Pakatan pembangkang berada di ambang kejatuhannya di
Sabah?
Ini dikatakan berikutan tindakan beberapa wakil rakyat dan
kepimpinan PKR dan DAP mengisytiharkan keluar parti semalam.
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah., Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata
tindakan keluar beramai-ramai itu seolah-olah Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) dari pembangkang mengatakan "PKR dan DAP adalah parti tidak
berguna."
Benarkah demikian?
Pasti ada perkara dan strategi menarik bagi pemimpin pembangkang di
Sabah keluar parti.
Walaupun PKR dan DAP mungkin berkubur di Sabah tetapi
semangat pembangkang di negeri itu akan semakin subur apabila parti baru akan
digerakkan tidak lama lagi.
Malah 'jiwa dan roh PKR dan DAP' tidak hilang semudah itu. Semangat dan perjuangan rakyat Sabah untuk berjuang demi Sabahan dijangka akan lebih mantap.
Usaha ini tidak dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya
sudah memikir dan merancangnya beberapa bulan sebelum
Laporan media menyebut, kesemua mereka yang melepaskan
jawatan itu bakal mengambil alih sebuah parti tempatan Sabah.
Rahman..."PKR dan DAP adalah parti tidak berguna." |
Ia bagi menjamin
pembangkang lebih dominasi di negeri itu dalam PRU akan datang.
Malah mereka sudah memaklumkan kepada presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 22 September lalu melalui surat letak jawatan bersama 18 lagi cabang
PKR negeri itu.
Ini bermakna perancangan sudah dibuat dan menunggu masa
untuk bergerak cergas mencabar UMNO dan BN.
Rahman bebas mempersoalkan apa sahaja, termasuk
mengatakan sebelum ini mereka menyanjung PKR dan DAP sebagai penyelamat
rakyat Sabah, namun hakikatnya mereka kini berjuang untuk tujuan yang sama,
cumanya bukan melalui PKR dan DAP.
Salahkah mereka?
Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud boleh
spin dan cuba mengelirukan rakyat Sabah dengan
kenyataannya tetapi apakah mereka boleh terima pendapat itu?
Apakah Rahman membuat kenyataan itu sebagai ‘menenangkan
diri sendiri’ selepas melihat ancaman yang akan menimpa UMNO dan Barisan
Nasional (BN) Sabah jika pembangkang bersatu.
Mereka yang meninggalkan parti, sama ada UMNO, PKR atau
juga DAP sedang bersiap sedia untuk membentuk pembangkang baharu yang dilihat
lebih berjiwa ‘Sabahan’.
PKR, UMNO dan DAP dilihat parti Semenanjung dan dengan
membentuk parti sendiri, sudah pasti mereka akan merasa lebih bersemangat
‘kenegerian’ dalam perjuangan.
Lajim berucap di hadapan 300 penyokongnya. |
Pada PRU13 lalu, BN memenangi 48 kerusi DUN daripada 60
yang dipertandingkan, PKR 7, DAP 4 dan satu kerusi STAR.
Bagi Parlimen, BN memenangi 21 kerusi daripada 25 yang
dipertandingkan, DAP 2 dan satu kerusi masing-masing dimenangi PKR dan Bebas.
Semalam sebagai menyahut seruan rakyat Sabah yang mahukan
parti tempatan untuk menjuarai isu mereka, beberapa pemimpin Sabah keluar
daripada parti masing-masing untuk menyertai gerakan baru.
Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin isytihar keluar
parti berkenaan berkutkuasa serta dan begitu juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Moyog Terrence Siambun daripada
PKR dan Likas Junz Wong daripada DAP.
Turut meninggalkan parti masing-masing ialah Setiausaha
Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap, Ketua Wanita PKR Sabah, Johair
Matlani, Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Hoh serta Naib Pengerusi DAP
Sabah, George Hiew.
Mereka mengikut
jejak Lajim yang juga ADUN Klias itu, malah Lajim sendiri menegaskan, tidak akan keseorangan. “Saya akan
disertai beberapa pemimpin dan belia berbakat dan juga ahli pembangkang lain,”
kata Lajim menurut laporan media.
Apa yang menarik, dalam ucapannya, Lajim berkata sudah
tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.
"Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil,
tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu. Kita juga berkuasa sendiri,
tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada orang lain. Itulah suara rakyat
Sabah sekarang," katanya semasa menyampaikan ucapan dan mengumumkan
pengundurannya daripada PKR sebentar tadi.
Malah, menurutnya,
Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada
mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke
Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai
wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.
Walaupun setakat ini Lajim belum umumkan parti yang akan disertainya, Terrence berkata
beliau akan sertai Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dalam parti baharu
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie baru-baru ini mengumumkan Darell akan dilantik
sebagai timbalan pengerusi parti baharunya, manakala 2 daripada 3 jawatan naib
pengerusi menjadi milik Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Presiden
Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony.
Baki satu lagi kerusi naib pengerusi akan diisi seorang
wakil rakyat, namun calonnya belum diumumkan.
Sebelum ini, 22 September 2016 lalu Shafie yang juga bekas
Naib Presiden UMNO mengisytiharkan diri keluar UMNO juga melakukan tindakan sama iaitu mengambil
alih parti yang sedia.
Shafie berkata,
pertemuannya dengan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada
hari berkenaan adalah bagi proses penukaran nama dan logo parti tersebut.
Shafie yang digugurkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib
Tun Razak 28 Julai lalu bertindak keluar UMNO pada 4 Julai lepas setelah
digantung keahliannya.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu
berkata lagi, parti politik yang akan diambil-alihnya adalah yang berkonsepkan
pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013.
Bulan lepas, Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking
isytihar keluar PKR untuk menyertai parti baharu Shafie. Beliau merupakan Naib
Presiden dalam parti itu.
Dalam suratnya kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail, Darell menegaskan tindakan keluar parti bukan kerana masalah dengan
PKR atau dengan Azizah.
Pada 6 September lalu Lajim menafi dakwaan keluar parti
untuk bersama Shafie.
Beliau bagaimanapun akui ada berbincang dengan Shafie sebelum ini. Namun pertemuan
mereka cuma membincangkan kerjasama antara PKR Sabah dan Shafie dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang.
Junz pula mengakui keputusan yang diambil bukan mudah,
yang dipertimbangkannya sejak beberapa bulan lalu.
” Kita orang ‘Sabah’ perlu bermuafakat dan merebut
peluang untuk singkir Umno daripada Sabah. Kita masih mahu bekerjasama dengan
parti dari Semenanjung untuk menggulingkan Umno,” kata Junz.
“Sudah tiba
masanya untuk kita tuntut hak kita melalui parti tempatan, melalui usaha ‘anak
Sabah,’ tegasnya.
Lajim ketika berucap di hadapan kira-kira 300
penyokongnya di Kota Kinabalu, semalam menegaskan, tindakan itu dibuat kerana
beliau sudah hilang keyakinan dengan kemampuan PKR untuk mendapat sokongan
rakyat Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kami sudah bekerja keras untuk memimpin PKR di Sabah,
bagaimanapun suara rakyat Sabah sendiri yang mahukan parti-parti Sabah
bergabung untuk menjaga kepentingan mereka.
“Kami harap
keputusan ini diterima secara terbuka,” katanya.
Malah dipercayai akan lebih ramai pemimpin dan aktivis
politik bersama kumpulan itu tidak lama lagi.
“Yang penting bagi Lajim, “Kami mahu menjadi alat kepada
rakyat Sabah dalam memperjuangkan kepentingan mereka.”
Apakah perkembangan ini sebagai isyarat bahawa UMNO dan
BN akan berdepan saingan sengit pada pilihan raya akan datang?
Rahman dan pemimpin BN Sabah sudah tahu perkara ini
tetapi perang psikologi terpaksa dilakukan.
Lagipun sekiranya UMNO dan BN kalah akibat tindakan
‘Lajim & CO’ pada PRU14, kemungkinan
akan lenyap juga masa depan politik pemimpin mereka yang berkuasa sekarang bukan sahaja di Sabah tetapi juga di bumi
Malaysia!
No comments:
Post a Comment