Panik semacam. Bagai dirasuk hantu dan ‘meracau’...
Tiada siapa sebut atau kata bahawa nama Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Razak dikaitkan dengan keputusan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika
Syarikat untuk membuat sitaan terbesar dalam sejarah negara kuasa besar
itu.
Jadi kepada anda semua – Apandi, Salleh, Annuar dan
Rahman, kenapa begitu bimbang? Kenapa
bermatian-matian mempertahankan Perdana Menteri?
Memang Najib tidak
dinamakan sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku. Yang
disebut ialah mereka yang rapat dengan beliau sahaja.
Tidakkah dengan penafian yang spontan ini memungkinkan orang semakin
bersyak-wasangka bahawa wang daripada dana 1MDB yang dikatakan “dicuri” dan pembabitan individu
yang dinamakan sebagai “Malaysian Official 1” itu sebagai Perdana Menteri?
Kerana mahu ‘membodek Perdana Menteri’, tidak pasal-pasal
Najib dilihat menggunakan mereka ini untuk mempertahankannya.
Persetan dengan pembangkang kerana Najib ‘di pihak yang
benar’ dan tidak perlulah beria-ia membuat penafian.
Dengan membuat penafian spontan dan beria-ia sedemikian,
rakyat semakin tertanya-tanya kenapa kumpulan ini cuba melindungi Perdana
Menteri daripada...daripada apa ya?
Apandi...lebih bimbang daripada Najib |
Peguam Negara, Tan
Sri Apandi Ali seperti dilaporkan Malaysiakini dengan tajuk ‘Tiada bukti wang
digelapkan, PM tidak disebut' beria-ia mempertahankan bahawa tiada nama disebut oleh DOJ.
Isunya, memang semua tahu nama Perdana Menteri tidak disebut. Kenapa beliau kelihatan lebih bimbang daripada Perdana Menteri sendiri?.
DOJ semalam mengumumkan mahu menyita aset berbilion
ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB selepas didakwa terlibat dengan salah guna
dan pengubahan wang haram.
Ia bakal mencatat sejarah sebagai sitaan terbesar dalam
sejarah negara kuasa besar itu.
Yang diminta ialah sebagai ketua pentadbiran negara, atau orang nombor satu dalam pentadbiran, berusaha menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya.
Yang diminta ialah sebagai ketua pentadbiran negara, atau orang nombor satu dalam pentadbiran, berusaha menyelesaikan isu ini dengan sebaik-baiknya.
Kalau Najib tidak bersalah, apa
pula yang AG nak takutkan? Tolong tunjukkan takut bagi pihak PM? Untuk apa?
Perdana Menteri tidak kelihatan takut pun, sebaliknya AG dan
rakan-rakannya yang meracau pula yang berlebih-lebih.
Najib sendiri memandang berat mengenai laporan disiarkan
DOJ dengan menganggapnya tindakan sivil
dan bukan tindakan jenayah, malah menerima baik nama yang telah disebutkan di
dalam laporan DOJ itu.
Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan memberi
kerjasama sepenuhnya dengan semua pihak siasatan, termasuk badan siasatan
antarabangsa.
"Oleh itu, proses perlulah dihormati, maknanya
seseorang itu ada peluang untuk membela diri sendiri atau pun menggunakan
proses kehakiman di mahkamah. Kita tidak sewajarnya membuat apa-apa kesimpulan
selagi proses itu belum selesai.
Tapi maknanya kita pandang serius perkara ini dan kita
tidak ingin ada mana-mana pihak menyalah anggap bahawa kerajaan tidak mahu
prinsip 'good governance'. "Urus tadbir yang baik menjadi satu yang akan
sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa anak tirinya, Riza Aziz yang turut dinamakan dalam saman
sivil DOJ untuk merampas aset-aset 1MDB perlu melalui proses kehakiman sama
seperti orang lain.
Riza Aziz bertali leher merah... |
“Sama seperti orang lain, beliau mempunyai hak beliau dan
biarlah proses itu berjalan,” katanya.
Sebuah syarikat penerbitan filem yang diketuai Riza hari
ini menafikan ia menerima dana AS$64 juta (RM256 juta) secara tidak sah
daripada 1MDB bagi membiayai filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi
Leonardo DiCaprio.
Berasaskan kepada kenyataan Perdana Menteri itu, jelas
beliau lebih relaks sama sekali berbanding ‘pembodek dan pengampunya’ yang
terlalu bimbang nama Perdana Menteri dikaitkan sedangkan ia tidak berlaku.
Semalam, AG selain menegaskan tiada bukti menunjukkan
wang daripada 1MDB digelapkan turut menzahirkan kebimbangan terhadap dakwaan
dan sindiran terhadap Perdana Menteri terhadap dakwaan salah laku dalam kes
langkah sivil in rem yang difailkan oleh DOJ.
“Peguam negara ingin jelaskan bahawa tiada dalam tuntutan
sivil difailkan oleh DOJ AS yang perdana menteri dinamakan sebagai defendan
atau didakwa melakukan sebarang salah laku,” katanya.
Rahman...nama PM tidak disebut |
DOJ, dalam saman
untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB, tidak sama sekali menamakan
Najib. Mereka merujuk "Malaysian Official 1" didakwa menerima AS$781 juta
wang yang disalah guna dirujuk sebagai
“pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan autoriti
dengan 1MDB”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman
Dahlan turut menunjukkan beliau diracau apabila menegaskan bahawa Najib tidak
dilibatkan dalam siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat itu terhadap 1MDB.
"Kalau ada mana-mana pihak yang bersalah dalam
siasatan ini, mereka perlu dihukum, tetapi yang paling penting ialah dalam
dokumen yang telah dikeluarkan itu, perdana menteri tidak dilibatkan dalam
siasatan itu.
"Malah, nama perdana menteri langsung tidak
disebut," katanya pada satu sidang media di Petaling Jaya.
Bagaimana Abdul Rahman mengakui DOJ menyiasat aset-aset yang dikatakan dibeli dengan menggunakan wang yang tidak
halal.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh
Said Keruak pula menegaskan kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu lelas
menyatakan Perdana Menteri tidak disiasat oleh pihak berkuasa negara itu.
Jadi, jika dah tahu tidak disebut, buat apa mahu beria-ia
mempertahankan Perdana Menteri?
Salleh...tiada kaitan dengan Najib |
Semua tahu Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch
dengan jelas menyatakan bahawa mereka hanya menyiasat tiga individu yang
dinamakan dalam kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman.
Jika tiada apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan
Malaysia berkaitan dengan apa yang telah dilakukan dalam 1MDB, relakslah da tidak
payah bermati-matian mempertahankan Perdana Menteri.
Annuar...PM tidak berkait |
Ketua Penerangan UMNO pun ikut celaru apabila mengucapkan
“selamat berjaya” kepada pihak yang cuba memalitkan perdana menteri selepas pihak
berkuasa di Amerika Syarikat memulakan
usaha menyita aset 1MDB.
“Sekali lagi kita ucap selamat berjaya pada pembangkang.
Mereka boleh terus mencubanya dengan cara mereka. Kerajaan ada cara kerajaan,”
kata Tan Sri Annuar Musa.
“Ia bukan merupakan saman jenayah tetapi saman sivil yang kena melalui proses-proses tertentu. Dan secara jelas di situ 1MDB ataupun PM tidak terkait dengan apa yang sedang mereka cuba lakukan,” katanya.
Yang cakap seperti ini ialah AG dan Menteri UMNO. Mana
pemimpin BN Sarawak dan pemimpinan pati komponen komponen BN yang lain?
Tidak mahu mempertahankan Najib ker?
Atau mereka tahu, tidak guna membuat kenyataan apa-apa
kerana ini buka kes politik tetapi lebih kepada isu sivil membabitkan
pengubahan wang haram yang tiada kena mengena dengan Perdana Menteri.
Lagipun memang nama Najib tidak disebut dan tidak perlulah
dirisaukan.
Yang menunjukkan kerisauan, bercelaru dan meracau ialah
mereka yang sebelum ini ‘menerima habuan besar’ daripada Perdana Menteri.
Itu sahaja sebab dan faktanya!
No comments:
Post a Comment