Sunday, December 25, 2011

Misteri Pertikaman Lidah Hasan-Mustafa

Oleh Fathi Aris Omar
Ketua Pengarang Malaysiakini
2:36PM Dis 25, 2011


Dikenali sebagai penceramah motivasi dan kem pelajar musim cuti sekolah sejak awal 1990-an, Hasan Ali kelihatan masih berpengaruh luar biasa dalam dan luar PAS.

Pengaruh inilah barang kali yang membimbangkan PAS untuk mengambil tindakan padanya walau bagaimana lantang beliau mengkritik dasar PAS dan pemimpin kanannya Mustafa Ali.

Dalam sidang media keduanya minggu ini (ketiga, sejak minggu lalu), beliau bukan sahaja bermain sorong tarik dengan idealisme baru 'negara berkebajikan' tetapi turut memulangkan paku buah keras terhadap setiausaha agung PAS.

Menyedari sudah tersilap mengungkit dasar (atau, nama?) baru PAS, Hasan kelihatan boleh menerima 'negara berkebajikan' tetapi dalam nafas yang sama terus mempersoalkan kenapa 'negara Islam' digugurkan semata-mata untuk projek merampas Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, yang boleh membayangkan kesilapan dan 'keinsafannya', Hasan mendakwa Mustafa lebih kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno!

Memakai kembali strategi Mustafa yang hanya mendedahkan beberapa maklumat asas -- selepas tarawih di Le Meredian -- Hasan juga enggan membongkar lebih lanjut kecuali terdesak.

Hasan dan Mustafa, bersama beberapa pemimpin kanan parti termasuk beberapa tokoh ulama popular dalam PAS, sering dikaitkan dengan projek kerjasama Umno-PAS atau istilah popnya fraksi 'kerajaan perpaduan'.

Jadi tidak hairan jika kedua-duanya pernah bertemu (berunding atau tidak --- itu soal kedua) dengan wakil-wakil Umno.

Namun babak terakhir dan mengejutkan muncul apabila Mustafa mendakwa Hasan terperangkap dalam mainan Umno; dan exco Selangor itu pula mendakwa bekas timbalan menteri berkenaan sendiri tidak lebih suci daripadanya.

Sekarang bola Hasan sudah jatuh ke gelanggang tokoh veteran, juga sering dianggap seorang ahli strategi PAS, dari Terengganu itu.

Apakah Mustafa sanggup diperkecilkan oleh tokoh motivasi yang baru menyertai PAS dalam sedekad ini dengan segala karenahnya?

Apakah Mustafa bersedia meneruskan permainan setelah diasak-asak oleh bekas pesuruhjaya Selangor yang kelihatan masih dipayungi beberapa tokoh ulama dalam parti dan kebal daripada tindakan disiplin?

Babak-babak mencemaskan dalam episod inilah yang menentukan sama ada Mustafa benar-benar ahli strategi yang pintar dan berpengalaman luas dalam mengemudi bahtera PAS.

Jika kenyataan Hasan pada Sabtu diambil kira, kelihatannya Mustafa sedang tercabar dengan tokoh baru dari Selangor itu. Mustafa sudah berjaya dipatahkan dan disudutkan.

Jika Mustafa mewakili parti, dan juga barisan pemimpin parti, Hasan kelihatan sudah menang -- dan terus berjaya menangkis asakan garangnya minggu pertama. Minggu kedua: Hasan 1, Mustafa 0.

(ii)

Hasan sendiri, di satu sisi, memang penuh paradoks. Beliau menganggap PAS tergelincir daripada landasan perjuangannya apabila melupakan 'negara Islam' dan kini mempromosikan 'negara berkebajikan'.

Bekas pegawai kanan kerajaan ini tidak dapat menerima hakikat itu. Baginya PAS sudah lari daripada asas Islam.

Beliau sendiri bagaimanapun berpegang teguh dengan konsep tiga R (race, religion dan royalty) atau dalam konteks semasa 'Melayu, Islam dan raja'.

Tiga R bukanlah 'negara Islam', syariah atau hudud yang selama ini menjadi idealisme PAS dan umumnya aktivis Islam.

Tiga R, bagi Hasan, lebih Islamik atau lebih dekat dengan idealisme PAS yang difahaminya. Sebab itulah beliau berasa partinya sudah menyeleweng; sedangkan dirinya sendiri tidak lari daripada Islam atau idealisme parti!

Tiga R, bagi PAS, tentulah konsep yang ganjil dan asing. Tiga R, walau didukung oleh PAS atas dasar menghormati Perlembagaan Persekutuan, tentulah datang bersama sejumlah curiga dan debat yang panjang.

PAS sendiri dalam sejarahnya sering mempermasalahkan 'Melayu' dan 'perjuangan Melayu' khususnya dalam konteks idealisme Umno.

Bagi parti ini, tiada yang konkrit dan sahih pada perjuangan bangsa -- jika baik ia menjadi semangat wataniah seperti dihurai dengan menarik oleh Hasan Albanna; tetapi jika tidak baik ia akan menjadi 'asabiyyah yang diperangi habis-habisan oleh parti itu.

Begitu juga sistem beraja. Jika ditelusuri dalam teks klasik politik Islam, seperti dikaji oleh tokoh-tokoh PAS, parti ini dalam idealismenya tidak melihat kesetiaan pada monarki atau dinasti sebagai satu-satunya model pemerintahan Islam.

Idealisme tertinggi politik Islam bukannya sistem beraja walau penyimpangan sejarah di tanah Arab dan tanah Melayu menghasilkan gejala politik seumpama itu.

Tiada aktivis Islam di serata dunia, termasuk PAS, akan melihat R (raja) sebagai puncak idealisme politik kecuali Hasan! Namun hari ini beliau mengajak PAS bersamanya dengan tiga R.

(iii)

Ada misteri yang belum terungkai dalam babak-babak mutakhir ini: apakah motif dan motivasi Mustafa serta beberapa pemimpin PAS untuk bergeser terang-terangan dengan Hasan?

Dan juga, apakah motif dan motivasi Hasan mempertikaikan parti yang pernah diterajuinya secara terbuka susulan kenyataan PAS Selangor berhubung ketiadaan pencalonan buatnya di Gombak Setia.

Walaupun pelbagai akhbar cuba mendabik dada bahawa merekalah yang mencetuskan episod ini tetapi hakikatnya berita tersebut bermula daripada laporan pertama Malaysiakini -- dua hari sebelum Utusan Malaysia dan Sinar Harian -- yang memetik ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.

Ketua penerangan PAS Selangor itu, yang tersingkir bersama timbalan pesuruhjaya Khalid Samad pada era kepemimpinan Hasan, kini turut terseret dalam pertikaman lidah Mustafa dan Hasan.

Saari ibarat pelanduk yang terjepit di antara dua ekor gajah PAS dan diminta tampil menjelaskan kenyataannya tersebut (termasuk mengesahkannya kepada beberapa media lain).

Jika benar sasaran Hasan hanya pada Saari dan PAS Selangor, kenapa tidak dari awal kenyataannya ditujukan kepada mereka -- bukan dasar 'negara berkebajikan'?

Jika kenyataan Hasan hanya sekadar 'ribut di dalam cawan' PAS seperti riuhnya isu kumpulan Erdogan bergeser dengan puak 'kerajaan perpaduan' sejak 2008, kenapa pula Mustafa mengaitkan Hasan dengan agenda Umno dan kemudiannya pertemuan tertutup di sebuah hotel terkemuka?

Jika isu asasnya soal Hasan tidak mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding semula di Selangor, dan PAS pusat masih boleh campur tangan bagi memastikan beliau kekal bertanding sejak 1999, kenapa kini ribut di dalam cawan sudah bertukar badai?

Ada babak-babak lain dan watak-watak lain yang belum muncul setakat dua minggu ini. Ia menjadi satu misteri menjelang pilihan raya umum nanti.

Misteri inilah yang ingin diketahui pengamat PAS dan terus menjadi buruan semua media.

Tuesday, November 29, 2011

SMS Ugut Bunuh - Apakah Dr Ramzi Ini Seorang Yang Sewel atau Gila?

"Hanya orang sewel atau tidak betul sahaja boleh melakukan kerja seperti itu – menghantar SMS Ugut Bunuh dan kemudian menuduh atau memftinah orang lain pula melakukan kerja gila yang dibuat olehnya..."

Dari awal lagi saya memang tidak percaya dengan tuduhan bahawa bekas Setiausaha Sulit Kanan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said), Menteri Besar Terengganu dituduh menyebarkan SMS Ugut Bunuh.

Tidak terfikir di benak kepala saya, orang macam Wan Ahamad Wan Muda boleh melakukan sedemikian. Saya memang tidak percaya.

Walaupun banyak cerita saya dengar mengenai Wan Ahamad mengenai peribadinya tetapi untuk menuduh beliau sebagai orang yang mencipta dan menghantar SMS Ugut Bunuh itu ‘jauh panggang dari api’.

Dan saya juga terkejut apabila terbukti Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir boleh melakukan finah terhadap Wan Ahamad yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) kononnya menghantar SMS Ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad sendiri.

Bagi saya…hanya orang sewel atau tidak betul sahaja boleh melakukan kerja seperti itu – menghantar SMS Ugutan dan menuduh atau memftinah orang lain pula melakukan kerja gila yang dibuat olehnya.

Apakah Dr Ramzi ini gila? Apakah dia sewel?

Menurut Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Abd Majid, Dr Ramzi dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah Wan Ahamad dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Kalau dia orang berakal dan fikirannya tidak bercelaru masakan dia melakukan perkara seperti itu.

Patutnya Dr Ramzi ini kena hantar ke doktor atau pakar jiwa untuk ujian otaknya kerana melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang sebelum ini – hantar SMS Ugutan dan kemudian menuduh orang lain melakukannya.

Memang dia benar-benar ‘tidak betul’.

Apapun kesian dengan Dr Ramzi yang jelas bersendirian ketika hadir di mahkamah semalam. Tidak ada sahabat politik atau orang terkenal yang selama ini mendampinginya.

Hanya beberapa anggota keluarga Dr Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah semalam.

Persoalannya, apakah dia melakukan kerana ‘gilanya’ atau kerana mahu berbakti atau membalas jasa kepada seseorang?

Orang Terengganu semua tahu, Idris Jusoh dilucutkan jawatan begitu sahaja (tidak dilantik semula) dan sebagai orang yang menjaga kepentingan politik Idris Jusoh, Dr Ramzi mungkin melakukan perkara ini dengan niat sama ada mahu menjejaskan reputasi Ahmad Said dan dengan cara itu orang lain dilantik ke jawatan Menteri Besar.

Saya pun tidak boleh fikir atau percaya kalau ada yang mengatakan Idris Jusoh merencanakan itu semua dan akhirnya Dr Ramzi jadi ‘kambing hitam’.

Tak mungkin, tak mungkin. Lama kena geleng kepala kalau sebut Idris Kusoh terbabit dalam kes ini.

Atau ia sebagai perbuatan membalas dendam dengan menggunakan nombor telefon Wan Ahamad kerana kalau ‘jalan Wan Ahamad’ akan ‘jalanlah juga Mad Said’?

Sebab lain tidak ada siapa boleh fikir. Melainkan benar teori mengatakan Dr Ramzi ini sewel.

Walaupun penghakiman dijatuhi semalam, saya sudah meihat kegagalan pihak pembelaan membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan terhadap Dr Ramzi sudah terbayang pada prosiding kedua terakhir.

Ada mengatakan pada ketika pihak pendakwaan menyediakan kertas ‘bertimbun-timbun’, pihak pembelaan tidak mampu menyediakan kertas yang boleh membela Dr Ramzi.

Ternyata Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap empat pertuduhan berkenaan.

Kesian Dr Ramzi - begitulah nasib seorang pejuang yang berjuang pada orang, lorong dan matlamat yang salah!

Kita tunggulah selama mana Dr Ramzi akan merengkok dalam penjara selepas rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Ketika ini Dr Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Friday, November 18, 2011

Najib Telah Pamerkan Kepimpinan Yang Hebat - Obama

Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama berkata, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan kepimpinan yang hebat bukan sahaja dalam terus meningkatkan ekonomi Malaysia tetapi juga kepimpinan dalam pelbagai forum.

Pemimpin Amerika itu berkata; "kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia. Saya menghargai kerjasama luar biasa yang telah kami terima dalam pelbagai isu.

"...Jadi, terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri," kata Obama dalam ucapannya pada mesyuarat dua hala dengan Najib di Bali hari ini menjelang Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan esok.

Presiden AS itu berkata, mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di seluruh rantau ini.

Obama berkata, mesyuarat itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memperluaskan perbincangan mengenai hubungan dua hala mereka, menyifatkannya sebagai "kukuh" serta kerjasama yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Beliau turut menyentuh mengenai interaksinya dengan Najib di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii baru-baru ini.

"Saya hanya ingin menyatakan betapa saya berbesar hati dapat sekali lagi bertemu dengan Perdana Menteri Najib. Kami telah berbual dan mengadakan perundingan yang baik pada persidangan APEC yang kami hoskan di Honolulu," katanya.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya berkata, AS adalah rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dan secara asasnya masih pelabur terbesar di Malaysia.

"Kami amat mengalu-alukan untuk memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan. Dan menerusi TPP, diharapkan, kami dapat memenuhi tarikh akhir tahun depan," katanya.

Najib berkata, Kuala Lumpur melihat terdapat banyak prospek daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

"Dan pastinya kami bersedia untuk menjalin kerjasama dalam bidang-bidang lain yang berkenaan," katanya.

Pada masa yang sama, Najib menegaskan Malaysia amat komited dalam memastikan keamanan dan kestabilan, menyatakan negara Asia Tenggara bekerjasama dengan AS dalam bidang pengawalan senjata nuklear.

"Kami berusaha untuk memastikan Malaysia tidak menjadi pusat transit bagi barangan haram yang boleh digunakan untuk pembuatan senjata nuklear," katanya.

Najib juga berkata, Malaysia turut menghulurkan bantuan di Afghanistan, merujuk kepada usaha pembinaan semula negara itu yang mengalami kemusnahan akibat perang.

Mengenai soal keselamatan maritim yang ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan dengan Asean, Amerika telah menegaskan bahawa ia mesti diselesaikan melalui rundingan serta berpandu kepada undang-undang antarabangsa terutama sekali Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Obama dengan penghantaran 50 guru bahasa Inggeris dari Amerika pada bulan Januari akan datang.

Penempatan guru-guru itu dibuat di bawah satu skim yang dicadangkan Najib melalui Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan dan mereka akan ditempatkan di tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Johor.

"Saya menyatakan bahawa ini adalah respons beliau kepada cadangan yang telah saya buat di New York pada bulan September 2010.

"Saya berharap jumlah ini dapat dipertingkatkan pada masa-masa akan datang," katanya.

Mesyuarat dua hala itu turut dihadiri Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, Timbalan Ketua Staf mengenai Dasar, Nancy-Ann DeParle, Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Tom Donilon dan Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara, Kurt Campbell.

Delegasi Malaysia pula terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.

Wednesday, November 16, 2011

Pak Lah - Tanya Suami Shahrizat Bagaimana Dia Belanja Duit Fidlot

Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sama iaitu Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak terlibat secara langsung dalam Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), projek kontroversial yang diuruskan oleh anggota keluarganya.

Ramai yang tahu NFC mula beroperasi pada 2008 semasa pentadbiran Abdullah dan Muhyiddin ketika itu memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kedua-duanya mengatakan Menteri itu tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet.

Mereka mengulas demikian ekoran kenyataan pelbagai termasuk desakan wakil rakyat Umno-BN dari Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin semalam di Dewan Rakyat agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.

Abdullah semalam menegaskan tidak wajar meminta Shahrizat meletakkan jawatan berhubung isu NFC yang dilaporkan gagal, memandangkan anggota Kabinet itu tidak terlibat dalam projek tersebut.

Sebaliknya, bekas perdana menteri ini berkata individu yang perlu menjawab segala persoalan berkaitan adalah suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

Abdullah menambah Shahrizat tidak perlu melayan desakan supaya meletakkan jawatan.

“Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.

“Kalau Shahrizat jadi CEO bolehlah (tanya) tapi sekarang dia tidak terlibat dan sangat tidak adil melabelkan Shahrizat terlibat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sains dan Nilai: Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di Kuala Lumpur.

Muhyiddin mengatakan Bung Moktar tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat.

Bagaimanapun katanya, gesaan timbalan pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan "orang sendiri."

“Ini sudah dijawab di Parlimen oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Datuk Seri Noh Omar) dan telah dibincang dan diperjelaskan dengan mendalam lebih sejam dan seharusnya disambut dengan baik. Sama ada betul (untuk meminta agar letak jawatan)Datuk Bung Moktar dengan sendirinya boleh fikir,” kata Muhyiddin.

Pada ketika Abdullah mengatakan suami Shahrizat perlu bertanggungjawab, Muhyiddin pula berkata syarikat yang terlibat seharusnya datang dengan penjelasan mereka sendiri dalam isu ini.

Kata beliau, ia akan membolehkan syarikat terbabit menjelaskan apa yang berlaku sebagaimana ditekankan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya.

“Terserah kepada mereka,” tegas Muhyiddin.

Kelakar juga apabila ditanya mengenai NFC, Abdullah enggan memberi sebarang komen dengan alasan ia perkara lama.

Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Susulan pendedahan laporan itu, pada Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Ekoran skandal itu, banyak pihak terutamanya dari PKR menggesa supaya Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno meletakkan jawatan yang disandang dan bertanggungjawab atas perkara itu.

Menurut Abdullah, Salleh adalah individu yang paling tepat untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

“Saya cadangkan supaya Ahli Parlimen kita jemput Dr Salleh beri taklimat dan terangkan mengapa isu ini timbul.

“Berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan... tanya mereka yang tahu, jangan terlalu cepat keluarkan pandangan dan selepas itu nak buat kesimpulan. Apa yang penting tanya orang yang berkenaan,” katanya.

Sumber : The Malaysian Insider

Thursday, November 10, 2011

MB Terenganu Mahu Saman Fitnah Blog Guanopulok, MSO Melayu

Daripada teganuku


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah sebelum ini.

Ahmad berkata, dua pemilik blog yang mengendalikan blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com telah memfitnah beliau sejak tiga bulan lalu.

"Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga dan SME Bank di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.

Dalam laporan 4 Oktober lalu, pemilik blog guanopulok.blogspot.com mendakwa Menteri Besar itu telah 'ditangkap' oleh seseorang di Hilton Sentral.

Ahmad menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.

Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau kesal apabila isu tersebut memberi kesan mendalam kepada ahli keluarga.

"Apa yang menyedihkan, ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini, anak saya menangis ekoran fitnah itu kerana tidak tahan dengan kata-kata orang.

''Itu membuatkan saya tampil membuat laporan polis dan menyaman individu berkaitan,'' katanya.

Beliau menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.

Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan berharap undang-undang sedia ada dipinda bagi memberikan hukuman lebih berat kepada mereka yang menyalahgunakan media baru.

Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman Pertikai Tindakan Jais Menahannya...

Gambar di atas memceritakan seribu makna. Mengajar agama atau mengajar ‘politik’?

Kesian dengan Bob Lokman sampai mengatakan : “...mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.”

Soal baik atau jahat kitakah yang mengukurnya? Berceramah politik tanpa tauliah itu kerja baik dan tidak melanggar peraturan? Orang melanggar peraturan itu baikkah?

Dia semakin hilang ingatan apabila mengatakan ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bukan kerana agama, tapi UMNO.

Apa kena mengena Jais dengan UMNO?

Apakah Jais di bawah UMNO atau Kerajaan Selangor. Ingat Bob, Jabatan Agama Islam Selangor dinaungi Sultan Selangor.

Jaga-jaga ‘ terlajak perahu boleh diundur, telajak kata parah padahnya!

Bob Lokman - pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal itu semalam menyatakan hairan dengan tindakan sambil mendakwa beliau ditahan Jais malam kelmarin bukan kerana isu agama tetapi “untuk Umno.”

Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.

Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais semalam.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.

Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

“Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah.

Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut,” katanya dipetik Harakahdaily.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

“Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

“Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul,” katanya.

Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya.

Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.

Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.

“Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno,” katanya.

Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab.

“Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

“Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati,” katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

“Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

“Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

“Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu,” tegas beliau.

Jais semalam mengesahkan pihaknya menahan Bob Lokman kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah agensi itu di Hulu Langat malam semalam.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

“Jais mengesahkan satu tangkapan telah dibuat ke atas pelakon dan penghibur, Bob Lokman atas ceramah yang dlakukannya di Masjid Sg. Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober (semalam).

“Bob Lokman didapati tidak mempunyai tauliah dan tidak pernah memohon tauliah daripada Jais. Tangkapan dibuat berdsrkan maklumat awam,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Sumber – The Malaysian Insider

Monday, October 3, 2011

Mat Sabu Lebih Ingat Mat Indera Daripada Asri Haji Muda

Mungkin PAS sekarang begitu marah kepada Tan Sri Asri Haji Muda, Presiden PAS ke 4 sehingga pada perayaan parti itu ke 60 tahun di Kepala Batas, nama Asri bagai mahu dilupakan.

Kenapa begitu sekali sikap PAS berbanding UMNO? UMNO tetap kenang jasa Dato Onn Jaafar sebagai pengasasnya biarpun beliau selepas itu berjuang menentang UMNO.

Anehnya dalam kata pengantar buku Kongres PAS ke 60, nama Asri tercicir seolah-olah tiada jasanya kepada PAS.

Lebih menyerlah, nama Asri tercicir terus daripada Pengerusi Kongres Sambutan 60 Tahun PAS apabila Timbalan Presiden PAS dan Pengerusi Kongres Mohamad Sabu tidak menyenaraikan langsung nama Asri.

Kata Mohs Sayuti Omar (MSO) dalam blognya: "Mat Sabu dalam kata pengantar tidak menyebut atau sengaja meninggalkan nama Mohd Asri Muda dari disenaraikan bersama nama-nama bekas Presiden Pas yang lain. Mat Sabu hanya menyebut nama Burhanuddin, Zulkifli, Yusuf Rawa dan Fadzil Nor tetapi lupa nama Asri yang menjadi presiden Pas ke empat. "

Ikuti tulisan MSO selanjutnya:

Kenapa Mat Sabu Lupa Asri?

PETANG tadi saya berkesempatan meneliti buku cenderamata Kongres Sambutan 60 Tahun Pas yang berlangsung di Dewan Milenium Kepala Batas pada Ahad lepas. Ada sedikit yang saya rasakan buku berkenaan tidak lengkap dan tidak sepatutnya berlaku. Walaupun buku itu hanya beberapa helai saja dan ia mencatat program atau susun atur mengenai kongres berkenaan tetapi ia merupakan satu dokumen penting di masa depan.

Buku itu akan menjadi dokumen sejarah penting untuk seratus tahun akan datang. Buku itu akan dipamerkan kepada umum di masa depan bila ada majlis yang akan mengisahkan kronologi perjuangan dan juga catatan-catatan mengenai apa yang pernah dilakukan pemimpin Pas di sepanjang usia parti itu.

Betapa pun ianya kecil buku itu tetap akan menjadi bahan rujukan kepada pengkaji dan penganalisa perjuangan Pas di masa depan. Mereka yang menjadikan dokumen sebagai sumber dalam hidup ia penting.

Kerana kepentingan itu maka saya merasakan tidak wajar kalau kesalahan yang saya rasakan itu berlaku. Ada dua perkara itu yang saya terkesan. Pertama tentangan ketinggalan nama jawatan Mursyidul Am Pas dan juga kelupaan Pengerusi Kongres Mohamad Sabu menyebut nama Mohd Asri dalam kata pengantar di ruangan Sekapur Sireh.

Buku itu turut menyenaraikan Ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat sesi 2011 - 2013, bersama Pesuruhjaya Negeri-Negeri dan juga Wilayah Persekutuan. Tetapi malangnya buku itu tidak sama menyenaraikan kepimpinan tiga Dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Paling dikesalkan ialah buku itu tidak mencatat penjawat Mursyidul Am Pas yang pada masa kini dipegang oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Dr Haron Din.

Jawatan atau tokoh sepenting Nik Aziz dan Dr Haron tidak sepatutnya dipinggirkan dari buku itu. Nama dan wajah mereka perlu diabadikan untuk melengkapkan hierarki kepimpinan Pas sesi 2011 - 2013.

Begitu juga Mat Sabu dalam kata pengantar tidak menyebut atau sengaja meninggalkan nama Mohd Asri Muda dari disenaraikan bersama nama-nama bekas Presiden Pas yang lain. Mat Sabu hanya menyebut nama Burhanuddin, Zulkifli, Yusuf Rawa dan Fadzil Nor tetapi lupa nama Asri yang menjadi presiden Pas ke empat. Kenapa?

"Dikesempatan ini kita memperingati dan belajar dari Burhanuddin Helmi, Zulkifli Mohamad, Abbas Alias, Mohd Yusuf Rawa, Fadzil Noor dan sejumlah mujahid yang telah pergi." Begitulah kata Mat Sabu.

Mungkin nama Asri alergik kepada Mat Sabu di atas apa yang berlaku maka Mat Sabu merasakan tidak wajar nama Asri keluar dari mulutnya. Tetapi Mat Sabu dan Pas serta sekalian orang dalam Pas yang benci Asri perlu ingat dan sedar bahawa ada juga mereka yang terkenang kepada Asri.

Mungkin pengikut Asri sudah tidak ramai dalam Pas. Apa lagi generasi muda yang lahir pada tahun 80-an sudah tidak tahu dan jauh dengan Asri. Mereka yang menjadikan Mat Sabu sebagai idola tidak kenal siapa Asri.

Tetapi mereka yang kini berusia 80 atau 90 tahun yang pernah bersama Asri naik bukit turun bukit, seberang sungai termasuk dikejar gajah semasa berceramah masih mengingati nama itu. Mereka ini kalau disebut Asri dan diungkit kehebatan bekas Presiden Pas ke empat itu akan meriding bulu roma.

Saya faham didalam Pas ada yang benci nama Asri. Ada orang yang takut untuk menyebut nama Asri kerana nama itu tidak disenangi oleh pemimpin tertinggi Pas. Tetapi itu bukan alasan untuk melupai jasa dan budi Asri didalam Pas. Mereka (setengah pemimpin) tidak suka kepada Asri ialah kerana peribadi. Isu peribadi di antara mereka berdua tidak wajar diheret dan diturut sama oleh orang lain.

Inilah sikap yang tidak baik yang ada kepada orang Pas. Kalau pemimpin mereka tidak senang kepada sesuatu keadaan atau perkara - bukan pun mutlak di tolak perlembagaan, mereka juga akan ikut sama membencinya. Senario pak turut ini dapat dilihat kepada corak pemakaian dan pemilihan jenis kopiah. Perhatikanlah... mana-mana jenis kopiah dipakai pemimpin Pas itulah yang menjadi idaman mereka. Inilah unsur taksub dalam Pas.

Berbalik kepada Asri tadi, Pas tidak sepatutnya melupai akan jasa dan pengorbanannya. Sejarah tidak boleh disapu begitu saja. Setiap sejarah ada catatan ada ingatan. Kalau kita tidak menyebut dan cuba menafinya tetapi masih ada catatan dan orang lain mengingatinya.

Kalau Mat Sabu benar sengaja melupai Asri berdasarkan catatan di ruangan Sekapur Sireh itu ini satu kesengajaan yang yang tidak perlu diteruskan. Ia perlu diperbetulkan di lain kali. Orang juga akan bertanya dan mempersoalkan akan moral dan kredibiliti Mat Sabu. Kalau beliau boleh ingat dan kenang Mat Indera, tetapi kenapa boleh terlupa untuk menyebut nama Asri?

Kita semua akan marah kalau kerajaan UBN cuba menggelapkan sejarah orang yang berjuang kemerdekaan negara ini. Tetapi anihnya dalam masa sama kita melupai nama-nama orang yang membesar dan berkorban untuk parti sendiri, Pas.

Saya dapat tahu tidak ada pengkisahan agak mendalam tentang perjuangan bekas-bekas pemimpin Pas itu termasuk Asri pada kongres berkenaan. Cuma Salahuddin Ayub semasa majlis forum perdana khabarnya ada menyebut dan menyanjungi akan jasa dan bakti Asri kepada Pas. Syabas kepada Sallahuddin atas ingatan itu setidak beliau mewakili pemimpin lain yang mudah memandang rendah kepada pemimpin yang mereka tidak suka walaupun ia adalah realiti.

Mulai hari ini jangan dipertikaikan mengenai takdir yang menimpa Asri itu. Apa lagi menjadikan takdir menimpa dirinya mati dalam Umno untuk marahkannya. Sesiapa pun di antara kita (kalangan pemimpin Pas hari ini) tidak dapat memastikan akan mati berlapikkan bendera warna apa?

Jadi soal mati di mana, atas bendera warna apa bukan alasan untuk kita mengambus sejarah seseorang yang selama hayatnya bersama kita. Belajarlah jujur kepada diri sendiri dan orang lain juga. [wm.kl.8:46 pm 03/10/11]

Thursday, September 22, 2011

BN Peralat Mahkamah Untuk Membuli Pihak Lawan?

"Sekiranya Mat Sabu didapati bersalah, beliau akan dihukum masuk penjara selama dua tahun dan didenda. Sekiranya ini berlaku, beliau boleh ditegah dari bertanding dan berkempen di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Adakah ini taktik BN untuk mengelak dari menghadapi Mat Sabu di dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan perbicaran beliau dijadualkan pada Disember 2011?" - Teresa Kok

Jauh panggang dari api untuk mengharapkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengaku beliau membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Tidak mungkin dan tidak akan berlaku apa yang diharapkan kerana Mat Sabu jenis tidak mengaku apa yang dilakukan.

Ingatklah kembali dalam kes khalwatnya dulu, mana dia nak mengaku.

Bukan itu sahaja, Mat Sabu semalam mendapat sokongan apabila lebih 100 penyokongbya berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi, Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Kerana tidak mengaku, hakim pada perbicaraan semalam, menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Malah, bagi Teresa Kok iaitu Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan kes Timbalan Presiden Pas yang didakwa memfitnah anggota polis yang terbunuh ketika serangan komunis ketika zaman British menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mempergunakan mahkamah sebagai saluran politik.

Ia bertujuan menakut-nakutkan, membuli dan memenjarakan lawan politik mereka.
Sekiranya Mat Sabu didapati bersalah, beliau akan dihukum masuk penjara selama dua tahun dan didenda.

Sekiranya ini berlaku, beliau boleh ditegah dari bertanding dan berkempen di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Adakah ini taktik BN untuk mengelak dari menghadapi Mat Sabu di dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan perbicaran beliau dijadualkan pada Disember 2011?

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan reformasi politik di Malaysia dengan kata-kata manis seperti “mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik” dan “Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya."

Tidak sampai seminggu telah berlalu, lawan politik beliau Mat Sabu telah pun didakwa di mahkamah atas pendapat perbadinya mengenai sejarah. Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat tidak dipedulikan begitu sahaja.

Kata Teresa, Perdana Menteri yang benar-benar berfikiran terbuka dan dinamik haruslah sedar bahawa perbezaan pendapat mengenai penterjemahan sejarah tidak sesuai dibahaskan di bilik mahkamah tetapi haruslah diselesaikan melalui dialog dan perbahasan di dalam ruang akademik.

“Lebih-lebih lagi, kenyataan Mat Sabu tidak memfitnah sesiapa. Beliau juga tidak mengapi-apikan sebarang isu perkauman ataupun agama, berbeza sekali dengan Utusan Malaysia dan Perkasa yang telah berulang kali mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan sentimen perkauman, rasa benci and berbohong tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan. Mereka dibiarkan menyemai benih-benih ketakutan dan kebencian secara bebas. Pendakwaan Mat Sabu membuktikan kerajaan bersifat berat sebelah dan mengamalkan pendakwaan secara pilih kasih. Saya mengutuk serangan bomb petrol ke atas kediaman Mat Sabu semalam. Saya juga mengutuk ugutan simbahan asid yang diterima oleh beliau melalui SMS sebelumnya, “ demikian kata Teresa Kok seperti dipetik Sinar Harian 22 September 2011.

Menurutnya, ugutan sebegini terhadap beliau dan keluarga beliau adalah jenayah dan harus didakwa di mahkamah. Saya mengulang seruan saya kepada Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat kes ini, menangkap orang yang bertanggungjawab dan menyediakan pelindungan sewajarnya kepada beliau dan keluarganya.Saya juga menggesa pemimpin Barisan Nasional supaya mengeluarkan kenyataan akhbar untuk mengutuk ugutan terhadap Mat Sabu agar menunjukkan pendirian mereka menentang keganasan di dalam bidang politik,” tegas Teresa.

Semalam, Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth atas dakwaan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, , 21 Ogos lalu.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

Mohamad yang memakai baju kemeja hijau dengan jaket berwarna biru dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu, tiga Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Mohamad Hanafiah Zakaria, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Namun selepas rayuan oleh peguam Hanafiah Maidin dan Aminuddin Zulkifli, yang mewakili pemimpin PAS itu, Hakim Ikmal Hishan menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Ikmal Hishan juga menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Wednesday, September 7, 2011

Mat Sabu, Bukit Kepong dan Pas

Oleh DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM
(Fellow Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Universiti Teknologi Mara dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia)


Pendapat Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) bahawa gerombolan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan dan hero sebenar peristiwa tersebut dan bukannya anggota polis yang mempertahankan balai itu dengan nyawa mereka bolehlah disifatkan sebagai satu usaha untuk menulis semula sejarah negara.

Dalam rangka yang lebih besar ia merupakan percubaan bagi mengabsahkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) dan melakar perjuangan komunis sebagai perjuangan yang mulia.

Taktik Mat Sabu tidak menyebut perkataan komunis dan sebaliknya hanya menyebut nama Mat Indera dalam ceramahnya adalah suatu taktik halus sama seperti kaedah yang pernah diguna pakai PKM dalam mengumpan sokongan masyarakat Islam satu ketika dahulu.

Strategi diguna pakai PKM ini berasaskan kesedaran bahawa jika wajah sebenar komunisme yang menolak kewujudan Tuhan dan menganggap agama sebagai candu masyarakat didedahkan kepada orang Melayu, maka amat sukar bagi mereka untuk menerima atau menyokong ideologi tersebut.

Lantas untuk mengaburi mata umat Islam maka golongan Marxis-Leninist-Maoist menjadikan retorik perjuangan kemerdekaan daripada penjajahan British sebagai umpan utama untuk menarik sokongan orang Melayu.

Dalam hal ini, matlamat besar Mat Sabu adalah untuk merenggangkan hubungan parti UMNO dan sejarah perjuangan merebut kemerdekaan daripada penjajah British. Sebagai alternatif kepada peranan UMNO maka peranan PKM dipilih sebagai hero dan pejuang sebenar kemerdekaan dan oleh kerana komunisme itu sensitif di kalangan umat Islam maka Mat Indera digunakan sebagai contoh perlambangan yang perjuangannya disamakan dengan perjuangan Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong malah yang lebih dahsyat perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sendiri. Sejarah yang ada pada hari ini pula dimomokkan sebagai sejarah yang dilakarkan oleh penjajah dan parti pemerintah.

Bagi mengetahui sama ada tuduhan ini benar atau tidak, kita perlu melaksanakan satu ujian sejarah alternatif. Berdasarkan fakta, kita boleh melukis hala tuju sejarah jika dikatakan PKM yang berjaya menghalau pihak British dari Tanah Melayu.

Mat Sabu menyembunyikan hakikat bahawa jika PKM berjaya 'membebaskan Malaya' maka ia akan mendatangkan tiga kesan utama. Pertamanya corak pemerintahan Malaya tidak mungkin berasaskan pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, di sebaliknya Malaysia akan berubah menjadi sebuah republik dengan kediktatoran satu parti manakala Raja-Raja Melayu dinyahtakhtakan.

Kedua, kehidupan beragama akan dihapuskan seperti mana lazim di negara-negara komunis, Islam tidak mungkin menjadi agama rasmi sebaliknya fahaman ateisme-sekular akan menjadi pegangan negara. Dalam situasi ini Parti Pas tidak mungkin wujud.

Ketiga, Tanah Melayu akan dipimpin oleh Setiausaha Agung PKM kerana sebagai pemimpin tertinggi PKM sudah tentu beliau akan memegang jawatan sama ada sebagai Ketua Negara atau Ketua Kerajaan. Jika ketiga-tiga hakikat ini direnung, tidak mungkin ada orang Melayu yang akan sanggup menyertai atau menyokong Parti Komunis.

Adalah amat dangkal dan tidak bertanggungjawab bagi sesetengah pihak dalam usaha mempertahankan pendapat Mat Sabu menyamakan perjuangan komunis dengan perjuangan Tok Janggut di Kelantan atau Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu yang menentang penjajahan British. Perbezaannya amat ketara - kedua-dua mereka tidak pernah sekali-kali mahu mendirikan sebuah republik dan menurunkan Raja-Raja Melayu daripada takhta.

Tidak berniat sekalipun untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama dominan Tanah Melayu dan tidak rela sama sekali menjadi daie kepada fahaman ateisme atau pernah terfikir untuk menjadikan bangsanya sendiri sebagai bangsa terpinggir.

Perjuangan komunisme menentang British di Tanah Melayu juga tidak boleh sama sekali disamakan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW menentang Arab Jahiliyah atau pembukaan Kota Mekah. Kenapa pihak-pihak tertentu mahu menyamakan 25 anggota polis dan keluarga yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong yang semuanya beragama Islam dengan Arab Jahilliyah yang tidak menerima malah memerangi agama tauhid.

Bukankah kesemua pengganas komunis kecuali Mat Indera (itu pun perlu dikaji sama ada beliau masih beragama Islam ketika itu) adalah ateis yang bencikan agama serta menafikan kewujudkan Tuhan.

Siapakah yang berfikiran waras yang mahu menyamakan perjuangan mulia Nabi Muhammad SAW dengan sifat kebinatangan Kompeni Bebas ke-4 yang membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Pada awal tahun 1950-an satu-satunya parti yang mengerakkan usaha-usaha untuk mendapatkan kemerdekaan adalah UMNO. Ada yang mendakwa bahawa pemberontakan bersenjata PKM mempercepatkan pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaya.

Jika PKM benar-benar memperjuangkan kemerdekaan negara, kenapa apabila kita mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, PKM tidak mahu meletakkan senjata. Malahan mereka terus mengganas dengan membunuh orang awam, polis dan tentera? Kenapakah Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim mantan Ketua Polis Negara dibunuh oleh komunis 17 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Bukankah beliau berkhidmat untuk sebuah kerajaan merdeka dan dipilih rakyat.

Hakikatnya kenapa menunggu sehingga Disember 1989 baru PKM mahu meletakkan senjata iaitu 32 tahun selepas merdeka. Kepada PKM, ia bukan soal menentang penjajah, bagi mereka kemerdekaan sebenar hanya dicapai apabila parti mereka berkuasa mutlak, apabila sebuah republik dengan kediktatoran satu parti didirikan di bumi ini dengan berkiblatkan ideologi komunisme dan apabila akidah Islam serta agama-agama lain dihapuskan dari hati sanubari rakyat.

Janganlah kita apabila memberikan pendapat cuba mengambil sikap tidak jujur dari segi intelektual dan cuba menulis semula sejarah untuk disesuaikan dengan agenda sempit.

UMNO dituduh parti berhaluan kanan yang disenangi penjajah, Presiden-Pengasas UMNO Allahyarham Dato' Onn dan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman dituduh tali-barut Inggeris. Hakikatnya bukankah Dato' Onn telah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam negeri Johor dan Tunku sebagai Timbalan Pendakwaraya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Kedua-duanya telah mengorbankan kesenangan serta keselesaan peribadi demi pertiwi. Oleh itu jangan sekali-kali dihina sumbangan mereka, jangan dicerca khidmat bakti mereka. Pendek kata jangan jadi manusia yang tidak mengenang budi.

Ada pula yang mahu mendewa-dewakan perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebuah parti berhaluan kiri dalam usaha memperlekehkan parti UMNO. Tetapi siapa yang berani menceritakan kebenaran bahawa Presiden PKMM yang pertama iaitu Mokhtaruddin Lasso ialah seorang komunis. Begitu juga sebahagian besar ahli jawatankuasanya menganut fahaman komunisme. Bukankah dasar wahid PKMM dari lapan dasar yang diluluskan di kongres pertamanya di Ipoh dari tanggal 30 November hingga 3 Disember 1945 ialah mempersatu padukan bangsa Melayu, menanamkan semangat kebangsaan dalam sanubari orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malayadalam keluarga yang besar iaitu Republik Indonesia Raya.

Jika tercapai matlamat itu, maka hari ini agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi negara, Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta dan assimilasi berbanding integrasi akan menjadi panduan kepada dasar perhubungan kaum di negara ini.

Percubaan historical revisionism oleh Mat Sabu ini perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. Ia sebenarnya adalah percubaan fraksi 'Anwarisme' dalam Pas untuk menjadikan parti tersebut lebih diterima oleh orang bukan Islam, terutama oleh rakan pembangkangnya DAP.

Langkah pertama mereka telah berjaya dicapai apabila Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas mengalahkan penyandang dari kalangan ulama. Akibatnya dasar kepimpinan ulama yang dibawa generasi Allahyarham Yusof Rawa dan Fadzil Noor telah diketepikan. Mat Sabu sudah tentu bukan seorang ulama sama ada dari segi ilmu mahupun pembawaan.

Kedua, golongan ini telah berjaya menukar matlamat perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Sepatutnya umat Islam menitiskan air mata sebak mengenangkan selama 30 tahun akibat amanat Haji Hadi Awang, individu telah dikafirkan berdasarkan pendirian sama ada mereka menyokong konsep negara Islam yang dibawa Pas atau tidak.

Amanat ini telah memecahbelahkan umat Islam sehingga berlaku pertelingkahan antara ibu bapa dan anak-anak, antara suami dan isteri, antara adik-beradik, antara jiran tetangga dan antara ahli kariah.

Namun hari ini demi kepentingan politik dengan sekelip mata Pas tanpa segan silu ataupun memohon maaf kepada mereka yang dizalimi akibat amanat Haji Hadi dengan mudah menggugurkan perjuangan negara Islam dan sebaliknya digantikan dengan konsep negara berkebajikan yang telah dipelopori UMNO semenjak merdeka lagi.

Ketiganya apabila Pas sanggup menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup DAP. Hari ini ukhuwah umat Islam tidak penting, DEB atau sebarang dasar afirmatif tidak adil, kedudukan bahasa Melayu tidak perlu, kedudukan agama Islam mampu dikompromi kerana yang penting adalah kuasa dan kedudukan.

Segala-galanya hatta prinsip serta teras perjuangan boleh dikorbankan demi matlamat rakus tersebut.

Utusan Malaysia

Sunday, August 21, 2011

Layakkah Artis Yang 'Insaf' Berdakwah, Berceramah Agama di Masjid?

Siapa yang suka-suka jemput individu berceramah dalam masjid di Selangor?

Banyak sungguh kejadian di Selangor yang pelik-pelik, khususnya penceramah individu yang mendakwa diri mereka ustaz dan pihak-pihak tertentu khususnya pemimpin PAS tempatan pula gila dan taksub terhadap mereka.

Apakah kerana mereka popular ketika menjadi artis maka kedudukan mereka itu wajar dipergunakan untuk menjadi penceramah dan mampu menarik minat orang ramai?

Benar ada kalangan artis yang sudah ‘insaf’, tetapi apakah layak mereka menjadi penceramah? Cukupkah ilmu di dada mereka untuk memperkatakan sesuatu yang amat mulia, khususnya perkara berkaitan Islam?

Apakah dakwah dalam Islam boleh dilakukan sesiapa sahaja?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.berpendapat dakwah perlu dilakukan dengan penuh hikmah serta tidak boleh menggunakan perkataan yang boleh menimbulkan rasa sakit hati orang ramai.

Beliau berkata dakwah adalah untuk mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan sekiranya penyampaian ilmu menerusi dakwah itu menyakitkan hati banyak pihak, secara langsung ilmu yang yang disampaikan itu tidak dapat diterima.

"Sepatutnya dakwah lebih daripada itu. Bukan untuk sakitkan hati orang tetapi dakwah untuk mengajak sebab dakwah berkaitan dengan hati. Bila soal hati, sekiranya hati disakiti macam mana ilmu dan ajakan ini hendak sampai," di Sungai Petani semalam.

Mengulas insiden seorang bekas pelakon lelaki yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa Sultan lain dan mengkafirkan kerajaan dalam tazkirahnya kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Jamil Khir berkata kejadian itu sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Tambahan pula berlaku dalam masjid yang menjadi tempat untuk beribadat dan bukan sebagai tempat untuk berpolitik sehingga menghina orang lain.

Mungkin kerana kejadian ialah sekali lagi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bertitah supaya masjid di negeri itu tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah.

Baginda berharap Jawatankuasa Masjid dapat mengaturkan pelbagai program yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh kariah tanpa mengira usia dan status, titahnya pada majlis perasmian Masjid Desa Subang Permai.

Tuesday, August 16, 2011

PAS Semakin Sesat...UMNO, Perkasa Yang Dipersalahkan

Beginilah kalau parti yang sudah tidak berpendirian. Lebih jauh SESAT...

Takut pada bayang-bayang dan bimbang perpecahan dalaman berlaku!

Semalam, PAS mengaitkan operasi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ada kaitan dengan UMNO.

Mengusutkan atau PAS memang sedang kusut.

Dah jelas PAS kini tersesat dan tidak fokus kepada isu sebenar yang diperkatakan oleh umat Islam negara ini, iaitu murtad.

Amat jelas PAS tertekan dan semakin tidak berani memperkatakan pendirian mengenai perbuatan memurtadkan orang Islam kerana bimbang kemarahan DAP dan PKR terhadapnya.

Beginilah keadaannya apabila pemimpin Islam semakin melihat kuasa dan kedudukan penting daripada segala-galanya.

Orang Islam di Malaysia sewajarnya melihat bagaimana PAS bersandiwara dan menyalahkan pihak lain pada ketika mereka sebenarnya sedang berbuat salah dan berada di pihak yang salah.

Di Kuala Terengganu semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali “mendedahkan’ maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan UMNO dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” jelasnya.

Jadi apa yang dilakukan oleh EXCO Selangor, Datuk Dr Hassan Ali itu sebagai menyokong usaha UMNO? Dewan Pemuda PAS juga menyokong UMNO?

Atau Mustafa menganggap Nasrudin Hassan kini bersekongkol dengan UMNO?

Menurut Mustafa, matlamat UMNO bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah.

“Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi UMNO. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat agar tidak terpengaruh dengan “perangkap” UMNO dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan gereja.

Sedarlah wahai pemimpin PAS, jangan nak salahkan orang lain dalam isu murtad.
Kembalilah ke pangkal jalan dan jangan berterusan salahkan Dr Hassan dan hormatilah pendapat mereka yang tegas mengenai isu murtad ini seperti Dewan Pemuda PAS dan beberapa pemimpin lain.

Jangan kerana kepentingan politik dan kuasa, PAS cuba menyesatkan pengikut dan penyokong setianya.

Friday, August 12, 2011

CERITA SEBENAR DI SEBALIK GERAKAN MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI GMDU..

Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam.

Elok baca apa yang dijelaskan oleh Tukang Screw mengenai kejadian ini secara kronologi agar senang difahami.

Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.

Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.
SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).

Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.

Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-

Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?

Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini.

InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw.

Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

Friday, August 5, 2011

Guan Eng Rasis Tak Apa...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang kempen melalui akhbar Cina kononnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman akan mnjadi Ketua Menteri sekiranya BN menang pilihan raya umum akan datang.

Sikap rasis Guan Eng terserlah tetapi diangap tidak apa kerana dia Cina.

Kalau Melayu yang buat kenyataan, umpamanya kalau BN Melaka kalah kepada pembangkang, Cina akan jadi Ketua Menteri, pastinya tidak boleh dan dianggap rasis.

Lihatlah betapa celakanya Cina seperti Guan Eng yang mainkan isu perkauman.

Herannya Melayu bodoh di Pulau Pinang ada yang sokong beliau.

Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng menerusi akhbar berbahasa Cina mempunyai maksud tersirat kerana bersifat politik jahat, cuba menimbulkan isu perkauman dan membangkitkan kemarahan segelintir rakyat sedangkan perkara terbabit tidak berlaku.

Jelas Guan Eng seorang yang rasis dan cuba memecahkan kesepakatan BN Pulau Pinang dan tindakannya mengeluarkan kenyataan berunsur rasis berkenaan sangat berbahaya.

Tuduhan Guan Eng bahawa Zainal Abidin mahukan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tradisinya dipilih di kalangan masyarakat Cina, sekiranya BN menang pilihan raya umum akan datang hanya untuk mengekalkan kuasa Cina.

Tuesday, May 3, 2011

Mahfuz Geram - Kemaluannya Tidak Diperkatakan Orang

http://theflyingkick.blogspot.com
Author: CUCU TOK WAN Posted at: 9:00 AM



Maka berfatwa bermadahlah Mahfuz Omar tentang politik lucah yang menurutnya merupakan kaedah yang paling jijik dan rendah moral. Sedangkan ketika PAS memilih untuk menggunakan kaedah tersebut lama dahulu, termasuklah terhadap Anwar Ibrahim sendiri, Mahfuz tidak pernah pula mengeluarkan pendapat yang sama. Sebaliknya sentiasa berkata, kebenaran perlu ditegakkan dan perlu ditelan sekalipun pahit.

Nah, sekarang kebenaran adalah tersangat pahit dan sukar dihadam untuk para penyokong dan pengkagum Anwar Ibrahim di dalam PAS. Kebenaran telah tersingkap bahawa orang yang disokong kuat oleh PAS dari tahun 1998 sehingga sekarang, sememangnya terbukti adalah orang yang bukan sahaja tidak berwibawa tetapi juga penipu besar.

Tidak perlulah Mahfuz nak meletakkan topeng cantik pada wajah dan parut hodoh PAS. Selama ini, itulah kaedah politik yang sangat digemari oleh PAS. Pilihanraya kecil Permatang Pasir, tidakkah kaedah itulah yang digunakan sehingga calon UMNO-BN bercerai-berai dengan isteri keduanya?

Tidakkah kaedah yang sama juga digunakan terhadap Ismail Sapian, calon UMNO Bukit Gantang dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang menyaksikan Nizar Jamaluddin menang?


Tidakkah PAS yang terkinja-kinja apabila gambar Ketua Bahagian UMNO dengan gundeknya disiarkan oleh salah sebuah blog pro-Pakatan Rakyat, sekalipun gambar tersebut sudah hampir sedekad?

Mengapa apabila terkena ke batang hidung sendiri dan setelah habis hujah serta dalih, barulah sibuk hendak memperkatakan tentang politik bermoral? Mengapa perlu jadi ANAK BABI yang malu beribu dan berbapakan BABI?

Atau Mahfuz sebenarnya sakit hati kerana spender yang dipakai oleh lelaki yang kelihatan mirip seperti Anwar Ibrahim di dalam video berkenaan, merupakan spender yang sama jenis dipakai oleh Mahfuz sendiri setelah dipopularkan oleh Rowan Atkinson yang sangat terkenal dengan watak Mr. Bean?

Atau kerana Mahfuz dengki kerana selain memperkatakan tentang perbuatan jahanam lelaki yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim di dalam video berkenaan, turut diperkatakan juga adalah saiz anunya yang bagak sedangkan Mahfuz punya pula terkesot masuk ke dalam perut kerana terlalu takut kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Orang bernama Mahfuz Omar ini telah lama memberikan imej BAGHAL kepada PAS menerusi kenyataan-kenyataannya yang cuba melonjakkan namanya dalam kepimpinan utama PAS. Dan setiap kali dia mengeluarkan kenyataan, setiap kali itu jugalah para pemimpin PAS yang lain terpaksa menanggung natijah KEBAGHALAN akibat tutur katanya yang hanya standard dengan pencuci longkang dari Lombok!!!

Friday, April 29, 2011

Najib - Andalah Pemimpin Sebenar

Terima kasih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak!

Anda Perdana Menteri yang terbuka dan menghargai pandangan rakyat.

Dengan mengajak penulis blog bantu bentuk masa depan negara, anda seorang pemimpin yang ikhlas dan maha penting tahu menghargai sumbangan semua pihak – termasuk blogger!

Amat jelas anda jenis pemimpin yang bukan bergantung sepenuhnya kepada Menteri-Menteri, Menteri Besar, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau orang politik.

Anda juga menilai pendapat individu dalam membangunkan negara. Anda sebenarnya negarawan yang sewajarnya disokong dan dijulang.

Apapun, menjadi hak anda yang mana satu anda pilih. Prerogative tetap ada pada anda!

Dengan mengatakan kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, anda seorang yang berlapangkan dada dan tidak gentar dikritik.

Anda sebenarnya pemimpin yang berani dan cekal.

Perdana Menteri beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, kelmarin.

Terbukti kini walaupun pesaing anda begitu jijik melakukan perkara-perkara yang buruk untuk menyekat anda menjadi Perdana Menteri, dengan izin Allah, keikhklasandan sokongan rakyat, anda mendapat juga tempat yang mungkin anda tidak bayangkan begitu cepat.

Persetankan dengan yang menentang. Memang mereka kaum penentang. Selagi anda Perdana Menteri, mereka akan menentang.

Jadi ingatlah selalu kepada yang menyokong dan mendokong anda!

Tentunya rakyat lega dengan kenytaan anda bahawa kerajaan bersedia “ menerima kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat” adalah sesuatu yang sangat relevan pada suasana dan ketika kini.

Dengan meletakkan inividu juga sebagai pihak penting dalam merencana dan menilai pembangunan negara, anda meletakkan mereka ini standing dengan pembuat dan penganalisis dasar.

Dengan kata lain, di mata anda, rakyat atau individu kalangan bloggernya sama tahapnya dengan penjawat awam, wartawan, penulis kolum atau juga pengarang sesebuah akhbar.

Walaupun mungkin tidak setaraf blogger terkenal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad atau nama-mana besar lain namun bloggers seperti saya dan mungkin GAP, Sahabat Gunung, Pisau, KerisPutera dan yang lainnya merasa diiktiraf.

Ketahuilah bahawa dengan mengakui atau mengiktiraf peranan blogger, anda sebenarnya membuka perbincangan pad lingkungan lebih besar dan peranan mereka ini lebih baik daripada pengarang dan wartawan yang bekerja di akhbar yang takut atau bacul untuk menegur kerajaan.

Ada kalangan mereka yang bekerja di media arus perdana hanya tahu memuji dan ‘memuja’ anda semata-mata kerana menjaga kerusi dan gaji mereka.

Dan jika bukan kerana sebab seperti itu tak kanlah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menegur akhbar yang langsung tidak berani menegur kerajaan.

Dr Mahathir dengan lantang dan jelas semalam mengatakan media arus perdana dalam negara harus sesekali menjadi pengkritik kerajaan. Menurut beliau, ramai yang tidak bersedia untuk mengkritik kerajaan kerana mereka beranggapan mesti menyokong kerajaan sentiasa.

Hakikatnya, hubungan blogger dengan anda serta kerajaan sewajarnya jangan ada pemisah yang besar sebliknya perlu dianggap sebaga jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain.

Saya menghormati anda apabila anda mengatakan : “Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.”

Apapun, saya dan saya pasti rakan blogger lain juga tahu akan wujudnya batas dan batasan agar tidak menggunakan ruang siber untuk mencerca, bohong, dusta, menipu atau menyatakan separuh kebenaran dalam sesuatu perkara.

Sebagai blogger saya hanya menyatakan perkara yang benar dan perkataan saya melalui blog saya semuanya tidak ada yang tidak benar melaluinya semuanya benar belaka!


Daripada blog hambali1

Thursday, April 14, 2011

Anwar Bertanggungjawab Kaitan Najib Dengan Altantuya

Daripada http://hambali1.blogspot.com/
Semakin terdedah kini!

Kes mengaitkan Datuk Serti Mohd Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ada kaitan dengan ‘lampu hijau’ daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar lagi?



Tujuan dikaitkan Najib dengan Altantuya ialah menyekat beliau daripada menjadi Perdana Menteri. Kesian Najib.

Tetapi yang penting, gelagat dan perangai Anwar semakin terserlah lagi.

Juga penting, Raja Petra ternyata dalam kes ini bukan menulis berdasarkan maklumat sahih tetapi berdasarkan kenyataan individu dan mungkin berdasarkan ‘grand design’ untuk menyekat Najib menjadi Perdana Menteri.

Selain itu beberapa individu turut memainkan peranan menyebabkan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya berkenaan.

Nama-nama seperti Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican turut disabitkan oleh Raja Petra.

Mereka ini yang dikatakan rapat dengan Anwar, selain Kolonel Azmi Zainal Abidin menjadi individu penting yang mempengaruhi Raja Petra melakukan tuduhan sedemikian.

Untuk lebih jelas, ikuti laporan Bernama berikut:

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam semalam.

Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. "Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.

"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Raja Petra berkata, individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya: "Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."

Raja Petra berkata, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar. "Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.

"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar...Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan,
" katanya.

Raja Petra berkata, semua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual ekslusifnya dengan Raja Petra dalam Buletin Utama 8 malam ini.

Friday, March 4, 2011

Datuk Idris Jusoh Berundur... PRK Besut Pulak Ke???

Baca apa yang ditulis oleh seorang pemimpin PAS Terengganu, Saiful bahri yang mendakwa dirinya ustaz yang dipetik oleh tranungkite.

Fikir dan renungkanlah...

Oleh Ust Saiful Bahri

Program Kebangkitan Rakyat PGU (Pas Ganti UMNO) kali kedua yang akan diadakan pada 19 Mac ini di tengah Bandar Jerteh akan menyaksikan gelombang kebangkitan yang lebih hebat berbanding dengan siri pertama yang diadakan di Monica bay, Chukai Kemaman baru-baru ini yang menyaksikan kehadiran 40K rakyat Terengganu yang telah bersedia untuk menggantikan pemerintahan baru UMNO-BN di Terengganu, pimpinan Datuk Mat Said.

Siri ke-2 ini yang mensasarkan Zone Utara dibawah Bahagian UMNO yang dikuasai oleh Team bekas MB Terengganu, Idris Jusoh. Kita sedia maklum panglima utara & selatan ini tidak berkesudahan perang sabil dan dok cah keting sesame mereka. Nampaknya dah tiada ubat melainkan satu sahaja… kena bakar kelambu dengan Mat Said sekali. Bagaimana strategi?

Bagi Team Idris, cara yang paling mudah adalah membantu Pas dalam mengalahkan Team Mat Said dalam pilihanraya PRU-13 nanti. Silent protes ini lebih mudah daripada mengalahkan Mat Said secara terang-terangan.Mat Said pun memang dikenali jenis keras keng. Bukan jenis boleh diajak berbincang. Tiada istilah win-win situation buat Mat Said. Yang ada.. “Menang,menang… gomol aku sorang”. Kini adalah proses menyingkirkan semua team yang menentang beliau. Selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan MB Terengganu, itu adalah lesen besar buat beliau. Sebab itu kini kelihatan Datuk Mat Said semakin sombong dan angkuh. Beliau merasa semakin berkuasa dan kini mula mengeluarkan kuku beliau.

Nampaknya Idris dah terpelosok ke penjuru Besut. Hanya nyawa-nyawa ikan Mara aje yang ada. Bagi Mat Said tanpa Idris beliau boleh survive dan orang-ramai serta pegawai berada dibelakang beliau. Walaupun zaman Mat Said ini tiada lagi projek-projek mega, projek yang tidak kelihatan dan yang ada hanyalah projek-projek bodoh setaraf “Ubi Gadong” tetapi beliau yakin boleh memenangi undi rakyat dengan gula-gula “e-book” dan “buahkurma,air zam-zam” beliau tu.

Bagi pendokong setia Idris, beliau dikenali sebagai pakar strategis. Takkan dok diam aje sebagaimana diamnya beliau di dalam dewan sebagai Adun Bisu-Kelu sepanjang penggal bersama yang sewaktu dengannya. Takkanlah ahli politik yang telah berdarah berdaging nak undur diri dan nak wat ibadah kat Mekah aje? Takkan Idris terlalu cepat mengalah. Takkan kes “Aku nak Deris, Natang” telah menjadi igauan gelap dan trauma menakutkan buat tokoh bekas MB Terengganu untuk kembali bertapak? Takkan nak jaga Mara atau FELDA pulak? Atau memang dah merajuk!!! Kalau kelima-lima ni letak jawatan sekarang kan bagus... bolehlah.. rakyat Besit merasa sikit projek-projek mee segera...

Lima ADUN sedia undur beri peluang muka baru

JERTIH: Lima wakil rakyat dalam UMNO bahagian Besut, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, sedia berundur bagi memberi peluang kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Idris, Ketua UMNO bahagian Besut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin sepakat menyatakan kesediaan berundur untuk memberi laluan kepada calon baru bertanding.

Tiga lagi yang menyatakan kesediaan berundur ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad; Naib Ketua bahagian, merangkap ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar.

Pemimpin terbabit sepakat menyatakan hasrat itu pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun mereka menegaskan, hasrat untuk berundur itu perlu berdasarkan syarat utama iaitu calon menggantikan mereka mestilah layak dan bersedia berkhidmat kepada rakyat, selain bersih daripada gejala rasuah.

Berita ini membuatkan Datuk Mat Said tersenggih! Kemenangan sudah berpihak kepada beliau. Bagi Pas, ianya sebagai rangsangan agar Program PGU akan lebih bermakna dan diharap lebih hebat. Tetapi nak dikatakan kelima-lima Team Deris ini bersara, meninggalkan medan perjuangan… rasa agak terkilan jugak. Apatah lagi daerah yang paling hampir dengan Selatan Thai, Negara Tomoi. Daerah yang ramai peminat Boxing Siam ni, biasanya tahan perjuangan. Sifat gedebe Besut tu sepatutnya tak kurang banding dengan Mat Said. Sifat tak hebat keorang ni sepatutnya mengalir dalam darah panglima Umno Besut ini. Tapi kenapa nak berundur???

Kalau dilihat syarat beliau berundur tu pelik? Pengantinya perlu layak, berkhidmat kepada rakyat & tidak rasuah!.. Nak cari dimana UMNO yang tak rasuah? Datuk Ahmad Said tu layak ke? Umno berkhidmat untuk diri sendiri. Rakyat tanggung sendirilah. Habis! Memang tiada yang layak melainkan Idris Jusoh sendiri. Jawabnya tak berundurlah jawabnya atau...

Mungkin strategi undur selangkah. Biarlah dicalit hitam ke muka Mat Said dalam PRU-13 nanti. Biar tumbang pemerintahan ‘gong’ dan ‘agah’ Mat Said ini… tak berapa bulan dah… Selepas tumbang UMNO Mat Said, Datuk Idris boleh bangkit dengan gelombang birunya kali kedua… Di sinilah mungkin Nampak hebat Datuk Idris. Nak berjasa menumbang Kerajaan Pas kali ke-2. Sesuai dengan slogan beliau “Memahat Sejarah, Membina Tamaddun”. Cuma diharap jangan sampai… Pahat patah, sejarah hancur lebur!!!-/ Asal