![]() |
Antara harta yang dikatakan dibeli oleh Jho Low hasil dana 1MDB. |
"Harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib."
Hari ini Isnin 12 Disember 2016 adalah tarikh menarik untuk
semua rakyat Malaysia ikuti perkembangan tuntutan keluarga hartawan Malaysia, Low Taek Jho dikenali sebagai Jho Low, yang
dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka, termasuk bapanya, menuntut semula aset yang ‘dimiliki Jho Low’ yang disita
oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).
Seorang hakim Persekutuan di negara Uncle Sam itu sudah menolak
usul yang menuntut mereka diberikan masa untuk mencuba nasib di mahkamah di
luar negara.
Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam saman
sivil RM4,000 juta) yang didakwa dari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.
Dana itu dialihkan kepada hartanah mewah di New York,
Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.
Bayangkan apa boleh dibuat dengan RM4,000 juta untuk pembangunan rakyat di negara ini. Pedulikah kita?
Keluarga Jho Low itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan
Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka
mendapatkan harta-harta berkenaan.
Keputusan untuk meneruskan perbicaraan hari ini boleh menggagalkan rancangan itu. Peguam
mereka ialah Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim.
Mereka berusaha memfailkan usul untuk menangguhkan
pendengaran hari ini (12 Disember 2016) kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand
dan Kepulauan Cayman.
Kes-kes terbabit yang diusul keluarga Jho Low di sebuah Mahkamah Daerah Pusat California (Los Angeles) ialah: 16-cv-05364, 16-cv-05367, 16-cv-05368, 16-cv-05369, 16-cv-05370, 16-cv-05374, 16-cv-05374, 16-cv-05375 dan 16-cv-05378.
Tujuannya mencuba dan mendapatkan hartanah serta aset
lain yang dipindahkan kepada pemegang amanah baru.
Kenyataan pada Rabu lalu menyebut Hakim Daerah AS itu, Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk
menangguhkan pendengaran dan permohonan berasingan untuk melanjutkan tarikh
akhir memfailkan tuntutan.
Tiada sebab diberikan dalam kenyataan pada Rabu
lalu.
Pendakwa raya persekutuan yang
membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima
bulan berlalu sejak DOJ memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion
telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz
dalam saman sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang mengeluarkan
filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.
Tuntutan keluarga Jho Low ini jika dilihat daripada
berbagai perspektif akan membawa kepada pertanyaan dan hakikat bahawa:
1.
Benarlah dakwaan
DOJ bahawa Jho Low memiliki harta-harta seperti disebut dalam saman terhadapnya.
Ini kerana jika Jho Low tidak ada harta berkenaan, bagaimana keluarga beliau
boleh menuntut bagi pihaknya. Bagaimana kesudahannya?
2.
Wajarkah harta
yang dicuri daripada dana 1MDB dipindah milik kepada keluarga sedangkan ia
masih dalam siasatan DOJ?
3.
Walaupun tahu ia
bukan harta yang dikumpul secara ‘bersih’ tetapi kenapa keluarga Jho Low
bimbang semua harta berkenaan dirampas dan mahu dijadikan n milik mereka?
4.
Apa usaha keluarga
Jho Low selanjutnya jika terus gagal
untuk dibawa kes ini ke New Zealand dan Kepulauan Cayman?
5.
Persoalan asas yang
belum terjawab ialah kenapa pemimpin dan kerajaan Malaysia tidak sama menuntut
harta yang dikumpul oleh Jho Low itu untuk dibawa ulang ke negara ini?
6.
Apakah harta yang
dimiliki Jho Low itu bukan harta rakyat negara ini?
Persoalan kelima ini menarik kerana Jho Low kini dilihat
seperti ‘manusia kebal’ di Malaysia sedangkan di Singapura, lain pula
kedudukannya.
Bukan sahaja pemimpin negara, parti utama yang memerintah
iaitu UMNO dan pihak berkuasa lain tetapi rakyat juga kebanyakannya bagaikan
tidak menghiraukan wang sebanyak AS1,000 Juta (RM4,000 juta) dicuri oleh Jho
Low.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan
tidak berminat dengan ‘perbuatan Jho
Low’ ini, walaupun rakyat mempersoalkan hubungan rapat antara mereka.
Sedangkan di Sigapura, pada 10 November 2016 lalu, Jabatan
Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan
kelahiran Pulau Pinang itu dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan
dengan 1MDB.
The Straits Times Singapura memetik pegawai
penyiasat CAD, Oh Yong Yang menyatakan pendirian
CAD itu kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo
Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan
dengan 1MDB dan cuba menutupnya.
Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga
berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy
Al Husseiny.
Laporan akhbar utama Singapura itu menyebut ketiga-tiga lelaki itu juga sedang
disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.
Mereka juga dinamakan dalam saman sivil DOJ AS setebal
136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.
DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada
dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.
Diharapkan ada suatu keputusan menarik daripada
perbicaraan hari ini yang akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia untuk
mendapatkan kembali harta milik mereka yang dicuri.
Juga harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS
itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana
1MDB yang dicuri oleh
Jika keluarga Jho Low berharap mendapatkan harta
berkenaan, rakyat Malaysia pula pastinya berdoa dan berharap yang benar akan tetap muncul
akhirnya.
Biarlah harta yang dicuri itu dijaga sementara oleh pihak
berkuasa AS daripada ia jatuh ke tangan Jho Low dan konco-konconya yang
mendapatkannya secara jahat dan haram melalui penyelewengan dana 1MDB
yang kini dibicarakan oleh banyak negara dunia.
No comments:
Post a Comment