Permainan apa dalam PKR sekarang?
Ada pihak tidak berpuashati dengan Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kelihatan rapat dengan Tun Dr Mahathir
Mohamad melalui Deklarasi Rakyat?
Tuduhan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan
dengan kerajaan negeri' Selangor
bagaikan isu yang sengaja dilemparkan ke muka Azmin.
Dakwaan meegejutkan itu disebut dalam perbualan Whatsapp
yang bocor, apabila Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli didakwa berkata beliau
menerima aduan mengenai perkara itu.
Ia berlaku selepas surat dari penjara Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir.
Ada melihat surat itu sebagai kebimbangan Anwar bahawa pengaruhnya semakin
merosot.
Azmin hari ini (20 Mei 2015)menganggap
dakwaan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan
negeri' itu satu tuduhan jijik dan kempen fitnah terancang.
"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan
kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan
bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," tegasnya dalam satu
kenyataan, Jumaat.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.
Rafizi menyatakan dalam perbualan itu bahawa beliau lebih
mengambil berat tentang dosa berbanding strategi politik.
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan
lain-lain.
“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK
sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.
Isu terbaru itu berlaku ketika kemunculan warkah Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama
dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat.
Ini mencetuskan spekulasi mengenai keretakan dalam PKR.
Bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim juga mengaitkan
surat itu dengan perebutan yang dikatakan antara isteri Anwar yang juga
Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin.
Pada Azmin, dalam mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan
bebas rasuah, pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat tetapi ia
perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 'sekelumit bukti'.
"Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekali pun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.
"Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekali pun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.
Azmin sebagai ketua pentadbir negeri berkata semua pihak bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab.
Rafizi sebelum ini dikatakan membuat dakwaan melalui
mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah
menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya. Rafizi didakwa berkata
demikian dalam kumpulan perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.
Rafizi berkata ada 'orang bona fide' datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.
Rafizi mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR
yang mempunyai potensi untuk memusnahkan parti tetapi enggan mengulas lanjut.
Hari ini Rafizi mengesahkan beliau menulis
mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi
komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan
dengan kerajaan negeri Selangor.
Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh
beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit
amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.
"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi
wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada
yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di
mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam
kenyataan.
Bagi Razifi sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan
dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), beliau menerima ribuan maklumat dan
aduan setiap tahun berkaitan salah laku dan penyelewengan di pelbagai institusi
awam dan swasta.
"Hanya sebahagian kecil dari maklumat atau aduan ini
yang akhirnya akan sampai kepada rakyat kerana sebahagian besar dari aduan ini
tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan oleh Now sebelum dibawa
kepada rakyat," ujar ahli parlimen Pandan itu.
Amat nyata, kini wujud pertelingkahan
di kalangan kepimpinan tertinggi PKR, malah kemarahan Azmin tidak dapat
dibendung lagi.
Kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyifatkan dakwaan yang menyebabkan
pentadbirannya berdepan fitnah “jijik”, “jahat”, “semberono” dan terancang bagi
melemahkan semangat penjawat awam negeri pastinya akan berlanjutan.
Azmin bengang kerana jelas Rafizi sudah menjaja tuduhan
tersebut kepada semua pihak yang diaggap tindakan bacul, tidak bertanggungjawab
dan berniat jahat, menyerlahkan pertelingkahan puak-puak dalam PKR.
Nyata sekali dalam
PKR kini wujud kumpulan meempertahankan Anwar dan yang mahu membebaskan diri
daripada pengaruh Anwar ketika suasana politik ngara semakin berubah kepada
kekuatan dan keberkesanan Deklarasi Rakyat.
No comments:
Post a Comment