Hebat kisah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini.
Selain menjadi isu ekonomi
dan politik di Malaysia, ia kini popular seantero dunia.
!MDB juga mempopularkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, bukan sebagai tokoh ekonomi atau
perbankan tetapi dikaitkan dengan isu rasuah dan pengubahan wang ke dalam
akaunnya.
Untuk sesekian kalinya
Perdana Menteri Malaysia mashyur bukan kerana sumbangan atau jasa-jasanya kepada
dunia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi perkara ‘sumbang’ yang dikaitkan
dengan diri dan keluarganya.
Laporan Malaysiakini
semalam amat menarik bagaimana hubungan 1MDB menyebabkan sebuah bank
Switzerland berusia 143 tahun terpaksa ditutup.
Sumbangan 1MDB kepada sejarah perbankan negara itu akan dicatatkan.
Ia akan dijadikan rujukan bagaimana sebuah entiti perniagaan milik Kerajaan
Malaysia menghancurkan institusi perbankan terkenal di Switzerland.
Walaupun banyak pihak
ragu-ragu mengenai peranan Najib dalam kaitannya dengan bank ini, namun
ternyata gara-gara hubungannya dengan Jho Low, mendedahkan Perdana Menteri
kepada beberapa kemungkinan – termasuk siasatan oleh pihak antarabangsa.
Apakah penutupan bank
berkenaan sebagai pengakhiran isu 1MDB?
Tidak sama sekali.
Hakikatnya ia adalah permulaan kepada siasatan yang lebih terperinci dan
menyeluruh kerana satu daripada isunya mengenai tindakan Jho Low mengelurkan
AS$529 dari akaun di BSI cawangan
Singapura dan dipercayai dipindahkan ke Hong Kong.
Kita tunggu
perkembangannya. Sementara itu baca apa yang dilaporkan oleh Malaysiakinisemalam:
Akhiran Riwayat Bank
BSI Pada Usia 143
Alkisah 1MDB telah
meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga benua, dengan menyaksikan ramai tokoh-tokoh
korporat dan perbankan utama meletakkan jawatan, pendakwaan pegawai bank dan
pembekuan beberapa akaun.
Bagaimanapun, mangsa
paling utama setakat ini ialah Bank BSI Bank, yang berdepan dengan prosiding
jenayah atas, antaranya, kegagalan mematuhi peraturan pengubalan wang haram
dalam mengendalikan pemindahan berkaitan 1MDB.
Penyiasatan antarabangsa,
yang secara dasar dikepalai oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, telah
membongkar bank yang berusia 143 tahun itu.
Malaysiakini menerokai tentang kepentingan pemkembangan ini
dan peranan BSI dalam kisah 1MDB.
Mengenai
BSI
Banca della Swizzera
Italiana, atau BSI, diasaskan pada
tahun 1873.
Bank itu memulakan
peluasan antarabangsanya pada 1969 dan melebarkan sayapnya ke Hong Kong pada
1981, kemudiannya ke Singapura pada 2005.
Menurut laporan tahunan
BSI, ia memiliki kekuatan tenaga kerja seramai 1,256 kakitangan di Switzerland
dan 656 pekerja di luar negara, dengan 310 daripadanya di Asia.
Pada masa ini, ia dimiliki
oleh Grupo BTG Pactual, namun dalam proses untuk diambil alih oleh EFG
International pada harga 1.33 bilion Swiss franc. Nilai tersebut dijangka lebih
rendah ekoran tindakan pihak berkuasa ke atas BSI.
Akhiran
riwayat BSI
Walau sebelum pihak
berkuasa Swiss dan Singapura menamatkan riwayat BSI, bank itu telahpun dilanda
masalah ketika siasatan 1MDB menjana momentumnya.
Bulan lepas, Bloomberg melaporkan
bahawa beberapa kakitangan kanan meninggalkan BSI cawangan Singapura, termasuk
ahli-ahli jawatankuasa yang menyemak dengan para pelanggan utama semasa era
1MDB selain ketua pematuhannya.
Ketua pegawai operasi bagi
operasi Asia BSI, Gary Tucker, yang turut meninggalkan bank itu, manakala ketua
operasi Asia BSI, Hanspeter Brunner, telah mengumumkan persaraannya.
Namun, libasan paling
dahsyat berlaku, pada Selasa lalu, apabila Singapura mengarahkan penutupan bank
BSI di negara itu.
Menariknya, ia adalah
tindakan pertama yang seumpamanya oleh pihak berkuasa Singapura dalam tempoh 32
tahun.
Pengawal selia kewangan
Switzerland, Pihak Berkuasa Pemantauan Pasaran Kewangan Swiss (Finma) turut
mengarahkan tindakan yang serupa, meluluskan pengambil alihan menyeluruh EFG
International ke atas BSI.
Ia berlaku, dengan syarat,
BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan menerusi integrasi ke dalam EFG
International.
Apa salah
BSI?
Kedua-dua, pihak berkuasa
Switzerland dan Singapura telah mengeluarkan kenyataan umum mengenai kesalahan
BSI, walaupun terdapat kekurangan dari segi butirannya.
Di Switzerland, Finma
menyimpulkan bahawa BSI telah melanggar keperluan kewajaran berkanun dalam
kaitan dengan penggubalan wang dan pelanggaran serius dalam prinsip-prinsip
pengurusan risiko mencukupi dan kesesuaian organisasi.
Di Singapura pula, pihak
berkuasanya mendapati BSI terlibat dalam “pelanggaran serius keperluan
penggubalan wang haram, pengurusan lemah dalam operasi bank dan salah laku oleh
beberapa kakitangan bank".
Semua ini dilihat dalam
konteks penyiasatan yang berkait dengan 1MDB.
Menghubungkan
titik-titik
Sebelum siasatan dimulakan
oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, portal berita Sarawak Report telah
mengetengahkan peranan BSI dalam pelencongan dana-dana 1MDB.
Ia bermula dengan AS$1.83
bilion yang mana 1MDB telah salurkan ke luar negara untuk aktiviti usaha sama
dengan PetroSaudi International antara tahun 2009 dan 2011.
Ia adalah nilai sama yang
Bank Negara kemudiannya arahkan 1MDB untuk dibawa pulang ke Malaysia, dengan
firma itu gagal berbuat demikian sehingga dikenakan denda.
Daripada jumlah itu,
AS$1.03 bilion tidak tersalur kepada aktiviti usaha sama itu. Sebaliknya, ia
disalurkan kepada akaun Good Star Limited di RBS Coutts yang terletak di Zurich
dengan penerima manfaatnya adalah jutawan berasal dari Pulau Pinang, Jho Low.
Di sini ialah di mana BSI
membuat kemunculannya
Lebih setengah daripada
jumlah yang dilencongkan itu, atau AS$529 juta, telah dipindahkan kepada akaun
Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation’s (BVI) di BSI Singapura
antara 28 Jun 2011 dan 4 September 2013 dengan penerima manfaat yang sama.
Sarawak Report, berdasarkan kertas siasatan pihak berkuasa Singapura
yang terbocor, telah seawal bulan April tahun lalu melaporkan bahawa Jho Low
menguasai sekurang-kurangnya 45 akaun bank BSI di bawah pelbagai nama syarikat.
Pendedahan tersebut
nampaknya konsisten dengan penemuan Finma yang mengatakan : “Dalam konteks kes
1MDB, bank (BSI) itu gagal untuk memantau hubungan dengan kumpulan pelanggan
dengan sekitar 100 akaun bank pada tahap sewajarnya."
Ia berkata, dana-dana
dipindahkan antara akaun-akaun ini tanpa justifikasi sewajarnya.
Secara kebetulan, anak
syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited turut mengendalikan urusan perbankan dengan
BSI dengan sejumlah unit dana bernilai AS$1.1 bilion dalam pegangan.
Lebih dari itu, prosiding
mahkamah Singapura menunjukkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB,
juga mempunyai akaun dengan BSI.
Pegawai bank BSI, Yeo
Jiawei telah didakwa atas tuduhan menandatangani surat rujukan palsu atas nama
BSI kepada ketua antipengubalan wang haram Citigroup Inc bagi mempermudahkan
pindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Equity International
Partners Limited.
Penerima manfaat Equity
International Partners Limited ialah Tan Kim Loong, rakan sekutu Jho Low dan
juga penerima manfaat asal Tanore Finance yang menyalurkan AS$681 juta kepada
akaun bank peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Pihak pendakwa Singapura
merumuskan komponen ini sebagai “barisan baru” dalam siasatannya tetapi tidak
jelas dalam kaitannya dengan pergerakan wang Jho Low bernilai AS$529 juta ke
dalam, antara dan luar BSI.
Maklumat yang didedahkan
kepada awam mungkin hanya cebisan kecil daripada penyiasatan, namun lebih
banyak butiran dijangka muncul apabila prosiding mahkamah Switzerland dan
Singapura bermula nanti.
Apakah ini
akhiran kisah 1MDB?
Di sebaliknya, ia hanya
suatu permulaan.
Sarawak Report mendakwa AS$529 juta dalam akaun Jho Low di BSI
telah dikeluarkan dari BSI cawangan Singapura dan dipercayai dipindahkan ke
Hong Kong.
Adalah tidak jelas
institusi kewangan mana yang disalurkan itu. Pihak berkuasa Hong Kong
memperakui siasatan tersebut, namun terlalu sedikit maklumat yang disediakan
setakat ini.
Finma turut melaporkan
meninjau ke dalam RBS Coutts, yang mana sejumlah AS$529 juta muncul sebelum ia
memasuki sistem BSI.
Lebih dari itu, institusi
perbankan lain turut dijangkakan terbabit sama.
Satu institusi utama ialah
Falcon Private Banking, yang mana digunakan Tanore Finance untuk memindahkan
AS$681 juta (yang kerap dirujuk sebagai RM2.6 billion) ke dalam akaun AmBank
milik Najib.
No comments:
Post a Comment