segera.

Presidennya, Mohd. Ariff Abdul Aziz berkata, semua rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan keharmonian dan kemajuan negara.

Bagaimanapun, katanya, jika terdapat mana-mana pihak yang ingin bermain api menggunakan isu seperti itu lagi dan sekali gus memecah-belahkan perpaduan yang ada, kerajaan akan disaran agar bertindak tegas.

PAK LAH TERPAKSA & DIPAKSA

Ketika bermesyuarat dengan Dr Mahathir sekitar 1999 yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata “kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah!”.



Oleh Bekas Budak Tingkat 37 PWTC


Amboi-amboi manisnya.....puji Pak Lah, tatang Pak Lah dan kononnya pengorbanan besar dengan tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu pengorbanan yang besar dan harus dihormati.

Betulkah demikian Tan Sri?
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata keputusan yang dibuat Abdullah itu mempamerkan bahawa beliau lebih mementingkan parti daripada diri sendiri.

Kesian Pak Lah. Dia tidak ditegah atau diratapi seperti mana Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan mahu berundur, semua ahli Majlis Tertinggi (MT) menerpa ke arahnya.

Khabarnya Datuk Seri Rafidah sampai terpatah kasut tingginya dengan laungan “Why, why....why?”

Tetapi apabila tiba giliran Pak Lah? Kalau mahu disebut bahasa biasa: “Boleh blah la...”, “Baguihlah hang pi...” atau “Molek benar....cepat...cepat lagi bagus”.

Itulah nasib Pak Lah yang cuba menjadi “Mr. Nice” akhirnya terpaksa memujuk atau berbaik-baik dengan perasaan sendiri dan hati sendiri kerana pintu dibuka untuk menolaknya keluar, bukan seperti Presiden UMNO yang sebelum ini yang diratapi.

Hakikatnya kalau diselami cara Pak Lah dihumbankan, adalah suatu tindakan jelek oleh kebanyakan pemimpin dan penyokong UMNO.

Lupakan seketika kritikan Dr Mahathir terhadapnya tetapi kenangkan kembali bagaimana Pak Lah menyelamatkan UMNO dan Dr Mahathir apabila digugat oleh reformasi Anwar pada 1988 dan pilihan raya umum 1999.

Sebagai orang yang pernah naik turun PWTC, masih kuat dalam ingatan saya bagaimana Pak Lah berusaha memulihkan Dr Mahathir daripada imejnya sebagai ‘Mahafiraun’, “Mahazalim” dan sebagainya.

Saya akui Pak Lah slow tetapi tegas. Beliau berusaha keras dengan Ketua-Ketua Penerangan ketika itu – Tan Sri Mohd Yusof Nor dan Datuk Mustapa Mohamed – bagi menjamin UMNO diterima semula.

Namun suatu rahsia yang paling menarik untuk dikongsi ialah apabila Dr Mahathir berdepan dengan masalah melantik Timbalan Perdana Menteri yang juga akan menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Untuk menyaingi Anwar, Dr Mahathir tidak boleh melantik Najib.
Malah ada yang memberitahu saya ketika beliau turut bermesyuarat dengan Dr Mahathir yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata “kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah”.

Jadi tidaklah sesuatu yang menghairankan apabila Pak Lah dipilih oleh Dr Mahathir kerana selain imej yang bersih dan berketurunan orang baik-baik, Pak Lah memiliki kefahaman Islam yang mendalam.

Dengan pelantikan Pak Lah, UMNO kembali bertaut dan keyakinan Dr Mahathir memang tinggi dan kerana itu mengumumkan mahu melepaskan UMNO pada Perhimpunan 2002 lagi.
Tidakkah ini menunjukkan Pak Lah diyakini dan tidak ada lagi pemimpin yang lebih layak ketika itu. Sebut sahajalah yang lain, semuanya ada masalah sendiri – Tan Sri Muhamad Muhd Taib? Muhyiddin sendiri dan apa lagi Najib.

Sementara Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Rais Yatim jauh sekali!
Siapa mudah lupa di sini? Budi dan sokongan Pak Lah kepada Dr Mahathir atau Budi Dr Mahathir melantik Pak Lah.

Dalam andian lain, hakikatnya begini: Dr Mahathir terpaksa mencari seseorang yang boleh dimasukkan ke gelanggang untuk beradu dengan Anwar dalam konteks politik bagi membolehkan Dr Mahathir menumpukan kepada penyelesaian krisis ekonomi yang melanda ketika itu.

Dengan adanya Pak Lah, Dr Mahathir akan lega sedikit kerana serangan-serangan politik boleh ditapis oleh Pak Lah dan pada ketika yang sama, serangan dari luar mudah ditangkis kerana Pak Lah bekas Menteri Luar yang dianggap ‘paling berjaya’ malah melebihi Tan Sri Ghazali Shafie dalam soal-soal diplomasi dan hubungan ekonomi!
Melihat kepada jasa Pak Lah ini, rasanya dengan perbuatan “Blahlah Pak Lah...atau cepat-cepat berambus” bukan caranya ahli UMNO dan pemimpin yang tamakkan kuasa melakukan kepada beliau.

Benar, Pak Lah terpaksa mengundurkan diri kerana kelemahan pentadbirannya tetapi Formula 2010 sudah cukup baik dan kenapa mesti dipercepatkan kepada Mac 2009?
Bukanlah ini namanya memaksa dan dipaksa?

Kenapa kita ahli UMNO terikut-ikut dengan pembangkang kerana kalau benar Najib mahukan dua tahun sebelum pilihan raya umum akan datang, pengunduran pada 2010 masih memadai dan Najib pun tidaklah tua sangat – baru 57 tahun!
Dengan melepaskan kepada Najib begitu awal, apakah terjamin UMNO akan kembali bertaut.

Persoalan asas, ialah apakah Rosmah sudah berubah?
Seperkara lagi jpada 1998-199, penolakan Dr M terhadap Najib hanya kepada faktor Rosmah semata-mata tetapi kini, Najib turut diasak dengan pelbagai tuduhan dan paling besar dikaitkan dengan kes Altantuya.

Mampukah Najib membersihkan dirinya daripada kes ini dan apakah kaitan kes ini dengan Altantuya tidak akan mengait, menyusah dan membebankan Najib untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang berwibawa, bersih dan bertakwa?

Soalnya persepsi politik kini menekan Najib kerana walaupun sudah bersumpah, rakyat masih tertanya-tanya benarkah Najib dan Rosmah tiada kaitan dengan Altantuya.

Friday, October 10, 2008

APAKAH MULUT NIK AZIZ, HADI SEMAKIN BACUL

Amboi,amboi...sedap sungguh mulut dua Tok Guru kita membuat komen mengenai keputusan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mempertahankan jawatannya pada persidangan agung Umno Mac depan.

Nampaknya mereka - Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang – berlagak macam tukang nujum yang pandai membaca dan meramal hal orang lain.

Mereka juga bermain wayang apabila pada suatu ketika ‘menghentam Pak Lah’ tetapi tiba-tiba menjadi baik kerana mempersoalkan kenapa Abdullah tiba-tiba meletak jawatan.

Kata Nik Aziz, tentunya ada sesuatu yang tidak kena apabila Abdullah tiba-tiba membuat pengumuman demikian.
"Kalau Dato' Seri Abdullah yakin tak bersalah kenapa nak letak jawatan. Sebaliknya dari awal lagi kena letak jawatan jika rasa bersalah, ini baru dinamakan bertanggungjawab.
"Yang suruh letak jawatan itu adalah orang, tetapi mandat yang diberi oleh rakyat kepada beliau itu mesti dipertanggungjawabkan," kata Menteri Besar Kelantan semalam.
Mursyidul Am PAS itu berkata, Abdullah dianggap sebagai mencalar mandat yang diberi rakyat selama ini apabila tiba-tiba enggan memikul tanggungjawab diberi rakyat.
Beliau tidak wajar berbuat demikian semata-mata menyahut desakan beberapa ahli dalam Majlis tertinggi Umno jika berkeyakinan dapat menguruskan pentadbiran negara dengan baik.
Bagaimanapun kata beliau tentunya ada sesuatu yang tidak kena apabila Perdana Menteri melepaskan jawatan hanya kira-kira setahun selepas pilihan raya umum ke-12.
Sambil merujuk kepada dirinya, Nik Aziz berkata beliau sebelum ini pernah acap kali didesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa supaya meletakkan jawatan.
"Walaupun beberapa kali saya diminta supaya letak jawatan, tetapi saya tak letak, kenapa saya nak letak sebab saya yakin yang saya tak bersalah,”
Nik Aziz sungguh tidak menginsafi dan meneliti diri sendiri sebelum bercakap.

Abdullah meletak jawatan bukan kerana didesak oleh Pas.

Bagaimana agaknya gelabah Nik Aziz kalau ada orang berbuat terhadapnya umpamanya oleh Datuk Husam Musa atau sebagainya.

Masalahnya Nik Aziz ini jenis menongkak langit – tidak reti berundur – walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah kini sudah berundur.

Berbeza dengan Pas, kalau Nik Aziz undur, Pas Kelantan akan pecah. Tapi sampai bila dia mahu berada di tampuk kuasa. Apakah Allah tidak akan mencabut nyawanya?

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily semalam berkata PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.

Katanya: "Saya berharap agar dalam tempoh peralihan ini Perdana Menteri akan berjaya melaksanakan inisiatif-inisiatif memperkukuhkan institusi negara yang sedang diusahakannya itu iaitu menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang diberi mandat dalam pelantikan hakim, membentangkan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Parlimen dan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.”
Di samping itu, inisiatif untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial agar rakyat yang miskin dapat dibantu juga ditunggu-tunggu, katanya.
Sekurang-kurangnya dengan terlaksananya inisiatif-inisiatif ini beliau akan berjaya meninggalkan jasa yang boleh dikenang oleh rakyat dan negara, katanya.
Presiden PAS juga berharap Perdana Menteri tidak membiarkan masalah-masalah ini berlarutan sehingga diwarisi pula oleh sesiapa juga pewarisnya nanti.
PAS berharap agar proses peralihan kuasa ini akan berjalan dalam suasana yang baik dan lancar tanpa menjejaskan kestabilan negara dan ketenteraman rakyat, ujarnya.

Wahai Haji Hadi, kalau benar mahukan suasana baik, kenapa biarkan anak buah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kuasa melalui ‘pintu belakang’?

Jangan bersendiwaralah wahai Presiden Pas. Hakikatnya, kepimpinan kamu juga semakin tercabar dan perpecahan Pas semakin ketara kini kerana ramai yang mahu menjadi Menteri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Kamu akan jadi apa Haji Hadi?

PAS - SESEKALI CERMINLAH DIRI

Pemimpin Pas kalau bab mengata dan menyalahkan orang sedap sungguh...meleleh air liur pemimpinnya mengata pemimpin UMNO.

Memang mereka pandai memainkan isu, apa lagi ada tafsiran-tafsiran yang dipergunakan mereka untuk berhujah.

Namun banyak juga perkara yang wajar mereka sendiri teliti sebelum mengata orang.

Sila teliti apa yang ditulis oleh maharaja zhou berikut:
Kesalahan-kesalahan PAS dari 8 Mac hingga 16 September 2008

maharaja_zhou writes;

Penulis buat masa ini belum melihat lagi apa-apa ulasan tentang kesalahan-kesalahan PAS sepanjang PRU 12 tempoh hari. Walaupun agak lama, tetapi isu ini wajar diambil iktibar oleh ramai orang terutamanya yang yakin sangat dengan "keputusan kepimpinan".

PAS seolah-olah kurang diberi perhatian kerana ramai termasuklah penulis sendiri mengacukan papan tulis ke arah Mami Anwar. Namun, kita harus ingat, bahawa sesiapa yang sayangkan Islam akan selalu memuhasabah UMNO dan juga PAS kerana ia adalah tonggak politik orang Melayu-Islam.

Berikut adalah kesalahan-kesalahan siasah dan syarak tentang keputusan yang dilakukan oleh pimpinan PAS dalam beberapa isu:

1) Kes Saiful Bukhari
Penulis mengambil ini sebagai yang pertama kerana inilah sikap dan ijtihad pimpinan PAS yang paling berbahaya dan sebenarnya boleh dijadikan peluru pera oleh musuh Islam yang sebenar.
Penulis telah perasan lompang besar ini tetapi bimbang jikalau artikel penulis boleh membuka ruang untuk pertikaian hukum Islam tatkala pimpinan PAS lebih sibuk berangan untuk menjatuhkan UMNO dan tidak bersedia untuk mendalami hukum fiqah bagi memuaskan hati.

Kes tuduhan liwat Saiful Bukhari adalah lompang kepada perlaksaan hukuman terhadap jenayah rogol mengikut hukum syarak. Saiful Bukhari mengaku dipaksa diliwat dalam laporan polisnya dan pimpinan PAS telah mengeluarkan hukum qazaf terhadap kes Saiful vs Anwar Ibrahim ini.
PAS bernasib baik kerana pihak Sisters in IIslam, harbiyyuun DAP dan aparat mereka di dalam DAP dan Majlis Peguam tidak mengambil kesempatan dari lompang dari kegopohan PAS membela Anwar dan menjatuhkan qazaf terhadap Saiful.

Andaikata pihak musuh Islam mengambil qias daripada kes Saiful, maka nyatalah undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS tidak bersedia menghadapi kes rogol ataupun apa-apa jenayah seks paksa. Jikalau PAS lebih berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada Anwar dan tidak mengqazafkan Saiful maka perkara ini tidak berlaku.
Ini adalah kegopohan PAS yang penulis tidak dapat terima kerana mendahulukan matlamat politik dari keindahan syariah Islam dalam menghukumi serta mengadili suatu kes. Di sini penulis lebih berat kepada Mufti Perlis dan nyata di sini PAS kurang nijaksana dan perbuatan PAS boleh mendatangkan fitnah kepada Islam.

2) Muzakarah PAS-UMNO
Di sini PAS sekali lagi membuat kesalahan politik yang berat terhadap kelangsungan perlaksanaan hukum Islam di Malaysia.
PAS sepatutnya meletakkan syarat kepada UMNO yang sekarang "lemah" tentang perlaksanaan hukum syarak di negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS. Harus diingat bahawa peluang untuk melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri dikuasai PAS di bawah Pakatan Rakyat adalah tidak pasti. Pakatan Rakyat tidak komited dengan perlaksanaaan undang-undang jenayah Islam.

Bagi penulis, keadaan UMNO yang "lemah" dan cuba "mengekalkan "kuasa" itu seharusnya diambil peluang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam di Kelantan ,Perak dan Kedah serta cubaan yang sama di Terengganu dan Perlis yang masih dikuasai UMNO tetapi majoriti umat Islam.
PAS sepatutnya mengkaji sistem di Nigeria di mana bahagian utara negara itu dari kaum Fulani dan Hausa (beragama Islam) mengamalkan undang-undang Islam. Namun, tiada bukti bahawa PAS berusaha untuk menjalankan usaha ke arah itu dan perkara yang diketengahkan hanyalah soal kuasa semata-mata.

Jikalau PAS mendahulukan perkara perlaksanaan hukum Islam di negeri-negeri utara Malaysia yang dikuasai PAS tempoh hari, dan hanya akan bersetuju menyertai Barisan Nasional dengan prasyarat tersebut, maka kita boleh melihat sejauh manakah PAS ikhlas memperjuangkan hukum Islam dan sejauh mana pula UMNO tidak mahukan Islam.

Tetapi, PAS gagal. PAS lebih berminat dengan kejatuhan UMNO dari kebangkitan Islam. Peluang untuk melaksanakan hukum Islam buat kali pertama dalam sejarah Malaysia gagal kerana kurang cerdiknya PAS dalam percaturan politik umat.

3) Penerimaan Jawatan MB Perak oleh Dato' Seri Nizar
Sesungguhnya mengikut sunnah perjuangan Rasulullah, perkara yang diputuskan oleh PAS menerima jawatan MB Perak adalah mungkar.

Ini bersesuaian dengan sirah Rasulullah SAW yang menolak tawaran untuk menjadi Raja Makkah jikalau Rasulullah SAW berhenti berdakwah kepada musyrikin Makkah.Sepatutnya, jawatan itu diberikan sahaja kepada wakil kepada PKR kerana nyatalah perlaksanaan dakwah dan juga kekuatan Melayu-Islam ditentukan oleh DAP.
Sepanjang pemerintahan Nizar tidak ada kebaikan yang diperolehi oleh orang Islam di Perak. Hanya muktamar PAS sahaja yang nampak Islamik tetapi lain-lainnya lebih menguntungkan kaum Cina. Kita tidak dengar bantuan atau sumbangan kepada ma'ahad-ma'ahad ataupun pondok-pondok terutamanya di utara Perak sedangkan di situlah pengkalan pertama gerakan Islam di Malaysia yakni seperti Ma'had Ihya' Al sharif Semanggol yang menerbitkan Partai Hizbul Muslimin sebelum PAS ditubuhkan. Harus diingat, kerusi PAS yang pertama adalah di kawasan Kerian yakni di Perak.

Bahkan, jikalau PAS Perak benar-benar sayangkan Islam, muzakarah UMNO-PAS sepatutnya mengutamakan pembentukan kerajaan berteraskan syari'ah di Perak dengan majoriti dari UMNO-PAS. Tetapi, PAS lebih mengutamakan kuasa dan malangnya PAS hanya tinggal lebai malang sahaja di kerusi MB itu.

Keuntungan PAS hanya satu, memperolehi MB yang tahu cakap Mandarin dan Tamil sahaja, tetapi Islam tidak dapat apa-apa.

4) Sokongan Terhadap Perubahan Kerajaan
Pas berulangkali diingatkan bahawa mereka mempunyai potensi sebagai " The Kingmaker" tetapi mereka tidak pernah menggunakan peluang itu sebaik-baiknya demi Islam.
PAS lebih banyak menari mengikut paluan gendang orang lain dari menentukan paluang gendang itu sendiri. PAS acapkali dicabar dengan isu Forum Memeluk Islam, Isu Azan dan pelbagai lagi. Tetapi, PAS tidak mendepani isu.

PAS tidak mengambil peluang memberi kata dua terhadap Anwar dan bertegas dengan perlaksanaan undang-undang Islam. PAS hanya menanti apakah perkara yang berlaku selepas kejatuhan Barisan dan bukannya mahu kata putus dengan jaminan bertulis adakah Islam akan didaulatkan oleh kerajaan baru tersebut.

PAS melukut di tepi gantang walhal tanpa penyertaan PAS, Anwar memerlukan lebih 50 orang ahli parlimen untuknya menubuhkan kerajaan. Tetapi, PAS gagal menggunakan posisi tersebut untuk kepentingan Islam.

PAS sepatutnya menggunakan peluang tersebut semasa Anwar bertanding Parlimen tetapi pimpinan PAS terlalu bacul untuk memberi kata dua. Anwar tidak akan menang jikalau PAS memboikot pilihanraya kecil tempoh hari sekiranya Anwar tidak mahu komited terhadap perjuangan Islam.

Begitulah empat kesalahan besar PAS sepanjang tempoh dari 8 Mac sehinggalah 16 September yang lalu. Ketumpulan pemikiran dan penyusunan strategi PAS dalam mendaulatkan Islam dan juga kebodohan PAS dalam embuka ruang melemahkan Islam menyebabkan peluang perlaksanaan hukum islam terbantut.

Ada yang mungkin masih menjadi Mat Jenin mengatakan bahawa mungkin kerajaan PR akan melaksanakan hukum Islam 100% dan bukan seperti cadangan penulis iaitu di negeri majoriti Islam. Namun, buat masa ini dengan mengharapkan PR, mimpi tersebut tidak akan menjadi kenyataan dengan DAP sebagai duri besar dalam daging.Malahan PAS sudah malu untuk mempertahankan dasar negara Islam dan juga perlaksanaan jenayah syariah untuk menyukakan hati orang kafir walaupun Allah amat membencinya.

Kesimpulan yang telah lama dibuat oleh pengikut JIM/IRC, Hizbut Tahrir, Rufaqa' Al Arqam dan Tabligh berdasarkan analisa penulis adalah politik PAS bukanlah untuk memperjuangkan Islam tetapi adalah lebih untuk kuasa bagi kumpulan manusia tertentu dan 3/4 darinya didasari oleh sifat dengki khianat, hasad dan perut hijau mereka terhadap UMNO semata-mata.