Apakah ada ‘hantu
Altantuya Shaariibuu’ dalam tubuh dua pembunuhnya - Cif Inspektor Azilah
Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar?
Malah, apakah hantu yang ada dalam badan Sirul lebih mengerikan
yang menyebabkan ada kalangan tertentu takut untuk dia dibawa kembali ke
Malaysia?
Siapa yang tersangat takut dengan ‘hantu’ Sirul yang kini
berada di Australia?
Dan kenapa pula mereka ini tidak takut dengan ‘hantu
dalam badan’ Azilah yang sedang menjalani hukuman penjara di negara ini?
Walaupun sudah hampir dua tahun diusahakan untuk membawa
kembali Sirul ke negara ini tetapi dia masih kekal di Australia dan tidak
diketahui apakah dia akan berjaya dibawa pulang atau sebaliknya.
Kelmarin peguam keluarga Altantuya berkata pihaknya
sedang menunggu makluman rasmi daripada penghantar saman Australia.
Selepas itu beliau akan maklumkan kepada mahkamah pada
tarikh pengurusan kes minggu depan.
Sirul diberi tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen
itu untuk membalasnya, sama ada mahu mencabar pindaan terhadap tuntutan itu.
Selepas menyatakan berjaya menyampaikan dokumen, semalam peguam keluarga Altantuya
mengemukakan persoalan baru iaitu: “ Kenapa Sirul belum diekstradisi ke
Malaysia’?
Mereka berpendapat perkara ini memerlukan perhatian
segera kerana hampir dua tahun sejak Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan
hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, Sirul masih berada di negara asing.
Bekas anggota polis yang pernah bertugas sebagai pengawal
peribadi Datuk Seri Najib Razak itu kini berada di Pusat Tahanan Imigresen
Villawood di Sydney sejak 21 bulan lalu selepas dia melarikan diri dari negara
ini sebelum hakim Mahkamah Persekutuan menyabitkan dia atas kesalahan membunuh
Altantuya.
Turut disabitkan kesalahan jenayah pada antara 19 dan 20
Oktober 2006 ialah Azilah.
Undang-undang Australia menghalang kerajaan
mengekstradisi seseorang yang berdepan dengan hukuman mati di sesebuah negara
lain.
Berikutan itu peguam berkenaan menggesa Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan jika kerajaan bercadang mengekstradisi Sirul.
Berdasarkan kenyataan peguam berkenaan, keluarga
Altantuya dan pihaknya sering diberikan jawapan tidak konsisten oleh kerajaan
berhubung isu itu.
Berikutan itu, ia menambahkan
lagi kesangsian yang kerajaan tidak
berminat mengekstradisi Sirul atau sekurang-kurangnya berunding untuk
membawanya pulang ke Malaysia.
Kenapa terjadi sedemikian? Apa yang ada pada Sirul
berbanding Azilah?
Malah, laporan memetik peguam berkenaan berpendapat
dengan alasan proses ekstradisi adalah
rumit menunjukkan ketidakcekapan Jabatan Peguam Negara.
Peguam berkenaan, Ramkarpal Singh yang juga Ahli Parlimen
DAP itu berhujah, memang logiknya kerajaan Australia tidak menyokong hukuman
mati.
Ia boleh menolak permohonan ekstradisi Sirul atas alasan
itu, namun ia tidak bermakna kerajaan boleh melepaskan tanggungjawabnya untuk
cuba membawa Sirul pulang.
“Kerajaan berulang kali memberi jaminan di Parlimen yang
ia akan berbuat demikian. Sudah tentu
tidak perlu mengambil hampir dua tahun untuk tahu cara mengekstradisi
seseorang,” katanya.
Ramkarpal berkata jawatan tidak konsisten kerajaan kepada
soalannya sejak 2015 menimbulkan kesangsian bahawa Putrajaya tidak berminat
membawa Sirul Azhar pulang.
Katanya alasan diberi kerajaan yang mendakwa proses
mengekstradiri itu rumit juga menunjukkan betapa tidak cekapnya Pejabat Peguam
Negara.
"Sudah pasti tidak mungkin merundingkan kepulangan
Sirul jika permohonan untuk itu belum dibuat kepada Australia," katanya.
Malah, menurut Ramkarpal, sudah berkali-kali beliau
bertanya menteri dalam negeri dan perdana menteri status prosiding ekstradisi
itu dan kini lima dakwaan dilemparkan Sirul sejak tahun lalu hingga tahun ini,
tetapi gagal.
Ramkarpal yang dipetik FMT berkata setiap kali, kerajaan
memberi jawapan standard, iaitu kerajaan dalam proses berunding dengan kerajaan
Australia dan perkara itu adalah rumit.
Dr Ahmad Zaid juga dituntut jawapan kenapa Sirul masih tidak diekstradisi ke Malaysia,
sehingga kini.
“Perkara ini sudah tentu menjadi kepentingan awam dan
memerlukan perhatian segera kerana sudah hampir 2 tahun sejak Sirul didapati
bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sudah tentu
keluarga Altantuya berhak mendapat jawapan serta-merta kerana perkara itu sudah
lama tertangguh.
No comments:
Post a Comment