Wednesday, July 6, 2016

Serang Muhyiddin - Ada Apa Dengan Azwandin, Raja Petra & TV3?


“Apa jenis manusia Azwandin, Raja Petra dan pengurusan TV3  ini sehingga begitu memaksa? Sedangkan SD atau apa sahaja berkaitan Munyiddin, tidak ada kena mengena dengan mereka,  walau sebesar biji Zarah?”

Ada apa dengan Azwandin Hamzah, Presiden NGO,  Jaringan Melayu Malaysia (JMM)?

Kenapa beliau bersunguh-sungguh sangat mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis anjurannya?

Semalam, menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan keengganan Muhyiddin hadir pada acara pertama anjurannya (‘Nothing to Hide 2.0’)dia mengeluarkan jemputan terbuka untuk bekas Timbalan Presiden UMNO itu  menghadiri program hadiri 'Nothing to Hide 3.0'.

Kali ini, JMM yang menganjurkan acara pertama pada Ahad lalu (3 Julai 2016) yang disiarkan di stesen TV3, memberi Muhyiddin peluang untuk membuat keputusan masa untuk acara kedua itu.

Sudah tahu Muhyiddin enggan menghadiri majlis anjurannya, kenapa begitu sekali Azwandin mendesak?

Dan kenapa pula TV3 beria-ia benar untuk menyiarkannya?


Kelmarin, Muhyiddin mendakwa Azwandin berbohong mengenai persetujuannya untuk hadir ke program anjuran NGO tersebut, ‘Nothing to Hide 2.0’ di Kuala Lumpur.

Muhyiddin turut menafikan beliau pernah berjumpa dengan Azwandin dan menerima sebarang jemputan daripada JMM seperti yang didakwa NGO tersebut.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan JMM menganjurkan program ‘Nothing to Hide 2.0’ semalam (kemarin) di Kelab Darul Ehsan. Azwandin, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.

Ironinya, kelmarin (3 Jun 2016), Azwandin turut mengedarkan salinan SD yang mendakwa Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita dan menyalah-gunakan kuasa.

Beliau mengedarkan salinan SD itu kerana mendakwa Muhyiddin melanggar janji untuk menghadiri acara berkenaan dan memberikan penjelasan.

“Saya hormati semua kenyataan beliau, saya tidak mahu Muhyiddin mengalih isu sebenar daripada isu jemputan, isu sebenar ialah isu moral dan rakyat nak dengar penjelasan. Bagi saya, tidak menjadi salah sebuah pertubuhan menjemput seseorang yang dituduh seperti Muhyiddin, bagi saya itu adalah satu bentuk terbaik untuk memberi ruang pentas untuknya enjelaskan semua pertuduhan terhadp dirinya.

“Kita (JMM) tidak ada niat untuk menyerangnya, jika (beliau) benar program (ini) boleh menjelaskan segala isu permasalahannya,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur kelmarin.

Dengan mengedarkan SD itu apakah Azwandin puas hati kerana usahanya ‘memalu dan mengaibkan’ Muhyiddin kini berjaya?

Sedangkan SD kini menjadi perkara yang sudah dibawa ke mahkamah dan perbicaraan mengenainya sedang ditangguhkan. Apakah perlu atau wajar Muhyiddin ‘membersihkan dirinya melalui’ majlis anjuran JMM ini? Siapa Azwandin dan ‘hebat sangatkan JMM’ ini?

Apa agenda Azwandin dan JMM terhadap Muhyiddin?
Apa agenda JMM dan Azwandin? Apakah ada pihak yang sengaja mahu menyusahkan Muhyiddin dan tidak puas-puas untuk ‘menyeksanya’ selepas sudah ‘sengasara’ apabila  digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada parti UMNO?

Anwardin meminta Muhyiddin tidak lagi mengalihkan pandangan berhubung masa jemputan berkenaan sedangkan Muhyiddin sudah menjelaskan beliau  tidak pernah bersetuju untuk menghadiri 'Nothing to Hide 2.0' ataupun bertemu dengan Azwandin.

Menurut Muhyiddin: “Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin selepas  Muhyiddin tidak muncul pada program tersebut sehingga majlis tamat, Azwandin bertindak menyerang bekas pemimpin Umno itu dalam ucapannya.

Sebahagian penonton yang hadir kemudian bangun meninggalkan majlis selepas pasti pemimpin yang dinanti tidak akan hadir.

Amat wajar jika Muhyiddin sedih dan kecewa susulan kerana ada  pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah di penghujung Ramadan, terhadapnya.

“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.

Muhyiddin pasti tahu komplot itu namun tidak menyebutnya dengan terang.

Malah, dalam ulasannya bertajuk ‘WHAT IS MUHYIDDIN HIDING’ melalui blognya, Raja Petra Kamaruddin (pada 4 Julai 2016) mempertikaikan kenyataan Muhyiddin yang beliau tidak pun diundang ke majlis ‘Nothing To Hide 2.0’ itu.

Raja Petra (kanan) jelas sekata dengan Azwandin bahawa majlis itu amat sesuai sebagai medan untuk Muhyiddin ‘membersihkan dirinya’.

Namun, di pihak Muhyiddin, beliau mempunyai cara dan waktu untuk menjelas dan membersihkan dirinya.

Kenapa mahu memaksa Muhyiddin dan tunggulah sehingga kesnya disebut dfi mahkamah, kalaupun mahu mencari ‘kebenaran’.

Kenapa Azwandin, JMM, Raja Petra dan TV3 tidak reti mengormati pendirian orang lain?

SD ADALAH berkaitan Muhyidddin dan dialah sepatutnya menentukan bila untuk membuat penjelasan untuk membersihkan dirinya.

Apa jenis manusia Azwandin, Raja Petra dan pengurusan TV3  ini sehingga begitu memaksa? Sedangkan SD atau apa sahaja berkaitan Munyiddin, tidak ada kena mengena dengan mereka,  walau sebesar biji Zarah?

Atau memang mereka sedang menelan dan menanti guni ‘dedak seterusnya’?
  


KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganjurkan program “Nothing to Hide 2.0” pada 3 Julai 2016 di Kelab Darul Ehsan. Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

Untuk rekod, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian mengenai penyertaan saya dalam program tersebut di laman Facebook rasmi saya. Apabila mengetahui JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, saya sekali lagi mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian di media. Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawab oleh beliau.

Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya. Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut. Sedangkan pihak saya telah lebih awal membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan saya. Penting untuk diketahui bahawa program “Nothing to Hide 2.0” adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak.

Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah apalagi di penghujung Ramadhan yang mulia ini di mana umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

No comments: