Friday, February 13, 2009

MAT SABU PERLUKAN TALI HAYAT

Benarkah UMNO kini bergantung kepada ‘tali hayat’?

Teruk dan lemahkah UMNO ketika ini? Kalau benar, apakah pula tali hayat UMNO?
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggangap 'talian hayat' Umno kini bergantung pada pasukan keselamatan dan pihak istana ketika membantu peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Amboi,amboi…abang Mat sekarang ini macam tidak sedar-sedar bahawa dalam PAS sendiri, beliau pun terpaksa guna tali hayat.

Namanya semakin tenggelam dan pengaruh orang yang menyokongnya pun semakin tenggelam.
Pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, namanya ‘tak naik’ sebab UMNO Terengganu tidak boleh terimanya.

Satu ‘calon luar’ dan rekod peribadinya bukan baik sangat.

Jadi cerminlah diri dahulu sebelum mengatakan UMNO memerlukan tali hayat.
Menurut Mat Sabu, Umno sebenarnya takut berhadapan dengan realiti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di mana rakyat yang menjadi hakimnya.

Pakatan Rakyat seperti PAS, Keadilan dan DAP senantiasa menanti untuk bersemuka dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatakan yang hak untuk rakyat menilai yang mana betul dan yang mana dikatakan rakus, katanya

"Tragedi yang melanda Kerajaan Perak minggu lalu adalah pintu untuk Umno menuju ajal sebenar dalam masa singkat.

"Jika mereka tidak bertindak merampas kemungkinan usia Umno lebih panjang tetapi kini nak bernyawa pun dah tersekat-sekat, " ujarnya dalam program ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Baginya, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut untuk direnungi bersama umpamanya lebih berhati-hati ketika memilih calon untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kelak, jentera Pakatan Rakyat hendaklah diperkuatkan dan mesti mempunyai jiwa kental untuk melawan BN bukan seperti 'kambing takutkan air'.

Fenomena yang melanda Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak harus teladani oleh Pakatan Rakyat sekiranya mahukan kekuatan terbina, semua parti dalam gabungan wajar menanamkan semangat perjuangan yang tinggi di kalangan ahli dan kepimpinanya.

"Jika tidak dapat merenggangkan bilangan kerusi yang banyak pasti sukar untuk BN mencari kesempatan maka tugas kita mulai sekarang memastikan kekuatan terbina sesama sendiri, " jelasnya.
"Najib sengaja atur strategi sebegitu untuk meningkatkan graf dirinya menjelang Mac ini tetapi dia silap sasaran yang mana silap-silap haribulan parti Umno dan BN terus hilang kuasa di beberapa negeri lagi, " katanya yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Menyentuh mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi kononnya PAS diperkudakan oleh Keadilan dan DAP beliau berkata, tidak berlaku sebegitu sebaliknya sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program atau merangka strategi menjatuhkan BN.

"Tidak timbul siapa memperkudakan siapa dalam Pakatan Rakyat tetapi yang penting ialah pergantungan sesama sendiri untuk menjatuhkan BN.

"Itulah yang ditakuti oleh BN selama ini sehinggakan membuat mereka terpaksa mengerakkan aktiviti terancang merampas kembali Perak dengan cara yang tidak beradap, " tegasnya.
BN atau UMNO tidak takut tetapi Mat Sabu yang sebenarnya semakin takut kerana kalau beliau diketepikan berterusan dan tidak menjadi Ahli Parlimen, pengaruhnya akan semakin lenyap.

Kerana itu dia benar-benar bergantung kepada Datuk Husam Musa. Sebaliknya, Husam bergantung kepada datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa Mat Sabu kata kat Anwar? Al-Juburi…beranikah Mat Sabu bertemu Anwar untuk meminta tali hayat?

Kita lihatlah UMNO atau Mat Sabu yang saebenarnya memerlukan tali hayat!

No comments: