Merujuk kepada pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika
Syarikat bahawa pendakwa raya negara itu
percaya lebih daripada AS$ 3.5 bilion
telah disalahgunakan daripada 1MDB dan kira-kira AS$ 1 bilion telah 'dicuci'
melalui sistem perbankan negara kelmarin, walaupun sebagai Timbalan Presiden Pas, beliau
tidak layak menggunakan nama PAS dalam mengulas isu ini.
Dah minta izin Presiden PAS dan Ulamak PAS ker buat
kenyataan mengenai kes ini?
DOJ juga kelmarin mengumumkan akan merampas 17 aset termasuk hartanah, jet dan
karya seni berharga.
Saman sivil itu dilihat berpotensi menyentuh isu hubungan
antara kedua negara yang telah berkembang rapat dalam pentadbiran Presiden Barack Obama.
Tuan Ibrahim...pahlawan PAS? |
Begitu juga dengan Idris Ahmad, Naib Presiden PAS yang
juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. Tidak payahlah membuat usul dalam isu ini
secara spontan. Ingat, minta izin Presiden dulu.
Memang mereka berdua kelihaan seperti bersama-sama dengan rakyat
Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara yang
disebut oleh DOJ itu.
Tetapi kalau belum dapat izin, jangan memandai-mandai buat
kenyataan sendiri. Dapatkan restu atau kebenaran daripiada ‘Penasihat kerajaan
Barisan Nasional’ itu terlebih dahulu.
Sebagai pemimpin parti Islam, mereka berdua kena
berhati-hati. Jangan buat tuduhan melulu dan jangan aibkan orang.
Siasat empat saksi (penjuru) yang boleh dipercayai dan selepas bersetuju melalui
perundingan baru ulas.
Tuan Ibrahim dan Idris kena ingat, PAS dan seluruh
pemimpin dan jemaahnya adalah penasihat ‘Kerajaan Barisan Nasional’. Ingat tu
Penasihat, bukan Punahsihat atau Penat Sihat...
Hadi...Penasihat kerajaan Barisan Nasional |
Jika tidak dapat consent Presidennya, Tuan Ibrahim sendiri silap-silap kan macam isu ‘’gencatan senjata”
hari tu. Akhirnya dia kena belasah dek kawan-kawan dalam PAS sendiri. Dari
gencatan senjata jadi ‘senjata makan tuan’.
Apapun, kita
ucapkan terima kasih sebab Tuan Ibrahim memahami bahawa rakyat sedang melihat sama ada institusi-institusi berkenaan
bekerja untuk rakyat atau individu tertentu sahaja.
Dengan kata lain, Tuan Ibrahim bersetuju bahawa pendapat
umum di negara ini kini mahu tahu apa kedududan sebenar isu 1MDB ini.
Dia turut menasihatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memikirkan apa langkah terbaik
seterusnya buat dirinya dan negara.
Ini sesuai dengan kedudukan PAS sebagai ‘parti
penasihat’.
Semalam, Tuan
Ibrahim tanya sama
ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menteri kewangan
wajar berdiam diri berikutan pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika
Syarikat untuk mengambil tindakan undang-undang dengan merampas aset yang
dikaitkan dengan dana pelaburan negara itu?
Dia juga tertanya-tanya bagaimana DOJ berjaya menemui
bukti salah laku oleh firma yang berpangkalan di Malaysia manakala pihak
berkuasa negara ini gagal berbuat demikian.
Beliau berkata PAS
(guna juga nama parti tu...) menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam
ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.
Idris...turut guna nama PAS |
1. Pengurusan
pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang
salah.“Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam
ekonomi Islam ada hukum berbeza”, dan
2. Aspek penyelewengan
seperti tuduhan DOJ yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan
pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan
pemilikan harta atas nama peribadi.”
Risiko besar tu Datuk. Buat kenyataan pada ketika belum
dapat kelulusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang?
Nanti dia minta saksi susah. Kalau ada pun tiga empat
saksi, mereka tu bukan Islam. Tak boleh percaya kepada ‘kafir harbi’. Mereka
semua penipu...
Apapun dalam isu ini, walaupun Tuan Ibrahim berdepan
risiko, dia nampaknya betul-betul pahlawan dalam PAS, sesuai dengan pakaiannya
baru-baru ini.
Tuan Ibrahim tanya:
1. “Apakah status
siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB?
2. Apakah Ketua Polis
Negara akan bekerjasama dengan DOJ untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal
diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?
3. ”Bagaimana pula
dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan
auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?
4. “Apa pula tindakan
Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian
yang ada?
5. “Bagaimana pula
dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes
terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?”
Idris pula juga mengguakan nama PAS menyatakan memandang
serius dakwaan tentang adanya penyelewengan melibatkan 1MDB seperti DOJ melibatkan ‘money laundering’ iaitu pengubahan
dan pemindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama
peribadi.
Idris kata pendirian PAS (pendirian beliau???) sejak daripada awal kes 1MDB ini ialah
siasatan telus dan menyeluruh perlu dijalankan dan disegerakan. Ini bagi
memastikan jika benar ada penyelewengan dan salahguna kuasa, pihak yang
bertanggungjawab dan terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan
yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan
kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian,” katanya
dalam satu kenyataan.
Jadi, selaras dengan prinsip Islam dan terma universal
iaitu ‘innocent until proven guilty’ (tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah), maka PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes
yang semakin mendapat perhatian umum dalam dan luar negara ini. Inilah
pendirian dan pegangan PAS dalam semua kes yang berlaku tanpa ada dwi-standard.
Pendapat Idris sama dengan Tuan Ibrahim iaitu Suruhanjaya DiRaja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti dan berkecuali termasuk
‘ulamak yang pakar dalam bidang perundangan, ekonomi dan kewangan Islam.
PAS (Idris?) juga
menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini. Kita berharap Suruhanjaya
ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun menjadi polemik.
Soalnya, apakah pemimpin PAS lain, khususunya Hadi bersedia
menerima apa yang dikatakan oleh Tuan Ibrahim dan Idris ini?
Tidakkah mereka bersikap berdiam itu mempunyai keraguan
terhadap siasatan antarabangsa?
Apakah mereka juga bersependapat dengan Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang meminta orang
ramai supaya tidak terus membuat kesimpulan berhubung dakwaan yang dibuat ke
atas 1MDB di Amerika Syarikat.
Salleh berkata, dana pelaburan negara itu menjadi mangsa serangan
bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang bertujuan
menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipilih secara
demokrasi.
Menurutnya, banyak tuduhan seperti kenyataan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang
kemudian dibuktikan tidak benar.
"Dalam hal ini, pengesahan itu dibuat oleh
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dwipartisan. Ini bermakna
mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut
proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti
bersalah,” katanya.
Salleh masih mengulangi
siasatan menyeluruh pihak berkuasa negara ini serta Menteri Luar Arab
Saudi Adel Al-Jubeir juga mengesahkan Najib tidak bersalah dan wang di akuan
banknya adalah sumbangan dari keluarga diraja Saudi.
Salleh dah melalut entah ke mana dan tidak menjawab isu
dibangkitkan oleh DOJ itu dan benar-benar seperti ‘burung keruak’ dan ‘burung
kakak tua’.
Namun, Salleh tidak ulas mengenai seorang individu yang
tidak dinamakan, tetapi digelar sebagai 'Malaysian Official 1' telah menerima
ratusan juta dolar dana milik 1MDB.
Antara transaksi itu termasuk deposit AS$681 juta dari
1MDB yang dimasukkan dalam akaun rasmi orang itu pada tahun 2013.
Bukan PAS sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia komited
dalam membina Malaysia Sejahtera yang menjadikan ‘good governance’
(pemerintahan yang telus dan cemerlang) sebagai asas utama dan teras negara.
Namun dengan kes yang disebutkan oleh DOJ ini, apakah ia
akan dapat dicapai?
No comments:
Post a Comment