Zulkifli Nordin
21 December 2010
Teman kesian tengok Zaid Ibrahim yang kian hari kian dimaki hamun oleh "kawan-kawan Pakatan Syaitan" dulu. Baru beberapa bulan lepas Zaid Ibrahim adalah hero dan "calun anugerah tuhan" bagi Pakatan pembangkang di PRK Hulu Selangor. Sehinggakan beberapa "masalah peribadi" Zaid Ibrahim pun dihalalkan pemimpin anugerah tuhan dan para pak jangoat penyembahnya. Tau-tau sekarang, "from hero to zero"; "dulu dikompang kini dilempang".
Terkini Karpal Singh, mursyidul am DAP dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Pembangkang Ahad lepas mendakwa bahawa "Zaid adalah seorang bekas Menteri UMNO dan seorang yang tidak boleh dipercayai kerana menjadi budak suruhan UMNO dan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman tahun 1988!!". Dan Zaid membalas balik dengan melabelkan Karpal Singh sebagai "ular celaka!!". Satu deskripsi yang teman tak boleh tidak terpaksa bersetuju dengan Zaid Ibrahim.
Macam mana Zaid Ibrahim tak label dia "ular". Karpal Singh yang dok maki Zaid ni jugalah pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan meliwat staf beliau sendiri (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya siasat Anwar Ibrahim! Karpal Singh ni jugaklah yang mendedahkan di Hotel Federal beliau punya bukti Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat.
Karpal Singh ni jugalah yang memberitahu beberapa pemimpin PAS yang Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat, menyebabkan mereka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi". Karpal Singh ni jugalah yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!
DAN KARPAL SINGH NI JUGALAH MENJADI LOYAR MEMBELA ANWAR SEKARANG DENGAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP STAFNYA SAIFUL, perbicaraan yang dipenuhi dengan adengan tangguh menangguh sehingga hari ini melebehi 2 tahun!!
Pada teman, deskripsi Zaid Ibrahim bahawa Karpal Singh ini bukan sahaja celaka besar, tetapi "ular" yang sangat merbahaya kepada negara, rakyat, bangsa Melayu, dan kepada umat Islam sangatlah tepat. Kecuali segelintir pak jangoat yang sudah buta, umat Islam dinegara ini tidak lupa bahawa Karpal Singh ini jugalah orang yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini, langkah mayat dia dahulu (over my dead body)".
Adakah Zaid yang akan menjadi orang pertama nanti melangkah mayat mendiang Karpal kalau dia mati nanti? Wallahua'lam, kita tengoklah nanti!
Cuma teman nak peringatkan para pak jangoat dan yang sewaktu dengannya, kalau Karpal Singh boleh maki Zaid "celaka sebab dia bekas Menteri UMNO", bagaimana pula dengan Anwar yang dia bela sekarang, bukankah "Anwar bekas Timbalan Presiden UMNO!". Kalau Karpal Singh kata Zaid tidak boleh dipercayai "kerana dia budak suruhan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman 1988", bagaimana dengan "Anwar yang pada masa krisis kehakiman adalah anggota kabinet kanan Tun Mahathir yang menyokong tindakan pemecatan Tun Salleh!".
Apakah Karpal Singh juga lupa "Anwar adalah Menteri kanan UMNO semasa Karpal Singh dikenakan tindakan tahanan ISA semasa Ops Lalang". Dan tentu Karpal tidak lupa "Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO semasa Anak Laki Kitsiang dipenjarakan dalam isu Rahim Thamby Chik!".
Dan Karpal Singh juga seolah-olah lupa Anwar Ibrahim itu jugalah "Timbalan Presiden UMNO semasa YB Wee Choo Keong, Ketua Penerangan DAP dihukum penjara setelah memenangi pilhanraya kerusi Bukit Bintang". Apakah Karpal Singh terlupa "Anwar Ibrahim jugalah juara penswastaan semasa isu pemberiaan konsesi lebuhraya Utara-Selatan-PLUS" yang menyebabkan manusia cauvinis Kitsiang memfailkan saman terhadap Kerajaan Tun Mahathir.
Takkan Karpal lupa, dia loyer Kitsiang, Anak Lakinya dan YB Wee Choo Keong pada masa tu!
Sebenarnya, sebagaimana Karpal tahu tentang Zaid dan kini memaki-hamun Zaid, macam itulah Karpal tahu tentang Anwar tetapi mendokongnya. Kerana apa? Kerana itulah teman setuju dengan deskripsi Zaid Ibrahim mengenai Karpal Singh sebagai "ular paling celaka" sangatlah tepat lagi mampat!!
Dan teman tidak akan terkejut kelak nanti Karpal Singh akan memaki Anwar sebagai manusia "paling celaka" dan "tidak boleh dipercayai". Kalau dia boleh buat begitu kepada Zaid sekarang, apa yang nak halang Karpal daripada berbuat sedemikian kepada Anwar nanti!
Tetapi dek kerana Anwar terlalu ghairah dan bernafsu untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, maka Anwar juga lupa "ular-ular celaka" ini jugalah yang sedang menunggu sa'at jatuhnya pemimpin anugerah tuhan ini yang akan berlaku tidak berapa lama lagi. "Wait and see" kata orang di bulan!!
Kepada rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, bukalah mata dan jiwa anda. Apa lagi fakta dan bukti yang perlu didedahkan untuk membuktikan tentang politik sempit, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan Pakatan pembangkang ini. Apakah kita boleh dibutakan dengan gula-gula dan habuan "100 hari memerintah" Pakatan Syatan ini? Apakah begitu murah harga diri dan maruah kita?
Jangan di ulang kesilapan pengikut Fira'un, jangan diulang kesalahan pengikut Namrud, jangan diulang ketaksuban pengikut Kamal Attarturk. Stand up and be counted! Enough is enough! Stand for your right, stand for your dignity. Tolaklak politik perkauman, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan ini. May ALLAH bless this beloved country of ours.
No comments:
Post a Comment