Kenyataan dan butiran bahawa usahawan terkenal di seluruh
dunia yang dikaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho
memang ada harta di luar negara benar belaka.
Laporan Reuters hari ini mengesahkan bahawa melalui usul
di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles, selepas keluarga beliau menuntut supaya
harta itu ditukar kepada pemegang amanah baru.
Kini sah sudah ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai
Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang
sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ),
memiliki harta berkenaan hasil penipuan liciknya mendapatkan dana dan harta
1MDB.
Dia didakwa menyalahgunakan lebih AS$3.5 bilion daripada
dana 1MDB.
Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset
didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New
York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi sedang
diusahakan oleh DOJ.
Hotel Park Lane di New York yang dimiliki Jho Low.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana
itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.
Najib menafikan sebarang kaitan dengan Jho Low dan salah
laku selain menegaskan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa.
Kenapa semuanya
benar bahawa Jho Low memiliki harta berkenaan?
Ini kerana tindakan keluarga Jh Low yang bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu
dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1MDB
yang sedang disiasat, menyerlahkan segala-gakanya.
Laporan Reuters yang dipetik hingga ke Kanada, Indonesia,
Singapura dan beberapa negara lain menyebut, kini empat keluarga terdekat Jho Low akan memfailkan
tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah
dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru.
Pendedahan itu berdasarkan usul pada Isnin lalu di
Mahkamah Persekutuan Los Angeles.
Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa
kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan
Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu.
Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23
Januari.
Pada 31 Oktober lalu, Bloomberg
menyebut, keluarga Jho Low melakukan tindakan untuk menyekat DOJ
merampas aset yang dibeli oleh usahawan Pulau Pinang itu melalui dana yang
didapati secara ‘haram; dari 1MDB.
Pada ketika Jho Low sendiri nampaknya ‘menyembunyikan
diri; namun keluarga – bapa, adik beradik dan dua lagi ahli keluarganya –
berada di AS untuk memindahkan aset itu kepada mereka.
Menurut Bloomberg: “Relatives of the financier accused
by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5
billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize
assets acquired with misappropriated funds.
Four family members of Low Taek Jho, also known as Jho
Low, have initiated claims for properties the U.S. said he bought
with money from the 1MDB fund, including a $100-million interest in EMI
Music Publishing Group, a $35 million Bombardier jet, and a $200-million stake
in the Park Lane Hotel in New York.
The family members, including Low’s brother and
father, say they are beneficiaries of the family-owned trust that controls the
assets and were forced to file claims themselves because the Swiss trustees
have refused to take any action in the forfeiture lawsuits, according to
filings Monday in Los Angeles federal court.”
Laporan dalam akhbar Metro Amerika Syarikat |
Straits Times Singapura hari ini memetik laporan
Bloomberg pula menyebut: “The Low family members, who reside in Malaysia, disclosed
their intent to try to replace the trustees while seeking to postpone a hearing
set for Dec. 12 in Los Angeles on whether they have the right to intervene in
the U.S. cases. The family members say they are the beneficiaries of the trusts
that hold the assets, and if they or a replacement trustee aren't allowed to
bring a claim, their possessions will go to the U.S. by default.
Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang
selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang
amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan
kawalan aset.
Selain Jho Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza
Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas
Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster
“The Wolf of Wall Street” pada 2013.
Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi
berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai
Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.
No comments:
Post a Comment