Munsyhi Abdullah
KOPITIAM TALK
25 Februari 2009
APABILA akhbar The Star mengeluarkan berita pada 23 Februari bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Dr.Zambry Abdul Kadir menghantar rombongan peguamnya ke London bagi mendapat pandangan Queen Counsel (QC) mengenai krisis perlembagaan yang dihadapinya, maka sekaligus mereka yang membacanya merasakan bahwa Zambry telah goyang keyakinan terhadap kedudukannya.
Apakah Zambry merasakan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak Raja Azlan Sah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara harus diragui dan dipertikaikan?
Tentulah kerana adanya tindakan undang-undang di suatu pihak, maka mestilah dijawab dan dipertahankan. Namun demikian berita” Zambry to seek QC's opinion” telah menampakkan seolah-olah Zambry tidak yakin kepada kredebiliti peguam tempatan.
Zambry sendiri tentunya sensitif terhadap pandangan serupa ini, maka itu sehari kemudiannya penafian dibuat oleh Zambry dengan menyatakan bahawa tiada cadangan untuk membawa masuk pakar perundangan dari luar negara.
“Pasukan peguam saya sendiri daripada anak tempatan dan terpulang kepada mereka mahu berjumpa sesiapa untuk mendapatkan padangan,” katanya..
Beliau mempertahankan tindakannya membentuk pasukan peguamnya sebagai langkah terbaik untuk berdepan dengan pembangkang yang ingin menggunakan semua saluran undang-udang yang ada untuk berkuasa semula.
“Mereka bermain dengan undang-undang dan perlembagaan, jadi kita juga perlu menggunakan pendekatan yang sama,” tegasnya.
Bagaimanapun Star tidak menggunakan berita penafian ini kecuali lain-lain akhbar harian. Sebaliknya The Star pada 24 Februari menegaskan lagi kebenaran beritanya dengan melaporkan beberapa nama QC yang akan diminta pendapat mereka.
Antaranya kemungkinan besar ialah Lord Lester of Herne Hill yang pernah diminta pendapatnya dalam kes Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datu Adnan Roberts dan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin menghadapi tindakan undang-undang dari Tun Datu Mustapha yang mahu mengembalikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah.
Setelah meyakinkan pembacanya seolah-olah laporannya itu benar, maka pada 25 Februari barulah akhbar The Star menyiarkan penafian `'Zambry: What London trip?''
Kata Zambry, tidak ada sesiapapun yang ke London untuk meminta nasihat daripada QC mengenai kriris Perak.
Apapun pembetulan yang cuba dibuat oleh Star, tetapi beritanya yang terdahulu telah memberikan bantuan moral kepada pembangkang dan melemahkan MB Perak pada pandangan masyarakat.
Saya telah berjanji untuk mengemukakan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dari masa ke masa bagaimana akhbar yang dipunyai oleh MCA ini menjalankan peranan menerusi laporan dan rencananya untuk menghakiskan keyakinan kepada kepimpinan UMNO terutama ketika menghadapi krisis.
Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa Ketua Pengarang akhbar yang dikuasai oleh MCA atau UMNO mestilah seorang yang menghayati semangat asal MCA dan UMNO yang saling hormat menghormati peranan masing masing. UMNO adalah kawan sejati UMNO yang mesti dibantu untuk meningkatkan kekuatannya terutama ketika berada dalam keadaan kesusahan dan tekanan. Kekuatan UMNO adalah perlu untuk kekuatan MCA sendiri dan demikian juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment