MSO blognya, Tinta Merah semalam berkata ada sesuatu yang tidak kena dengan penarikan balik petisyen secara tiba-tiba.
Ada desas desus mengatakan ada perundingan antara Zulkifli Nordin dengan pemimpin tertinggi Umno mengenai hal ini. Sejauh mana benar atau tidak walahualam? Dan kalau benar alangkah dayusnya Zulkifli.
Beliau lantas membawa penjenguk merujuk apa yang dituliskan oleh orang Tun Paduka Tuan dalam blognya, http://www.tunpadukatuan.blogspot.com/ hari ini.
ZULKIFLI NORDIN BILA LAGI NAK SERTAI UMNO?
http://www.tunpadukatuan.blogspot.com
Assamualaikum... Apa cerita dan apa dah jadi dengan ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin. Senyap saja? Kenapa beliau menyepi ghaib tanpa berita? Melari dan menyembunyikan diri lagikah? Apa yang ditakut dan dibimbangi?
Berita terakhir tentang beliau, beliau diberikan surat tunjuk oleh Jawatan Displin PKR ekoran tindakannya 'menyerang' majlis Peguam sewaktu majlis itu mengadakan forum mengenai keluar Islam tidak lama dulu. Tindakan Zulkifli tidak disenangi oleh partinya lantas memberi surat tunjuk sebab kerana bertindak diluar arahan dan 'kesukaan' parti.
Zulkifili Nordin mempertahankan tindakannya atas prinsip dan atas nama jihad Islamnya. Dalam blognya beliau mencatat beliau bukan Islam yang baik tetapi akan melakukan terbaik untuk Islam. Tegas, berani dan iltizamnya tinggi kepada Islam. Baguslah, setiap insan Islam harus bersikap begitu meletakkan kepentingan agama dari atas segala-galanya. Berani mati untuk mempertahankan kesucian dan keagungan agama.
PKR sendiri tidak elok kalau bertindak kepada Zulkifli Nordin kerana kesalahan itu. Nampak sangat songsangnya PKR kalau mengambil tindakan itu. PKR tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana jua pihak yang cuba mengusik dan menganggu Islam. Apa lagi kalau meletakkan kepentingan politik melebihi tanggungjawab kepada agama.
Pada saya tindakan Zulkfili menganggu majlis peguam itu bukan alasan tepat dan besar. Sebaliknya ada alasan lain yang lebih besar untuk bertindak ke atas ahli Parlimen berbadan kecil ini. Dari maklumat dalaman mengatakan beliau kini sedang berura-ura untuk menyelamatkan kerusi Kulim - Bandar Baru.
Beliau dikatakan sayang kepada kerusi berkenaan dan bercadang untuk menjadikannya sebagai mata pencarian! Kerana itu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim minta agar beliau kosongkan kerusi berkenaan (surrender) dengan petisyen dibuat Datuk Abdul Aziz Fadzil, Zulkifi berhelah dengan macam-macam cara. Tenguklah petisyen itu ditangguh beberapa kali sehingga kini. Akhirnya kerana Anwar sudah terdesak terpaksa meminta isterinya mengosongkan kerusi Permatang Pauh.
Penangguhan perbicaraan petisyen itu ada ceritanya. Khabarnya untuk menyelamatkan kerusi itu Zulkifli sudah berunding dengan pemimpin tertinggi Umno. Katanya beliau telah sekurang-kurang dua kali menemui Datuk Seri Mohd Najib Razak. Ada logik dan benarnya cerita ini. Kerana sampai kini petisyen untuk kerusi itu ditangguh dan tidak bergerak langsung sedang petisyen untuk kerusi lain sudah selesai.
Selain itu Zulkifli juga tidak rancak seperti dulu turun berceramah atau menghadiri majlis-majlis anjuran PKR atau Pakatan Rakyat. Menyepi saja. Semasa majlis terbuka Hari Raya, Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama pemimpin PKR di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam kelibat Zulkifli tidak nampak langsung. Biasanya dalam majlis seumpama itu beliaulah yang menyibuk dan ke depan. Kawan seprofesyennya, Pak Wan Cik Marican ketika ditanya juga menggeleng kepala lebih daripada 10 kali. "Tak tahu ke mana menghilangnya si Zul... dia ni anih dan ganjil sikit," begitulah kata Pak Wan.
Kalau Zulkifli benar bercadang nak tinggalkan PKR demi menyelamatkan kerusinya elok juga beliau percepatkan agendanya itu. Tidaklah pula orang ternanti-nanti mengenai tindakannya itu. Dan tindakan paling baik dan bermaruah ialah kosongkan kerusi berkenaan kalau sudah tidak berminat jadi wakil rakyat.
Masih banyak orang lain yang layak untuk mengisi kerusi berkenaan. Dengan cara dilakukan sekarang ini menyusahkan banyak orang. Khabarnya pengundi di Kulim juga sudah mula bertanya dan mengeluh kesal dengan sikap dan karektor wakil rakyat mereka.
Ada yang dikatakan sedang menunggu kepulangan Zulkifli dengan batang kayu! Dan jika Zulkifili tidak bersama Pakatan Rakyat ini bermakna Pakatan Rakyat hilang satu lagi kerusi setelah tidak dapat mempercayai kerusi Bebas di Pasir Mas berpihak kepadanya. Angka 30 untuk menumbangkan kerajaan BN akan bertambah menjadi 32! - TPT 9/08
MSO yang bimbang Zulkifli akan berubah angin turut menyatakan sekiranya apa yang dibimbangkan oleh bloger itu menjadi kenyataan alangkah malangnya nasib pembangkang.
Sudahlah mereka telah kekurangan satu kersusi apabila seorang wakil Bebas tidak menyatakan kesediaan untuk menyokong mereka, kini mungkin kehilangan kerusinya pula secara tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.
Kalau benarlah Zulkifli Nordin akan menyertai Umno apakah beliau dapat meneruskan perjuangannya membela Islam menerusi parti berkenaan.?Apakah beliau begitu tolol dan tidak nampak sejauh mana Umno memperjuangkan Islam menerusi parti berkenaan.
Jika benar Zulkifli Nordin akan menyertai Umno jelas beliau tersalah pilih jalan. Dan benarlah andaian Tun Paduka Tuan itu yang beliau ingin menyelamatkan elaun RM12,000 sebulan daripada memperjuangkan rakyat!
No comments:
Post a Comment