Tengku Razaleigh Hamzah pernah dituduh gila untuk
menjadi Perdana Menteri.
Malah, Tengku Razaleigh diserang ‘gila-gila’ kononnya tindakannya
kembali ke pangkuan UMNO untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Heboh kononnya beliau akan mengambil alih daripada Tun Dr
Mahathir Mohamad dan kemudian daripada
Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik.
Malah cerita Tengku Razeligh akan dilantik menjadi
Perdana Menteri berlanjutan hingga ke era Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri
Mohd Najib Razak.
Akhirnya sehingga kini, harapan penyokong Tengku
Razaleigh tinggal harapan semata-mata.
‘Putih mata’ jawabnya kerana selepas Tun Abdullah Ahmad
Badawi, datang pula Najib.
Tidak mengejutkan apabila baru-baru ini Tengku Razaleigh
dikatakan akan menjadi ‘penyelamat kepada Malaysia’ selepas banyak pihak
menyerang Najib dan politik negara dilihat terumbang-ambing.
Sekali lagi, penyokong Tengku Razalegh terlopong apabila
Najib nampaknya semakin mencengkam kuasa.
Tidak pula diketahui motifnya kenapa daripada mahu melepaskan kerusi Gua Musang,
Tengku Razaeligh kembali menyatakan mahu mempertahankan kerusinya.
Semalam, UMNO dilihat bermain politik dengan mengatakan
UMNO mengalu-alukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kembali menyertai parti itu semula jika jika bekas
menteri besar Kedah itu benar-benar bercita-cita menjadi perdana menteri.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata
tindakan sesetengah pemimpin meninggalkan UMNO bukan sesuatu yang baru.
Sebelum ini pun ada pemimpin yang meninggalkan UMNO itu
kembali kepada parti berkenaan, seperti dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah.
Anggota Parlimen Gua Musang itu meninggalkan UMNO selepas
berseteru dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987 dan menubuhkan parti
Semangat 46. Tengku Razaleih kembali kepada UMNO 1996.
Annuar juga berkata jika Mukhriz berasa mahu kembali
menyertai parti berkenaan pihaknya tidak ada masalah.
Malah sikap itu tidak hanya terhad kepada Mukhriz dan terbuka kepada sesiapa saja.
"Kalau betul Mukhriz nak jadi PM, tidak mustahil.
Kalau rasa nak balik apa salahnya, boleh bincang," kata Annuar.
Mukhriz, 51, kini adalah naib presiden penaja Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin bekas timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi BERSATU dan parti
itu sedang giat menjalankan kempen bersama pembangkang untuk mengetepikan
Najib.
Sejak dimusuhi UMNO Mukhriz disebut-sebut cuba diletakkan
sebagai perdana menteri oleh Dr Mahathir.
Adalah aneh apabila selepas disingkirkan daripada jawatan
menteri besar Kedah Mukhriz dan Dr Mahathir - bapanya - menjadi pengkritik
kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak, . UMNO bersedia membuka peluang hingga
kepada jawatan Perdana Menteri.
Semudah itu? Cerita apa ini? 1001 malam?
Tidak diketahui sama ada Majlis Tertinggi UMNO membuat
keputusan besar ini atau hanya jawapan Annuar merujuk kepada soalan mengenai
pengumuman bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengumumkan keluar UMNO.
Bagi Annuar, Ezam sepatutnya sudah lama keluar parti,
lagipun dalam politik ini normal, ahli keluar, dan masuk.
Atau Annuar cuba melemparkan umpan kepada Mukhriz
kalau-kalau umpan itu dimakan.
Sebelum ini bloger Raja Petra Kamarudin mendakwa Dr
Mahathir merancang meletakkan Mukhriz menjadi perdana menteri melalui jawatan
menteri kewangan.
Tulisannya pada 24 September itu berkata ia dibuat
berdasarkan hujah Dr Mahathir sendiri iaitu seorang perdana menteri tidak
sepatutnya menjadi menteri kewangan.
Apa yang dapat dilihat ialah UMNO atau Annuar sengaja mahu
mengenakan Dr Mahathir dan Mukhriz dalam
isu Perdana Menteri.
Annuar seperti mahu menjerat kerana jika Mukhriz
bersetuju, apalagi jika Dr Mahathir merestuinya, terbuktikan cakap-cakap bahawa
bekas Perdana Menteri itu beria-ia mahu menjadikan anaknya Perdana Menteri.
Cuma menghairankan ialah Annuar turut terpengaruh dengan
pemainan Raja Petra.
Atau apakah ada komplot antara Annuar dan Raja Petra?
Tidakkah tuduhan bahawa memang UMNO membiayai Raja Petra
untuk ‘putar alam’ bagi menyerang Dr Mahathir dan sekutunya kini ternyata
benar?
Cuma kesian sedikit kepada Annuar ialah, nampaknya dalam beliau mencampak
umpan, mata kailnya kepada Mukhriz dan Dr Mahathir, mata kail itu tersangkut pula di bulu pipinya sendiri.
Aduh bisanya....
No comments:
Post a Comment