Sunday, October 23, 2016

Jamal Memang Seorang ‘Hero’ Atau Sedang ‘Sakit’?


Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kini menjadi ‘hero’ secara tiba-tiba.

Bukan  kerana menuntut hak rakyat atau berjuang demi memperkuatkan UMNO tetapi gerakan Baju Merahnya menjadi satu ‘force’ yang dilihat cuba menggagalkan perhimpunan Bersih 5.

Isu ‘parang terbang’ yang dinafikan olehnya melonjak namanya kerana ia mendapat perhatian polis apalagi selepas diviralkan di media sosial.

Viral yang dikatakan sebuah kemaskini Jamal - yang turut dilampirkan Khalid dalam tweetnya - ketua Umno Sungai Besar itu membayangkan tragedi rusuhan 13 Mei dan "parang terbang" akan berulang jika BERSIH 5 dilangsungkan mengikut jadual asal.

"Saya berjanji Tragedi 13 MAY akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika BERSIH 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Jamal menafikannya dan kes ini menyebabkan banyak pihak membuat laporan polis dan kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Jamal disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Siasatan itu dibuat berdasarkan laporan polis beberapa pihak berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dimuat naik ke Facebook mengenai rusuhan kaum 13 Mei 1969 bakal berulang dan akan berlaku kejadian parang terbang, jika perhimpunan Bersih 5 diteruskan pada 19 November nanti.


Selain itu Jamal juga membuat kenyataan yang dilihat ‘berani dan bersifat provokatif’ serta mendapat sokongan banyak pemimpin UMNO.

Tindak tanduk Jamal yang menjadi juara bagi menentang pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain mengangkat nama Jamal yang dikenali di seluruh negara.

Dia juga kini berani mencabar polis dan menyifatkan pemimpin yang menentang UMNO sebagai ‘musuhnya’.

Apakah Jamal berani bertindak kerana dia memang ‘jaguh’? Atau dia mendapat perlindungan seseorang sehingga dilihat ‘tidak makan saman’?

Atau Jamal sudah merasakan dirinya mengatasi undang-undang dan seronok melakukan perbuatan provokatif untuk mendapat nama?

Jamal ‘sakit atau sedang mengejar glamour’ kerana hasil sokongan dan ‘kekayaan’ yang dianugerahkan oleh parti dan kerajaan?

Hari ini Jamal berkata kalau dia jumpa Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau akan ludah tangan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu.

Pemimpin gerakan Baju Merah menyatakan kesalnya  kerana pernah bersalaman dan mencium tangan Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu.

"Inilah seorang pemimpin yang kita hormati selama 22 tahun menjadi PM yang dahulu saya pernah jumpa dengan beliau, cium tangan beliau, tapi kali ni kalau saya jumpa beliau, saya ludah tangan dia.

"Saya menyesal cium tangan dia dahulu," kata Jamal kepada penyokongnya di perhimpunan anti-BERSIH di Kapar, Selangor hari ini.

Menurut Jamal, dia akan meludah tangan Mahathir sekiranya bertemu dengan bekas perdana menteri itu sekarang.


Kenapa tidak ludah muka Dr Mahathir? Rasional Jamal ialah sebab dia cium tangan Dr Mahathir sebelum ini.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan perang terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak dan mendakwa perdana menteri itu mengamalkan rasuah.

Jamal marah dengan tingkah laku Dr Mahathir dan menganggap  tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah tua.

Jamal bukan sahaja mengamuk dengan Dr Mahathir tetapi juga mengumumkan peperangan dalam skala besar-besaran terhadap kumpulan BERSIH 5.0.

Selepas semalam di lokap Jamal berkata 20 Oktober lalu  kumpulan baju merah akan menggerakkan jentera di seluruh negara untuk menggempur kumpulan BERSIH 5.0.

“Dengan pembebasan reman ini, saya isytiharkan peperangan secara habis-habisan dengan kumpulan BERSIH 5.0.  Penahanan saya tidak sedikit pun melemahkan semangat saya dan selepas ini, saya akan gerakkan seluruh jentera baju merah di seluruh negara untuk menggempur dan berperang dengan BERSIH 5.0 yang cukup-cukup menjadi dajal dalam negara kita ini,” katanya.

Jamal turut menggesa supaya kerajaan tidak berat sebelah terhadapnya menyebabkan gerakan baju merah akan menentang BERSIH 5.0 habis-habisan.

Menurutnya, polis perlu berlaku adil jangan double standard. “Baju merah dikenakan tindakan, baju kuning diagung-agungkan, inilah yang menyebabkan kami akan menentang mereka habis-habisan,” katanya sambil disambut sorakan pengikut kumpulan itu.

Jamal berkata demikian kepada para penyokongnya di luar ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dibebaskan pada jam 4.45 petang hari tersbut.

Pada  sidang media, Jamal turut mengumumkan gerakan tersebut akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka pada 5 November ini sebelum menuju ke perhimpunan besar-besaran pada 19 November.

Untuk langkah seterusnya, Baju Merah akan mengadakan satu perhimpunan di Dataran Merdeka pada 5 November akan datang ke arah Gerakan merah yang lebih besar pada 19 November akan datang di mana BERSIH 5.0 berhimpun.

Perhimpunan BERSIH 5.0 dijadualkan diadakan pada 19 November ini dan dalam masa yang sama, kumpulan baju merah juga akan turut berhimpun. BERSIH 5.0 pada ketika ini sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara.
  

Mengejutkan juga apabila Jamal turut mendakwa, lelaki yang menyerang penyokong BERSIH di Sabak Bernam dan mengasari petugas media di Kuala Selangor sebenarnya adalah daripada BERSIH.

"Saya ingin menyatakan bahawa kekerasan adalah provokasi daripada BERSIH. Apa yang berlaku di Sabak Bernam, penunggang berbaju kuning yang diterajang dari belakang itu adalah diupah oleh BERSIH dengan pakai T Shirt sama seperti yang kami pakai. Boleh didapati di mana-mana," kata Jamal.

Jamal turut menegaskan,  kekasaran terhadap wartawan minggu lalu, ia juga adalah daripada BERSIH.

Jamal berkata beliau tidak akan terkejut jika BERSIH tiba-tiba "diserang" oleh penyamar yang memakai T-shirt merah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak merujuk kepada Jamal secara khusus apabila mengatakan polis tidak memerlukan sesiapa untuk mengajar mereka menjalankan tugas, tempiasnya juga sampai kepada Jamal.

Khalid menegaskan, anggota pasukan keselamatan itu tahu apa yang perlu dilakukan mengikut tanggungjawab mereka.

Kita hanya boleh berdoa kepada Allah s.w.t.agar Jamal cepat sedar siapa dirinya dan ‘segera mengubati penyakitnya’ itu.

Ini kerana jika berterusan bersikap seperti sekarang bukan sahaja mengaibkan UMNO tetapi juga irang Melayu dan Islam.

Apakah pemimpin Melayu dan Islam wajar bersikap seperti Jamal?

Apakah penentangan terhadap pembangkang dan Bersih 5 wajar dibuat secara sebegini?

Apakah mencabar polis sebagai cara terbaik pemimpin UMNO dan orang Melayu mendapatkan simpati dan sokongan rakyat ramai terhadap parti itu kerajaan.

Pertanyaan kini ialah apakah Jamal benar-benar seorang juara atau ‘hero’?

Atau dia sedang ‘sakit’?

2 comments:

Iwan raihan said...

"Kalau bangsa melayu tak sedar diri begini lah jadi nya. Bangsa kita akan disapu bangsa lain. “Virus ini datang daripada parti politik baharu dan ahlinya menjadi penyebarnya. Oleh itu, saya berharap rakyat menjauhkan diri daripada virus ini.

“Gunakan akal fikiran dan jangan menyesal kemudian hari. Pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin, tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semua mereka tak nampak..

Penyokong baju merah bukan nya calang calang orang. Ramai ahli NGO yang sokong. Wahai cina tak sedar diri berundur lah kamu sebelum kamu ditibai..

Melayu sekarang apa sudah jadi. Dulu bersatu padu bergabung tibai orang cina ni. Sekarang melayu sokong parti cina komunis. Macam admin kata melayu diperkuda kan. Cina bagi arahan je. Yang turun padang buat keje bergaduh semua nya melayu. Hahaa

Kalau ya pun nak tunjuk perasaan tak payah lah ikut cadangan cina grasis ni. Wahai melayu bersih 5.0 sikuda cina, anda tak nampak ke gambar ulama dan gmbar pemimpin dipijak pijak oleh penyokong cina bersih 5.0 ni..

Iwan raihan said...

Kau tahu tak perhimpuan haram tak bertamadun ni hura hara kan malaysia,. Orang awam dan pelancung luar pun takut nak bersiar siar..Membusuk kan nama malysia. Seluruh luar negara tahu lah malaysia ni aman damai. Tiada gangguan. Sekarang dah macam rusuhan. Rusuhan perkauman best lah jugak. Boleh aku tibai kepala cina vavi ni.

kau perang melayu vs melayu. Apa ke benda lah? Cina banyak suka kau tahu tak.