Friday, October 7, 2016

Aset AS$3.5 Bilion - Perlukah Sokong NGO Asing Perjuang Hak Kita?


Tidak mungkin bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio akan menyahut cabaran berdebat mengenai rasuah di Malaysia.

Dilaporkan NGO alam sekitar antarabangsa, Tabung Bruno Manser (BMF) dalam suratnya bertarikh 4 Oktober, "mempelawa" DiCaprio untuk hadir pada debat awam di kota London pada 14 Oktober ini.

Ajakan itu mungkin membawa kepada tindakan sia-sia.

Namun usaha BMF untuk membahaskan kesan buruk rasuah besar ke atas masyarakat Malaysia dan alam sekitar adalah langkah berani dan berguna.

Walaupun BMF ini kurang digemari di negara ini kerana kritikannya yang meluas dalam isu alam sekitar khususnya mengkritik kerajaan Sarawak tetapi apakah kita mahu abaikan begitu sahaja apabila ia turut memperkatakan mengenai wang rakyat negara ini ‘hilang; dan memerlukan pembelaan?

Bukan mahu menjuarakan BMF tetapi  jika NGO asing sedia memperjuangkan isu rasuah demi  masyarakat Malaysia apakah kita hanya wajar berdiam diri dan berpeluk tubuh?

Apa pula langkah NGO tempatan kita dalam isu ini?

Apakah NGO kita hanya berjuang  isu sosial, ekonomi, pendidikan dan politik dalam negara semata-mata?

Kenapa tidak bergabung dengan NGO antarabangsa dalam membanteras rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang menyebabkan sejumlah wang yang sebegitu besar?


BMF menyatakan pihaknya  berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai hubungan kewangan Yayasan Leonardo DiCaprio, Appian Way Productions dan DiCaprio secara peribadi bersama Riza Aziz, Low Taek Jho dan sekutu mereka,  petik surat itu. Appian Way Productions adalah syarikat yang ditubuhkan oleh DiCaprio.

Riza pula adalah anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, adalah seorang hartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Riza.

Kedua-dua mereka dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) dalam usaha untuk mendapatkan kembali aset lebih AS$ 3.5 bilion yang didakwa telah diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saman pelucuthakan ke atas aset bernilai AS$1 bilion didakwa dibeli dengan wang yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Dalam dokumen mahkamahnya, DOJ mendedahkan bahawa DiCaprio, yang dirujuk sebagai Hollywood Actor 1, mempunyai hubungan rapat dengan Riza dan Jho Low.

Ia telah dilaporkan bahawa DOJ didakwa berkata sumbangan tertentu kepada badan amal pemenang Oscar itu datang terus daripada dana yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Saman sivil DOJ itu secara khusus menamakan hanya empat orang - Riza, Low dan dua orang pegawai kerajaan Abu Dhabi.

DiCaprio juga dirujuk dalam saman berkenaan sebagai ‘Hollywood Actor 1' dan adalah didakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai aktiviti perjudiannya bersama Low.

Terdapat juga tuduhan bahawa dana berkaitan 1MDB turut didermakan kepada Yayasan DiCaprio.

Debat itu dianjurkan sempena pelancaran dokumentari Before the Flood di Eropah yang diterbit dan dibintangi oleh DiCaprio.

Pengarah Eksekutif BMF, Lukas Straumann dalam satu kenyataan media berkata, "DiCaprio harus memahami bahawa kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal menghentikan rasuah.”

Sebelum ini, pada 28 Ogos lalu, NGO antarabangsa itu turut menggesa DiCaprio memulangkan semua dana yang didakwa diterima olehnya dan yayasannya dari individu yang berkaitan dengan 1MDB.

DiCaprio dan Julisu Baer
Dalam salinan surat BMF kepada Julius Baer iaitu  penaja Yayasan Leonardo DiCaprio,  NGO itu berkata DiCaprio dan yayasannya telah menerima wang daripada mereka yang dinamakan dalam tuntutan pelucuthakan saman sivil DOJ berkaitan aset 1MDB pada bulan Julai lalu.

Dalam suratnya kepada pelakon itu, BMF meminta DiCaprio mendedahkan dan memulangkan sebarang dana yang mungkin diterimanya dari anak tiri Najib - Riza Aziz - dan rakan-rakannya Jho Low dan Tan Kim Loong serta syarikat produksi Riza, Red Granite Pictures.

BMF mempersoalkan urus niaga di antara tokoh perbankan swasta Swistzerland, Julius Baer dengan DiCaprio.

Surat itu ditandatangani oleh Straumann dan pengurus kempennya, Johanna Michel. Ia ditujukan kepada Baer, Ketua Pegawai Eksekutif Herrn Boris Collardi.


BMF dan Baer masing-masing berpangkalan di Switzerland.

No comments: