Sunday, August 22, 2010

PENGETUA RASIS - APA SOKONGAN KITA?

Ramai daripada kita tidak prihatin atau memang tidak tahu bahawa seorang pengetua telah berusaha menegakkan maruah Melayu, sebaliknya beliau mendapat kecaman dan Kementerian Pelajaran pula menyiasatnya.

Inilah nasib bangsa kita di tanah air kita yang apabila bercakap mengenai hak KITA, kita pula dikenakan 'hukuman'.

Saya mengajak penjenguk blog ini untuk memahi kenapa pengetua ini dikecam dan apa sokongan kita sebagai orang Melayu kepadanya.

http://taipingmali.blogspot.com/
Sabtu, Ogos 21, 2010


Tuan Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Johor, Pn Hajjah Siti Inshah Mansor DG48 telah dikritik hebat oleh Hindraf, DAP, PKR dan PAS kerana dianggap seorang pengetua bersikap perkauman dalam satu situasi di sekolahnya.

Muhyiddin was asked to comment on the incident where the principal allegedly told Chinese students they were not needed in the country and could return to China and that the prayer strings Indian students tied around their necks and wrists were similar to dog leashes.

Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh Jabatan Pelajaran Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut, menurut TPM.

Kemungkinan juga sindiran Pengetua tersebut secara menyeluruh, mungkin beliau geram dengan sikap pelajar yang kurang ajar, biadap, tidak berdisplin dan lain-lain kemungkinan yang ada.

Pengetua juga mungkin marah dengan sikap guru-gurunya yang pro pembangkang.Guru Melayu menyokong Pas dan Pkr, Guru Cina menyokong Dap dan Guru India menyokong Hindraf. Sekolah mungkin dijadikan gelanggang politik oleh setengah guru dan pelajar.

Biasalah, orang perempuan ni bila dia habis dan hilang sabar, perkara-perkara yang pelik dan ganjil akan berlaku.

Dilihat dari segi pengalaman dan usia, Pengetua tersebut cukup cemerlang, sebab itu beliau bergelar Pengetua Kanan. Mungkin juga faktor usia dan jantina yang mempengaruhi beliau dan hilang sabar lalu melontarkan amarahnya kepada semua warga pendidik dan pelajar di sekolah beliau dipertanggungjawabkan.

Apa pun jika jawatankuasa yang dilantik juga pro pembangkang maka tamatlah riwayat Pengetua Cemerlang tersebut....

Berserahlah kepada Allah....TM menyokong penuh keberanian beliau.

Ahimsa untuk Siti Inshah

Surat cadangan Taklimat Khas Budaya Kaum India sudah selamat dikirim melalui pos kepada Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya pada pagi 18 Ogos 2010. Salinan surat yang sama turut dikirim kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Pelajaran Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya; manakala salinan kepada Penasihat Agung Kavyan akan diserah terus apabila saya bertemu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada 19 Ogos 2010 untuk perbincangan lanjut berhubung aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan.
.
Saya mendapat tahu mengenai insiden yang berlaku di Kulaijaya, Johor apabila Dhanesh Kumar menandakan (tag) nama saya pada salinan laporan polis di Facebook pada 16 Ogos 2010. Perkara pertama yang saya lakukan adalah menghubungi beliau untuk mengesahkan bahawa laporan polis itu adalah asli dan bukan sekadar mainan.

Selepas mendapat pengesahan, maka saya memaparkan salinan laporan polis bertarikh 14 Ogos 2010 itu di laman Facebook saya. Saya turut menandakan rakan-rakan untuk mendapatkan reaksi daripada mereka.
Rata-rata, rakan-rakan pelbagai kaum di Facebook terkejut dengan apa yang berlaku. Sukar untuk membayangkan bahawa seorang pengetua boleh bersikap sehina itu; dengan andaian kandungan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kulaijaya pada 14 Ogos 2010 adalah betul dan benar.
.
Saya memang menyampah apabila ada pihak menggunakan istilah “pendatang” dan “bangsa asing” apabila merujuk kepada kaum Cina, kaum India dan mana-mana kaum/etnik “Bukan Melayu” di negara ini. Cerpen “Pulau Pendatang” yang saya siarkan secara bersiri di blog saya mulai 7 Ogos 2010 juga membicarakan isu ini yang berlaku di Pulau Cinta.
.
Pada pagi 17 Ogos 2010, saya terfikir untuk membuat laporan polis terhadap pengetua itu kerana ternyata beliau membawa unsur subversif yang menggugat keamanan negara. Saya dimaklumkan bahawa akhbar Makkal Osai (Tamil) menyiarkan berita mengenai peristiwa itu pada hari yang sama.
.
Ada juga rakan-rakan yang menyifatkan apa yang berlaku di SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya sebagai kes terpencil dan tidak patut diperbesarkan. Pada waktu sama, beberapa rakan mendedahkan bahawa perbuatan seperti itu sebenarnya berlaku di seluruh negara tetapi pelajar/murid serta ibu bapa tidak tampil “bersuara”, apatah lagi membuat laporan polis. Maka, tindakan berani pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putera dilihat sebagai pencetus positif ke arah mendepani masalah yang memang nyata berada di depan mata.
.
Dhanen Mahes mencadangkan: “I think we should give her a hug. Poor thing so full of hatred. Probably didn’t get much hugs as a kid.”
.
Saya tertarik pada cadangan spontan yang dikemukakn Dhanen. Ya! Pasti Mahatma Gandhi dan pengamal ahimsa akan melakukan demikian.
.
Dalam masa beberapa jam, keputusan diambil supaya Kavyan menganjurkan taklimat khas secara percuma untuk Puan Hajah Siti Inshah Mastor yang saya yakin, puasanya pada 12 Ogos 2010 (2 Ramadan 1431) terbatal kerana tidak patuh pada wahyu (firman Allah) dan sunah rasul (perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW) berkaitan hukum berpuasa.
.
Surat mengenai taklimat khas itu siap pada 17 Ogos 2010, dipos pada 18 Ogos 2010 dan kandungannya boleh dibaca DI SINI.
.
Saya percaya bahawa selain daripada Kavyan, ada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk sama-sama “membimbing” mana-mana insan “sesat” yang menggugat keamanan negara.
.
Seperti biasa, saya secara peribadi tidak menaruh harapan pada mana-mana Badut Paul Lathic dan politikus. Sebaliknya, NGO pelbagai kaum/etnik boleh mengadakan taklimat menggunakan Bahasa Malaysia untuk menyedarkan Bangsa Malaysia mengenai budaya pelbagai kaum/etnik di negara ini.
.
Kita boleh mengadakan siri Taklimat Budaya Pelbagai Kaum & Etnik di seluruh negara. Kita perlu mulakan dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulaijaya yang berada dalam keadaan kronik serta amat perlu diselamatkan segera sebelum guru, kakitangan dan pelajar pelbagai kaum di sekolah itu menjadi mangsa subversifisme melampau.
.
Apa kata kita sama-sama mengirim lebih banyak surat tawaran untuk mengadakan taklimat secara percuma di sekolah berkenaan? Salin sahaja kandungan surat yang dikirim Kavyan. Jangan lupa mengirim salinan surat kepada pihak-pihak berkenaan. Sekurang-kurangnya pengetua itu akan sedar betapa “pendatang” dan “penumpang” yang begitu dibencinya lebih bersikap “Malaysia” berbanding dirinya.
.
Oh, ya! Kavyan akan menyumbangkan cenderamata berupa buku Kathakali (2009) dan Rudra Avatara (2008) kepada Puan Hajah Siti Inshah Mastor semasa taklimat nanti untuk membantu beliau lebih memahami budaya Bangsa Malaysia melalui pembacaan.
.
Dalam pada itu, saya juga sempat membaca komen beberapa blogger, misalnya Mohamed Nasser Mohamed [DI SINI] dan Poobalan [DI SINI] manakala forum sekumpulan remaja boleh dibaca DI SINI.
.
Laporan akhbar theSun pada 19 Ogos 2010 bertajuk "Principal has apologised" boleh dibaca DI SINI.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
dari blog amir hamzah pula seperti berikut:




Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar. Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Ketua Wira PERKASA Johor Sdr Azlan b Ahmad yang tinggal di Kulaijaya telah dihubungi untuk mendapat gambaran daripada pihak pengetua yang terbabit.

1. Pengetua menafikan bahawa beliau tidak mengucapkan kata-kata seperti yang dilaporkan oleh pihak media dan beliau mendakwa telah diputar belitkan oleh pelajar India yang membuat laporan polis. Sdr Azlan difahamkan bahawa di belakang pelajar India ini adalah seorang guru India yang memang tidak berpuas hati kepada pengetua berkenaan berikutan permintaannya untuk menubuhkan Persatuan Tamil telah ditolak. Pihak pengetua hanya akan memberi kebenaran kepada guru India tersebut jika guru berkenaan berhasrat mahu menubuhkan Persatuan Bahasa Tamil bukannya Persatuan Tamil.

2. Sdr Azlan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu telah mula melawan guru-guru Melayu dengan mengatakan bahawa ' Guru Besar pun kita lawan apa lagi guru-guru kecil'.

3. Pengetua berkenaan juga telah membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya. Difahamkan juga akibat desakan daripada MCA dan DAP, pengetua itu telah diminta memohon maaf kepada pelajar di dalam perhimpunan.

Betul kata Muhyiddin:

1.Terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku."Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya"

2.Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi menyiasat isu ini adalah langkah yang tepat.

Kesimpulannya:

1. Seandainya pengetua berkenaan didapati ada menyatakan ayat yang dilaporkan kepada pihak polis maka satu tindakan yang setimpal perlu diambil kerana ianya satu provokasi yang tidak sesuai dilakukan oleh seorang penjawat awam.

2. Jika benar pengetua tersebut telah difitnah dan ucapannya telah diputar belitkan maka pelajar yang berkenaan perlu diambil tindakan.

3. Guru India seperti yang dilaporkan pengetua juga boleh diambil tindakan kerana mengikut perintah am perkara 4 berkaitan Perhubungan Dengan Orang Luar menyebut sebagai (4.6)Guru-guru juga dilarang keras membuat sebarang kenyataan akhbar atau menulis artikel tentang sesuatu isu (kecuali dengan kebenaran pengarah) dan melakukan tindakan yang mencemarkan profesion berkait dengan perhubungan dengan orang luar. Apatah lagi guru ini telah menghasut pelajar ini untuk membuat laporan polis.

4. Dengan laporan polis ini juga telah melibatkan parti-parti politik campur tangan dalam perjalanan hal ehwal sekolah. Apakah motif laporan polis dibuat? Sepatutnya ia boleh dilaporkan kepada PIBG sekolah atau biro aduan PPD Kulai Jaya atau pun Biro Aduan Jabatan Pelajaran Johor untuk siasatan.

5. Jika benar pengetua tidak menuturkan 'ucapan rasis' berkenaan maka guru-guru Melayu daripada Guru-guru penolong kanan hingga guru-guru biasa perlulah membuat laporan polis menyatakan sokongan kepada kenyataan pengetua bahawa beliau telah difitnah dan kenyataannya diputar belitkan. Begitu juga pelajar-pelajar Melayu yang berjumlah lebih kurang 800 orang daripada 1100 orang boleh membuat kenyataan menafikan laporan polis tersebut.

Isu ini telah menjadi isu perkauman maka sebarang tindakan perlulah adil supaya tidak ada mereka yang teraniaya.

Terima kasih PERKASA Kulaijaya!

Monday, August 16, 2010

BERAPA KALI LAGI ANWAR MAHU GUGURKAN KES LIWAT?

Oleh Cybertrooper, AIDCclub

Hari ini (16 Ogos) merupakan tarikh hakim buat keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan kes atau tidak. Apa hujah Anwar untuk menggugurkan kes kali ini ? Anwar dakwa adanya dakwaan hubungan intim antara Saiful Bukhari Azlan dengan bekas anggota pasukan pendakwa Farah Azlina Latif.

Adakah hujah ini kuat ? Hujah ini amat lemah. Apakah sumber Anwar untuk menyokong dakwaannya ? Satu sumber sahaja, iaitu surat layang yang ditulis di blog kroni Anwar, Raja Petra Raja Kamaruddin (RPK). Adakah RPK bersedia hadir ke mahkamah untuk menyokong dakwaan Anwar ? Sudah semestinya RPK tidak hadir, kerana dia sendiri melarikan diri ke luar negara setelah menghadapi kesnya di mahkamah Malaysia.Bagaimana seorang yang melarikan diri daripada menghadapi sistem perundangan Malaysia, boleh dijadikan rujukan untuk menyokong kes lain?

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata dakwaan wujudnya hubungan sulit Farah Azlina dan pengadu seperti terkandung dalam permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah 'dengar cakap' semata-mata.

''Ia hanya satu dakwaan kosong tanpa pengetahuan beliau sendiri. Apa sahaja dalam afidavit Anwar telah dilaporkan dalam akhbar,'' katanya.

Justeru itu tidak menghairankan jika Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan dakwaan hubungan intim Saiful-Farah tidak relevan dengan perbicaraan kes liwat yang sedang dibicarakan.

Apabila hakim menolak isu hubungan intim Saiful-Farah, Karpal Singh, ketua peguam bela Anwar membangkitkan isu lain pula. Kali ini, isu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang berpoligami pula.

Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sudah nampak hala tuju niat Karpal tersebut, sebab itu beliau berkata :

''Tiada afidavit balasan difailkan terhadap afidavit yang jawapan Hanafiah. Sekarang nak bangkitkan isu kahwin dua, satu isu yang tidak ada kaitan.

''Adakah dengan berkahwin sekali lagi di Thailand bermaksud Hanafiah seorang yang tidak jujur? Hanafiah menjawab notis usul berlandaskan apa yang beliau ketahui dan bukannya seperti Anwar yang memfailkan notis berdasarkan apa yang dia dengar,''

''Tindakan pihak pembelaan memfailkan bermacam-macam permohonan, notis dan afidavit serta melengah-lengahkan perbicaraan sebenarnya menyalahgunakan proses mahkamah,''

"Buat kali pertama saya bercakap... kami tidak boleh membenarkan pembelaan terus melambatkan perbicaraan ini. Kita tidak boleh melihat semata-mata kepentingan tertuduh. Kita harus melihat kepentingan pengadu serta orang awam,"

Daripada keterangan-keterangan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dapat dibuat kesimpulan bahawa hujah untuk menggugurkan kes berdasarkan hujah hubungan intim Saiful-Farah sangat lemah dan Karpal sendiri mengetahui kerelevanan hujah tersebut. Sebab itu Mohd Yusof berpendapat bukan tujuan sebenar Karpal mahu menggugurkan kes bila berpegang dengan hujah tersebut, tetapi matlamat sebenar Karpal adalah untuk melengah-lengahkan prosiding.

Dr Razali tunggu soal balas Karpal

Seorang pengomen tegar di AIDC, NTAnwar2 mengutarakan pendapat, seandainya benar Karpal mahu menggugurkan kes, Karpal perlu berhujah dengan hujah alibi, iaitu Anwar tiada di tempat kejadian, seperti yang pernah didakwanya sebelum ini. Karpal mendakwa pada masa, tarikh dan tempat hari kejadian dakwaan liwat tersebut, Anwar berada di unit 1152 dan bukannya unit 1151 seperti didakwa. Kenapa Karpal tidak menggunakan hujah ini yang jauh lebih kuat daripada hujah 'hubungan intim Saiful-Farah' untuk menggugurkan kes ?

Di sini jelas, Karpal sendiri tidak yakin dengan hujah alibi, sebab itu beliau ragu-ragu untuk menjadikan hujah ini sebagai hujah utama untuk menggugurkan kes. Hujah alibi hanya rekaan Karpal semata-mata. Bagaimana Karpal mahu berpegang dengan hujah alibi, sedangkan pemilik kondominium, Hassanuddin Abd. Hamid menjadi saksi utama yang mengesahkan Anwar dan Saiful berada di unit 1151 pada tarikh, masa dan tempat yang didakwa.

Maksudnya apa ? Maksudnya jika Anwar tidak menggunakan hujah alibi, bermakna secara langsung Anwar tidak dapat menafikan pada tarikh (26 Jun 2008), tempat (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur) dan masa (antara 3.01 petang dan 4.30 petang), Anwar dan Saiful berada di tempat kejadian. Anwar dan barisan peguamnya tidak dapat menyangkal hujah ini.

Menurut NTAnwar2 tujuan Karpal membangkitkan isu Saiful-Farah dan menggugurkan kes semata-mata untuk mengelakkan diri daripada menyoal balas keterangan pakar bedah Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.
Dr Razali berkata dia telah mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir (KY Jelly) digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful. Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani Anwar di dalam dubur Saiful.

Saturday, August 14, 2010

TUNGGU WAN AZIZAH SAMAN EZAM

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan ‘tohmahan jahat’ Ezam Mohd Nor.

Apa yang dikatakan oleh bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan itu?

Wan Azizah mendakwa Ezam menuduhnya pernah menghubungi beliau dan memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati Anwar.

Menurut Wan Azizah: "Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan dan menganggap it tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, kelmarin.

Dr Wan Azizah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ezam.

Persoalannya bila mahu repot polis atau saman Ezam di mahkamah? Bila dan BIla?

Semalam, Ezam menempelak Wan Azizah yang mengeluarkan kenyataan akan menyamannya selain mencabar Wan Azizah bersumpah.

Menurut Ezam, fitnah seperti yang dikatakan Wan Azizah, adalah lebih baik perkara itu diselesaikan dengan cara Islam.

"Saya cabar Azizah bersumpah di depan ulama di tempat yang dipilih sendiri olehnya. Saya tidak takut atau gentar kerana Mahkamah Allah sentiasa menyebelahi orang yang benar. Tidak perlu menunggu mahkamah awam yang tidak tentu bila kesudahannya.

"Saya bersedia bersumpah mengatakan saya bercakap benar, bukan menyebarkan fitnah. Apa yang saya katakan adalah benar berlaku.

"Jika Azizah hendak juga membawa perkara ini ke mahkamah, silakan, saya bersedia menghadapinya dan akan mendedahkan perkara ini di mahkamah," katanya.

Dalam masa sama, beliau secara sinis turut mengingatkan Wan Azizah agar tidak menangguhkan perbicaraan sekiranya ingin mengheretnya ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam turut menyatakan kekesalan yang diluahkan ibunya, Aishah Osman, 64, yang kini sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan Azizah sekiranya isteri kepada Penasihat PKR itu terus melepaskan tuduhan dan fitnah terhadap Ezam.

Menurut Ezam, ibunya membuat keputusan itu kerana tahu anaknya tidak membuat fitnah dan bercakap benar dengan apa yang diperjuangkan selama ini.

"Ibu saya kesal dengan tindakan Wan Azizah yang bermuka-muka dan tidak mengaku apa yang dilakukan selama ini.

“Ibu saya amat rapat dengan dia (Wan Azizah), hinggakan beliau memanggilnya bonda, ibu juga tempat Wan Azizah mendapatkan nasihat sebelum ini," katanya.

Menurutnya, tindakan berkenaan akan dilakukan ibunya selepas Ramadan kerana menghormati bulan yang mulia ini.

Wan Azizah pula enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan UMNO.

Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” tegas Wan Azizah.

Thursday, August 12, 2010

SI PENIPU DAP MALUKAN MALAYSIA, HINA QUEEN ELIZABETH

DAP bukan setakat parti menipu rakyat Malaysia.

Pemimpin parti ini juga cuba menjahanamkan nama Malaysia di luar negara. Jika Anwar Ibrahim, sifu DAP daripada Parti Keadilan Rakyat menjahanamkan nama Malaysia kerana bersekongkol dengan Yahudi, pemimpin DAP yang ini menjahanamkan Malaysia dengan penipuan maha besar.

Dia menggunakan Queen Elizabeth dan cuba menipu seluruh rakyat Britain dan Malaysia dengan tindak tanduknya.

Malu dan memalukan. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang belum tahu mengenai perangai dan tingkah laku pemimpin DAP ini tetapi di Britain, tembelang Timbalan Ketua Publisiti DAP Jeffrey Wong Su En sudah menjadi ‘bangkai gajah’ yang tidak boleh ditutup lagi.

Yang jelas, kejadian yang berlaku lebih sebulan ini bukan setakat rakyat Malaysia ditipunya, malah Kerajaan British dan Ratu Elizaberth turut ditipunya hidup-hidup.

1. Gambar Sebenar

2. Perbandingan gambar sebenar dan gambar yang di"superimposed"

3. Hasil gambar "superimposed" yang menjelekkan!

Menurut Cucu Tok Selampit, Timbalan Ketua Publisiti parti DAP telah dituduh menghina kerajaan Commonwelth kerana membuat sidang akhbar menyatakan beliau telah menerima darjah kebesaran tertinggi Commenwelth dengan membawa gelaran "Sir" dengan memalsukan (photoshop) gambar di atas.

Bodoh dan baghal betul Cina seorang ini. Apa dia ingat orang ramai tidak dapat mengenal mana satu gambar betul dan mana satu gambar palsu?

Lebih mengaibkan kenapa terlalu bodoh sangat sehingga merasakan tiada orang yang akan membuat semakan dengan Kerajaan British di sini?

Jurucakap British High Commission di Kuala Lumpur turut mengesahkan penipuan Cina dari DAP ini. Berita selanjutnya boleh dibaca di akhbar portal terkemuka Britain, Telegraph.co.uk. yang disiarkan di bawah.

Kerana memalukan pihak DiRaja Britain dan Malaysia, adalah wajar polis dan Kerajaan Malaysia mendakwa peimpin DAP kerana beliau telah memalukan dan menjejaskan imej Malaysia serta rakyatnya di mata dunia.

Bila lagi polis Malaysia mahu bertindak seterusnya. Mudahnya untuk melepaskan orang sebegini yang melalukan negara?

Ikuti apa yang dikatakan oleh akhbar Telegraph.co.uk ini.

Malaysian politician faked pictures of knighthood from the Queen

A Malaysian politician is facing the sack for superimposing his head on to a picture of the Queen giving out honours in an attempt to claim he had been knighted.

Barney Henderson Kuala Lumpur
Published: 10:00PM BST 08 Jul 2010

The fake photograph featuring Jeffrey Wong Su En and the Queen

Jeffrey Wong Su En has been accused of insulting the Commonwealth with his false claims.

"Sir" Wong issued a press release detailing his award and became an overnight celebrity in Malaysia, where society has become obsessed by people with titles.

In the doctored picture issued by Mr Wong, he stands proud as Her Majesty pins the Knight Grand Cross to his breast.
However, his name does not appear in the Queen's birthday honours list.

We can confirm that we have no record of any honour having been conferred at any time by the British Government on Jeffery Wong Su En," said a spokesperson from the British High Commission in Kuala Lumpur.

An analysis of Mr Wong's photograph of him holding a certificate shows a crest at the top of the certificate claiming to be from Buckingham Palace, with a red seal.

In fact, warrants for such honours are administered by the Central Chancery of the Orders of Knighthood, which is based at St James's Palace. Mr Wong's certificate bears no resemblance to the Royal warrants used for such honours.

The collar worn by Mr Wong is not the pure gold collar of the British Empire worn at knighthood investitures. Finally, the knighthood investiture ceremonies for the 2010 birthday honours list have not yet taken place.

Mr Wong, who is the deputy publicity chief for the Democratic Action Party, a Malaysian opposition party in Sabah, northern Borneo, claims the honour was in recognition of his contribution to aid organisation, Médecins Sans Frontières.

Rival politicians in the state immediately demanded an explanation.

Mr Wong, a self-proclaimed traditional Chinese medicine practitioner who also insists on the title "Dr", attempted to clarify the matter, defiantly claiming his "knighthood" was conferred by Papua New Guinea in conjunction with the Queen's 84th birthday celebrations.

"This is a personal matter. It has nothing to do with the public, and it is becoming politicised," he said, stating he is in the process of getting the relevant documents from the Papua New Guinea government.

Mr Wong has been questioned by police but was later released. However, he is facing expulsion from his party.

Chin Teck Ming, supreme councillor of a rival party stated that if the claim is indeed false, Mr Wong had insulted a foreign monarch and members of the Commonwealth countries and tarnished the image of Malaysia.

Saturday, August 7, 2010

NEGARA ISLAM - MCA LEBIH BAHAYA DARIPADA DAP?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam (6 Ogos 2010) telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin dilaporkan membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, kelmarin.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

Chua berkata di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara.

Dalam ucapannya, Chua merujuk kepada buku tulisan, Syed Akbar Ali yang berjudul "Malaysia and the Club of Doom", yang mana pengarangnya menyenaraikan beberapa ciri-ciri umum di 57 negara-negara Islam di seluruh dunia.

Ciri-ciri itu termasuk kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama; mereka mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Menurut Chua lagi, tumpuan negara-negara berkenaan adalah lebih kepada agama berbanding pendidikan. Malah katanya, tahap buta huruf di negara-negara itu begitu tinggi khususnya di kalangan wanita.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” kata Chua.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Friday, August 6, 2010

RANCANGAN NAK PECAHBELAH SABAH, SARAWAK

The Unspinners

Pisau ada menulis mengenai sebuah grand design untuk menghancurkan negara Malaysia.

Perkara ini pernah dinyatakan Anwar Ibrahim dalam satu ceramah di Sarawak agar memberi kemerdekaan kepada negeri itu jika Pakatan berjaya menang dan baru-baru ini Jeffrey Gapari Kitingan turut mencadangkan perkara sama.

Cadangannya adalah untuk Sabah dan Sarawak dipecahkan kepada 16 negeri. Petikan dari laporan msiakini:

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian. Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,”

Mereka berusaha untuk memecahkan belahkan negara demi mencapai matlamat, dalam perkiraan mereka jika berjaya memisahkan beberapa negeri dan memecahkan Sabah dan Sarawak menjadi negeri negeri kecil perkiraannya sudah pasti akan memecahkan undi BN.

Apa yang dilakukan Anwar pernah diceritakan The Unspinners dalam satu tulisan mengenai persekongkolan Anwar Ibrahim, Jeffrey Kitingan dan operatif CIA untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

WAn Azizah pun pernah memainkan sentimen Sabah keluar dari Malaysia sini. Cakap-cakap begini adalah cakap traitor to the state dan boleh di ISAkan.