"Saya nak tergelak dengan kenyataan itu.”
demikian kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.
Kenapa nak tergelak?
Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO,
Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa beliau kembali ke UMNO.
Jika semalam ‘nak tergelak’ mungkin kini sudah ketawa berdekah-dekah.
Malah, blog ini semalam turut mengulas tawaran Annuar dengan posting bertajuk "Kesian Dengan Annuar - Mata Kail Tersangkut di Bulu Pipinya Sendiri..."
Ternyata sekali, Annuar bercakap membuat
tawaran itu itu bagaikan tidak melihat kepada fakta ‘terpelantingnya Mukhriz daripada UMNO’ selain siapa atau kedudukan apa Annuar dalam UMNO?
Presiden> Timbalan Presiden? Ketua Penerangan itu jawatan dilantik!
Yang penting bagi bekas Menteri Besar Kedah itu beliau menegaskan, tidak berminat kembali semula kepada
UMNO.
Ini penting dan mengukuhkan keyakinan ahli partinya terhadap diri dan parti berkenaan.
Tegas Mukhriz, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
bukan sebuah parti sementara yang kononnya akan kembali ke pangkuan UMNO seperti mana berlaku dalam parti-parti sebelum ini.
Parti mitu bukan seperti Parti Melayu Semangat 46.
"Kami akan kekal, masa untuk Umno telah tamat,” kata
Mukhriz.
Malah baginya BERSATU akan menggantikan peranan yang dipegang oleh
UMNO selama ini.
Naib Presiden BERSATU, itu semalam menegaskan beliau tidak berminat kembali kepada UMNO walaupun parti itu sentiasa bersikap terbuka menerima mana-mana individu
menjadi ahli.
Kenyataan Mukhriz itu adalah penegasan sikapnya kerana
jika sebelum ini Presiden UMNO sendiri
pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan berjanji lepas tiga empat bulan
boleh diangkat sebagai menteri penuh sebagai tukaran Menteri Besar Kedah beliau
tolak, inikan pula tawaran daripada ketua Penerangan UMNO.
Malah kenyataan Annuar
bagaikan menyindir Mukhriz dan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemimpin UMNO itu mengalu-alukan pernyertaan
semula beliau ke dalam Umno sekiranya bercita-cita menjadi perdana menteri
seterusnya.
Apakah dengan meyebut sedemikian Annuar mahu mengesahkan
kenyataan pihak-pihak tertentu bahawa Mukhriz memang ‘gila’ mahu jadi Perdana
Menteri?
Kenyataan Mukhriz
itu menempelak Annuar yang ‘berlagak’ bagaikan beliau ada kuasa untuk
menawarkan Mukhriz sedemikian.
Bercakap selepas sidang media isu cadangan jawatan
Perdana Menteri Malaysia dihadkan selama dua penggal, Mukhriz menegaskan beliau
dipecat bukan keluar daripada parti.
"Kalau Presiden parti sendiri pernah menawarkan
jawatan Timbalan Menteri dan dia kata lepas tiga empat bulan boleh diangkat
sebagai menteri penuh bagi mengganti jawatan saya sebagai menteri besar, itu
pun saya tolak apa lagi satu tawaran dari seorang ketua penerangan," tegas
Mukhriz.
Annuar sepatutnya malu apabila Mukhriz membalas kenyataan
ini. Bagai penumbuk hingga ke muka.
Tersungkur Ahli Parlimen Ketereh dibuatnya.
Annuar bagaikan sengaja mempermainkan dua beranak itu
apabila menyatakan kesediaan Umno untuk menerima ahli, termasuk Mukhriz
sekiranya masih berhasrat kembali ke pangkuan Umno.
Sebelum ini, blogger, Raja Petra Kamarudin menulis,
sekiranya Mahathir ingin melihat Mukhriz menjadi perdana menteri, Mukhriz perlu
kembali menyertai UMNO.
Kenyataan Mukhriz itu memperkukuhkan keyakinan bahawa
BERSATU sedang berkembang pesat, malah jumlah sebenar penyertaan ahli BERSATU akan didedah dalam masa dua minggu lagi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah
penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul
di setiap negeri.
"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan
penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah
tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti
BERSATU) datang dari golongan anak muda," katanya.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kebanyakan ahli
BERSATU didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
Setakat ini pihaknya sudah edarkan sehingga 200,000
borang dan masih terima pendaftaran
secara atas talian.
Apabila semua
borang sudah dikumpulkan, pihaknya akan umumkan jumlah sebenar ahli.
No comments:
Post a Comment