Komplot media dan kumpulan Amerika
Syarikat mahu jatuhkan Perdana Menteri?
Benarkah wujud
komplot sedemikian untuk gulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak?
Siapa dan bagaimana
komplot itu melakukan tindakan mereka?
Kenapa mahu menjatuhkan
Najib daripada puncak kuasanya?
Rakyat didedahkan melalui media perdana kerajaan, sama
ada media cetak serta media elektronik
bahawa beberapa pemimpin Malaysia menuduh Amerika Syarikat – sama ada melalui media atau orang Yahudi negara itu berkomplot.
Ada mengaitkannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Moahand dan konco-konconya.
Tujuan komplot itu selain menggulingkan Perdana Menteri, juga menjejaskan
kestabilan kerajaan dan negara.
Namun, semuanya itu dijawab dan dinafi oleh Duta Amerika
Syarikat ke Malaysia, Joseph Y Yun dengan mengatakannya sebagai ‘tidak
berasas’.
Juga tak masuk akal,
kata Duta Amerika Syarikat itu.
Hubungan baik antara kedua-dua negara membuktikan teori
atau tuduhan bersifat dakwaan yang berkisar cubaan Amerika Syarikat menggulingkan
Najib dianggap tidak benar sama sekali.
"Hubungan baik ini meliputi tahap tertinggi kerajaan
dan setiap menteri dan pegawai Malaysia yang saya temui benar-benar mahu
membina hubungan antara kedua-dua kerajaan.
"Jadi, teori sedemikian bagi saya benar-benar tidak
berasas dalam realiti dan kredibiliti.
Malah, beliau menegaskan tidak serius melihat perkara ini.
Malah menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil dakwaan itu secara
serius.
Jadi siapa yang serius mengenainya?
Pada bulan Ogos yang lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Ir Idris Haron mendakwa penfailan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat
berkaitan skandal 1MDB adalah sebahagian helah politik bagi menjatuhkan Najib.
Idris berkata ia juga sebagai usaha menyingkirkan
pemimpin Melayu dari tampuk kuasa.
Idris...saman DOJ helah jatuhkan Najib |
DOJ menerusi Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi memohon
untuk mendapatkan aset bernilai AS$1 bilion di AS yang didakwa mempunyai kaitan
dengan 'kecurian dana' daripada dana pelaburan milik kerajaan Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh
Said Keruak bagaimanapun dengan pantas menolak sebarang konspirasi sedemikian
oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Beliau tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan atas media
negara itu.
Namun, bulan lalu, menteri berkenaan menuduh The
Wall Street Journal dan The New York Times cuba mencemarkan nama
baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dalam memburuk-burukkan imej
Malaysia.
Sambil ia juga sebagai tindakan menjejaskan kestabilan
kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri.
Dalam wawancara di pejabatnya dengan Malaysiakini diKuala Lumpur, semalam, Yun menganggap teori Salleh itu juga tidak mempunyai
kredibiliti, berkata Yun.
Apakah Duta Amerika Syarikat ini sengaja mahu
membersihkan dua akhbar - The Wall Street Journal dan The New York
Times – yang sering memperkatakan isu 1MDB itu?
"Saya tidak fikir ianya munasabah. Maksud saya,
tugas media adalah menyiasat. Itu tugas mereka.
Jadi, saya tidak fikir ada apa-apa agenda di pihak
media," kata Yun.
Beliau bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Duta
Amerika Syarikat minggu depan.
Ditanya jika dakwaan sedemikian menjejaskan hubungan Amerika
Syarikat-Malaysia setelah ianya datang daripada para pemimpin negara, Yun
menambah: "Setiap orang bebas untuk bersuara. Walau menteri boleh
menyatakan pendapat mereka."
Yun menjangkakan, pendengaran awam megenai saman sivil DOJ itu akan berlangsung tidak lama lagi.
Beliau menjelaskan, ia
tidak berunsur politik atau boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Amerika
Syarikat.
Yun turut
menyatakan berkata beliau tidak tahu menahu
berkaitan perkara itu sebagai bukan kes jenayah atau sebaliknya, kerana ia keputusan DOJ.
Isu ini mendapat perhatian antarabangsa dan di negara
ini, apabila saman sivil DOJ
berkaitan 1MDB diumumkan Julai lalu, timbul
dua persoalan di minda orang ramai:
Pertama, bagaimana ia
akan jejaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?
Kedua, apa akan jadi
pada hubungan Malaysia-Amerika Syarikat?
“Saya rasa saya jawab
soalan seterusnya,” katanya sambil ketawa apabila ditanya pandangannya
berkaitan soal pencapaian Najib setakat ini.
Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata: “Saya tiada nasihat (untuk Perdana Menteri) berkaitan perkara itu. Well, selamat berjaya...,” katanya sambil ketawa kecil.
Dan bila ditanya sama ada beliau ada nasihat untuk Najib – susulan kontroversi 1MDB dan hakikat bahawa Najib ialah Malaysian Official 1 yang disebut dalam dokumen DOJ – Yun berkata: “Saya tiada nasihat (untuk Perdana Menteri) berkaitan perkara itu. Well, selamat berjaya...,” katanya sambil ketawa kecil.
“Tidak, tiada apa-apa
(komen).”
Bagaimanapun, dengan
nada lebih serius, Yun menegaskan terdapat sebab Riza Aziz, Jho Low, Khadem
al-Qubaisi and Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dinamakan dalam saman DOJ untuk
menyita aset berkaitan 1MDB.
“Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di Amerika Syarikat, ” tegasnya.
“Keempat-empat mereka dinamakan dalam pemfailan itu kerana mereka miliki aset di Amerika Syarikat, ” tegasnya.
No comments:
Post a Comment