“Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk belanjawan tahun depan 2017, namun pelaksanaannya bergantung kepada sejauh manakah keberanian kerajaan melaksanakannya." - Prof Barjoyai Bardai
Sebaliknya kerana ia begitu penting kepada ekonomi
negara, apakah GST akan dinaikkan pada kadar tambahan yang sedikit untuk
meningkatkan pendapatan kerajaan?
Di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak menegaskan tanpa GST ekonomi
Malaysia akan lumpuh.
GST yang mula dilaksanakan pada April tahun lepas, dari
segi makronya merupakan penyelamat kepada kewangan dan ekonomi negara pada
keseluruhannya.
Begitulah pentingnya GST kepada ekonomi negara dan
kerajaan secara jelas menegaskan tidak akan menurukkan kadar yang dikenakan
sekarang iaitu sebanyak enam peratus.
Perdana Menteri membuat penegasan kali kedua kerana pada 8
Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan, pernah berkata bahawa GST
penyelamat ekonomi negara.
Di sebalik itu, pakar ekonomi berpendapat kerajaan memang
merancang untuk menaikkan kadar GST daripada enam (6) peratus kepada lapan (8) peratus memandangkan ketika ini kerajaan tidak
mampunyai sumber cukai produktif yang lain.
Petronas turunkan jangkaan dividen bayaran cukai |
Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset
Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaaan buat sementara
bagi tahun 2017.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, GST satu-satunya cukai
yang sangat produktif dan berdaya maju, ketika cukai korporat dan cukai
individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.
“Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk
belanjawan tahun depan (2017),” kata Barjoyai seperti dilaporkan FMT.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, pelaksanaannya bergantung
kepada sejauh manakah keberanian kerajaan melaksanakannya.
“Mungkin kerajaan pun tak ada pilihan lain sebab tidak
ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan,” katanya.
Sehingga Disember 2015, pelaksanaan GST dilaporkan telah mendapat kutipan kasar sebanyak RM37.67 bilion dengan unjuran kutipan bersih
RM27.126 bilion.
Kutipan bersih GST itu dianggarkan meningkat kepada RM39
bilion pada tahun ini.
Perdana Menteri turut menjelaskan, eksport Malaysia, terutamanya dalam sektor
komoditi seperti minyak dan gas, kelapa sawit dan mineral menurun ekoran
ekonomi global yang semakin lemah.
Bagi mengatasi isu-isu tersebut dan meningkatkan daya
tahan domestik, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perkara asas seperti
meningkatkan eksport, produktiviti dan inovasi, kata Najib, sambil menambah
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun ini dijangka menjadi
antara 4 hingga 4.5 peratus.
Kerana itu bukan sesuatu yang mengejutkan Perdana Menteri
menegaskan jika tiada GST, ekonomi Malaysia akan lumpuh.
Beliau turut menolak cadangan pengurangan cukai GST
daripada enam kepada tiga peratus.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan oleh
Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang berhujah GST mengurangkan perbelanjaan domestik
yang disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai tafsiran negatif daripada
pembangkang.
Liew...penyelamat adalah ekonomi domestik.
Liew menolak dakwaan Perdana Menteri, bahawa cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) adalah penyelemat ekonomi negara.
Bercakap di Lobi Parlimen kemudian, Liew menegaskan,
penyelamat ekonomi negara bukannya GST tetapi ekonomi domestik.
“Bila saya tanya Perdana Menteri untuk kurangkan GST
kepada 3% beliau jawab GST tak perlu dikurangkan kerana ia adalah penyelamat
ekonomi negara. Saya tak percaya jawapan yang diberikan oleh Najib ini kerana
saya percaya ekonomi negara hanya boleh diselamatkan melalui ekonomi domestik.
“Tetapi disebabkan oleh GST permintaan domestik telah
menurun dan sebab itulah masalah ekonomi negara tidak selesai,” kata Liew .
Semalam adalah hari pertama sesi Dewan Rakyat dan menurut Najib: "GST menyebabkan
kemerosotan ekonomi domestik adalah tafsiran pembangkang. Hakikatnya, GST
adalah penyelamat ekonomi Malaysia. Tanpa GST, ekonomi negara akan
lumpuh," ujarnya.
Pelaksanaan GST dari segi aspek makro dilihat mampu menampung
hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.
Kerana itu kerajaan menganggap GST sangan petning dalam
konteks makro yang merupakan penyelamat kepada keadaan kewangan dan ekonomi
negara pada keseluruhan.
Menurut laporan kerajaan, jika tiada GST, defisit negara dijangka meningkat kepada 4.8 peratus dan bukan lagi
3.1 peratus pada tahun ini.
Dengannya ada hasil tersebut, kerajaan dikatakan dapat
melaksanakan projek-projek pembangunan seperti jalan raya, hospital, sekolah,
memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya kepada rakyat.
Pada pendapat Barjoyai, penurunan sehingga 3 peratus GST akan
menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion.
Jika dikurangkan kadar GST, ia akan menyebabkan pendapatan
kerajaan terlampau rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan yang
besar, dan akan menyebabkan defisit belanjawan naik sampai 4 peratus atau lebih,
katanya.
Barjoyai tidak yakin kerajaan akan dapat mencapai sasaran kutipan
GST sebanyak RM39 bilion kerana jumlah perbelanjaan persendirian yang merosot.
Kemungkinan berkurang hampir RM6 bilion hingga RM8 bilion.
Keadaan ini akan menyebabkan sasaran defisit perbelanjaan
rakyat meleset sebab dijangkakan akan mencapai sasaran 3.1 peratus. tegasnya.
Pada masa yang sama PETRONAS telah menurunkan jangkaan
dividen bayaran cukai yang akan mereka buat daripada RM60 bilion kepada RM30
bilion.
Ini juga satu cabaran besar buat kerajaan selain kutipan
GST yang dilihat tidak akan mencapai sasaran sebanyak RM39 bilion.
No comments:
Post a Comment