Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin yang rapat dengan Tun
Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya Anwar,
“Kenapa sekarang, Anwar?”
Soalan itu merujuk kepada surat amaran Datuk Seri Anwar
Ibrahim terhadap Dr Mahathir dan Deklarasi Rakyat yang muncul 72 jam selepas
Deklarasi Rakyat mengumpulkan lebih sejuta tandatangan.
“Satu-satunya soalan kini, kenapa sekarang?” soal Kadir
“Adakah kerana Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir terima
lebih 1.2 juta tandatangan hanya dalam tempoh dua dua bulan?” soal bekas ketua
pengarang Kumpulan New Straits Times itu.
Kadir juga tertanya-tanya sama ada Anwar antara pihak
yang ragu dengan deklarasi itu. Kadir antara pihak yang menandatangani
deklarasi menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu.
Sebelum ini banyak pihak dalam UMNO khususnya, meragui dan sama ada ‘tentera persaorangan’
(mengambil gelaran digunakan Hambali Abdul Latiff terhadap Dr Mahathir) dan pendukungnya akan
berjaya mendapat sokongan awam.
Jawapan kepafa pertanyaan Kadir mungkin berasaskan
beberapa kemungkinan:
Pertama, untuk kali pertamanya, pembangkang tidak lagi
merujuk atau menjadikan Anwar sebagai tonggak utama dalam isu membabitkan
kepentingan negara;
Kedua, Dr Mahathir kini sudah menjadi tokoh pembangkang
utama terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib;
Ketiga, Dr Mahathir juga kini menjadi tokoh utama
pembangkang terhadap kerajaan yang memerintah, khususnya Barisan Nasional; dan
Keempat, Dr
Mahathir – bukan Anwar - akan memimpin pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-14 nanti.
Sudah pasti, anak beranak – Anwar, Datuk Seri Wan Azizah
Wan Ismail serta Nurul Izzah dan yang rapat dengan Anwar, terlalu bimbang
dengan ‘tentera bersaorangan’ ini.
Sekiranya penyokong pembangkang, khususnya rakyat mula
meletakkan Dr Mahathir sebagai ikon atau tonggak pembangkang, peranan Anwar
akan menjadi semakin mengecil.
Ini sangat dibimbangi Anwar.
Lihat sahaja bagaimana pemimpin pembangkang, termasuk Lim
Kit Siang, (tidak termasuk Datuk Seri Hadi Awang yang dilihat rapat dengan
Najib), semakin mendekati Dr Mahathir, tidak kiralah daripada PKR, DAP atau
Amanah.
Malah, dengan sokongan NGO yang sebegitu besar yang
membolehkan lebih 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat (DR) membuktikan bahawa
Anwar ‘eloklah duduk diam dalam penjara’.
Kalau ada suara untuk pembebasannya, ia hanya untuk
membawa beliau pulang dan ‘terpenjara di rumah’ kerana pengaruhnya yang semakin
terhakis.
Apalagi ramai sudah sedar bahawa perjuangan anak beranak
Anwar lebih kepada demi pembebasannya, bukan memperkatakan isu rakyat.
Apa yang disebut oleh Anwar mengenai isu 1Malaysia
Development Berhad 1MDB?
Boleh dikatakan tiada sepatah kritikannya walaupun Anwar
sebelum ini terkenal RAPAT dengan media asing.
Apakah Anwar juga tidak mempercayai pendedahan media
asing?
Hakikatnya kelantangan Dr Mahathir yang berjaya membuat
‘road show’ dan menjamin DR mencapai sasarannya sudah tidak boleh dibendung
lagi.
Keupayaan dan kekuaran ‘tentera persaorangan’yang
berjuang di luar UMNO kini dilihat tidak lagi mempunyai halangan.
Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya kerana kini
bukan lagi ahli UMNO yang sebelum ini mendapat tekanan daripada kepimpinan dalam UMNO.
Dengan kekuatan sokongan akar umbi, termasuk daripada
UMNO dan pembangkang, sudah pasti Dr Mahathir layak untuk mengetuai ‘jentera
perang’ dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai besar dan Kuala Kangsar.
Anwar? Bak kata Kadir Jasin, ketika Mahathir melonggokkan
timbunan deklarasi itu di depan kamera, Anwar memberi amaran supaya berwaspada
dengan langkah Mahathir.
Tujuannya jelas, Anwar bimbang dan sedang mengalami saat-saat
di mana dia akan sekali lagi dihakiskan pengaruhnya oleh Dr Mahathir.
Jika pada penghujung 1990-an Anwar ‘dilucutkan kuasa dan
pengaruhnya’ oleh Dr Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri, kini pada
2016, sekali lagi Anwar menerima nasib bahawa pengaruh dan kekuatannya
terhakis.
Kali ini, bukan dalam kerajaan tetapi di padang
pembangkang yang jelas Dr Mahathirlah yang kini layak untuk menyatukan PKR, DAP
serta Amanah dalam satu pasukan menghadapi PRU-14 nanti.
Saham Anwar benar-benar sudah merudum!!!
PAS? Biarlah Hadi menjadi ‘si luncai’ yang kelak akan
terjung dengan labu-labunya....
No comments:
Post a Comment