Wednesday, April 18, 2012

Menjawab Dakwaan Najib Yang Bentangkan Rang Undang-Undang PTPTN

RBF (Tuesday, April 17, 2012)


Saya sengaja membiarkan seharian di blog ini sepanjang hari ini berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh budak hingusan belaan Anwar Ibrahim sepertimana yang disiarkan di blog Anwar semalam.

Kita kata PTPTN dilulus dan ditubuhkan ketika Anwar mempunyai kuasa yang besar dan PTPTN mula berkuatkuasa ketika Anwar mempunyai kuasa seorang PM ketika itu.

Lihat di sini.

 Pendedahan tersebut telah membuatkan mereka semua tersentak, lagi-lagi apabila Tun Dr M juga turut mengulas perkara tersebut.

Seperti biasalah, apa-apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka maka jalan harus dicari agar kesalahan diletakkan kepada Umno atau pemimpin-pemimpinnya. Mereka kata Najib selaku Menteri Pendidikan pada waktu itu yang membentangkan Rang Undang-Undang PTPTN 1997 bagi membolehkan PTPTN ditubuhkan.

Ya betul....memang betul Najib yang bentangkan kerana itu terletak dibawah kementeriannya. Jadi, apa masalahnya.

Dan sampai ke hari ini pun Najib masih lagi mempertahankan apa yang beliau bentang 15 tahun lampau. Yang kita pelik dan menjadi persoalan kenapa Anwar yang berkuasa pada masa itu tidak membantah ?

Kenapa hari ini bila tiada kuasa baru nak bantah dan nak mansuhkan ? Najib pada masa itu hanya Menteri Pendidikan sahaja. Manakala Anwar pula Menteri Kewangan dan TPM.

Suara dan kuasa siapa yang lebih besar ? Najib setakat mampu bentang sahaja.

Yang nak tandatangan kelulusan penubuhan perbadanan adalah orang yang di Kementerian Kewangan.

Kalau Anwar betul-betul tak setuju dengan PTPTN, dia sebagai bos Najib pada waktu itu panggil Najib dan bincang.

Jib, I rasa kita tak boleh tubuh PTPTN ni. Kita patut bagi pendidikan percuma. Takpe, U tunggu dulu, nanti I minta Sukma Darmawan dan Munawar Anes tolong I fikirkan untuk beri pendidikan percuma kepada pelajar universiti. I sebagai Menteri Kewangan tahu duit kita ada banyak mana. 

 Tak boleh ke nak buat begitu ?

U bosssss maaaa....

Nak seribu daya tak nak seribu dalih.... Najib sebagai Menteri Pendidikan pada masa itu tahu bagaimana susahnya ibu bapa nak hantar anak-anak belajar kerana masalah kos yuran pembelajaran.

Ada yang jual dan cagar tanah.

Ada yang jual atau gadai barang kemas serta macam-macam lagi. Ada tanah yang tergadai terus kerana anak yang belajar gagal separuh jalan dan seribu satu masalah lain lagi.

Memikir masalah yang dihadapi oleh ibu bapa maka Najib telah mengambil inisiatif sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk mencadangkan agar PTPTN ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pinjaman untuk mereka yang nak belajar.

Maka ibu bapa pun tidak perlu risau lagi tanah-tanah mereka akan dicagar atau dijual untuk yuran pengajian anak-anak.

Anwar jadi Menteri Pendidikan dari 1986-1990 apa yang dia buat ? Ada dia fikir pasal masalah ibu bapa yang kena gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar ?

Lepas jadi Menteri Pendidikan, jadi pula Menteri Kewangan tahun 1990-1998, kenapa tak fikir pada masa itu bagaimana kaedah untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kepada rakyat ?

 Jadi pula TPM dari 1993-1998 dan dalam masa yang sama Menteri Kewangan. Kuasa besar, duit negara berapa banyak dan dari mana sumber semuanya dalam pengetahuan dia. Kenapa tak fikir kaedah untuk beri pendidikan tinggi percuma ?

Najib jadi Menteri Pendidikan sahaja, tapi otak dia boleh berfikir dan dia tahu beban rakyat maka dia cadangkan penubuhan PTPTN untuk mengatasi masalah. Anwar jadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, TPM dan Pemangku PM, tak boleh nak fikir ke bagaimana untuk mengatasi beban kos pengajian tinggi ?

 Jangan kata Anwar tak tahu masalah pelajar. Dia sebagai seorang budak universiti dan aktivis pelajar, segala masalah yang dihadapi student semuanya dalam poket dia, termasuklah yuran pengajian sebagai masalah paling utama.

Sepatutnya apabila dia masuk ke dalam kerajaan dan dia ada kuasa, itu yang perlu dia fikirkan dulu dan cari jalan penyelesaian.

Tapi masa dia dah dalam kerajaan dan dah ada kuasa mana dia ingat lagi semua itu. Masa itu dia hanya ingat Rahim Ghouse, Nazri Abdullah, Kamaruddin Jaafar, Khalid Ahmad, Abrar, Malakoff , MRCB, Phileo Allied dan kroni-kroninya yang lain.

Hari ini bila tiada kuasa baru nak berjanji dengan pelajar dan ibu bapa. Bila kita kata dia terlibat dalam penubuhan PTPTN dan dia juga bersetuju serta meluluskan, tiba-tiba dia pusing pergi kepada Najib pula sebagai tukang cadang dan tukang bentang. Lihat di sini Tapi sampai ke hari ini Najib masih pertahankan apa yang dia cadang dan dia bentangkan dulu.

Bukan macam Anwar yang dulu setuju dan kini nak mansuh pula. Satu lagi, zaman Anwar Menteri Kewangan kadar faedah PTPTN 4 %.

Zaman Najib sebagai Menteri Kewangan pula kadar faedahnya 1% sahaja.

Yang paling mustahaknya, Najib telah menyelesaikan masalah ibu bapa yang terpaksa gadai atau jual harta untuk anak-anak belajar .

Manakala Anwar pula semasa ada kuasa apa pun tak buat untuk atasi masalah tersebut.

Dia hanya berfikir bagaimana untuk kayakan kroninya dan selebihnya hanya Nallakaruppan serta Azmin yang tahu.

No comments: