Kelmarin ketika di Kuala Terengganu, tidak sempat solat
tarawih, Perdana Menteri terus pulang Kuala Lumpur, selepas berbuka puasa dan menunaika solat maghrib di
Batu Rakit.
Mungkin teruk sangat demamnya itu, Najib jadi 'biul' semalam.
Kerana itu beliau salahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
isu masalah pengangkutan awam di Malaysia, khususnya di Lembah Kelang.
Orang demam dan selsema memang begitu. Apalagi, jika
ambil ubat untuk cepat sembuh kerana mahu merasmikan majlis penting.
Ketika ke majlis perasmian pembukaan penuh Projek
Penyambungan Jajaran Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan
Ampang di Stesen Putra Heights, semalam, beliau mungkin tengah ‘pening lalt’ dan otaknya di
awang-awangan.
Maafkanlah dia, jadi pelupa. Bukan pelupa sikit-sikit
tetapi lupa teruk.
Malaysiakini semalam melaporkan Perdana Menteri DatukSeri Najib Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya telah mengabaikan pembangunan sistem pengangkutan awam negara semasa pemerintahan 22
tahun bekas perdana menteri itu.
Bila bercakap seperti itu dia pasti belum benar-benar
segar atau sembuh?
Kalau sudah sembuh dia tidak akan bercakap sedemikian.
Merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran
Sistem Transit Aliran Ringan itu, Najib berkata idea itu dikemukakan pada 2009
selepas satu siri sesi lampias otak dengan Unit Pengurusan Prestasi dan
Perlaksanaan (PEMANDU).
Stesen Putra Heights adalah salah satu daripada 12 stesen
baru di Kelana Jaya. Stesen ini juga akan menyambung laluan laluan Kelana Jaya
dengan laluan Seri Petaling/Ampang.
Puji Datuk Seri Idris Jalallah tu, sehingga melupakan
jasa mereka yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya, jambatan, sistem
pengangkutan darat dan sebagainya, bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi di
seluruh Malaya.
"(Masalah) ini kerana pendahulu saya yang memerintah
selama 22 tahun, tidak banyak memberikan perhatian kepada pengangkutan awam. Oleh
kerana itu, terdapat kekosongan, pelaburan tidak mencukupi dan terdapat sistem
yang tidak selaras kerana dimiliki oleh terlalu banyak pihak," kata Najib
pada ucapannya.
Tidak payah kesian kepada Dr Mahathirlah dengan kritikan
Najib ini, tetapi bagaimana sumbangan anggota Kabinet sebelum ini?
Bagaimana sumbangan kontraktor, jurutera, pekerja dan semua yang terlibat
dengan projek pengangkutan awam selama ini?
Sekadar menghubungkan jajaran sudah menganggap kerja
besar?
Menghubungkan jajaran itu bermakna sudah ada jajaran awal. Di bawah pentadbiran siapa jajaran awal
itu dibina?
Ketika Al-Marhum Tunku Abdul Rahman? Tun Abdul Razak? TUn
Hussein Onnkah? Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya
meletakkan jawatan pada 31 Oktober 2003.
Tidak payah tanya orang politik tetapi tanya pemandu
teksi, bas atau lori, apa untungnya ada Lebuh Raya Utara-Selatan, pembesaran
jalan di bandaraya Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang, lebih raya dan ERL ke KLIA dan Putrajaya serta banyak
lagi.
Menyenangkan atau menyusahkan?
Mana bekas Menteri Pengangkutan ketika Kabinet Dr
Mahathir, berdiam diri?
Kenyataan Najib adalah penghinaan kepada mereka juga,
walaupun secara khusus Najib menyebut masalah diakibatkan oleh dasar Dr
Mahathir.
Cukupkah dengan projek menyambung jajaran itu Najib boleh
mengisytiharkan dirinya sebagai ‘pahlawan pengangkutan awam negara’?
Cuba renung balik...sekadar beberapa contoh:
1. Lebuh Raya Utara Selatan – sepanjang 770
kilometer dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Baru yang sambungannya ke
Singapura. Tun Dr Mahathir Mohammad merasminya
pada 8 September 1994.
2. Jambatan Pulau Pinang - merupakan jambatan yang
terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan ialah kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya
merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar Semenanjung di Seberang Prai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada
tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan
ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan
yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara
jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
3. Komuter
– Laluan Rawang-Seremban, Batu Caves – Pelabuhan Kelang adalah salah satu daripada dua
perkhidmatan KTM Komuter yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu KTM). KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi
elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan sangat popular digunakan oleh pengguna
awam yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya,
khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Bayangkan jika tiada komuter, apa jadi dengan
Lebuhraya Persekutuan?
4. LRT Star - sekarang dikenali dengan Ampang Line
- KL - Ampang - Kl - Sri Petaling - Bandar Puteri dimulakan pada 1996. Laluan
penting dari Chan Sow Lin ke Sri Petaling bermula 11 Julai 1998, khususnya ke
Kompleks Sukan Bukit Jalil dan Sukan Komanwel 1998. Laluan Sultan Ismail dan
Sentul Timur di buka pada 6 December
1998. Setiap perkhidmatan mempunyai 168 tempat
duduk.
5. PUTRA LRT - kini dikenali sebagai Kelana Jaya Line, – Laluan adalah Gombak – Ampang – Bangsar – Kelana Jaya. Operasi
pertama bermula pada 1 September 1998 antara
Subang Depot dan Pasar Seni, sementara fasa dua Pasar Seni ke Terminal Putra, di Gombak pada Jun 1999.
Pada 2002, laluan membawa 150 juta penumpang dengan purata 160,000 pengguna sehari. Laluan dari Gombak ke
KLCC, KL Sentral, Bangsar, Universiti Malaya, juga Petaling Jaya.
6. Untuk ke KLIA pula ada lebuh raya, selain perkhidmatan ERL atau Express Rail
Link yang memulakan operasi pada 14 April 2002.
Malas nak sebut yang lain, takut kan nanti Najib kena
makan ubat demam lagi.
Susah pula Datin Seri Rosmah Mansor menjaganya. Beliau
sendiripun dah sakit lutut tidak boleh membongkok pakai kasut. Ini mahu jaga
Najib yang ‘fenin-fenin pula’.
Bimbang juga dengan Najib ni kalau semakin tidak
rasional. Daripada rakyat sayang, akan jadi benci kerana kritikan tidak
berdasarkan fakta.
Pengguna pengangkutan awam tahu apa Najib cakap dan apa sumbangan
Dr Mahathir selama ini.
Semakin hari kita semakin bimbang dengan Najib ni.
Juga jika Najib bukan "Melayu Mudah Lupa' yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. dia mungkin antara 'Bugis Yang Mudah Lupa'!
No comments:
Post a Comment