Tuesday, July 28, 2009

'SPRM TIDAK GUNA KEKERASAN FIZIKAL'

Sumber: Utusan Online

Pegawai-pegawai penyiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan kekerasan fizikal semasa sesi soal siasat terhadap saksi.

Perkara itu diakui bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) BPR, Mohd. Nordin Ahmad, 66, yang bertugas di agensi itu selama 30 tahun sebelum bersara pada 1998.

Beliau yakin amalan berdasarkan kepada keluhuran undang-undang BPR itu masih lagi diamalkan sehingga kini walaupun telah melalui beberapa pindaan tertentu.

''Saya telah berada kira-kira 30 tahun dalam BPR termasuk mengetuai pelbagai unit seperti siasatan dan pendakwaan. Kami langsung tidak mengamalkan sebarang kekerasan fizikal, saya juga tidak pernah dengar pegawai-pegawai lain yang berbuat demikian.

''Jika ada sekali pun, pasti tindakan salah itu akan segera dilaporkan mangsa kepada polis atau unit siasatan dalaman BPR untuk tindakan lanjut.

''Secara keseluruhan, kes-kes rasuah berkait rapat dengan jenayah kolar putih, kaedah yang diguna lebih menjurus kepada peperangan minda dan bukannya fizikal,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kuala Lumpur semalam.

Beliau yang menyertai BPR pada tahun 1968, diminta mengulas prosedur siasatan yang dijalankan oleh agensi itu semasa menyoal siasat saksi berdasarkan kepada pengalaman luasnya sebelum ini.

Mohd. Nordin juga berkata, pihaknya juga walaupun mempunyai kuasa mengikut undang-undang untuk memastikan kehadiran saksi memberi keterangan, tetapi tetap memilih kaedah diplomasi mengikut kesesuaian masa dan tempat seperti yang dikehendaki oleh pihak terbabit.

Bagaimanapun katanya, terdapat dua kategori saksi iaitu yang memberikan kerjasama baik dan agak liat untuk menghadirkan diri.

''Bagi yang degil ini, kita mempunyai kuasa mengikut peruntukan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah mengeluarkan perintah bertulis mengarahkan saksi tersebut hadir memberi keterangan. Jika masih enggan, barulah BPR merujuk kepada majistret untuk mengeluarkan waran,'' katanya.

Mengulas mengenai sesi temu bual pula, Mohd. Nordin menjelaskan, setiap kali sebelum sesi dijalankan, pegawai penyiasat BPR akan terlebih dahulu menerangkan secara jelas dan terperinci hak-hak saksi mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, pihaknya juga memberikan kebenaran kepada saksi untuk berehat atau menyambung temu bual kepada hari lain, sekiranya mereka terlalu penat atau mempunyai alasan kukuh.

''Kita amat berperikemanusiaan kerana mereka adalah saksi kita yang akan membantu siasatan.
''Bagi saksi yang liat iaitu cakap separuh betul, BPR seboleh-bolehnya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keterangan, bukti dan maklumat lengkap daripada mereka tetapi masih tetap tidak menggunakan kekerasan fizikal,'' katanya.

Beliau juga ditanya mengenai kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM.

Mohd. Nordin berkata: ''Saya amat sedih dengan kejadian itu kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama itu, iaitu saksi BPR mati dalam kawasan premis kita.''

Beliau berharap semua pihak tidak menyalahkan pihak-pihak tertentu termasuk mempolitikkan kejadian itu sebaliknya memberi peluang kepada proses perundangan dijalankan sebaik mungkin.

Sunday, July 26, 2009

HARUSSANI DIBENCI, DAP DIPUJI

Kemarahan Kepada Tan Sri Harussani Zakaria dan Datuk Dr Haron Din begitu meluap-luap bagi sesetengah penyokong PAS.

Baca posting berikut untuk faham kemarahan berkenaan:

FOBIA KEPADA DAP YANG TIDAK BERASAS DI KALANGAN PIMPINAN/AHLI2 PAS
Oleh Tulang Besi (Malaysia Waves)

Ketakutan kepada DAP adalah senjata utama fraksi UMNO dalam PAS di dalam menyebarkan pengaruh mereka. Kononnya DAP ini akan menjatuhkan Islam dan menghancurkan Islam.

Tokoh #1 yang membawa propaganda ini adalah Harussani Zakaria. Beliau adalah seorang mufti yang tidak fasih berbahasa Arab. Saya pernah dengar Mufti Albania dan Bosnia pun fasih berbahasa Arab, tapi Mufti Perak cakap Arab pun tak boleh.

Harussani jugalah yang telah menjadi alat BN untuk mencop Asy Syahid Ibrahim Libya sebagai ”penderhaka” sekaligus menghalalkan pembunuhan secara bachul ke atas Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Sekiranya dosa membunuh nyawa seorang Islam itu adalah dosa yang TERAMAT BESAR, Harussani adalah penyokong kepada amalan dosa besar. Umpamanya, ada orang minum arak, maka Harussani telah berfatwa MENGHALALKAN MINUM ARAK.

Dosa membunuh orang yang tidak berdosa lebih besar dari minum arak. Lebih baik minum arak dari membunuh. Tapi, Harussani menyokong pembunuhan orang yang tidak berdosa.
Tanggunglah dosa membunuh tu wahai Harussani dan sekutu2 nya.

Kesah Harussani menyokong pembunuh orang yang tidak berdosa dikisahkan oleh Ustaz Ahmad Awang di blog beliau:

” Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.”

(http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/cerita-harussani-di-sebalik-peristiwa.html).

Malangnya, terdapat beberapa tokoh lain dalam PAS yang percaya bulat2 terhadap Harussani ini. Antara tokoh tersebut adalah Ustaz Harun Din sendiri. Akibatnya, musuh PAS #1 ini (Harussani) telah berjaya menyebarkan racun mereka kepada sebahagian ahli-ahli serta kepimpinan PAS Pusat.

Mujurnya, beberapa pimpinan PAS mengenali siapa dia Harussani Zakaria dan betapa Harussani ini sebenarnya seorang yang berdosa besar serta penyokong kepada pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya terdahulu. Ustaz Nik Aziz sangat benar apabila beliau menolak pujuk rayu si munafik bernama Harussani Zakaria ini.

DAP Memerlukan Undi Melayu-Islam

Hakikatnya, ramai ahli PAS lupa bahawa DAP sendiri memerlukan undi Melayu dan Islam untuk mereka terus hidup dan duduk dalam kerajaan. Di kawasan saya, PJ UTara, hubungan dengan YB DAP ini amat erat. Sehingga majlis memberikan sumbangan sempena Hari Raya juga dilakukan oleh YB DAP ini.

Hakikatnya juga, tanpa sokongan Melayu, tidak mungkin DAP mampu menang 18 kerusi di Selangor dan kerusi2 di Perak. Tanpa sokongan Melayu/Islam, DAP tidak akan mampu memerintah Penang dan memenangi kerusi2 Parlimen mereka.

Ini bererti bahawa DAP akan terpaksa mengurangkan kekuatan pegangan sekular mereka untuk mengambil hati pengundi2 Islam. Mereka tidak mungkin dapat terus menerus di dalam pegangan sekular mereka yang sebelum ini begitu kuat.

Ini kerana pengundi Melayu, sekiranya lari dari DAP, akan menyebabkan DAP hilang kuasa di Penang dan hilang 2/3 kerusi2 yang telah mereka menangi.

Itu hakikat yang ramai pimpian PAS tidak faham.

Peluang Berdakwah pada Bukan Islam

Dengan sokongan DAP juga, maka PAS akan berjaya menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada bukan Islam.

Harussani ni sekular dan nasionalis. Bagi beliau, Cina dan India di Malaysia adalah musuh.
PAS parti Islam bukan parti nasionalis dan sekular. Bagi PAS, Cina, India, Kadazan, Murut, Dusun etc adalah mad’u dalam dakwah.

Yang herannya, puak2 pro UMNO dalam PAS sebuk bagi alasan, kononnya kita kena dakwah pada UMNO. Sebab tu kita kena baik dengan UMNO.

Padahal kita dah dakwah pada UMNO ni 50 tahun lebih. Dan, dakwah kita kemungkinan akan kalah dengan wang dari tokeh judi dan arak yang UMNO biasa dapat.

Dalam Mustafa Ali dan Nasaruddin berdakwah dalam gelap dahulu pun, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen judi yang baru. Jadi, apa ertinya dakwah PAS pada UMNO?

Bukankah dakwah yang lebih baik adalah kepada orang-orang bukan Islam di Malaysia? Sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar dakwah kita. Waktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah dahulu, majoriti penduduk Madinah masih belum Islam. Tapi, Baginda sanggup berhijrah kerana penduduk Madinah yang bukan Islam ini mahu mendengar dakwah Baginda.

Yang sebenarnya, mereka yang menolak DAP ni ratanya datang dari negeri yang PAS kalah tersungkur (aka Terengganu). Negeri yang UMNO berpecah tiga tapi masih tidak dapat memerintah negeri tersebut.

Saya dapat tahu, sekarang ini pun, dalam UMNO berpecah teruk macam ni pun, kalau diadakan pilihanraya, nescaya UMNO akan memenangi semula Negeri Terengganu. Rakyat Terengganu dah meluat dengan kepimpinan PAS yang ada sekarang ini. Dan PAS Terengganu bukan sahaja tidak mahu membuat pembersihan dalaman, malahan melantik semula kain buruk yang orang sudah tidak mahu.

Bukan setakat itu, PAS Terengganu mahu mengekspot kekalahan mereka kepada negeri2 lain juga. Itulah dia PAS Terengganu. Mereka hanya layak memerintah Terengganu sepenggal dan kemudian terpaksa menunggu 40 tahun lagi untuk memerintah sepenggal lagi.

Saturday, July 25, 2009

DUA CERITA MAHKAMAH MENGENAI ANWAR...

DUA CERITA MAHKAMAH MENGENAI ANWAR...

Cerita sekarang: Kes liwat Anwar ditangguh lagi
Selepas empat kali ditunda sejak 1 Julai lalu, perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dapat didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Malahan, kes tersebut sehingga kini masih di peringkat sebutan lagi bagi memberi laluan kepada permohonan-permohonan Anwar diselesaikan terlebih dahulu.

Perbicaraan sepatutnya bermula pada 1 hingga 24 Julai lalu tetapi dijadualkan semula selepas mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar agar pendakwa raya membekalkan dokumen dan barang kes kepadanya.

Permohonan itu juga berkali-kali ditangguhkan atas pelbagai alasan antaranya disebabkan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah mengadu tidak sihat sehingga dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum beliau menarik diri daripada barisan pembelaan.

Ekoran adanya rayuan pendakwa raya selepas mahkamah membenarkan permohonan Anwar agar dibekalkan dokumen, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sekali lagi menetapkan 2 September ini untuk sebutan perbicaraan utama kes liwat.

Permohonan Anwar itu untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya juga akan disebut pada tarikh yang sama.

‘‘Kedua-dua prosiding itu tidak boleh diteruskan selagi rayuan tersebut belum selesai didengar di Mahkamah Rayuan,’’ kata hakim.

Tarikh itu ditetapkan selepas mahkamah hari ini membenarkan pendakwa raya menangguhkan pelaksanaan perintah agar pihaknya membekalkan sebahagian besar dokumen dan barang kes kepada Anwar sementara menunggu rayuan selesai didengar.

Cerita Sebelum ini: Mahkamah jelaskan Anwar peliwat dengan tolak saman terhadap Dr M
Oleh Teruna Kelana

Mereka yang taksub dengan Anwar bermati-matian menafikan dia melakukan liwat berdasarkan keputusan mahkamah bertarikh 2 Sepetember 2004. Kata mereka, mahkamah dah lepaskan, maka Anwar dikira bersih dari tuduhan liwat.

Betulkah fakta dan kesimpulan orang-orang jahil yang enggan menerima kenyataan? Mereka tidak faham bahawa Anwar hanya suci dalam debu. Hanya memadai untuk sembahyang dalam keadaan darurat tetapi kekotoran dari debu masih kekal.

Dalam keputusan bertarikh 2 September 2004, dua daripada tiga hakim Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal. Dalam kata lain, bukti yang ada jelas tetapi tidak memenuhi kriteria "beyond reasonable doubt". Tulis mereka:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.”

Namun demikian, kesemua hakim bersependapat tidak mengenepikan pertuduhan liwat ke atas Anwar. Pada mereka, bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual. Di dalam judgement kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."

(Kami menjumpai bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk percaya bahawa kejadian dikatakan berlaku di Tivoli Villa benar-benar berlaku)
Kalau penafian mereka yang taksub dengan Anwar dan enggan menerima kenyataan diterima, kenapa saman Anwar Ibrahim terhadap Dr Mahathir ditolak Mahkamah?

Anwar telah menyaman Dr Mahathir RM100 juta kerana dalam satu sidang media, dia masih menyatakan Anwar peliwat. Pada peringkat mendaftarkan afidavit saja, permohonan saman Anwar telah ditolak.

Hujah yang difailkan peguam Dr Mahathir hanyalah berdasarkan ungkapan dari judgement Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan. Belum lagi dikeluarkan bukti dan saksi yang lain. Dengan demikian, ini menunjukkan ungkapan Hakim tersebut adalah valid dan cukup untuk menyatakan Anwar memang peliwat.

Apa lagi mereka nak kata dan guna sebagai alasan? Pasti teori konspirasi atau tuduh Mahkamah tidak adil.

Wednesday, July 22, 2009

KERAJAAN PR SELANGOR YANG ANDA TIDAK TAHU

Daripada Pisau.Net

Pisau ingin berbicara gaya pemerintahan kerajaan PR Selangor lebih teruk daripada Perak & Pulau Pinang.

Mereka seolah olah merubah segala apa yang ada sementara memerintah,agar tidak terlambat,mana yang boleh di hapuskan akan dihapus,mana yang boleh di gadai,akan di gadaikan tanpa menunggu lebih lama.

Tahukah anda Kerajaan PR Selangor melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 50 billion yang dilaksanakan secara "private financing initiative" (PFI).Pakej rangsangan ini jumlahnya tidak realistik dan diumumkan tanpa penyelidikan yang menyeluruh.Adakah anda mengetahui apa yang terdapat didalam pakej rangsangan ini? Tidak kan,ramai yang tidak tahu.

Antara projek yang terlibat dibawah rangsangan ekonomi ini ialah pembersihan sungai klang yang bernilai 2 billion .

Projek pembersihan Sungai Klang akan dilaksanakan oleh syarikat dari Singapura,dimana kaedah pelaksanaannya dilihat mengadai tanah tanah orang melayu di sepanjang tebing sungai klang,ini kerana syarikat singapura tersebut akan diberi hak (rights) untuk bangunkan kawasan sepanjang 6km dari tebing sungai sebagai timbal balik pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Setelah dibangunkan adakah orang melayu mampu membeli semula aset aset yang dibangunkan,sudah pasti mereka ini akan dihalau ke tempat lain ,dengan hanya diberi pampasan yang tidak setimpal ,Ya ,barangkali hanya mampu membeli rumah kos rendah ntah di ceruk mana.Orang melayu secara sistematik di lucutkan hak tanah tanpa disedari kononya kerajaan negeri "adil & saksama"

Berapa kerat orang melayu yang mampu membeli hartanah di kawasan yang bakal di bangunkan?

Bagaimana hak & kuasa orang melayu di selangor secara sistematik dihapuskan.?

Usul untuk mengadakan election kerajaan tempatan (PBT) dibentangkan oleh Adun DAP pada 28 Okt 2008,yang menariknya ia mendapat sokongan padu oleh adun PKR dan DAP,manakala PAS tidak menyokong usul ini dan hanya berpeluk tubuh.

MB Selangor Khalid Gagap telah memaklumkan bahawa rangka kerja kearah itu perlu disusun bagi memastikan pilihanraya kerajaan tempatan terlaksana.

Yang terbaru ,aktivis masyarakat cina dan india telah membuat pembentangan di mesyuarat MTES pada 3 Julai 2009.mereka telah perincikan langkah yang perlu dibuat bagi mengadakan pilihanraya tersebut cadangannya akan diadakan pada bulan Julai 2010.

Apakah implikasinya?

Jika ia diluluskan maka terhapuslah penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar. Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor?Adakah anda rela menjadikan Selangor menjadi Pulau Pinang yang sedia tergadai?

Yang menariknya MB telah menolak permintaan PAS untuk merujuk kepada mereka dahulu mengenai isu yang libatkan orang melayu,ini bermakna suara PAS diketepikan.

Nampahkah anda di mana kuasa PAS pada masa sekarang?PAS tidak mampu membawa suara orang melayu didalam kerajaan Selangor.

Maklumat yang Pisau terima amat menyedihkan MB Khalid lebih dahsyat bangsat nya daripada Hj Nizar. Sangka Pisau tidak ada yang lebih teruk dari Hj Nizar meleset belaka,MB Khalid dalam diam telah mencuri tahta pengadai orang melayu daripada Nizar.

Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam,sebelum ini pengerusi rumah ibadat bukan Islam di pegang oleh SUK,namun setelah PR memerintah pindaan telah dibuat maka keangotaan jawatankuasa ini disertai oleh Teresa Kok,

Ronie Liu dan Dr Xavier Jayakumar,malah keanggotaan juga ditambah seramai 6 orang lagi mewakili semua kaum selain dari Islam.

Ini memudahkan urusan mendapat dan membangunkan tanah untuk tapak kuil dan tokong yang dipohon.Jika anda perhatikan kebelakangan ini ,mereka berani menuntut yang bukan bukan.Contohnya Dr Xavier pernah memaklumkan bahawa tidak ada hak ketinggian bangunan kuil di Selangor, Ya! tidak ada had,maknanya apa? lebih tinggi dari kubah Masjid.

Kuil kuil yang dibina di tanah haram telah dihalalkan,mereka dengan sesuka hati membina kuil di mana mana lokasi yang dirasakan perlu tanpa meminta kebenaran dari tuan tanah dan PBT tidak boleh merobohkan kuil haram tersebut kecuali mendapat kelulusan exco.

Selain itu mereka mencadangkan taman taman perumahan baru berdasarkan 1:1 dimana 1 masjid,1 tokong,1 gereja dan 1 kuil.

Pada 27 Jun 09, MB telah menyerahkan check kepada 4 Sekolah Persendirian Jenis kebangsaan Cina diberi bantuan 2 Juta setiap satu iaitu Sek Men Kwang Hua Klang,Pin Hwa School Klang,Sek Men Chung Hwa dan Sek Men Min Hua Klang.

Berapakah yang di beri kepada Kafa dan sek ren agama walaupun ramai pelajar?

Fakta dari anakbukit gantang

1-Jangan lupa TAMBAH FAKTA INI, tanah wakaf Islam di Shah Alam, yang digadaikan setelah PR menang besar di Selangor .....ianya dibenarkan dibina kuil India....perkara ini telah selesai bawah Khir Toyo, tapi kptsn DUN sebelum Mac 2008 tidak diendahkan oleh Pakatan Rakyat..nak tahu lebih lanjut hubungilah NGO Selangor yang berani juangkan isu ini

2- Peguam Islam perlu lihat balik kptsn Kerajaan PR Selangor, lihat Warta Kerajaan Negeri Selangor jika ada-sbb semua kptsn DUN diwartakan - ini usaha PAS- nak adakan satu badan untuk KAWAL AKTIVITI DAN PERKEMBANGAN ISLAM DI SELANGOR-SOALAN SAYA TAK KAH INI BERCANGGAH DGN PERLEMBAGAN NEGERI- BAHAWA SULTAN ADALAH BERKUASA TERHADAP UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU?

Anda fikir fikirkan lah.

Pisau kata "Selangor dalam diam bercita cita mahu menjadi 2nd Penang"

Monday, July 20, 2009

WAYANG CIPTAAN ANWAR DAN RONNIE LIU!

Semalam, telah diadakan satu perhimpunan sempena memeperjuangkan nasib mendiang TBH! Sekitar 3000 yang hadir! Tujuan mereka untuk mengadakan perhimpunan itu hanyalah sandiwara semata-mata!

Kenapa saya mengatakan demikian? Sebabnya mudah saja, AnuWar sedang menghadapi kes pertuduhan liwat dan ada beberapa pemimpin dari DAP yang sedang disiasat kerana disayaki terlibat dalam kegiatan 'underground'!

Mereka mempergunakan isu kematian mendiang TBH ini untuk membangkitkan kemarahan rakyat, mereka sangkakan ramai yang akan terpedaya, namun mereka silap kerana rakyat Malaysia sudah matang dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan jahat pembangkang!

Ya betul, sebagai rakyat Malaysia saya juga ingin tahu apakah yang sebenarnya terjadi dengan mendiang TBH! Kami pun mahukan keadilan untuk mendiang TBH juga, cuma apa yang kurang menariknya ialah apabila pemimpin-pemipin yang ada kes seperti Anuwar dan Ronnie Liu ni mengambil kesempatan tentang kes ini.

Masing-masing menuduh kerajaan terlibat dalam kes ini padahal siasatan belum pun habis, mereka sudah pun menjatuhkan hukuman, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang di beri tuhan, tidakkah kita terfikir, mengapa mereka bersikap demikian, benarkah mereka mahu membela nasib TBH?

Cuba fikir secara logik, TBH adalah saksi kes ini, kematian beliau tidak akan membawa apa-apa faedah pun kepada SPRM! Saya bukan nak membela SPRM ya pembaca sekalian, cuma kalau diikutkan logiknya, apa yang SPRM dapat kalau TBH mati?

Jadi sekiranya TBH tidak dibunuh, makanya ada kemungkinan dia membunuh diri bukan? Kalau benar dia membunuh diri, persoalannya sekarang, mengapa dia berbuat demikian? Apakah yang mendorong dia untuk berbuat demikian? Mungkinkah dia terlepas cakap?

Berbalik pada Anuwar dan Ronnie Liu ni pembaca sekalian, ingatlah pesanlah kepada saudara mara, sahabat handai sekalian bahawa jangan sesekali percaya dengan mereka ini, demi menyelamatkan diri mereka ini sanggup melakukan apa sahaja!

Dan sudah kedengaran desas-desus kala ini, ada pihak yang cuba nak mengapi-apikan sentimen perkauman mengenai kes TBH ini, janganlah kita mudah terpedaya pembaca yang saya hormati sekalian, biarkanlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka!

Janganlah kita hancurkan negara kita yang aman damai ini semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin-pemimpin pembangkang yang semakin hari semakin terbongkar akan kejahatan mereka, berbaloikah negara kita hancur demi mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Kepada pihak berkuasa, siasatlah kes ini dengan seadil-adilnya, bongkarkanlah sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini! Kami pun ingin tahu sangat-sangat apakah cerita sebenar disebalik kejadian yang amat menyayat hati ini!

Kepada pembangkang sekalian, sekali lagi saya ingin mengingatkan supaya jangan mempermainkan sentimen perkauman, ianya tudak membawa faedah malah ianya akan merugikan semua pihak, jangan di ulang sejarah 13 Mei 69!

Fikir-fikirkanlah!

UMNO :PELEMPANG PISAU,HOI BANGUNLAH!

(http://www.pisau.net)
Bangunlah UMNO

Masih ramai lagi pemimpin & penyokong Umno tidor, tak bangun bangun lagi,dengan perangai lama yang masih tak sedar diri.

Mereka ini tidak seiring dengan PM yang berkerja keras siang dan malam,masih di takuk lama,sekali ketuk sekali jalan.

Jika ada program PM atau TPM maka mereka mereka ini akan sibuk tunjuk muka,menandakan mereka ini buat kerja,jika tidak ada pimpinan atasan,ntah menghilang kemana, buat la kerja sepertimana Tok Pa & Ahmad Maslan, ada pemimpin yang benar benar berkerja keras,namun tidak disambut oleh mereka yang lain.Untuk KP Pisau ucapkan tahniah,secara jujurnya anda benar benar buat kerja.

Pisau perhatikan mereka ini langsung tidak ada semangat untuk berjuang,melainkan bersemangat jika ada habuan wang , jangan mendabik dada anda hebat,kerana mereka yang ada di pucuk pimpinan parti dari bawah peringkat cawangan hingga ke atas bahagian tidak ada langsung kesedaran(siapa yang makan cili dia terasa pedasnya),mereka ini tahu polar politik sudah berubah,namun ubat tidor dari mantan PM sebelum ini terlalu kuat sehingga susah untuk bangun.Kalau bangun pasti masih mamai,kerana terlalu lama tidornya

Malah perangai eletis masih susah dikikis, mereka sangka mempunyai pengaruh,tetapi atas dasar apa mereka ini dihormati atau mendapat sokongan? Pisau perhatikan rata2 mereka ini dihormati atas pengaruh wang.kadang kala pisau fikirkan lebih baik Umno kalah di PRU13 jika masih ada golongan perasuah berada didalam UMNO,biar pada waktu itu golongan opertunis keluar dari parti,yang hanya tinggal pejuang tulen.

Golongan veteran didalam Umno dengarlah suara dan pendapat orang orang muda, anda masih ditakuk lama, Buat pimpinan veteran,kerana anda semualah UMNO hampir lingkup,jangan mendabik dada anda tahu semua,anda buat semuanya betul,terimalah pendapat dan idea orang muda, jangan menolak perkara baru yang diketengahkan.Masaalah yang Pisau perhatikan,mereka ini akan menolak jika mereka tidak tahu apa yang diperkatakan oleh orang orang muda.Takut kepada benda dan perkara yang baru.

Umno terlalu tua? yang barangkali apa yang diperkatakan ada betul nya,tetapi harus ingat kereta yang sudah tua jika ditukar enjin dan di ubah modifikasi nya lebih baik dan tahan dari kereta yang baru.

Umno peringkat bahagian masih kuat dengan semangat berpuak,anda sepatutnya rapatkan saf,buanglah sifat pendendam dan menunding jari.Bagi mereka yang masih terasa akibat kekalahan semasa Perhimpunan Agung, buang lah jauh jauh perasaan tidak puas hati,anda harus bangun dan sertai perjuangan parti,orang sekarang nak tengok siapa yang boleh buat kerja,bukan siapa yang paling banyak duit.

Blogger seperti Pisau yang tidak punya apa apa kepentingan hanya mampu menegur,tetapi mereka yang memegang jawatan harus sendiri mempunyai kesedaran diri.jangan terlalu menjaga hal perut & kerusi sendiri.

Gerak kerja didalam Umno amat menyedihkan,10 kali mesyuarat 1 kerja pun tak jadi lagi,kenapa jadi begini? Ini tandanya mereka tidak tahu buat kerja,hanya lebih syok sendiri dah tidak mementingkan result. Cuba perhatikan gerak kerja PM dan beberapa menteri kabinet dan ahli MT,mereka sanggup turun ke padang,tetapi adakah disambut oleh pemimpin bawahan? Pisau berani katakan mereka langsung tidak tahu buat kerja, "pek ell" orang ada jawatan & duit ini lain macam sikit, orang begini rasa dia cakap semuanya betul,tambah tukang sorak dibelakang tolong tokok tambah.

Untuk YB YB BN di negeri PR, apa yang anda buat? tidak tahu menjadi pembangkang yang efektif,masih ramai yang tidak tahu buat kerja sebagai pembangkang, Pisau ambil contoh salah seorang YB di Pulau Pinang, katanya mahu memberi maklumat kepada blogger ,tetapi nak jumpa & jawap telefon pun susah, orang nak tolong pun dia tak peduli, last last blogger pulak lebih sudu dari kuah. Dengar la Yb,orang nak tolong selamatkan parti,beri lah masa sikit jangan terlalu sibuk mengalahkan PM.

Baru baru ini Pisau mendengar keluh kesah penyokong parti,mereka bertambah resah kerana masih belum ada gerak kerja dari peringkat bahagian & negeri. Semua nya dalam slow motion,takkan nak tunggu lagi 2-3 bulan PRU baru sibuk nak buat kerja?

Pisau menyeru semua ahli pelbagai peringkat,bangun dan buat kerja,jangan terlalu pentingkan diri,anda sepatutnya mengambil peluang atas kelemahan PR di tiap negeri anda. Jangan bertahan,sepatutnya anda menyerang,jangan jadi penakut,jadilah anak jantan.

Buat Umno Pulau Pinang,Selangor & Kedah ayuh bangkit! Kuatkan semangat,rapatkan saf.Buat kerja dengan ikhlas.Ubah cara gerak kerja anda,biar lebih agresif & mantap.Tinggalkan mereka yang masih enak dibuai mimpi,sanggah lah pemimpin yang tidak buat kerja dan tidak betul.Siapalah mereka jika tanpa penyokong bawahan seperti kita.tegurlah mereka,kalau tak berubah jugak desak suruh letak jawatan,beri kepada yang mahu buat kerja.

Pisau mengharapkan Perhimpunan Agung Khas Umno hujung tahun ini dapat merubah segala kepincangan didalam parti.
Buat pemimpin setiap peringkat hampirilah masyarakat,rakyatkanlah UMNO,jangan menghalau mereka yang mahu menghampiri parti.pentingkan semangat parti lebih dari sendiri.

Pisau kata "Kalau kena pelempang tak bangun jugak ,tandanya nak mampus dah"

Sunday, July 19, 2009

ANTARA MISTERI DAN POLITIKING

Awang Selamat (Mingguan Malaysia)
19 Julai 2009

Awang turut bersimpati atas kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian dalam satu kejadian menggemparkan, Khamis lalu.

Mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di bangunan yang sama.

Insiden itu yang berlaku selepas Beng Hock disoal siasat oleh pegawai SPRM menimbulkan tanda tanya apakah beliau membunuh diri dengan bertindak terjun, terjatuh atau menjadi mangsa sebarang salah laku?

Apa sekalipun puncanya, Awang mengucapkan takziah kepada keluarga Beng Hock, 30. Dalam kita memberikan simpati yang mendalam, Awang harap semua pihak khususnya pembangkang bertenang dan tidak membuat sebarang rumusan awal yang diwarnai sentimen.

Para pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak sudah memberi jaminan polis akan menyiasat kes itu secara profesional dan telus. Pihak polis turut memberi jaminan yang sama.

Anehnya, tindak-tanduk pembangkang khususnya DAP dan PKR dalam isu kematian Beng Hock dilihat keterlaluan. Laman blog pembangkang sudah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap SPRM biarpun siasatan baru bermula. DAP dan PKR turut mengatur demonstrasi bagi menyemarakkan sentimen anti kerajaan.

Lalu Awang teringat kekalutan yang berlaku ini kepada kes 'gadis China' yang dipaksa ketuk ketampi dalam keadaan berbogel di lokap polis. Sementara siasatan dijalankan, pemimpin DAP menguar-uarkannya menjadi isu besar sehingga menjejaskan imej negara dan polis.

Malah kerajaan kita ketika itu dilihat tergesa-gesa menghantar menteri meminta maaf kepada kerajaan China. Tetapi apabila siasatan mendapati mangsa ketuk ketampi itu adalah gadis Melayu rakyat tempatan, DAP senyap dan sedikitpun tidak merasa malu.

Kerajaan pula hanya berdiam dan tidak bertindak terhadap kerosakan maruah negara dan polis.
Mesej yang Awang mahu sampaikan, janganlah bertindak melulu selagi kita belum jelas dan pasti hasil siasatan. Apakah SPRM merupakan punca kematian Beng Hock sedangkan mendiang bukan suspek, cuma saksi membantu siasatan dan sudah tentu SPRM memerlukan kerjasamanya lagi ?

Seandainya ada salah laku di peringkat SPRM, Awang yakin ia tidak akan ditutup dan yang bersalah perlu diheret ke mahkamah. Bagaimana pula jika ia adalah kes bunuh diri, yang kita tidak boleh tolak kemungkinan ini? Mungkinkah juga ada pihak ketiga yang terlibat dalam punca kematiannya dan jika benar, siapakah gerangannya?

Apakah ia ada kaitan dengan politikus mahupun pihak lain yang mempunyai hubungan dengan pergerakan politik tertentu? Inilah misteri kematian Beng Hock, yang tidak boleh diselesaikan dengan demonstrasi dan tuduhan liar. Ia hanya boleh ditangani dengan siasatan menyeluruh dan telus.

Tetapi Awang tidak terkejut dengan reaksi keterlaluan parti pembangkang tertentu yang bertujuan mempolitikkan isu tersebut. Sepatutnya mereka menghormati proses siasatan.

Mungkin ini muslihat untuk mengalihkan perhatian kepada isu sebenar iaitu siasatan terhadap beberapa exco pembangkang menyalahgunakan peruntukan kewangan kerajaan negeri dan isu-isu lain yang makin menghimpit parti pembangkang di negara ini.

Awang harap SPRM tidak akan goyah dalam siasatan mereka. Siasat tetap siasat. Dalam kaitan ini, pihak polis diharap memperhebatkan siasatan terhadap aduan polis Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa ada kaitan exco kerajaan negeri Selangor dengan kongsi gelap. Ahli Parlimen pembangkang sendiri membuat aduan polis terhadap pembangkang.

Apakah benar dakwaannya itu? Jika benar ia sesuatu yang serius. Sebenarnya semakin banyak isu melingkari pembangkang di Selangor dan juga negeri lain terutama Kedah dan Pulau Pinang.

Tidak sampai 16 bulan, kerajaan campuran pembangkang kelihatan berkecamuk walaupun cuba dinafikan oleh pemimpin atasan. Sebab itu, Awang tidak hairan jika seorang lagi pemimpin pembangkang Selangor, Azmin Ali mengkritik kerajaan negeri Selangor dan mahukan rombakan exco dilakukan segera. Itu belum bercakap tentang kemelut isu Kampung Buah Pala dan isu banglo mewah yang disewa Ketua Menteri di Pulau Pinang, yang hangat diperkatakan sekarang.

Awang tidak terkejut jika kes kematian Beng Hock akan terus dipolitikkan untuk mengelirukan rakyat dan secara tidak langsung bagi menutup banyak kelemahan, kecelaruan dan kepincangan pakatan pembangkang.

Semua tahu, memang strategi pembangkang untuk mencetuskan banyak drama ketegangan politik bagi melonjakkan kembali sokongan rakyat yang semakin merosot terhadap mereka. Bagi pembangkang tertentu, isu Beng Hock diharap sedikit sebanyak meredakan perhatian kepada kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Saiful Bukhari Azlan yang akan bermula di mahkamah sedikit masa lagi.

Walaupun ada cubaan untuk menangguhkan kes tersebut tetapi ramai teruja untuk mengikutinya kerana difahamkan, pasukan pendakwaan mempunyai bukti yang lebih kukuh kali ini.

Anwar pula dalam kenyataannya termasuk di luar negara berulang kali menyatakan dia tidak bersalah dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi tetapi biarlah mahkamah membuat penentuannya nanti.

Sementara kes kematian Beng Hock meninggalkan misteri, ia pada masa yang sama menawarkan ruang politiking baru bagi parti dan pemimpin pembangkang yang lebih terdesak memerlukan isu seperti itu sekarang.

KEKAYAAN NEGERI SELANGOR SEMAKIN SUSUT

Daripada http://anginperubahan.blogspot.com

Apakah kekayaan itu masih ada lagi? Berdasarkan kutipan hasil negeri pada 1 Jun 2009, didapati terdapat pengurangan hasil sebanyak RM140 juta jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Berdasarkan hasil tersebut, unjuran hasil negeri Selangor dijangkakan akan menurun sebanyak RM300 juta pada Disember 2009 ini.

Fenomena penurunan ini adalah yang pertama kali di Selangor sejak 7 tahun lepas. Apakah punca berlakunya penurunan hasil ini? Masalah ekonomi global?

Penurunan berlaku kerana pengurangan hasil premium sebanyak RM102 juta dan pengurangan kutipan royalti pasir sebanyak RM14 juta. Pengurangan hasil ini disumbangkan oleh kencenderungan Khalid Ibrahim yang kerap menangguh dan membatalkan permohonan pembangunan hartanah daripada syarikat-syarikat bumiputera.

Kalau tolak bumiputera, Khalid guna syarikat mana?

Pada 17 Mei 2009, Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Kemudian pada 18 Mei 2009, terus buat lawatan ke Singapura. Kononnya hendak belajar sistem di Singapura.

Sebenarnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km di sepanjang Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat terbabit sebagai trade off pembiayaan pembersihan Sungai Klang.

Bijak benar Melayu yang bernama Khalid ini, bagi syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit.
Siapa yang untung?

Apakah pembabitan syarikat Singapura ini ada kaitannya dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim.

Kedua-duanya hingga kini belum pun mengangkat sumpah menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri. Apakah Khalid Ibrahim sudah ketandusan pegawai-pegawai Melayu untuk menasihatinya?

Hinggakan memaksa Nadzwan (Bekas Setiausaha Nik Nazmi Nik Ahmad) melaporkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya.
Khalid lebih pentingkan kroninya. Kekayaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid semakin susut.

Inilah padahnya mempercayai janji-janji PKR.

Orang PAS dipinggirkan, PKR kaut kekayaan, DAP buat hal sendiri di Selangor. Beginilah masalahnya, bila berparti secara pakat-pakat kosong sahaja. Esok lusa bergasaklah mereka.

Saturday, July 18, 2009

REBUT PELUANG LABUR DI XINJIANG, BANTU ETNIK UIGHUR

Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN

PENULIS berkesempatan melawat Xinjiang pada Mei tahun lalu. Ibu kotanya, Urumqi, terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Beijing.

Xinjiang meliputi satu per enam keluasan China. Ia mempunyai dua lembah yang dikelilingi oleh gunung-ganang di tiga penjuru.

Mungkin ramai tidak mengetahui Xinjiang merupakan wilayah autonomi umat Islam kaum Uighur dan merupakan wilayah yang kaya dengan sumber semula jadi.

Namun tekanan yang diterima daripada kerajaan pusat membuatkan wilayah itu tidak dapat membangun dengan sewajarnya. Wilayah itu sebenarnya kaya dengan emas dan batu-batu permata.

Xinjiang terkenal sejak berzaman sebagai 'gunung perbendaharaan'. Wilayah itu menghasilkan 3.061 tan emas dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu.

Lembah Juggar, Turpan dan Tarim terkenal sebagai 'mangkuk perbendaharaan' dengan limpahan minyak, gas asli, sylvite, mirabilite, vermiculite bentonite, arang batu, nikel, tembaga dan asbestos.

Hasil pertanian seperti buah-buahan, kapas, gandum dan sayur-sayuran mampu menampung kehidupan masyarakat Islam Xinjiang.

Corak kehidupan tradisi yang lebih mengutamakan saudara sesama Islam memberi peluang kepada orang miskin Xinjiang mendapat makanan dan bantuan kewangan daripada yang kaya.

Tuan-tuan tanah menyediakan makanan percuma kepada pekerja ladang mereka kerana upah yang diberi hanya mampu untuk membeli keperluan asas ahli keluarga pekerja sahaja.

Xinjiang juga merupakan satu wilayah yang kaya dengan sumber air di mana ia memiliki 570 sungai besar dan kecil.

Ia juga kaya dengan sumber biologi, minyak, arang batu dan keindahan alam semula jadi seperti gunung-ganang, padang pasir dan gurun.

Keindahan semula jadi dan keunikannya memberi satu gambaran kepada manusia erti keindahan dunia yang dilakarkan oleh Allah SWT apabila mengunjungi Gunung Altai dan Tianshan.

Altai diselaputi oleh salji dan sangat indah apabila dipanah cahaya matahari. Jaluran glasier membentuk sungai air batu menjalar daripada gunung ke tasik-tasik dan pemandangan sungai-sungai di sekeliling gunung juga amat mempesonakan.

Keindahan alam semula jadi sebenarnya mampu menjadikan Xinjiang sebagai tarikan pelancongan utama.

Gabungan antara kekayaan semula jadi, bahan galian, perbendaharaan emas dengan hasil pertanian merupakan faktor utama yang menyebabkan masyarakat Islam Xinjiang amat sukar untuk mendapat kemerdekaan sepenuhnya daripada Cina walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Memandangkan kedudukan masyarakat Islam yang serba lemah daripada sudut ekonomi, ilmu pengetahuan, pengalaman dan lain-lain maka aktiviti gerakan secara radikal untuk mendapat kemerdekaan daripada China akan menyebabkan masyarakat Islam kehilangan beribu-ribu nyawa.

Berdasarkan kepada suasana dan penderitaan masyarakat Islam di Xinjiang ketika ini, penulis merasakan negara-negara Islam seperti Malaysia dan negara-negara Arab yang kaya perlu memainkan peranan penting bagi membantu masyarakat Uighur.

Hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara China boleh memberi peluang kepada negara Islam memperkembangkan usaha dan projek pembangunan di wilayah Xinjiang.

Penduduk Islam di wilayah tersebut mungkin mendapat peluang pekerjaan dan faedah pembangunan bersama antara negara-negara Islam dan China.

Suasana umat Islam yang berada di Xinjiang perlu mendapat perhatian negara Islam.
Melalui hubungan diplomatik yang baik dengan negara China maka peluang untuk membantu umat Islam yang terpinggir dan miskin mungkin dapat dilaksanakan.

China yang merupakan satu negara yang paling besar dan kepadatan penduduk yang tinggi mungkin menunjukkan sikap lebih positif terhadap negara-negara Islam kaya yang ingin melabur dan bekerjasama dalam membangunkan wilayah Xinjiang tersebut.

Kemasukan pelaburan asing terutama dari negara-negara Islam tentunya akan memberi manfaat yang lebih baik kepada penduduk Uighur.

Pelabur dari Malaysia dan negara Islam lain boleh memanfaatkan kekayaan sumber semulajadi Xinjiang untuk dibangunkan semaksimum mungkin.

Selain mendapat faedah daripada pelaburan tersebut, kita juga boleh membantu etnik Uighur menjana ekonomi mereka.

Hubungan diplomatik adalah satu cara terbaik untuk memujuk kerajaan China supaya lebih prihatin terhadap konsep kemanusiaan di wilayah Xinjiang.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

SELANGOR KALUT DENGAN UNDERWORLD

Oleh Zaini Hassan (Utusan Malaysia)

Selangor Oh Selangor... Negeri paling maju di negara ini hasil pentadbiran dan perancangan BN sejak dulu, dengan ibu negeri hebat Shah Alam - yang dikenali juga sebagai bandar Melayu, kini menjadi kalut. Ia bukan dikalutkan oleh perbuatan adu domba politik UMNO atau MCA mahupun MIC, tapi oleh masalah dalaman yang meruncing dalam pemerintahan setahun jagung itu.

Kalau kemelut politik biasalah, tapi kini atas kekalutan yang tidak terfikir dek akal. Polis pun telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kekalutan itu. Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penyiasatan dijalankan. Difahamkan ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Akhbar NST menyifatkannya sebagai 'siasatan terhadap dakwaan seorang anggota Exco kerajaan negeri menggunakan pejabatnya untuk orang yang ada kaitan dengan aktiviti kurang sihat'.

Siasatan itu dibuat berdasarkan pendedahan bekas anggota DAP yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Choo Keong menggunakan istilah 'orang yang ada kaitan dengan aktiviti underworld'.

Underworld? Dari segi konteks jenayah ia bermakna 'pertubuhan yang terancang terbabit dalam aktiviti jenayah dan persundalan'. Dalam istilah mudah ia juga bermakna sebagai kongsi gelap.

Kita sebagai orang yang waras akan berkata 'tak masuk akal langsung'. Takkan seorang anggota Exco (yang tidak diberi nama oleh Choo Keong) sanggup melakukannya? Choo Keong yang dipetik oleh NST daripada laman blognya berkata, dakwaannya itu bukan satu 'rahsia' lagi dalam pentadbiran negeri itu.

Beliau membuat dakwaan itu melalui blognya http:\\weechookeong.word press.com semasa menyokong kenyataan ADUN Bukit Antarabangsa, yang juga rakan PKRnya, Azmin Ali. Azmin mencadangkan supaya majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor dirombak.

Ekoran dakwaan itu, Peguam Negara mengarahkan siasatan segera dijalankan kerana ia merupakan satu dakwaan yang serius.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang ditanya pemberita berkata, beliau bersimpati dengan apa yang dihadapi Exconya, Ronnie Liu.

''Apa yang Wee (Choo Keong) buat bersifat peribadi. Saya bersimpati dengan Ronnie (Liu),'' katanya.

Nama Liu tidak disebut secara terus oleh Choo Keong, tapi menurut NST 'adalah difahamkan beliaulah (Liu) orangnya yang dirujuk oleh Choo Keong'.

Pemberita yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam bertanya kepada Liu, apakah dia akan menyaman Choo Keong. Liu sebaliknya mencabar Choo Keong menyebut namanya secara terbuka dahulu.

Apa seterusnya berlaku kita akan tunggu perkembangannya. Apa yang mahu dikomen di sini ialah tanggungjawab kerajaan negeri itu sendiri terhadap rakyat telah mulai terpesong.

Sepatutnya dalam setahun pemerintahan kerajaan PKR yang didokongi DAP ini, ia sepatutnya menumpukan kepada pembangunan.

Cuba lihat di sekeliling Selangor, apa yang ada? Pembangunan yang hebat, kilang-kilang yang kini menjadi punca mata pencarian ribuan warga Selangor, juga oleh warga dari luar negeri itu malah golongan pendatang asing sendiri. Semua mereka menikmati hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Buruk mana sekalipun kerajaan BN dulu, itulah kemakmuran yang dibawa oleh mereka. Buruk mana sekali pun para pemimpin terdahulu - seperti yang didakwa oleh kebanyakan rakyat Selangor yang rata-rata terdiri dearipada orang Melayu sendiri - itulah hasil yang mereka kecapi sekarang.

Selangor dibangunkan daripada sebuah dataran yang gersang. Semasa saya menuntut di ITM pertengahan 80-an dulu, apa yang ada di Shah Alam? Shah Alam hanyalah sebuah pekan Melayu yang bangsa lain enggan memasukinya. Nilai tanahnya yang dikawal oleh penilai tanah bukan Melayu hanyalah berharga di bawah 50 sen sekaki persegi. Nah setahun lalu, sebelum kerajaan pakatan ini memerintah harganya menjulang naik sehingga ke paras RM50 sekaki persegi.

Shah Alam dan Selangor keseluruhannya cukup cemerlang. Kawasan baru dibangunkan - walaupun saya pernah menghentam bekas Menteri Besarnya, Dr. Khir Toyo atas isu penggondolan hutan berhampiran Bukit Cerakah - tapi pembangunannya selepas itu dilakukan secara terancang. Isu Bukit Cerakah itu sebenarnya telah membuka satu dimensi baru dalam perancangan pembangunan di negeri itu.

Kini kawasan-kawasan perumahan baru yang dimajukan oleh pentadbiran terdahulu dihuni oleh puluhan, malah ratusan ribu penduduk.

Kerajaan negeri telah memberikan tempat berteduh yang sempurna, sebuah bandar yang terancang dan kawasan industri yang dipenuhi kilang-kilang multinasional hebat.

Institusi pentadbiran Islam diurus dengan sempurna. Kompleks 'Masjid Biru' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dikelilingi oleh bangunan menara Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor. Terletak Kompleks Seni Islam di sebelah masjid itu, yang di dalamnya merupakan pusat penulisan khat al-Quran yang terkemuka. Siapa yang mengilhamkannya jika bukan kerajaan dulu.

Pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi latihan tumbuh bagai cendawan. Institusi inilah yang melahirkan tenaga mahir untuk menggerakkan negeri Selangor. Semua itu adalah di bawah perancangan dan realisasi kerajaan terdahulu.

Sungguh memalukan kerajaan negeri sekarang hanya pandai cari salah. Mengorek satu persatu mengenai isu-isu remeh yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu - tanpa mahu pun berterima kasih di atas infrastruktur yang telah dibina dan dihiasi kerajaan itu.

Kini, belum pun panas kerusi yang diduduki MB dan Exco-exconya, macam-macam pula isu timbul.

Rakyat yang menyokong dan memberi undi kepada mereka kini terkeliru. Apakah ini kerajaan yang mereka pilih? Apakah itu pemimpin yang mereka undi? Setahun bagi mereka sudah terlalu lama, mereka semakin muak dengan apa yang berlaku di Selangor ini. Mereka sedang melihat apa yang berlaku.

Suara untuk mengembalikan Selangor ke zaman kegemilangannya semakin kedengaran. Ia semakin kuat.

Friday, July 17, 2009

GENG 10 TIDAK TERIMA PERLANTIKAN HISHAMMUDDIN?

Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah (citra-bangsa@yahoo.com)

KETIKA semua orang ingat kemelut Umno Terengganu sudah semakin reda, tiba-tiba, dalam akhbar pembangkang, Harakah Bil 1455 di muka surat N27 tersiar satu laporan bertajuk Umno Terengganu terus bergolak.

Dakwaan akhbar itu, Menteri Besar (MB) Terengganu Datuk Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dikatakan cuba menyembunyikan kemelut politik dalam Umno negeri yang dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam laporan itu menyebut, pergolakan dalaman Umno negeri kembali mewarnai politik parti politik itu sebaik sahaja Hishammuddin selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu mengumumkan perlantikan tiga jawatan penting.

Perlantikan Tengku Putera Tengku Awang disifatkan sekutu rapat Datuk Ahmad Said sebagai setiausaha, ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dilantik sebagai Bendahari manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sumber Harakah memaklumkan perlantikan ketiga-tiga pemimpin Umno ke jawatan penting itu tidak direstui oleh para penyokong mantan pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tulis Harakah lagi, Datuk Ahmad Said dipetik sebagai berkata beliau setakat ini tida merasakan apa-apa ‘gelora’ yang sedang berlaku dan menyifatkannya sebagai perkembangan biasa.

“Saya biasa…saya tak tahulah kalau awak (pemberita) ada apa-apa, awak tahulah. Saya tiada (masalah) apa-apa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis makan tengahari di Restoren Seri Wangsa, di Gong Badak, baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengesahkan wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno negeri terhadap perlantikan tiga jawatan penting itu.

Katanya, kedudukan parti terletak di tangan Hishammuddin dan selepas perlantikan itu pelbagai pandangan timbul.

Menurutnya, dalam perlantikan tersebut wujud komen-komen serta pandangan yang mengatakan Hishammuddin berat sebelah.
“Beliau (Hishammuddin) buat endah tak endah kepada suara (desakan) ahli-ahli Yang Berhormat (YB Umno) ketika pertemuan di pejabatnya sebulan lalu.

“Sehingga menyebabkan ramai YB rasa kurang senang. Apakah Hishammuddin tidak memahami apa yang diperkatakan atau beliau mendapat tekanan pihak tertentu, wallahu alam,” jelas beliau dalam blognya.

Dari apa yang dilaporkan ini, jika ianya benar bermakna Rosol yang merupakan salah seorang anggota Geng 10 yang terlibat memboikot persidangan DUN Terengganu, 14 April 2009 lalu, masih tidak dapat menerima penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, melantik Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Apabila mereka tidak dapat menerima perlantikan Hishammuddin, sedangkan mereka (Geng 10) yang berhempas pulas membuat kerja-kerja menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said di Terengganu, bererti mereka masih mahukan salah seorang dari anggota Geng 10 dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai pengerusi.

Ketika Geng 10 merasakan mereka sahaja yang mampu dan boleh menerajui Umno Terengganu, dalam masa yang sama, tindak-tanduk mereka sebenarnya lebih banyak menyusahkan Umno yang terlalu banyak berjasa kepada diri mereka.

Geng 10 masih terus memboikot aktiviti Umno di peringkat bahagian, termasuk yang dianjurkan dalam DUN mereka sendiri. Mereka akan memberi alasan tidak dapat hadir kerana tidak dijemput atau tidak dimaklumkan.

Menteri Besar ketika berkunjung ke satu kawasan di mana berlaku kebakaran rumah penduduk, tidak disertai ADUN kawasan tersebut kerana ADUN itu adalah anggota Geng 10 yang berketuakan bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.

Hari ini, jika apa yang dikatakan oleh Rosol boleh diambik kira, mereka dalam Geng 10 bukan tidak dapat menerima Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dengan mempertikaikan kuasa dan hak Hishammuddin membuat perlantikan pegawai-pegawai di peringkat perhubungan.

Bagi mereka (Geng 10) pemimpin mereka hanyalah Idris Jusoh dan Rosol Wahid. Kalau lantik Idris jadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, mereka setuju dan jika bukan Idris, barangkali mereka mahukan Rosol. Rosol pula, bercakap dengan media, dia tidak bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar tetapi hati kecil manusia, siapalah yang tahu?

Sebelum perlantikan Hishammuddin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, musuh Geng 10 hanyalah Datuk Ahmad Said tetapi apabila Hishammuddin dilantik dan Hishammuddin pula tidak mendengar desakan dari Geng 10 ketika mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri itu, bermakna bermulalah permusuhan antara Geng 10 dengan Hishammuddin.

Percayalah! Geng 10 ini adalah geng gilakan kuasa. Mereka sentiasa mencipta isu bagi mengambarkan kepimpinan Datuk Ahmad Said tidak diterima di Terengganu. Mereka yang buat cerita itu dan mereka mahu mendesak Kuala Lumpur percaya cakap mereka.

Malangnya, Kuala Lumpur bukanlah dibarisi pemimpin-pemimpin yang cetek pemikiran mereka. Mereka juga ada ‘jaringan kerja’ yang mereka gunakan untuk menyiasat apa sebenarnya punca kemelut ini timbul.

Kuala Lumpur juga menyiasat apakah kaitan Geng 10 dengan runtuhan bumbung stadium yang memalukan negara di mata dunia.

Kuala Lumpur juga menyiasat apa lagi kaitan Geng 10 dengan pelbagai suasana tidak tenteram dalam Umno Terengganu bikinan mereka.

Yang pasti, isu SMS bernada ugutan bukannya datang dari Pejabat Menteri Besar Terengganu sebaliknya datang dari tempat lain yang terkait mereka yang pernah bekerja dengan Idris Jusoh.

NIK AZIZ CAKAP IKUT SEDAP MULUT

Oleh Malek Saiful Muda (citra_bangsa@yahoo.com)

BAGI orang Pas, Nik Aziz Nik Mat adalah ulama. Apa sahaja yang Nik Aziz cakap, mereka akan anggap sebagai fatwa dan kadang-kadang hukum. Hakikatnya, NiK Aziz adalah orang politik. Selagi dia bermain politik, dia tidak terlepas dari bercakap hal-hal politik.

Nik Aziz mahu dirinya dihormati. Tetapi apabila dia bercakap, orang akan tahu bahawa dia memang jenis cakap lepas dan tidak berilmu. Ilmu agama yang dia belajar, dia tidak amalkan malahan, dia boleh panjangkan fitnah seolah-olah dia terlepas dari dosa memfitnah.

Orang Pas tidak akan menerima hakikat ini. Mereka anggap Nik Aziz bukan calang-calang ulama. Mereka anggap Nik Aziz tidak melakukan kesalahan. Mereka menyifatkan Nik Aziz terlalu tinggi maqamnya hingga bercakap apa sahaja tanpa merujuk kepada fakta.

Ketika ulama Pas ini terkejut dengan keputusan pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di mana calon Pas Mohd Fauzi Abdullah hanya menang dengan majoriti 65 undi, dia mendakwa Umno membawa duit untuk ditaburkan di Manek Urai, berguni-guni.

Bila ditanya, adakah dia nampak apa yang dia tuduh itu, Nik Aziz menjawab, “saya dengar orang bercakap.”

Siapa yang bercakap kepada Nik Aziz, tentunya kita semua sedia maklum. Bukan semua orang boleh dekat dengan Nik Aziz. Dia sentiasa dikawal rapi oleh ‘pengawal-pengawalnya’.

Misalannya, Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Abdul Fatah Harun, lebih kurang sejam lagi pusat-pusat pengundi mahu ditutup, dia sudah mengeluarkan kenyataan, Pas menang dengan majoriti 2,000 undi.

Begitu juga dengan Penasihat Pilihan Raya Kelantan, Wan Abdul Rahim, menang 2,000 hanya sebagai pembakar semangat kepada pekerja-pekerja Pas tetapi hakikatnya orang-orang Pas yang rapat dengan Nik Aziz ini, berbohong dan mendedahkan maklumat tidak sahih sudah biasa bagi mereka.

Jika mereka menuduh Umno rasuah, mereka tidak perlu membuktikannya kerana “orang Pas akan percaya” apa sahaja yang keluar dari mulut Tok Guru mereka. Bagi mereka ini fatwa walaupun mereka tidak menganggapnya sebagai ‘sabda’.

Mohd Fauzi mendapat 5,348 undi kerana Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa datang berkempen. Kalau Nasharuddin tidak datang, calon Pas itu mustahil boleh menang. Khabarnya Nik Aziz yang tidak diberitahu bahawa Nasharuddin terlantar di Hospital Serdang kerana menjalani pembedahan, mengharap sangat kedatangan Nasharuddin ke Manek Urai.

Nik Aziz mungkin bermimpi, jika Mohd Fauzi mahu menang perlu mendapat suntikan dari Nasharuddin yang baru mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas. Dua ‘jaguh’ Pas yang merupakan ‘blue eyes boy’ Nik Aziz, Husam Musa dan Mohamad Sabu ditewaskan dengan mudah oleh Nasharuddin. Sedikit sebanyak penyokong Nasharuddin di Manek Urai ‘menuntut kedatangan’ Nasharuddin.

Calon Umno (BN) Tuan Aziz Tuan Mat tidak perlu kecewa dengan kekalahan tipis. Undi yang beliau kutip sebanyak 5,283 undi bukan sedikit kerana dalam PRU 12, Mac 2008, calon BN (Umno) hanya mengutip 4,394 undi. Peningkatan 889 undi dari PRU 12, membuktikan Nik Aziz semakin tipis sokongannya di Kelantan.

Pengundi Manek Urai barangkali kurang mengenali Mohd Fauzi walaupun dia dikatakan memang mahu diletakkan bertanding dalam PRU 12 yang lalu tetapi disebabkan beberapa hal, namanya tercicir. Kematian Ismail Yaakob membuatkan pintu rezekinya untuk menjadi wakil rakyat terbuka kembali.

Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa dengan nada mengada-ngada membuat komen, “ingatkan Pas kalah tetapi rupanya Pas menang.” Komen itu bukan ikhlas tetapi dia terpaksa bercakap sedemikian kerana semua pihak dalam Pas awal-awal lagi mendabik dada mengatakan Pas akan menang mudah di Manek Urai kerana ini merupakan kubu Pas.

Nik Aziz sudah membuat tuduhan Umno membawa duit berguni-guni. Nik Aziz sudah memulakan fitnah. Kalau ada orang Umno mencabarnya supaya membuktikan dakwaannya itu, dia akan berkata, “saya tak mahu layan cabaran itu.” Ini sudah biasa dikatakan, dalam beberapa kes sebelum ini.

Selagi orang-orang yang sama, berakar umbi di keliling Nik Aziz, selagi itulah Nik Aziz akan bercakap perkara-perkara yang tidak betul. Malahan, tingkah lakunya akan menjatuhkan imejnya sendiri. Dia mungkin yakin, orang Pas percaya apa yang dia cakap tetapi dia bukan menang pilihan raya atas undi penyokong Pas sahaja.

Nik Aziz mungkin selesa dengan Husam di kirinya. Nik Aziz mungkin seronok Fatah di kanannya. Nik Aziz mungkin suka Wan Abdul Rahim di depannya dan apabila orang-orang ini melaporkan sesuatu, Nik Aziz akan mengulanginya di depan media dan orang ramai.

Nik Aziz sebenarnya terkejut. Ini bukan terkejut biasa tetapi terkejut yang amat sangat. Walau apa pun dia bercakap, sebenarnya dia terkejut pengundi Manek Urai boleh mengurangkan majoriti Pas dari 1,352 dalam PRU 12 yang lalu kepada 65 undi dalam pilihan raya kecil 14 Julai lalu.

Setiausaha Agung DAP mengaitkan kejayaan 100 hari Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri memberi kesan kepada pengundian di Manek Urai.

Beberapa pemimpin NGO pula menyifatkan kerja kuat dan kebolehan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membaca ayat-ayat al-Quran dan menterjemahkannya ketika berkempen juga memberi markah yang bukan sedikit.

Tidak hairanlah ramai yang menyifatkan kepimpinan Najib dengan gandingan bersama Muhyiddin akan menarik kembali sokongan rakyat kepada BN walaupun sebelum ini BN kelihatan terkial-kial mencari sokongan.

Seperti biasa, Pas akan memutar belitkan cerita, kononnya janji pembangunan yang dibawa Umno sebagai penyebab mengapa pengundi beralih arah. Namun, mereka lupa, selama-lamanya Umno dan BN memang menjaja pembangunan sebagai modal berkempen dan Pas pula terus menerus menjanjikan syurga dan neraka dalam kempen-kempennya.

Pas tidak mungkin dapat tidur lena dengan keputusan di Manek Urai ini. Walaupun pemimpin agung mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menang tetap menang dan kalah tetap kalah, tetapi mereka sudah dapat merasakan kekalahan sudah menghampiri mereka.

Ketika mereka diyakinkan PRU 13 kelak, Pakatan Pembangkang akan dapat menumbangkan BN, tetapi dengan apa yang berlaku di Manek Urai, angan-angan itu hanya tinggal angan-angan sahaja. Malahan, DAP cukup terasa ‘kekalahan’ dengan apa yang dicapai Pas di Manek Urai.

Kes Anwar Ibrahim sudah bermula. Azmin Ali sudah mula menyerang DAP secara tidak langsung dengan desakan supaya rombakan barisan Exco di Selangor perlu dilakukan. DAP di Kedah menyerang kepimpinan Pas walaupun, seminggu kemudian mereka dikatakan kembali berdamai. PKR di Pulau Pinang tidak selesai lagi berbalah dengan DAP.

Serangan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Woo Chee Keong terhadap Pejabat Exco Selangor dijadikan tempat mesyuarat aktiviti perniagaan ‘underground’ menyebabkan DAP di Selangor panas punggung. SPRM sudah mula menyiasat tujuh ADUN Pakatan Pembangkang yang didakwa menyalah gunakan peruntukan kerajaan untuk sumbangan, turut meresahkan banyak pihak.

Namun, percaya, dalam sehari dua ini, semua pemimpin pembangkang ini akan menyalahkan Umno kononnya semua ini adalah ‘permainan politik’ dan mereka tidak akan mahu mengaku bahawa mereka bukan ‘maksum’.

Orang ramai sebenarnya boleh berfikir sendiri. Apakah PKR, DAP dan Pas mampu memerintah? Jika mereka memerintah tetapi pemerintahan mereka penuh dengan hasad dengki, mahu mencari kesalahan orang lain, ia bukan sesuatu yang mendatangkan apa-apa faedah kepada rakyat.

Ketika mereka gagal menyelesaikan masalah rakyat, mereka menceritakan ada seorang bekas Menteri Besar membina rumah berharga RM24 juta. Walaupun bekas Menteri Besar itu sudah menafikannya, namun pihak yang menuduh terus membuat tuduhan.

Apa yang menyedihkan, tuduhan yang dibuat wakil rakyat DAP itu mendapat ‘sambutan’ dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Nasib baik DAP tidak menyerang isu PPSMI – dasar yang kelam-kabut pernah dibuat oleh Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir mahu mempertahankan dasarnya tetapi dalam masa yang sama, beliau tidak pernah mahu mengaku silap bahawa sebagai manusia dia juga pernah melakukan kesalahan! DAP berjaya menyakinkan Dr. Mahathir bahawa rumah bekas Menteri Besar Selangor berharga RM24 juta!

Nik Aziz lebih percaya DAP dari mahu bercakap soal kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Nik Aziz lebih suka mempertahankan Exco Selangor yang berbogel daripada mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Sunday, July 12, 2009

TUNTUTAN MANOHARAN AMAT BERBAHAYA

Oleh ASRUL MUNIFF AZIZAN, Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia (Utusan Malaysia)

TUNTUTAN yang dibuat oleh M. Manoharan pada sidang DUN Selangor agar bukan Melayu diberi status bumiputera adalah amat berbahaya sekali. Tuntutan seperti ini akan mengakibatkan pergolakan dan suasana yang tidak selesa di dalam negara yang tercinta ini. Dakwaan beliau bahawa kaum bukan Melayu diasingkan sebagai warga negara tidak dapat diterima sama sekali.
Semua orang sedia maklum bahawa pencapaian kaum bukan Melayu di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian bangsa Melayu sendiri.

Kita dapat lihat di kawasan utama perniagaan sebahagian besar perniagaan dimiliki oleh kaum bukan Melayu.
Pengumuman kerajaan baru-baru ini berkenaan ekuiti bumiputera yang masih pada kadar 19 peratus untuk lebih 15 tahun lepas membuktikan bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi pemilikan perniagaan.
Beliau juga cuba untuk menjustifikasikan bahawa dengan pemberian taraf bumiputera kepada semua kaum yang lahir selepas 31 Ogos 1957 akan merealisasikan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Pada pendapat saya beliau masih belum memahami sepenuhnya konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Konsep ini secara jelas menyebut '1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', bukannya bumiputera didahulukan.

Apabila disebut 'rakyat' maka semua rakyat Malaysia akan didahulukan tanpa mengira kaum. Oleh itu isu bahawa bukan Melayu dipinggirkan tidak akan timbul sama sekali.

M. Manoharan cuba untuk mencari publisiti murahan tanpa memikirkan akibat terhadap perbuatan beliau. Di dalam situasi di mana negara sedang bergelut dengan ketidaktentuan ekonomi dan wabak penyakit selesema babi, adalah kurang sesuai untuk untuk seseorang yang dipilih oleh rakyat membawa isu yang berbahaya ini ke DUN yang mulia.

Adalah lebih baik YB sekalian menumpukan sepenuh kebijaksanaan untuk membantu Perdana Menteri membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi dan seterusnya membesarkan lagi 'kek' ekonomi di negara ini agar semua rakyat tanpa mengira kaum dapat sama-sama menikmati 'kek' tersebut.

Publisiti murahan seperti ini tidak akan dapat membantu negara malah akan menyusahkan lagi negara. Tidak perlu perkara yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan hendak diungkit dan dicabar.

Malaysia sudah merdeka lebih dari 50 tahun. Dalam tempoh tersebut kita telah hidup aman damai bersama masyarakat berbilang bangsa. Setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Marilah kita bersama-sama terus mengekalkan keharmonian ini untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang. Jangan sampai anak dan cucu kita menyalahkan kita di kemudian hari.

Sunday, July 5, 2009

DAP mengenepikan PAS di Pulau Pinang

Oleh: Tarabulsi_2008 (tranungkite.net)

Berikut adalah pandangan saya kenapa saya melihat PAS sudah bertemu cabang tiga; iaitu samada nak ikut jalan terus iaitu kekal dalam PR atau belok kiri untuk bergabung dengan UMNO atau pun ambil u-turn untuk balik ke asal dengan berjuang bersendiri-sendiri.

Dalam perbualan saya dengan rakan-rakan dalam PAS, jelas PAS kini punyai tiga golongan; iaitu yang mahu terus kekal dalam PR dengan bermatlamat untuk hapuskan UMNO, yang rasakan kedudukan orang Melayu dan agama Islam tergugat dan mahu bergabung dengan UMNO untuk menyelamatkan keadaan, dan yang mahukan PAS berpatah balik dan meneruskan perjuangannya secara bersendirian tanpa mengkompromi prinsip perjuangannya dan hanya takut kepada Allah SWT.

Euphoria dari kejayaan yang dicapai parti-parti pembangkang pada pilihanraya umum ke-12 dan harapan tinggi suatu alternatif kepada BN telah muncul apabila gabungan PR diwujudkan sudah berubah setelah hanya setahun kepada situasi yang tidak menentu dan agak rapoh yang mengugat kestabilan serta keutuhan gabungan PR.

Selisih faham telah timbul pada awal-awal lagi, malah belum pun sebulan selepas ditubuhkan PR. Di Kedah terdapat kerajaan negeri yang baru yang ditunjang oleh PAS telah membawa masuk PKR dan DAP untuk menganggotai kerajaan negeri. Tapi di Pulau Pinang, DAP yang menjadi tunjang kerajaan negeri telah mengenepikan PAS.

Sikap DAP yang mengenepikan PAS di Pulau Pinang itu membuat bukan sahaja ramai ahli PAS tersentak, tetapi ramai juga orang Melayu yang mula ingat kembali bahawa DAP itu sebenarnya adalah parti ektremis Cina yang selama ini amat anti Melayu dan anti Islam.

Di Perak, satu lagi negeri yang jatuh ke tangan pembangkang telah juga berlaku kekecohan pada awalnya di kalangan parti-parti gabungan PR. DAP membantah apabila Tuanku Sultan Perak dalam berpegang kepada perlembagaan negeri yang menetapkan Menteri Besar mesti dari keturunan Melayu dan beragama Islam. Akhirnya DAP terpaksa terima ADUN PAS sebagai Menteri Besar telah memilih Ahmad Nizar dari PAS sebagai Menteri Besar.

Sikap DAP ini membuat sesetengah ahli PAS bertambah curiga tentang kebijaksanaan untuk terus "berkawan dengan iblis (DAP)" dengan bermatlamat mengulingkan UMNO.

Di Selangor belang masing-masing parti pembangkang tidak begitu ketara. Namun begitu PAS terkebil-kebil apabila Hassan Ali diketepikan untuk jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kalau kita melihatnya tanpa prasangka, sebenarnya gabungan PR sejak awal lagi memperlihatkan percakaran terutamanya antara DAP dan PAS. Dan kalau kita tinjau detik-detik permulaan itu dengan minda yang terbuka, kita mungkin akan menyedari bahawa gabungan PR lebih berpremiskan niat untuk menghapuskan UMNO. Menghapuskan UMNO menjadi dorongan yang utama.

Malangnya emosi kebencian terhadap UMNO terlalu menyerlah. Bermakna DAP, PKR dan PAS bergabung atas premis emosi. Maka tidak ada perbincangan pada awal-awal lagi untuk mengkompromikan pendirian, pegangan serta prinsip perjuangan antara DAP, PKR dan PAS yang begitu ketara perbedaannya.

Bila PR dipersetujui, DAP kekal sebagai parti ekstremis Cina yang memperjuangkan kepentingan kaum Cina dan yang amat membantah prinsip negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud yang menjadi tunjang perjuangan dan kekuatan PAS.

DAP melihat PR itu peluang untuk menerajui gabungan pembangkang dan memesongkannya ke arah pencapaian kepentingan kaum Cina. Dalam pada itu DAP dan PKR punyai persamaan dalam prinsip perjuangan Malaysian Malaysia serta pegangan kepada sekularisma.

PAS pula telah menaroh harapan agar melalui gabungan dengan DAP dan PKR itu, kaum bukan Islam akan hilang takut mereka dan menjadi lebih senang terhadap perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam.

Seperti yang sudah saya sebut di atas, tidak ada perbincangan secara berterus-terang untuk menyelesaikan terlebih dahulu perbedaan pendirian masing-masing parti dalam PR. Maka tidak hairan apabila belum sempat sebulan telah timbul kegeseran apabila DAP bersama PKR mendesak PAS supaya gugurkan perjuangan Islamnya. Ini menambahkan lagi kebimbangan di kalangan sesetengah ahli PAS yang khuatir PAS nanti akan terpaksa mengkompromikan perjuangan Islamnya.

Malah semakin hari semakin tidak kedengaran dari mulut pemimpin-pemimpin PAS tentang perjuangan untuk melaksanakan hudud dan menubuh negara Islam. Maka kelihatan PAS sudah mengkompromikan perjuangannya untuk memartabatkan Islam demi untuk teruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Malah sudah kedengaran dari beberapa kerat pemimpin PAS yang berkata waktunya belum tiba untuk melaksanakan hudud dan menubuh negara Islam. Bukankah ini sama seperti hujah-hujah pemimpin UMNO?

Bila PKR dibanjiri oleh tokoh-tokoh handal dari kaum Cina dan India yang telah melompat masuk dari parti-parti komponen BN, dan tindak tanduk DAP dengan sokongan PKR di Pulau Pinang, Perak dan Selangor kelihatan semakin lebih mengutamakan kepentingan kaum bukan Melayu.

Isu pemberian tanah kepada kaum Cina, isu tindakan menghapuskan tadika Pekemas, isu larangan azan, isu membuang papan tanda nama jalan yang mengandungi tulisan jawi, isu meritokrasi dll. Dengan isu-isu perkauman ini maka bukan saja kelihatan Islam itu terjejas, tetapi kedudukkan kaum Melayu tergugat.

Usaha semua pihak dalam PR untuk memastikan agar terus dapat undi Cina dan India telah memberi gambaran yang menankutkan kepada ramai orang Melayu, iaitu jikalau PR memerintah kelak, orang Melayu mungkin akan dipinggir an didiskriminasikan seperti yang berlaku di Singapura.

Harus diingat DAP itu satelit PAP Singapura. Dan harus diingat juga bahawa Melayu dan Islam itu tidak boleh dipisahkan. Selagi Melayu berkuasa seperti yang sepatutnya sebab Melayu kaum majoriti, selagi itulah Islam kekal punyai kedudukan istimewa sebagai agama rasmi.
Bila kedudukan Melayu tergugat, maka kedudukan Islam secara otomatis akan turut akan tergugat.

Dengan itu timbullah pendapat bahawa demi memastikan Melayu terus berkuasa, kemaraan DAP dan PKR perlu disekat. Dari kepercayaan bahawa kuasa Melayu dan kedudukan Islam tergugat itu lah yang mendorong sesetengah pemimpin PAS memirkan kemungkinan untuk bergabung dengan UMNO dalam suatu kerajaan perpaduan demi mempertahankan kuasa Melayu dan kedudukan Islam.

Sejak awal lagi memangnya ada golongan dalam PAS yang tidak berapa selesa dengan PR. Golongan ini berpegang teguh kepada prinsip perjuangan untuk memartabatkan Islam, melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Perasaan kurang selesa golongan ini meningkat menjadi takut apabila timbul bermacam isu tentang Islam yang dibangkitkan oleh DAP dan PKR terutamanya bila DAP dan PKR mendesak PAS gugurkan perjuangan Islamnya.

Golongan ini juga setelah lama rasa pahit maung dan bisa pengkhianatan UMNO terhadap perjuangan Islam tidak mahu sebarang kerjasama dengan UMNO. Maka golongan ini sekarang mahukan PAS membuat u-turn dan kembali ke pangkal jalan; iaitu kembali memperjuangkan Islam itu secara bersendiri-sendiri.

Dalam pada PAS nampak telah berpecah kepada tiga "mazhab" sekarang ini, maka musuh-musuh yang nyata dan yang dalam selimut pun ambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan lagi kekecohan dalaman PAS itu.

Saya berpendapat adalah perlu diadakan muzakkarah antara pemimpin atasan PAS untuk memastikan semula misi dan halatuju perjuangan parti.

Perlulah diambilkira bahaw majoriti yang memasukki PAS didorong oleh perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam, melaksanakan hudud dan menubuhkan negara Islam. Oleh itu premis perjuangan PAS ini patut dijadikan asas pertimbangan dalam muzakarah tersebut.

Perlu ditanya adakah perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam boleh dicapai melalui PR?

Perlu juga ditanya adakah perjuangan Islam PAS itu boleh dicapai melalui gabungan dengan UMNO. dan perlu ditanya lagi adakah perjuangan PAS itu akan tercapai dengan kembali bersendiri-sendir seperti dulu kala dan berserah kepada Allah SWT untuk menentukannya.

Kenyataan Presiden PAS sudah menutup segala kemungkinan untuk bergabung dengan UMNO sebenarnya tidak menyelesaikan masalah. Yang boleh menyeleasaikan masalah adalah mengadakan muzakarah.

Setelah bertemu cabang tiga, maka ada tiga pilihan bagi PAS. Maka eloklah dilakukan muzakarah serta solat sunat istikharah untuk memperolehi petunjuk dari Allah SWT.
e
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Saturday, July 4, 2009

KONSEP SAMA RATA PAKATAN PEMBANGKANG SENJATA MAKAN TUAN

Oleh Noor Hayati Muda (Bernama)

Luahan rasa tidak puas hati oleh beberapa pihak dalam DAP, PKR dan PAS kebelakangan ini menyerlahkan keadaan kerapuhan dalam ikatan hubungan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang itu.

Mungkin ada pihak berpandangan bahawa suara-suara yang kedengaran di negeri-negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang ini hanya sebahagian daripada proses untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain dan tidak akan meruntuhkan kerjasama yang dijalin itu.

Namun bagi beberapa pemerhati politik, apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang berpunca daripada ketiadaan parti yang dominan bagi menentukan hala tuju gabungan itu.

Keadaan itu kata mereka menyebabkan setiap parti dalam pakatan bertindak seperti "enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing" sekali gus menggugat kerjasama ketiga-tiga parti berkenaan.

Pensyarah Kanan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian, berkata ketiga-tiga parti itu cuba mendapatkan kedudukan yang sama iaitu sebagai parti yang memimpin.

"Dalam BN (Barisan Nasional) Umno adalah parti yang dilihat dominan berasaskan demografi dan sejarah, tetapi dalam pakatan tidak ada yang dominan, jadi mungkin masing-masing nak main peranan yang sama," katanya.

Daripada segi kepimpinan pula, Dr Sivamurugan berkata pada masa ini pakatan itu bergantung kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum.

"Namun ada persoalan dalam isu ini iaitu adakah Anwar diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju pakatan itu, sedangkan setiap parti ada ideologi sendiri yang hendak ditegakkan.

"Dalam BN ada kapten (yang mengemudi kapal), tetapi dalam pakatan tak nampak, melainkan mereka bersetuju setiap negeri yang ditadbir mereka dipimpin mengikut ideologi parti yang mendominasi," katanya.

Akan tetapi, menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin pula, adalah sukar untuk pakatan melaksanakan konsep dominan seperti yang diamal oleh BN.

Ini kerana, katanya, pakatan terbina berasaskan konsep adil, iaitu setiap parti berkongsi kuasa secara sama rata.

"Isu yang dibawa oleh pakatan ialah (menentang) ketidakadilan, jadi kalau ada memegang peranan pemimpin dalam gabungan itu, maka ini tentulah lari daripada konsep adil yang mereka bawa itu.

"Hubungan dalam pakatan ini mesti menunjukkan "fair and square" sebab masyarakat masa pilihan raya umum dulu dikatakan tolak BN sebab Umno terlalu dominan," kata Shaharuddin, pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM kampus Shah Alam.

Katanya ketiadaan parti yang dominan akan menyebabkan percanggahan memandangkan masing-masing masih dengan ideologi parti masing-masing.

"Memanglah kalau dah tak ada yang dominan maka masing-masing kena berpegang kepada konsep musyawarah, iaitu berbincang sesama mereka," katanya.

Namun jika diamati perkembangan dalam pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini, mungkin konsep musyawarah itu hanya di atas kertas seperti yang dibuktikan oleh Pas apabila membelakangkan dua sekutunya dengan bercadang untuk duduk semeja bersama Umno berbincang mengenai perpaduan.

Sekalipun isu itu diselesaikan menerusi satu mesyuarat tergempar antara ketiga-tiga parti, yang jelas ia meninggalkan kesan kepada pakatan sehingga terpaksa menganjurkan perhimpunan untuk menunjukkan mereka masih teguh.

Selain itu pemimpin-pemimpin mereka juga khususnya daripada Pas membuat kenyataan demi kenyataan bahawa ia semua mainan Umno untuk memecah-belahkan mereka.

Hakikatnya, kata pemerhati politik, Pas menyampaikan mesej tersirat iaitu mereka tidak memerlukan DAP untuk mendapat sokongan rakyat seperti di Kelantan dan Kedah.

Pentadbiran Pas di Kelantan dan Kedah juga membuktikan kerajaan yang didominasi satu parti lebih stabil berbanding di Selangor dan di Pulau Pinang yang menyaksikan ketiga-tiga parti sering bertelingkah mengenai isu pengagihan kuasa.

Mengulas mengenai keutuhan pakatan pembangkang, Shaharuddin berkata ketiga-tiga parti itu masih belajar untuk bekerjasama dan akan mengambil masa untuk benar-benar mencapai persefahaman.

"Usia mereka masih mentah, baru berapa bulan. Harus diingat BN pun mengambil masa puluhan tahun untuk sampai ke peringkat kerjasama yang ada sekarang," katanya.

Sivamurugan dari USM pula berpendapat bahawa adalah sukar untuk pakatan pembangkang mengukuhkan kerjasama mereka dalam masa yang singkat memandangkan setiap parti masih dibarisi pemimpin generasi lama yang terikat dengan ideologi parti masing-masing.

"Mungkin pada masa depan apabila parti-parti ini telah dipimpin generasi baru, mereka boleh mencari persefahaman dan lebih bertoleransi," katanya.

Merumuskan pandangan kedua-dua ahli akademik itu, barangkali tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pakatan pembangkang terperangkap dengan kata-kata sendiri untuk memperjuangkan hak sama rata tetapi pada masa yang sama juga menuntut 'kuasa' sesama sendiri.

Wednesday, July 1, 2009

PAS SEBELUM DAN SELEPAS BERKERJASAMA DENGAN ANWAR

http://mymassa.blogspot.com

Pertembungan antara PAS dan DSAI

Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ............ ..... Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

i) PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).

ii) Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-

a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?

b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.

e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.

f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?

Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.

h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.

i) Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.

j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam? Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.

k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.

l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.

iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-

a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.

b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.

d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.

e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.

iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.

a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.

b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.

c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.

d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.

e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.

v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.

a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M'sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.

b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.

c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.

vi) Majalah Tamadun Ogos 97.

a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".

b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.

- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.

- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?

- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.

- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.

c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.

vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-

a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!

b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.

viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-

a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10

- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.

- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".


b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.

ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."

x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.

xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.

Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.


Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-


- cuba 'mengharamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel


- cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat


- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad


- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO


Apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,


- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada


- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia


- tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama


- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu


- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul


- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar


- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini


(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)


ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.


Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-


- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme


- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka


- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan


- UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah


- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain


- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi


- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya


- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya


- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran


iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir


Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-


- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar


- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM


- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan


- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba


- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba


iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya


Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-


- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis


- dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin


- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya


- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa


- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas


- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya


- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)


iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.


Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-


- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan


- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan


- lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh


- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar


- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal


- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh


- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti


- cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol


- budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia. PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?

Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar. Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?


Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM

Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.


Dr Mahathir adalah :


- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)


- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)


- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)


- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)


- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)


- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)


PAS juga :


- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)


- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)


- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)


Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5? Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.


Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

Sumber : Shuhmy