Tuesday, October 11, 2016

Kaitan Dengan 1MDB - MAS Arah Tutup Falcon Bank Milik IPIC di Singapura...


“The Monetary Authority of Singapore (MAS) announced on Tuesday (Oct 11) that it is withdrawing the merchant bank status of Falcon Private Bank Ltd, Singapore Branch (Falcon Bank), for serious failures in anti-money laundering (AML) controls and improper conduct by senior management at the head office in Switzerland as well as the Singapore branch.” – Straits Times (Singapore).

Gara-gara ada kaitan pelaburan dengan 1Malaysia Development Bank (1MDB), bank perdagangan Switzwerland, Falcon Private Bank Ltd (Falcon) yang berpangkalan di Singapra,  hari ini diarah menghentikan operasinya di republik itu.

Tindakan MAS ini adalah dua hari selepas dua bekas pegawai BSI Singapura didakwa di mahkamah berkaitan kesalahan berurusan dengan 1MDB.

Sebab diberikan ialah kesilapan yang serius dalam kawalan anti pengubahan wang haram (AML) oleh bank yang dimilik International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi.


Selain itu punca penutupan bank itu ialah pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juga cawangan Singapura.

MAS berkata pengurus cawangan Falcon di Singapura, Jens Sturzenegger, turut ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura (CAD) pada 5 Oktober lalu.
  
Falcon menjadi bank Swiss kedua ditutup, selepas bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal syarikat pelaburan Malaysia itu.

Sebelum BSI, MAS pernah menutup perniagaan institusi kewangan pada 1984 apabila ia memerintahkan supaya diberhentikan operasi Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd kerana kesalahan berulang dari segi kerja-kerja menasihat.

Pada Mei, MAS menutup bank Swiss, BSI atas pelanggaran undang-undang sama, ia adalah kali pertama bank diarahkan tutup di republik itu dalam tempoh 32 tahun.


Falcon adalah  bank Switzweland kedua yang turut disiasat berikutan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram dan tindakan adalah susulan pemeriksaan terhadap aliran dana berkaitan 1MDB melalui tiga bank antara Mac 2013 dan Mei 2015.

Sebelum ini, pada 17 Ogos 2016 lalu, Falcon turut  dihalang daripada  menceburi perniagaan baru dalam Singapura oleh bank pusat tempatan dan pengawal selia kewangan, lapor akhbar Swiss, Finanz und Wirtschaft  sambil memetik dapatan maklumat yang diperolehinya.

Reuters sebelum ini menyebut pihaknya meminta penjelasan yang dihantar menerusi emel mengenai perkara berkenaan namun Falcon belum memberikan maklum balas mengenai perkara itu sementara MAS enggan mengulas.

Falcon sebelum ini berkata, pihaknya sedang memberi kerjasama kepada penyiasat Singapura.

MAS dilaporkan bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa kawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).

MAS  berkata ia sudah mengarahkan Falcon yang menunjukkan kekurangan pemahaman terhadap syarat dan jangkaan MAS terhadap anti pengubahan wang haram.

MAS dengan jelas menyebut, tindakan itu susulan “kegagalan serius kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juga cawangan Singapura”.

Sebelum ini berbagai pihak di Malaysia, termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB dikaitkan dengan skandal kewangan itu tetapi menafikan sebarang salah laku.

Singapura yang merupakan hab kewangan serantau melancarkan siasatan terhadap aliran wang yang dikaitkan dengan 1MDB pada 2015.

MAS turut mendenda Falcon sebanyak S$4.3 juga bagi  14 pelanggaran Peraturan 104 MAS – “Prevention of Money Laundering and Countering the Financing of Terrorism.”

Pelanggaran itu termasuk kegagalan menilai secukupnya kesalahan dalam konteks akaun pelanggan serta laporan transaksi yang mencurigakan.

MAS turut mengumumkan ia mendenda bank tempatan DBS dan syarikat kewangan Swiss, UBS atas kesalahan hampir sama.

DBS diarah membayar S$1 juta atas 10 pelanggaran undang-undang sementara UBS diperintah membayar S$1.3 juta atas 13 kesalahan.

MAS juga mengenakan denda kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana melanggar keperluan AML MAS.

Ogos lalu, dilaporkan MAS menjalankan kerjasama secara erat dengan MAS dan pihak berkuasa penyeliaan lain dalam siasatan terhadap 1MDB.

Malah, pihaknya membuka prosiding penguatkuasaan terhadap lima bank - satu daripadanya berkiatan dengan bank BSI Switzerland.

No comments: