Jangan lupa kami adalah pihak berkepentingan yang mengeluarkan pelaburan. Secara kolektif, 12 pasukan di Malaysia melabur hampir setengah bilion ringgit setahun..."Tanpa kami, FAM dan FMLLP tiada apa-apa. Mereka perlu bekerja untuk kami."
- Tan Sri Annuar Musa
Hulubalang Kelantan sudah mengamuk.
Malah mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan
Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) untuk mengambil tindakan
terhadap pasukan Kelantan susulan kegagalan melunaskan tunggakan gaji lima
bekas pemain mereka.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan SriAnnuar Musa, berkata menghukum pasukan bukan jalan terbaik sebaliknya FMLLP
perlu melakukan sesuatu untuk mengangkat martabat bola sepak negara menerusi
etika pengurusan yang baik.
"Jangan lupa kami adalah pihak berkepentingan yang
mengeluarkan pelaburan. Secara kolektif, 12 pasukan di Malaysia melabur hampir
setengah bilion ringgit setahun.
"Tanpa kami, FAM dan FMLLP tiada apa-apa. Mereka
perlu bekerja untuk kami.
"Bagi saya (ia adalah) rompakan secara
terang-terangan apabila anda ambil RM70 juta dan mahu kami cari dan keluarkan
wang serta perlu beraksi cemerlang," katanya.
Annuar berkata beliau kecewa dengan sikap FMLLP dan FAM
yang dilihat menjatuhkan hukuman dengan mudah kepada pasukan yang bergelut
dengan isu tunggakan gaji pemain tanpa mengendahkan masalah dihadapi pasukan
terlibat.
FMLLP adalah entiti swasta yang diberi hak mengendalikan liga bola sepak Malaysia.
FMLLP adalah entiti swasta yang diberi hak mengendalikan liga bola sepak Malaysia.
Tarikh akhir diberi FMLLP kepada KAFA untuk menjelaskan
tunggakan gaji kepada bekas pemainnya ialah pada 31 Mei ini.
"Persepsi buruk itu harus ditukar. Kita perlu bersama-sama
membangunkan arena bola sepak negara bukannya saling menjatuhkan satu sama lain
dan bercakaran," katanya.
Berdepan kemungkinan dipotong mata atau lebih serius, disingkir daripada Liga Super tidak menggoyang kesungguhan KAFA meneruskan cabaran walaupun dihimpit pelbagai masalah.
Annuar hari ini turut 'mengalu-alukan' FAM dan FMLLP mengambil tindakan itu terhadap mereka.
"Saya mengalu-alukan jika mereka rasa itu (menghukum
Kelantan) adalah tindakan wajar," katanya semalam.
Annuar bagaimanapun menegaskan, jika itu berlaku ia hanya
menegaskan lagi masalah yang sedang dihadapi bola sepak negara ini.
Kata anggota parlimen Ketereh itu, pihak yang berkuasa
dalam sukan bola sepak barangkali terlupa bahawa setiap pasukan yang terbabit
dalam liga kendalian mereka adalah sebahagian daripada penyumbang yang
menjayakan sukan berkenaan.
"Inilah masalah bola sepak Malaysia, mereka lupa
pasukan-pasukan (yang bertanding) adalah stakeholders. Mereka terlalu fikirkan
soal hendak ambil tindakan," katanya.
"Saya selalu nyatakan inilah masalah bola sepak
Malaysia. Mereka terlalu fikirkan soal hendak ambil tindakan sampai terlupa
pasukan itu adalah pihak berkepentingan.
"Jangan sampai saya buka mulut seperti TMJ (Tunku Mahkota Johor) , cukuplah beliau seorang mengkritik kepincangan FAM," katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama antara KAFA dan FC Bari 1908 di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur, hari ini.

Jelas beliau, menghukum pasukan bukan jalan terbaik
sebaliknya FMLLP perlu melakukan sesuatu untuk mengangkat martabat bola sepak
negara menerusi etika pengurusan yang baik.
Justeru Annuar menyarankan agar FMLLP dan FAM duduk berbincang dengan KAFA untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu tersebut dan bukan membuat kenyataan secara terus kepada media.
Lima bekas pemain Kelantan yang masih belum menerima tunggakan gaji ialah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka bersama KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini.

No comments:
Post a Comment